Friday, December 22, 2006

Pau Ahmad... Tipah tertipu daaa!


Agak-agaknya siapakah empunya sebenar syarikat ini?

Boleh sahkan ke berita ni? kalau betul, malangnya ummah spt kita ni ye, siang hari buta kena kelentong...

************************************************

Mohd Hisham wrote:

A'kum Dato' dan semua sahabat,

Ini berkenaan semalam, saya bersama Dato' minum pagi di sebuah gerai, semasa hendak membayar minuman tersebut saya terlihat ada dua gerai yang menjual pau, jika tidak silap satu pau tersebut di tulis Pau Al-Ain dan satu lagi Pau Ahmad.

Secara spontan saya teringat, sewaktu pejabat saya di Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. Semasa itu saya dengan seorang lagi rakan perniagaan Ustaz Ridzuan cuba mencari rakan-rakan bagi membangunkan pasar malam IKS di sekitar bandar kajang, bangi dan semenyih.

Semasa sedang mencari-cari rakan-rakan untuk membekalkan produk-produk halal kepada usahawan pasar malam tersebut terlihat dek kami kilang membuat pau iaitu PAU AHMAD. Dengan selambalah saya dan Ustaz Ridzuan masuk kekilang untuk berkenalan dengan Ahmad tuan punya kilang. Bila masuk je yang menyambut kami adalah seorang perempuan Melayu yang bertudung labuh, alhamdulillah dapat lagi seorang usahawan melayu yang agak famous juga sebab dah beberapa kali bila berhenti di R&R saya makan pau AHMAD nih.

Perempuan Melayu nih bertanya kepada kami nak jumpa siapa? Dan kami maklumkan kepada beliau yang kami nak jumpa Boss, dia agak hairan maklumlah Ustaz Ridzuan nih pakai serban dan saya pula bertali leher. Perempuan Melayu nih jawab, Boss tak ada di pejabat dia dah keluar dan kami minta kebenaran masuk ke kilang nak tengok, tetiba keluar seorang perempuan cina yang kemudiannya kami tahu rupanya dia adalah pengurus kilang.

Kami jadi was-was kenapa pula kilang macam nih ada pengurus cina dan kami di bawa masuk ke pejabat yang mana pandangan saya dan ustaz Ridzuan terpandang kepada Tok Kong yang ada dalam pejabat tersebut dan semua
pekerjanya (ofis) adalah cina. Kami kembali bertanya kepada pengurus cina tersebut, En. Ahmad pergi ke mana? Dengan selamba dia maklumkan kepada kami bahawa En. Ahmad bawa Boss keluar.

Kami lagi bertambah konfius, wah kalau Ahmad bawa Boss siapa pulak si Boss nih? Kami bertanya lagi itu Boss sapa nama? Alamak.... Boss Ah Chong rupanya... Istifar panjang Ustaz Ridzuan. Rupa-rupanya Pau Ahmad diambil
sempena nama Driver dia. Aduh terkena lagi sebiji...

*************************************************

P A Food Sdn Bhd
2A Jln P 4/7 Sec 4 Bdr Teknologi Kajang 43500 Semenyih Selangor
Malaysia

Tel: 03-8723 1735
Fax: 03-8723 1886
Managing Director
Mr Ding Hong Sing
Finance Director
Ms Siaw Voon Fong

Business:
P A Food Sdn Bhd has vast experience in the manufacturing of fine
flour-based frozen Oriental/Asian delicacies, such as Steam Buns,
Mantau, Yutiao, Roti Pratha, Roti Chapati, Samosas, Spring Rolls,
Curry Puff, Spring Roll Pastry & Instant Curry Paste etc.

Email: lcding@...

URL: http://www.pa-food.com

Category
SMI

***********************************************

p/s....... Tipah tertipu lagiiiii! Orang Selangor tolong sahkan cerita ni, betul ke tidak.

Thursday, December 7, 2006

Berapa Harga Kasih Ibu?

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya

Sunday, December 3, 2006

Final Mentor


Malam ni final Mentor..... mapuhhh la anak melayu!

Bangunan KUSTEM Atau Tidak?

Hari ini aku gunakan Google Earth untuk memastikan betul atau tidak dakwaan bangunan KUSTEM ada salib di bumbungnya. Aku sebenarnya tak pasti adakah itu bangunan KUSTEM seperti yang didakwa oleh orang ramai yang menggunakan Google Earth. Bangunan itu terletak di antara Batu Rakit dan Kuala Terengganu.

Kepada sesiapa yang mempunyai Google Earth, sila zoom untuk dapatkan kawasan Batu Rakit dan kemudian zoom di kawasan hujungnya yang kelihatan ada bangunan warna puteh dan di sebelahnya ada bangunan seperti dewan besar berwarna biru. Apabila kita zoom lagi, memang jelas bangunan itu bumbungnya mempunyai bentuk salib.

Bagi aku, soal adakah bangunan itu bangunan KUSTEM atau tidak, itu tidak penting. Sekiranya bangunan itu adalah milik kerajaan, keadaan itu sangat dikesalkan. Perkara begini boleh menimbulkan rasa tidak selesa dan boleh mendatangkan fitnah kepada kerajaan. Sekali lagi aku harap pegawai-pegawai JKR Terengganu hendaklah bertindak cepat untuk mengubahsuai pelan rekabentuk bangunan itu supaya tidak kelihatan seperti sekarang ini.

Lembu vs Orghe Kelate

Sudah menjadi tradisi Orghe Kelate suka memelihara haiwan ternakan. Seperti tidak sah sekiranya tidak memelihara hatta seekor biri-biri keriting bulu, apatah lagi lembu seekor dua. Dulu masa aku baru-baru kahwin, aku rasa amat rimas kerana orang tua ada 2 ekor lembu yang ditambat di halaman rumah. Aku mana pernah tengok semua ni, kerana di kampungku dulu kalau nak memelihara lembu.... bangsal lembu tak di buat dekat rumah, malahan tidak dalam kampung pun tetapi di kawasan tertentu yang jauh. Yang ada bangsal lembu dekat rumah hanyalah orang sikh sahaja.

Sekarang ini pun, bapa saudaraku ada memelihara lembu, tapi aku tak pernah nampak pun lembunya. Lembu-lembunya berada di luar kawasan kampung, kerana di diberikan padang ragut secara pajakan untuk memelihara lembu. Maksudnya, sesiapa yang hendak memelihara lembu, kambing atau kerbau.... mereka layak untuk menggunakan tanah kerajaan secara percuma untuk tujuan padang ragut lembu atau kawasan memelihara lembu. Tanah itu tidak boleh dimiliki oleh sesiapa kerana ia adalah rezab untuk padang ragut, so sesiapa sahaja berhak menggunakannya. Malah pagar pun disediakan oleh kerajaan. Setiap pagi dia akan melepaskan lembunya, tengahari dia pergi lagi bagi minum dan petang kumpulkan semula dalam kandang. Keluarga aku memang sejak dulu terkenal bab memelihara binatang ni, kerana keluarga kami dulu ada memelihara kerbau dengan 20 ekar padang ragut. Juga memelihara kambing. Tapi kini hanya tinggal bapa saudaraku seorang sahaja yang tinggal, kini dia ada hampir 200 ekor lembu. Itu pun dia dah sering mengadu, tak larat dah nak jaganya. Sepupu sepapat aku semuanya dah tak terlibat lagi dengan kerja-kerja ni, semua dah buat kerja-kerja lain.

Panjang la pulak intro... ok balik semula dengan keadaan di Kelantan. Macam yang aku kata tadi, orang Kelantan memang suka memelihara binatang, antaranya lembulah. Di kampung-kampung, paling tidak pun akan ada seekor lembu yang bertambat di kawasan rumah. Tahi lembu depan rumah tu perkara biasa la. Tapi aku perhatikan, kebanyakkannya ada lembu tak lebih 5 ekor. Kalau lebih daripada tu, maka lembu yang dibela tu selalunya tidak bertambat. Dalam erti kata lain, lembu-lembu tu akan bebas berkeliaran di sekitar kampung. Kalau bertambat pun, seekor dua sahaja iaitu induk lembu. Masing-masing akan tambat lembu di sekitar rumah, habis rumput kat situ heret tempat lain pulak dan selalunya dipinggir jalan atau pinggir taliair.

Sekali tengok memanglah macam tak ada masalah kerana lembu yang dipelihara hanya seekor dua sahaja. Tetapi bila dihitung-hitung, banyak juga jadinya dan masalahnya, semuanya nak tambat di pinggir jalan atau pinggir taliair yang sama. Akibatnya, bila bela lembu seekor, tambatlah juga tapi bila dah berekor-ekor, tak larat nak tambat la. Last-last pakai lepas macam tu sajalah. Kalau dalam sekampung ada dua tiga orang tuan lembu yang macam ni pun dah kira cukuplah kalau nak jadikan kampung tu meriah dengan tahi lembu. Barangkali tuan lembu tu kira macam amalkan sikap 'give and take' la kot. Lembu dia makan rumput depan rumah kita, then bila lembu tu berak, kita dapat baja free.

Malangnya, lembu-lembu yang berkeliaran ni bukan sahaja setakat menghadiahkan baja free, lembu-lembu ni juga bila malam akan berkumpul dan buat pot lepak-lepak, samalah macam tuan-tuannya yang melepak kat kedai kopi. Masalahnya lembu-lembu ni akan lepak kat atas jalanraya. Bab ni la yang susah ni. Sudah menjadi perkara biasa bila pagi jumpa kambing, anak lembu atau lembu yang mati kat tepi jalan. Dan bila jadi macam tu, tak ada sesiapa pun yang mengaku siapa tuan lembu yang kena langgar tu. Tuan lembu tu buat dekkk je! Silap-silap dia akan kata,

"nampok lembu ni shrupo lembu kawe dohh, tapi bau dia tak shrupo lembu kawe"


Saturday, December 2, 2006

Lembu Jalanan


25 November yang lalu, seorang ibu yang yang baru lepas pantang dan 3 orang anaknya yang lain telah kehiangan tempat bergantung. Pn. Siti Amnah Jaafar, 32 kini menjadi ibu tunggal setelah suaminya Zulkarnain Mohd Zain 35, meninggal dunia akibat kemalangan ketika cuba mengelak daripada sekawan lembu. Takziah buat Pn. Siti Amnah, semoga beliau tabah meneruskan kehidupan.

Maka minggu lalu juga cerita lama kembali didendangkan. Hampir seminggu kejadian tersebut diulas dan disebut-sebut. Seperti biasa, pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan macam-macam lagi berikrar akan menangkap lembu-lembu yang berkeliaran di jalanraya. Peringatan-peringatan pun dikeluarkan kepada pemilik-pemilik lembu supaya melepaskan lembu masing-masing di kawasan berpagar. Dan macam-macam nasihat lagi.

Hari ini dah masuk bulan Disember, dan kisah Pn. Siti Amnah sudah semakin sejuk. Dan belum ada lagi terdengar operasi menangkap lembu-lembu yang berkeliaran di jalanraya. Lembu-lembu masih seperti biasa melepak di atas jalanraya bila malam. Kita tunggulah pulak nanti siapa yang akan kemalangan akibat sikap tuan lembu yang lebih 'bodoh macam lembu'