Tuesday, April 3, 2007

Lojing - Husam belum jumpa jalan baru!

Selepas maruah kerajaan 'pimpinan ulamak' di Kelantan merudum ketahap maksimum, ekoran 'teguran' Sultan Kelantan beberapa hari yang lalu, nampaknya Husam dan kuncu-kuncunya masih belum menjumpai 'AJAX' untuk mencuci arang (kalau tidak pun tahi) yang telah mereka palitkan ke muka Nik Aziz yang zuhud dan luhur. Masalahnya 'kotoran' yang telah mereka simbahkan bukan 'calang-calang anak'..... gerenti tak boleh nak dicuci dengan Ajax Fabuloso! Malam ini (berita jam 8 TV3) jelas sekali dapat dilihat bagaimana Husam terkial-kial melarikan diri apabila diserbu para pemberita. Seperti yang sudah saya katakan... apa-apa sahaja yang berlaku di Lojing, jangan tanya Nik Aziz, kerana Husam sahaja yang lebih mengetahuinya.... mugo kijoan dio belako!

Malam tadi juga Timbalan Perdana Menteri buat pertama kali memberi ulasan.... 'jika ada sesiapa yang melakukan kesalahan, dakwalah mereka, kerana sudah tentu dalam isu Lojing sudah tentu ada yang mempunyai kepentingan dan mendapat untung" Husam juga sebelum ini, dalam cubaannya untuk melepaskan diri telah membuat kenyataan supaya 'jangan lindungi sesiapa sahaja'. Sebelum peristiwa kenyataan murka Sultan Kelantan, Husam telah melancarkan serangan supaya isu Lojing kelihatan bukan kesalahan kerajaan negeri. JAS dan segala macam lagi jabatan dikatakan yang bertanggung jawab. Apa yang berlaku merupakan hasil pendedahan JAS lah ni.... pasal ada pemimpin negeri yang macam Husamlah maka hal-hal yang begini terjadi. JAS sudah menjalankan tugas mereka. Soalnya demo yang perintoh negeri ni lagu mano?....... mugo demo la yang rghatohhh Lojing jadi sampa lagu tuhh!

Telah saya katakan dalam tulisan saya yang lalu..... Husam telah berjaya membina perangkap supaya semua orang bercakap pasal balak. Selama beberapa hari, bila semua dah 'mabuk' pasal cerita balak, Husam pun dengan selamba menaburkan 'tuba' dengan harapan semua yang telah 'pening-pening lalat' dengan cerita balak terus senyap. Cubaan Husam dan kerajaan Kelantan untuk membuktikan bahawa semua lesen pembalakan telah dibekukan pada awalnya kelihatan seperti 'tuba' yang cukup hebat untuk melenyapkan segala serangan berkaitan isu Lojing. Malangnya..... perangkap yang Husam sediakan sudah bocor... maka 'tuba' tahap cap tengkorak itu tidak mampu untuk membunuh mereka yang 'mabuk' tadi. Husam tidak sedar, bahawa bukan semuanya jadi 'mabuk' dengan cerita balak yang cuba digempar-gemparkan. Dan tentunya 'tuba' yang Husam gunakan tidak mampu untuk melalikan Sultan Kelantan.... daulat tuanku!

Isu penebangan balak di Lojing bukanlah sesuatu yang menggusarkan Husam atau kerajaan Kelantan, kerana isu balak ini berlaku di mana-mana sahaja. Dan itulah yang cuba ditunjukkan oleh Husam, juga semua suku sakat dia telah menulis tentang isu balak di Kedah, Pahang atau di mana-mana sahaja, kerana bila bercakap tentang balak, memang ada banyak 'penyakit'nya. Sebab itulah Husam sedaya upaya berusaha supaya semua orang bercakap tentang balak. Bila semua sudah bercakap tentang balak, Husam pun mulakan permainan acuan PAS..... serang semula dengan cerita yang sama, dan kemudian boleh salahkan orang lain.

Saya telah sebut sebelum ini, bahawa isu balak hanyalah isu sampingan sahaja atau isu luaran sahaja. Husam akan terus memastikan supaya semua orang bercakap tentang balak dan kemusnahan alam sekitar. Selagi itu yang diperkatakan, Husam akan sentiasa ada jawapannya..... Sedapat mungkin Husam tidak akan menyebut tentang isu yang lebih besar di Lojing. Isunya ialah..... penyerahan tanah dalam jumlah yang luar biasa kepada beberapa syarikat untuk dijadikan ladang sayur dan lain-lain. Syarikat-syarikat ini bukan yang jenis tanam sayur atas batas macam di Bachok. Syarikat-syarikat ini bukannya yang jenis jual sayur di pasar borong Wakaf Che Yeh!

Dalam tulisan saya yang lepas, telah saya sebut bagaimana kaitannya tentang penyerahan tanah oleh kerajaan Kelantan kepada syarikat-syarikat ini dengan penebangan balak. Yang sebenarnya inilah juga yang membezakan isu balak di negeri-negeri lain dengan isu balak di Kelantan. Kalau di negeri lain, balak dicuri secara haram oleh tauke balak dan meraka akan lari bila ada pihak berkuasa.... ibarat pencuri dengan polis. Bezanya di Kelantan... balak dicuri secara 'halal' dan pihak berkuasa tidak boleh mendakwa mereka sebagai mencuri, kerana mereka bukannya 'mencuri' dalam erti kata yang sebenarnya. Pencurian mereka dihalalkan oleh kerajaan negeri Kelantan atas dasar untuk membuka tanah bagi dijadikan ladang sayur (bukan kebun sayur, kerana keluasanya 'luarbiasa) Inilah antara permainan yang dilakukan oleh Husam.

Berbalik kepada penyerahan tanah secara besar-besar oleh kerajaan negeri kepada beberapa syarikat tadi, inilah isu yang sebenarnya di Lojing dan Husam setakat ini memang sangat berjaya untuk melindungi cerita ini. Sama-sama kita lihat sehingga bila Husam dapat menutup lubang berkaitan apa yang dilakukannya atau apa yang telah kerajaan negeri tanda tangani dengan syarikat-syarikat yang mendapat tanah di Lojing dalam jumlah yang dikatakan 'luarbiasa' sebagaimana Dato Sazmi katakan sebelum ini. Husam memang bijak dan licik mengalihkan perhatian orang kepada cerita 'balak' tetapi jangan pula fikir orang lain bodoh belakooo!


No comments: