Monday, April 2, 2007

Lojing - Sultan Kelantan Murka

Kerajaan negeri Kelantan terpukul teruk..... KO apabila Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra 'menegur' kepincangan yang berlaku dalam urusan pentadbiran negeri, terutamanya isu penggondolan tanah tinggi Lojing. Apabila sultan 'menegur', maknanya baginda murka. Demikianlah apa yang berlaku di Kelantan sekarang ini. Baginda Sultan Kelantan menyampaikan rasa kecewa semasa menyampaikan titah ucapan semasa majlis pengurniaan pingat sempena ulang tahun keputeraannya ke-57 di Istana Balai Besar. Majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Besar dan seluruh pimpinan negeri.


Sejak beberapa hari yang lalu, berita tentang tanah tinggi Lojing tersebar dan sangat mengejutkan. Kerajaan negeri cuba untuk menafikan dan memberi pelbagai alasan seperti biasa. Amalan yang biasa mereka lakukan ialah dengan mengatakan bukan mereka yang bertanggungjawab dan cuba untuk meletakkan masalah ini kepada Kerajaan Pusat.


gambar dipetik daripada Berita Harian, 2 April 2004
Kerajaan Negeri mengatakan bahawa lesen pembalakan telah dibekukan. Memanglah lesen pembalakan telah dibekukan, tetapi apa yang berlaku ialah 'pencurian' balak secara halus dengan meluluskan pembukaan tanah untuk tujuan pertanian secara besar-besaran. Berlandaskan atas tujuan untuk membuka tanah pertanian, maka kawasan lojing 'dibersihkan'. Maklumlah bila nak buka kawasan pertanian...... nak tanam sayur, tanam buah-buahan atau apa saja, tentulah kawasan itu terpaksa dibersihkan. Maka untuk tujuan itu tentulah pokok yang besar (balak) mesti ditebang dahulu. Inilah yang saya katakan 'pencurian' balak secara halus yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan (atau mungkin oleh beberapa orang dalam kerajaan Negeri)

Kerajaan Negeri cuba untuk menutup kerosakan yang telah mereka lakukan dengan mengatakan mereka telah membatalkan lesen kawasan pembalakan. Memanglah lesen pembalakan tidak diberikan lagi, tetapi mereka bijak mencari jalan untuk mendapatkan balak tanpa mengeluarkan lesen kawasan balak. Malangnya mereka tidak terfikir orang lain tidaklah sebodoh itu untuk ditipu.

Apa yang berlaku di Lojing ialah penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan berselindung disebalik tujuan untuk membuka kebun sayur. Bagi tujuan itu maka habislah balak 'terpaksa' ditebang. Bila begitu keadaannya.... kemana perginya balak-balak yang telah ditebang itu. Bila balak sudah ditebang.... tak kanlah nak biarkan begitu saja... Persoalannya siapa yang jual balak tu, dan masuk poket siapa? Barangkali Husam tahu ke mana perginya pitih hasil jual balak yang ditebang secara haram tetapi telah 'dihalalkan oleh kerajaan Kelantan dengan cara yang cukup licik. Nik Aziz pun barangkali tahu tapi buat-buat tak tahu! Atau mungkin juga Nik Aziz tak tahu..... kerana Nik Aziz memang kena tipu sokmo oleh puak-puak dia jugoooo! Kalau begitu keadaannya..... kesian Nik Aziz, terkebil-kebil apabila dimurkai oleh Sultan Kelantan.

No comments: