Saturday, April 14, 2007

Solat Hajat.... kena tengok dulu apa hajatnya!

KHABAR TERKINI...... Berita jam 8 TV3 malam ini memberikan khabar gembira bahawa kehilangan Yin sudah berakhir. Alhamdulillah, khabarnya Yin sudah ditemui di Sentul. Tidak sia-sialah usaha semua yang terlibat, dan tidak lupa juga berkat doa seluruh masyarakat yang sudah berminggu-minggu mengadakan solat hajat di merata-rata tempat. (Tak payah kena tunggu solat hajat Nik Aziz...... sebab antara solat hajat Nik Aziz dengan solat hajat orang lain 'serupa' sahaja)

Semoga kisah Yin menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa......... 8:30 PM



Sejak kehilangan Yin disiarkan di berita jam 8:00 TV3, saya tumpang rasa simpati terhadap keluarga ini. Walaupun soal kehilangan Yin merupakan sesuatu sangat mendukacitakan. Beberapa malam yang berikutnya kita melihat bagaimana banyak pihak cuba membantu untuk mencari dan mengesan Yin, tetapi kekadang saya terfikir juga, macam manalah budak ni boleh terlepas tanpa disedari oleh ibu bapanya sebegitu sekali. Bila melihat rakaman CCTV yang dipercayai menunjukkan imej Yin keluar dari bangunan SOGO, seorang diri.... tentunya sungguh menghairankan. Begitu asyiknya kedua ibu bapa ini membeli belah hingga tidak menyedari anak mereka sudah tidak ada dalam 'lingkungan' perhatian mereka.

Tanpa berniat hendak menyalahkan sesiapa..... tetapi tentunya, punca asalnya ialah kecuaian ibu bapa Yin sendiri. Simpati.... simpati jugakk.... tetapi saya rasa ibu bapa Yin juga harus disiasat daripada sudut 'kecuaian' ibu bapa melindungi anak-anak mereka. Melihat rakaman terakhir yang dipercayai Yin sedang berjalan keluar dari bangunan SOGO, tentu ada ramai yang boleh mengingati kejadian itu. Kecualilah tahap 'perihatin' masyarakat kita sekarang ini sudah ke tahap sifar. Saya fikir.... kalau melihat seorang kanak-kanak yang terpinga-pinga di luar pintu masuk pusat membeli belah seperti itu, tentu akan mendatangkan kehairanan. Dan yang paling menghairankan sekali.... hingga begitu sekali ibu bapa Yin tidak menyedari kehilangan anak mereka!

Semua orang simpati dengan kejadian ini.... dan ramai yang telah mengerakkan usaha untuk mengesan Yin. Pelbagai cara telah dilakukan, dan tentunya semua yang terlibat tidak mempunyai niat "ada udang di sebalik batu" Apa yang kita doakan juga semoga Yin selamat dan dapat ditemukan semula dengan keluarganya.

Memanglah solat hajat merupakan salah satu usaha yang boleh kita lakukan, tetapi rasanya ada sesuatu yang tidak kena hinggakan ibu bapa Yin berhajat untuk berjumpa Nik Aziz supaya melakukan 'solat hajat'. Mungkin kenyataan ini hanyalah 'permainan bahasa' oleh pengarang berita Harakah Daily sahaja, tetapi jika betul itu kenyataan ibu bapa Yin.... hemmmmm! tak mengapalah, teruskanlah niat tu. Cuma sekali lagi saya nak katakan, kalau ada terlintas bahawa sembahyang hajat yang dilakukan oleh Nik Aziz ada 'kelebihan' .... kena betulkan la dulu barangkali niat tu!

.......................................................
p/s
Teringat bagaimana suatu ketika dulu Nik Aziz mengadakan sembahyang hajat di stadium dan berdoa supaya 'membutakan' mata pengundi supaya tidak melihat lambang dacing, sebaliknya hanya melihat lambang bulan sahaja.
Sejak itu saya tak pernah lagi ikut sembahyang hajat di masjid, kalau saya tak tahu apa tujuan sembahyang hajat itu diadakan!

No comments: