Seperti yang telah saya katakan, kalau isu balak atau kemusnahan alam sekitar yang dibangkitkan, kerajaan negeri Kelantan akan sentiasa mempunyai 'jawapan' dan 'senjata' untuk menyerang balas. Sekali lagi saya hendak tegaskan bahawa isu Lojing bukanlah perkara yang berkaitan dengan balak atau kemusnahan alam sekitar semata-mata. Ada sesuatu yang lebih besar sebenarnya yang berlaku di sana, dan itulah yang cuba dilindungi oleh kerajaan Kelantan daripada diperkatakan oleh umum.
Kerajaan Kelantan bersungguh-sungguh cuba mengatakan bahawa mereka tidak bersalah, dan cuba untuk meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan Pusat, melalui kementerian dan jabatan-jabatan yang terlibat. Saya seperti biasa menunggu berita jam 8 TV3, untuk melihat kalau-kalau ada kenyataan baru oleh kerajaan Kelantan. Jika semalam, kita dapat melihat bagaimana Husam melarikan diri dan enggan membuat sebarang kenyataan bila ditanya para pemberita, hari ini pula orang nombor 1 dalam pimpinan Kelantan juga kelu tak terkata apa-apa, hanya mampu berkata "huh! tanya orang orang lain"
Saya sudah beberapa kali mengatakan.... dalam isu Lojing, jangan tanya Nik Aziz, kerana dia tidak tahu apa-apa. Nik Aziz tak tahu apa yang sebenarnya Husam lakukan di sana. Pendek kata, Nik Aziz memang selama ini dok kena pelawok sokmo ko puak-puak tu. Nik Aziz hanya pakai tanda tangan je apa-apa kertas kerja yang di hulur oleh puak-puak tu! Nik Aziz memang tidak bersalah dalam hal ini, kerana dia tak tahu pun apa yang berlaku di Lojing atau pun apa yang bakal berlaku akibat aktiviti-aktiviti puak-puak dio ni yang dikepalai oleh Husam.
Sejak awal isu ini dibangkitkan Nik Aziz memang tidak mempunyai jawapan..... dia hanya mampu mendakwa, hal ini adalah cubaan kerajaan Pusat untuk menjatuhkan maruah mereka sahaja kerana pilihanraya sudah dekat. Kenyataan umum begitu sahaja yang mampu dikeluarkan oleh seorang Menteri Besar, tanpa ada apa-apa jawapan yang jitu untuk mematahkan apa juga dakwaan tentang isu Lojing. Kalau setakat kata..... "ini semua dibangkitkan kerana pilihanraya dah dekat", tak payah tanya Menteri Besar pun tak apa!........ semua orang PAS akan kata macam tu!
Soalnya... kalau betul sekali pun dakwaan mereka bahawa isu Lojing ditimbulkan kerana pilihanraya dah dekat, adakah penggondolan yang berlaku di Lojing tidak berlaku. Sampai hari ini, kerajaan negeri tidak dapat membuktikan bahawa gambar-gambar yang ditunjukkan oleh TV3 adalah palsu. Maknanya apa yang dapat kita lihat di TV3 baru-baru ini adalah kenyataan! dan dakwaaan ini hanyalah permainan kerajaan Pusat menjelang pilihanraya, tentu tidak dapat menyelamatkan Lojing.
Dahulu juga saya pernah berkata, "Husam ni kalau cakap lebih-lebih, nanti tercabut serban Nik Aziz!" Dan minggu ini memanglah minggu yang memeritkan bagi Nik Aziz. Ini semua adalah angkara Husam yang kelihatan bermaharaja lela di Kelantan. Husam sudah menconteng arang ke muka Nik Aziz dan menabur najis kepada 'kesucian' kerajaan pimpinan ulamak di Kelantan.
Melihat berita TV3 malam ini, kelihatan jelas Nik Aziz nampak 'serabut' dan dahi berkerut. Kesian orang tua tu!.....harap-harap dia tak masuk wad kerana kes ini. Ingatlah.... kalau sesuatu yang buruk berlaku kepada Nik Aziz, Husamlah orang yang patut dipersalahkan!
No comments:
Post a Comment