Tuesday, October 30, 2007

Antara Merancang dengan Melaksana

KORIDOR EKONOMI TIMUR VS KORIDOR DEPU


Semalam dan hari ini Pak Lah telah hadir ke tiga buah negeri Pantai Timur untuk melancarkan Rancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang merangkumi Pahang, Terengganu, Kelantan dan daerah Mersing, Johor.

Saya tidak hendak mengulas tentang ECER, kerana maklumat tentangnya boleh diperolehi di mana-mana sahaja.

Saya cuma hendak menulis sedikit tentang apa yang saya 'rasa' dan 'fikir' tentang kehadiran ECER di Kelantan.

Nik Aziz yang terkenal bijak bermain dengan 'kata-kata' buat pertama kalinya (barangkali?) berucap di hadapan pemimpin negara (pemimpin UMNO/BN) barangkali merasa sangat bangga. Apa taknya.... siap berpantun-pantun lagi!

Antara 'point' utama ucapan Nik Aziz yang menarik perhatian saya ialah seperti berikut.....

Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini.

Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama dikenalpasti dan menjadi sebahagian dari Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; kira-kira 7 tahun yang lalu.

Apa yang saya hendak katakan ialah... itulah bezanya antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Kelantan.....

Semua orang boleh 'merancang' tetapi bukan semua orang boleh 'melaksanakan' apa yang dirancang.

Rakyat Kelantan sebenarnya sudah sedia maklum dengan kemampuan Kerajaan Negeri yang hanya sekadar merancang dan 'mendokumenkan' perancangan mereka tetapi apa yang dirancang hanya tinggal berdebu di dalam fail sahaja.

Oleh kerana itu rakyat Kelantan sebenarnya tidak pernah pun ambil kisah apa yang 'dirancang' oleh Kerajaan Negeri kerana...... "emmmm, tau dohhh jadi guano!"

Bukan sedikit 'papan tanda atau 'batu Asas' tentang perancangan pembangunan kerajaan Negeri yang hanya tinggal papan tanda atau batu asas sahaja.

Kerajaan pimpinan Ulama di Kelantan hanya bijak merancang dan kemudian mengadakan majlis pelancaran di sebelah siang, kemudian menjajanya di ceramah-ceramah pada malamnya untuk beberapa minggu, kemudian mereka sendiri tak ingat apa yang mereka rancang dan lancarkan!

Contoh paling mudah ialah projek pembinaan jambatan menyeberangi sungai Kelantan. Sehingga kini sebatang tiang pun belum dipacak lagi. Tugu 'batu asas' semasa pelancarannya pun sudah hilang ditelan belukar.

Sebaliknya Kerajaan Pusat membina dua jambatan baru sepanjang tempoh itu dan kini dalam proses membina yang ketiga di atas jambatan sedia ada.... menjadikannya jambatan bertingkat 'yang pertama' barangkali di Malaysia.

'Point' kedua yang menarik dlam ucapan Nik Aziz ialah tentang kecurigaannya tentang perbelanjaan besar untuk melaksanakan ECER.

Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya.

Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas.

Apapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas.

Secara mudahnya... Nik Aziz seperti tidak percaya tentang kemampuan Kerajaan Pusat untuk menyediakan peruntukan bagi menjayakan projek tersebut.

Barangkali apa yang dirancang oleh Kerajaan Pusat itu umpama lirik lagu... "tak tercapai di akal muuuu...."

Memang "tak tercapai di akal muuuu...." sungguhlah kerana Nik Aziz hanya membandingkannya dengan 'Projek Kambing Jamnapari' dan 'Kelantan Koridor Depu'

Kesian Nik Aziz... kerana dalam ucapannya dimajlis bersejarah itu memperlihatkan dengan jelas, dia tidak faham pun apa yang akan berlaku 10 hingga 20 tahun akan datang di Kelantan.

Dan akhirnya dia hanya berbangga dengan slogan kosong mereka selama ini 'Membangun Bersama Islam' yang dizahirkan dengan membina beberapa tiang yang diletakkan rehal Al-Quran di Kota Baru, Bandar Raya Islam yang pertama di dunia!
Anak Cina memetik selasih
Anyam rotan dibuat timba
Tiada yang indah dalam berkasih
Mimpikan bulan jatuh ke riba
Demikianlah antara pantun Nik Aziz..... rupa-rupanya orang kuat parti 'bulan' ini sendiri pun hanya mampu 'bermimpikan' bulan jatuh ke riba!

...................................................................................................
p/s
Biarkanlah orang parti 'bulan' terus 'bermimpi' bulan jatuh ke riba.... walaupun 'bulan' itu hanya indah dipandang dari jauh sahaja, tapi kalau tengok dekat.... huuuu!
Biarkan....! biarkan....!

Tuesday, October 23, 2007

PAS For All.... berjayakah slogan Nasharudin?

Timbalan Presiden PAS, (Ustaz) Nasharudin Mat Isa muncul kembali dengan idea barunya. Jika dulu ideanya yang mencadangkan supaya PAS memboikot pilihanraya sudah dilupakan, kini dia cuba pula memaparkan gagasan barunya untuk PAS.

Masih ingatkah dengan idea 'gila' Nasharudin tentang boikot pilihanraya dulu? Jika ideanya itu pada peringkat awalnya dilihat sebagai sesuatu yang 'baru' dan 'bijak', kerana mereka fikir idea itu akan mendapat sambutan rakyat. Namun ternyata tidak lama kemudian, idea Nasharudin itu memang 'gila' dan tak masuk akal!

Tambahan pula, PAS kemudiannya ditipu hidup-hidup oleh rakan 'barisan olok-olok' mereka DAP dan keADILan.

Sejak pelancaran slogan terbaru ini di Kuala Lumpur.... nampaknya slogan tersebut tidak begitu mendapat perhatian ahli-ahli PAS dan juga pemimpin-pemimpin PAS terutamanya di Kelantan dan Terangganu. Mungkin ada yang tak 'khaba' pun dengan slogan tersebut!

PAS For All... hebat bunyinya sehebat dentuman gendang tarian singa dan tiupan seruling Mirudengam juga paluan kompang semasa pelancarannya. Tapi ternyata hanya hebat 'bunyi' sajalah, setakat mana slogan itu dapat diterima, belum tahu lagi.

Slogan itu disasarkan untuk menarik pengundi Cina dan India, malangnya ahli dan pemimpin PAS sendiri pun tak 'khaba' dengan adanya slogan itu, apatah lagi orang lain.

Mungkin slogan ciptaan Nasarudin itu akan 'hanyut' begitu sahaja sebagaimana idea boikot pilihanrayanya sebelum ini.

Nasharudin perlu sedar, mengapa slogan ciptaannya itu tidak menarik bagi PAS!

Sebagai permulaan..... lihat komen yang dihantar pembaca Harakah Online ini.
Tahniah!
Dihantar oleh Ahmad amin, on 13-09-2007 01:54
Tahniah PAS!

PAS semakin matang di dalam menyikapi kemajmukan rakyat Malaysia. Inilah yang diharapkan oleh ramai rakyat Malaysia.

Persoalannya, apakah golongan ulama bersedia menerima pendekatan seperti ini?

Di gambar, tidak pula kelihatan ketua dewan ulama, Idris Ahmad, Haron Taib, Tantawi, malah Tuan Presiden sendiri.

Saya bimbang perkara sebegini akan dilihat oleh pengundi Cina yang berfikir bahawa ini hanyalah taktik PAS untuk memancing undi semata-mata.

Jika PAS mahu bersikap terbuka, biarlah sehingga ke semua peringkat, dan kesemua pimpinan.

Ahmad Amin
Pengundi atas pagar

Kalau dilihat daripada komen pembaca Harakah itu, jelas keraguan tentang slogan tersebut. Bayangkan bagaimana pengundi Cina dan India di negara ini hendak menaruh keyakinan terhadap slogan yang cuba ditonjolkan oleh Nasharudin ini?

Slogan PAS for all hanyalah sekadar slogan sahaja..... tanpa wawasan yang menyakinkan!




PAS baru menyedari tentang kepelbagaian
budaya di negara ini













Beberapa orang Apek dan Nyoya yang menjadi tetamu hingga berlaku 'kesesakan' dijalanraya sebagaimana yang didakwa oleh pengarang Harakah





...................................................................................................
p/s
Mengapa slogan ciptaan Nasharudin tidak mendapat sambutan?
Jawapannya senang sahaja..... kerana tidak ada perkataan Islam atau yang seumpamanya... hehehe!

Monday, October 22, 2007

Nik Aziz berbangga kejayaan angkasawan negara.... pengarang Harakah pening!


Sejak awal lagi Program Angkasawan Negara dipersendakan atau cuba diperlekehkan oleh pengarang-pengarang Harakah. Dengan harapan para pembacanya (ahli PAS) akan dapat dipengaruhi menurut acuan yang mereka kehendaki.

Harakah sebagai wadah informasi PAS sedaya upaya cuba membuat ulasan dan gambaran bahawa program tersebut hanyalah gimik kerajaan atau Barisan Nasional sahaja.

Pengarang-pengarang mereka yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan pun tentang hal-hal yang berkaitan dengan angkasa terus memperbodohkan diri mereka dengan menulis secara 'merapu' tentang program tersebut.

Mereka cuba untuk 'memperbodohkan' minda pembaca mereka supaya setaraf dengan 'kebodohan' mereka itu. Malangnya, tidak mungkin seluruh ahli PAS sebegitu 'bodoh' untuk terus 'mengangguk kepala' sahaja dengan tulisan-tulisan mereka.

Sejak bertolak ke angkasa hinggalah kembali semula ke bumi.... sebaris ayat pun tidak terpapar di Harakah bahawa program yang memakan belanja besar ini juga akan memberikan impak yang besar terhadap peningkatan 'keilmuan' sains angkasa.

Malam ini.... barangkali para pengarang Harakah barangkali sedang pening, bagaimana hendak menulis selanjutnya tentang Program Angkasawan Negara ini!

Mengapa saya katakan begitu?...... malam ini Berita TV3 menyiarkan ucapan tahniah terhadap angkasawan negara oleh Nik Aziz. Dengan bangganya Nik Aziz berkata, beliau bersyukur dengan pencapaian angkasawan negara itu. Ternyata Nik Aziz tidaklah 'sebodoh' pengarang-pengarang Harakah. Beliau berkata... walaupun hanya menumpang kapal angkasa negara lain, beliau tetap bersyukur dengan kejayaaan negara itu.

Secara jelasnya.... para pengarang Harakah patut sedar bahawa penulisan mereka sebelum ini patut 'dibakul sampahkan' kerana, jelas penulisan mereka itu tidak dapat diterima oleh Nik Aziz sendiri.

Menariknya.... bagaimana agaknya para pengarang Harakah hendak menulis lagi tentang Program Angkawan Negara ini? Jika mereka meneruskan gaya penulisan sebelum ini.... sudah tentu tidak selari dengan apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka sendiri.

Para pengarang Harakah patut merasa 'malu' dengan penulisan mereka sendiri. Jika Nik Aziz pun tidak dapat menerima apa yang mereka tulis, apatah lagi orang lain!

Mereka telah memalukan seluruh ahli PAS dengan gaya penulisan yang penuh dengan muslihat hendak memburuk-burukkan kerajaan walau dengan apa cara sekali pun. Namun rasanya ahli PAS bukanlah 'sebodoh' yang mereka fikirkan. Maka mereka sepatutnya berhenti menghasilkan penulisan yang akan menggambarkan 'kebodohan' dan 'kedunguan' mereka sendiri. Itu pun kalau mereka tahu erti 'malu'.

.....................................................................................................
p/s
jangan pula nanti ada yang mengatakan kenyataan Nik Aziz dalam berita TV3 malam ini adalah berita palsu.

Friday, October 12, 2007

Friday, October 5, 2007

Jana Kekuatan Menjayakan Islam Hadhari

PETIKAN RENCANA KHAS DARIPADA SINAR HARIAN
:: RAIS ISKANDAR DANIEL
"Jika ada orang menuduh Manhaj Islam Hadhari ini sebagai satu agama baru, ia adalah satu pembohongan besar yang sengaja diada-adakan untuk mengelirukan umat Islam, pada hal mereka sendiri juga faham maksudnya."
Umat Islam di Malaysia tidak akan menjadi penghuni neraka atas alasan menyokong gagasan Manhaj Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana ia hanya ibarat 'kenderaan' untuk mencapai satu kemajuan lebih tinggi kepada umat Islam dan bangsanya sebagai asas pembinaan tamadun baru Islam.

Gagasan Islam Hadhari cuma satu hala tuju membina kemajuan insan yang dikupas dari inti ajaran Islam. Ia tidak ubah seumpama slogan Membangun Bersama Islam, tetapi Manhaj Islam Hadhari jauh lebih baik kerana menggariskan 10 prinsip panduan mencapai matlamat pengisian kemajuan berasaskan syariat Islam.

Antara 10 prinsip mencakupi soal keimanan, keilmuan, keadilan, kebebasan, ekonomi, kualiti hidup, hak kumpulan minoriti, budaya dan moral, alam sekitar dan pertahanan negara, isi yang dikupas dari ajaran Islam sebenar.

"Jika ada orang menuduh Manhaj Islam Hadhari ini sebagai satu agama baru, ia adalah satu pembohongan besar yang sengaja diada-adakan untuk mengelirukan umat Islam, pada hal mereka sendiri juga faham maksudnya."

"Sebab itu, saya katakan menyokong untuk mempercepat ke arah memperkasa pengisian agenda Manhaj Islam Hadhari yang dicetuskan oleh Pak Lah tidak akan membuat seseorang itu masuk neraka."

"Ini bukan agama baru atau mazhab baru, sekadar satu konsep berteraskan isi panduan yang diajarkan oleh agama Islam," kata Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Peranan Ulama Membina Tamadun Islam pada Multaqa Ulama dan Intelektual Negeri Kelantan 2007.

Dua kertas kerja yang diperkatakan ialah "Islam Hadhari Menjana Kegemilangan Ummah" oleh Datuk Mohd Shukri Mohamad dan "Beberapa salah faham/kekeliruan dalam Islam" oleh Prof Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor.

Multaqa disertai lebih 1,600 peserta dianjurkan oleh Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)

Kebelakangan ini, terdapat pihak tertentu cuba mengelirukan Manhaj Islam Hadhari kononnya ia satu agama baru dibawa oleh Pak Lah. Kekeliruan ini sepatutnya tidak berlaku jika tidak wujud konflik kepentingan dalam soal-soal berkaitan Islam.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya itu jelas kecewa bahawa konflik kepentingan peribadi dikalangan yang bergelar ulama yang sengaja mencari kelemahan kecil umarak untuk diperbesar-besar, bukan untuk membantu menambah nilai kekuatan sebenarnya menjadi punca umat Islam seluruh dunia berada dalam kemunduran, tidak terkecuali Malaysia amnya dan Kelantan khasnya.

Prof Mahmood Zuhdi berkata, Kelantan kini kerugian kerana gagal membina kekuatan umat Islam sedia ada. Kelantan dulu juga dikenali 'orang Jerman' kerana kerajinan, ketekunan, kebijaksanaan dan memiliki jati diri untuk maju.

Begitupun, halangan tertentu untuk memperkasa umat Islam Kelantan terbantut kerana wujud aliran pemikiran yang sering tersalah arah. Jika umat Islam bersatu, kecemerlangan yang diharapkan akan lebih menyerlah.

"Islam menuntut umatnya maju dan mencipta kecemerlangan yang jauh lebih unggul dari bangsa-bangsa lain. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika memperkasa umat Islam di Kota Madinah yang juga diistilah sebagai Islam Madani," katanya.

Persoalan al-Hadharah Islamiah hanya sekadar istilah pengertian, seumpama istilah tamadun atau peradaban yang hakikatnya membawa maksud yang sama. Kedua perkataan ini apabila diMelayukan disebut sebagai 'Hadhari' dan 'Madani'

Prof Mahmood Zuhdi berkata, perpecahan dan kelemahan umat Islam yang membawa kepada keruntuhan Tamadun Islam membuat Islam dilihat agama yang lemah dan menjiwai kemunduran, sedangkan Islam menganjur umatnya memiliki keterampilan yang cukup hebat dan berjaya dalam pelbagai kehidupan.

"Sampai bila umat Islam akan bergaduh kerana pengertian istilah dan ada pula cuba menanam bibit kebencian sesama umat Islam untuk kepentingan peribadi. Lantaran itu, sampai bila umat Islam akan bangkit menjadi penguasa bumi atas tuntutan Islam sendiri," katanya.

Menurutnya umat Islam sewajarnya memberi sokongan padu gagasan Islam Hadhari hari ini kerana Pak Lah bukan mengajak bangsa Melayu sesat, tetapi untuk memacu kecemerlangan agar lebih terbilang atas landasan Islam.

"Bukan mudah untuk melihat Perdana Menteri dari aliran pendidikan Islam mendapat kuasa. Semua ini adalah satu anugerah Allah s.w.t. dan belum tentu akan muncul dalam tempoh 100 tahun. Pak Lah memiliki latar belakang agama yang cukup sempurna dan memiliki niat murni menjulang syiar Islam yang sudah dianuti oleh bangsanya".

Prof Mahmood Zuhdi turut mengulas peranan ulama apabila bertukar menjadi umarak, peranannya dan fungsinya yang perlu berunah. Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar al-Sidek tidak lagi berperanan sebagai ulama apabila bertukar menjadi umarak. Jesteru itu, Saidina Abu Bakar tidak ada fatwa ketika berperanan sebagai umarak dan kuasa itu turun kepada Saidina Umar al-Khatab.

Kebangkitan Islam di zaman Khalifa al-Rasyidin juga mewarisi prinsip di zaman pimpinan Khalifah Empat, apabila ulama bertukar menjadi umarak, segala fatwa diserahkan kepada ulama yang diserah kuasa oleh umarak.

Di Malaysia prinsip ini dipertahankan dan ulama boleh menegur umarak dalam pelbagai perkara secara bijaksana, disamping umarak juga memiliki pertimbangan tertentu yang membabitkan muslihat pentadbiran yang membabitkan pelbagai keperluan bangsa.

Mahmood Zuhdi mengambil kesimpulan bahawa kini bukan wahyunya umat Islam bergaduh dan bermasam muka kerana perkara remah yang lebih bermotifkan politik jika ingin melihat bangsa Islam mencapai kejayaan gemilang dan terbilang.


Thursday, October 4, 2007

Rencana Pengarang Al Haq

ISLAM HADHARI: PAS BAGAI CACING KEPANASAN
Multaqa Ulama dan Intelektual Islam Negeri Kelantan diyakini mampu memberikan impak besar kepada rakyat. Buktinya, program ini banyak mengupas tentang kekuatan yang bersifat tulen dalam memperjuangkan imej dan maruah negara. Jauh sekali ianya membicarakan soal kepartian yang sempit.

Motto multaqa anjuran Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) ini cukup sarat dengan intipati yang hebat - "MANHAJ ISLAM HADHARI, MENJANA KELANTAN MITHALI". Ianya berjaya menarik minat ramai intelektual di negeri ini terutamanya Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Hasbullah Hasan dan timbalannya, Datuk Shukri Mohamed. Tokoh akademik lain yang turut memberi pendangan bernas ialah Prof Dr Abdul Hayei Abdul Shukor, Datuk Prof Dr Mahmud Zuhdi Abdul Majid, Datuk Prof Dr Husein Abdul Rahman, Prof Ir Zainai Mohamad dan Datuk Prof Mafausi Mohamed.

Secara jelas, Datuk Shukri telah menyokong gagasan Manhaj Islam Hadhari tanpa sebarang syak wasangka. Beliau membandingkan kekuatan Islam Hadhari jika dibandingkan dengan "Membangun Bersama Islam" ciptaan PAS. Sudah 17 tahun memerintah Kelantan, kehidupan rakyat semakin derita dan Islam menjadi agama yang bersifat retorik di bawah Kerajaan PAS.

Apakah pengisian Kerajaan PAS untuk mendaulatkan Islam selama 17 tahun mentadbir negeri ini? Rakyat boleh menjadi hakim yang baik jika mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti seperti PAS atau UMNO.

Sebelum ini, PAS melalui pemimpin kanannya termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Islam Hadhari sebagi sesat dan menyesatkan. PAS menyifatkan Islam Hadhari bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh membawa rakyat khususnya umat Islam ke arah kehancuran.

Bagaimanapun, sejak Multaqa Ulama dan Intelektual Islam Negeri Kelantan diadakan pada 3 Ogos lalu, suara sumbang seumpama itu menjadi sepi. Multaqa yang digarap oleh MKK dan Pengerusi Jawatankuasanya ialah Datuk Md Alwi Che Ahmad telah berjaya membawa rakyat ke arah suatu bentuk pemikiran baru yang dinamik.

Kalau benar Islam Hadhari sesuatu yang sesat seperti mana yang difitnah oleh pemimpin PAS, sudah pasti ianya tidak akan disambut dengan tangan terbuka oleh Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan. Lagipun, kehadiran intelektual Islam seperti Prof Dr Abdul Hayei, Datuk Prof Mahmud Zuhdi dan beberapa tokoh lain sudah tentu akan mewujudkan daya sepakat untuk mempraktikkan Islam Hadhari di Kelantan.

Kehadiran intelektual Islam ini tidak pernah diragukan oleh rakyat. Mereka juga terbukti bukan bersifat 'politik' bila hadir ke majlis seumpama ini. Yang nyata, mereka bersepakat untuk membantu pemimpin negara dalam mejayakan hasrat dan cita-cita yang berteraskan kepada 10 teras Islam Hadhari.

Akhirnya, pemimpin PAS Kelantan menjadi cacing kepanasan. Mereka tidak berani menyambut kesimpulan tentang Multaqa Ulama dan Intelektual Islam Negeri Kelantan sebagai sesuatu yang sesat.

Sebaliknya, PAS cuba memburukkan Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan yang menghadiri Multaqa Ulama. Kata mereka (melalui Wasilah), bila intelektual berada dalam majlis UMNO, akan hilang 'serinya'. PAS memperlekehkan Prof Dr Uthman El Muhamady kerana telah lama bersama UMNO.

Dan kini mereka cuba memperlekehkan pula Datuk Hasbullah kerana menghadiri majlis anjuran UMNO. Sudah nampak sangat betapa pemimpin PAS mahu agar Datuk Hasbullah juga turut diperlekehkan oleh rakyat. Banyak gambaran buruk telah dibuat secara 'halus' dengan mendakwa bahawa Mufti Kelantan telah melangkah jauh. Rencana itu turut memberitahu bahawa selama ini Mufti hanya kelihatan pada majlis dihadiri Sultan dan Raja Perempuan. "harap-harap tag yang dipakai oleh Datuk Hasbullah tidak tersemat lambang dacing," demikian kata penulis dalam Wasilah.

Inilah kehebatan PAS dalam mencari idea buruk agar rakyat khususnya ulama tidak mendekati UMNO. Mereka membuat ugutan dengan cara paling halus betapa ulama yang mendekati UMNO tidak akan didekati oleh rakyat. Padahal, ulama besar yang mendapat pengiktirafan dunia terdiri daripada mereka yang berpihak kepada idealisme UMNO.

Secara tegasnya, perjuangan UMNO untuk memartabatkan Islam lebig praktikal. Ianya tidak lebih seumpama 'gitar tua' yang dialunkan oleh PAS dalam jangka masa yang begitu lama dan sudah ketinggalan zaman.

Rahsia keburukan pemimpin PAS untuk menjadikan ulama sebagai 'kambing hitam' dalam UMNO tidak kesampaian. Dokongan besar ulama terhadap perjuangan Islam Hadhari telah menjarakkan rakyat daripada PAS.

Sebab itulah pemimpin PAS umpama cacing kepanasan. Mereka kini berhempas pulas mencari idea buruk yang terkini semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat.

Walaupun begitu, semakin rakyat diadu domba oleh PAS, hasrat Islam Hadhari semakin diberi sokongan padu. Rakyat melihat Pak Lah dan pemimpin UMNO tidak mempunyai sesuatu yang tersirat selain untuk membawa proses ketamadunan yang tinggi kepada negara. Akhirnya Islam akan berkembang maju mengikut peredaran masa yang semakin mencabar.

Biarlah PAS terjun dengan labu-labunya. Hasrat mereka untuk meranapkan Islam Hadhari tidak tercapai. Cuma rakyat perlu ingat betapa 'jerat' politik sentiasa dipasang oleh PAS. Tapi awas - sebab pelanduk (PAS) mudah lupa kepada jerat yang dipasangnya sendiri!

Biarkan! Biarkan!

Wednesday, October 3, 2007

Rakyat Bersyukur, Sedia Ubah Kerajaan

Al Haq, Bil 18 / 15 Julai 2007 - 15 Ogos 2007

KOTA BHARU: Seperti yang diduga - PAS terkilan dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2 dan 3 Ogos lalu kerana ianya memberikan impak cukup besar kepada minda rakyat Kelantan.

Barisan Nasional (BN) dan UMNO boleh berbuat apa saja untuk kepentingan rakyat, tapi sudah pasti PAS Kelantan yang diterajui Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan 'membelasah' Kerajaan Pusat secara habis-habisan.

Apatah lagi, keadaan Kerajaan PAS yang mula nazak kini telah memaksa parti itu membuat apa saja tuduhan jahat terhadap UMNO yang sudah memberi pelbagai manfaat besar kepada rakyat.

Sebagai buktinya, pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra bernilai RM150 juta sudah pasti memberi banyak manfaat kepada rakyat untuk berulang-alik di jambatan sempit yang dibina sejak tahun 60-an dahulu.

Lagi pun, Kerajaan PAS mungkir janji untuk membina jambatan kedua sehingga memaksa Kerajaan Pusat bertindak pro-aktif untuk memenuhi keperluan rakyat.

Sebenarnya, dalam persekitaran politik Kelantan yang panas, ketua agensi dan jabatan Kerajaan Pusat tidak pernah mengenepikan Menteri Besar Kelantan.

Walaupun Mursyidul Am PAS itu mengetuai parti lawan yang tidak berkongsi dasar dengan Barisan Nasional, tetapi PAS perlu bijak memisahkan antara parti dan projek rasmi yang dibina oleh kontraktor.

Tidak sepatutnya PAS bermain dengan isu politik sempit dan sengaja menacri simpati rakyat kerana Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra itu diurus bina oleh kontraktor.

Sepatutnya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin PAS lain mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana sanggup menunaikan hasrat rakyat yang tidak kesampaian akibat kegagalan janji palsu kerajaan negeri.

Apatah lagi Datuk Nik Aziz pernah diundang ke majlis KADA BALOH NEGARA di Pasir Puteh yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi gelagat pemimpin PAS itu tetap sama saja - tetap menggelarkan Kerajaan Pusat sebagai 'taghut' dan tidak Islamik.

Sebagai pemimpin Islam dan anak kepada seorang ulama besar, Datuk Seri Abdullah telah memimpin tangan Menteri Besar Kelantan turun dari pentas sebagai 'saudara seagama' tapi tetap dibalas dengan sikap biadap sesetengah pemimpin PAS itu.

Bagi pemimpin PAS termasuk Datuk Nik Aziz, UMNO boleh lakukan apa saja tanggungjawab kepada rakyat dan pembangunan negeri, tetapi pemimpinnya tetap digelar dengan perkataan maki hamun, fitnah dan pelbagai gelaran mengaibkan.

Secara tepatnya - Pemimpin PAS tidak tahu menilai erti budi terhadap tanggungjawab Kerajaan Pusat yang bersikap cakna rakyat di negeri ini.

Datuk Nik Aziz mudah sangat terkilan dengan perkara yang remeh temeh, tetapi apakah sikapnya yang sentiasa menggelarkan Kerajaan BN sebagai 'sekular' dan 'rasuah' tidak mengguris perasaan pemimpin UMNO?

Ketika Perdana Menteri melawat Kelantan, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi yang tersohor sebagai tempat terawal perkembangan ilmu Islam di negeri ini.

Selaku ketua kerajaan negeri, Datuk Nik Aziz sepetutnya turut sama bersolat Jumaat di Masjid Negeri bersama Perdana Menteri dan 7,000 jemaah yang lain. Tetapi pada hari itu, Mursyidul Am PAS tidak kelihatan - mungkin kerana beliau tidak dijemput oleh pihak pentadbir masjid.

Apa yang pasti, sepanjang lawatan kerja Perdana Menteri, rakyat merasa cukup puashati dan bersyukur dengan sikap prihatin Kerajaan Pusat walaupun negeri ini berada di bawah Kerajaan PAS.

Datuk Seri Abdullah turun ke bawah untuk bersama rakyat di Dataran Warisan KADA Kok Lanas, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Majlis Gandingan Gemilang, Multaqa Ulama dan Intelektual Islam, selain merasmikan kampus sementara UMK di Pengkalan Chepa.

Sepanjang di Kelantan, Pak Lah tidak sepatah pun menyebut nama PAS kerana jiwa ketakwaannya jauh lebih tinggi sebagai satu cara menghormati perasaan Datuk Nik Aziz.

Tuesday, October 2, 2007

Gelagat Nik Aziz

Pada 2 - 3 Ogos yang lalu.... PM datang ke Kelantan. Tanpa begitu banyak publisiti, kedatangan PM kali ini bukan sebarangan.

Sedar atau tidak sedar..... PM telah melancarkan beberapa projek yang sangat bermakna bagi rakyat Kelantan.

Yang paling utama ialah.... Pembinaan satu lagi jambatan merentangi sungai Kelantan. Jambatan ini akan di bina di atas jambatan yang sedia ada.... atau pun jambatan bertingkat. Semoga kesulitan rakyat Kelantan untuk keluar dari Kota Bharu selama ini akan berakhir.

Yang kedua... ialah Universiti Malaysia Kelantan. Kalau jambatan ke Pasir Mas tu mungkin tidak begitu bermakna sangat bagi aku ( kerana aku tak lalu pun jambatan tu!) Tapi kemunculan Universiti Malaysia Kelantan, amat aku harapkan, sebagaimana besarnya harapan rakyat Kelantan yang lain.

Dengan adanya sebuah universiti di Kelantan..... sekurang-kurangnya, tak payahlah menghantar anak belajar di luar Kelantan. Tambahan pula tahun ini anak sulung ku akan mengahadapi SPM. Mudah-mudahan dia berpeluang belajar di UMK itu nanti!

Demikianlah..... besarnya erti kedatangan PM ke Kelantan kali ini. Cuma yang tak senang hati hanyalah Nik Aziz dan kuncu-kuncunya sahaja!

.............................................................................

Rencana dipetik daripada AlHaq, Bil 18

BILA NIK AZIZ MERAJUK.....

BURUKNYA bila orang tua merajuk. Itulah kata-kata pemerhati politik Kelantan bila Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkilan, merajuk dan kecil hati bila tidak dijemput ke majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri pada 2 - 3 Ogos lalu.

Sebabnya, semua orang tahu tentang perangai Datuk Nik Aziz. Dia akan guna pelbagai taktik bila rakyat telah membuka mata dengan sifat cakna BN terhadap negeri ini.

Ada dua gelagat dalam diri Datuk Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dia sentiasa menggunakan gelagat dua versi ini.

GELAGAT PERTAMA:
Datuk Nik Aziz mudah marah bila ditegur. MB Kelantan rasa, Adun BN takut dengan gelagatnya seperti ini.

Lihatlah sendiri bila Adun BN Bukit Tuku (Datuk Mohd Zain Ismail) tegur dalam Sidang DUN agar jangan zalimi rakyat di Repek, dia marah bukan kepalang. Macam kena rasuk hantu jadinya.

Secara spontan, MB Kelantan bingkas bangun sambil menuding ke arah Datuk Mohd Zain dan berkata: "Aku bayar..... aku bayar....."

Persoalannya: Beginikah gelagat seorang pemimpin Islam ala PAS?

Datuk Nik Aziz kena sedar, anak-anak buahnya sedang memerhatikan gelagat tok guru mereka. Jangan jadi ikutan pula nanti.... Kita bimbang Kelantan akan dipenuhi dengan generasi yang 'bekeng' tak bertempat.

Siapakah yang mengajar umpama ketam agar anaknya berjalan betul ni?

GELAGAT KEDUA:
Datuk Nik Aziz cuba cari jalan untuk mendapat simpati rakyat. Versi ini bagaikan lakonan hebat MB Kelantan.

MB Kelantan akan suka jika rakyat berkata: "Kesiannya Datuk Nik Aziz tak dijemput ke majlis Perdana Menteri"

Datuk Nik Aziz berharap, undi PAS akan bertambah melalui simpati rakyat. Sedangkan rakyat sudah sedar hakikat sebenar. Lakonan MB Kelantan ini sudah dapat dibaca oleh rakyat. Pendek kata, rakyat sudah tahu - tanpa Kerajaan Pusat, apalah yang ada di Negeri Cik Siti Wan Kembang?

Bila rakyat mula memihak kepada sifat cakna BN dan UMNO, Datuk Nik Aziz cuba memujuk dengan cara yang paling halus - melalui simpati. Datuk Nik Aziz mula kecil hati kerana tak dijemput bersama-sama Perdana Menteri merasmikan jambatan bertingkat.

Wahai MB Kelantan, tak payah kecil hati bila tidak dijemput. Ini kerana Jambatan Sultan Yahya Kedua itu dibina oleh sebuah syarikat. Dia yang jemput Perdana Menteri, tentu ada sebabnya yang tersendiri.

Mungkin syarikat itu kesian jika Datuk Nik Aziz dijemput. Bila Datuk Nik Aziz tiba di jambatan tersebut, tentu dia akan teringat kisah-kisah lama tentang jambatan yang dirasmikan Kerajaan PAS dulu, tapi tak jadi bina hingga sekarang.

Lagipun, pada masa Kerajaan PAS umum nak bina jambatan kedua dari Penambang ke Palekbang itu, pemimpin PAS cakap besar - "Tanpa bantuan Pusat pun, kita mampu buat"

Sepatutnya, Datuk Nik Aziz kena terima kasih kepada Datuk Ismail Hasan yang mendapat tender membina jambatan bertingkat itu. Sekurang-kurangnya, MB Kelantan tak ingat kisah lama tu. JANJI PAS HANYA TINGGAL JANJI SAHAJA.

Mungkin juga pihak syarikat fikir, Datuk Nik Aziz akan terkilan bila dijemput ke perasmian berkenaan. Ini kerana projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra itu bukannya janji kosong. Ianya aka disiapkan segera demi untuk kenajikan rakyat. Tanpa sebarang janji sebelum ini, tiba-tiba Kerajaan Pusat umumkan projek besar bernilai RM150 juta.

Tak kecil hatikah Datuk Nik Aziz bila lihat jambatan kedua bertingkat itu jadi kenyataan?

Tok Pendekar: GUNA ILMU MANTIK BILA BERDEPAN DENGAN MB KELANTAN

................................................................

p.s

Tak terdengar pula Nik Aziz dan kuncu-kuncunya berkata..... "ini hanyalah gula-gula pilihanraya sahaja"


Letih-letih pun terpaksa bertanding jugak!

NIK AZIZ SAKIT, BERHENTILAH JADI MB
http://www.ganulening.net/index.php?option=com_content&task=view&id=248&Itemid=1


Nik Aziz tetap bertanding pilihan raya umum ke-12
Maslan Yusoh
Tue | Oct 02, 07 | 6:21:02 pm MYT

KOTA BHARU, 2 Okt (Hrkh) - Teka teki pilihan raya umum ke-12 tetap menarik perhatian orang ramai, biar pun pilihan raya kampus yang berlangsung hari ini tercemar dengan banyak insiden memalukan.

Nampaknya kemungkinan pilihan raya umum kedua di bawah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mulai kendur untuk diadakan tahun ini.

Biar apa pun PAS tetap bermati-matian mempertahankan Kelantan memandangkan negeri ini merupakan kubu terakhir gerakan Islam di negara ini.

Apa yang menarik cabaran PAS Kelantan pada pilihan raya ke-12 tetap diketuai Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memastikan pihak lawan gagal lagi menerobos masuk ke Kota Darulnaim.

Ketika ditemui di pejabatnya semalam katanya beliau tetap akan bertanding pada pilihan raya umum terdekat ini.

"Saya sudah sebut akan bertanding. Dan suratkhabar pun sudah menyiarkan," katanya sambil tersenyum biar pun nampak keletihan akibat banyak program yang dihadirinya................

Harakah Daily

..................................................................................................

Letih-letih pun Nik Aziz terpaksa bertanding juga untuk mempertahankan kerusi empuk Menteri Besar Kelantan.

Nik Aziz terpaksa terus menggagahkan dirinya yang sudah begitu uzur untuk menghadapi PRU akan datang.

Sebelum ini.... silap sikit je masuk hospital. Tak boleh nak 'kentut' pun Nik Aziz masuk hospital.

Kes 'kentut' ni... Nik Aziz sendiri yang buat kenyataan dulu semasa dia berada di hospital. Katanya... "saya baru tau bahawa dapat berkentut itu adalah nikmat....." Macam tu la rasanya kenyataan Nik Aziz masa tu. ( Saya tak sempat cari semula kenyataan tu dalam Harakah Daily )

Nik Aziz memang sudah begitu 'letih'.... malangnya dia tidak pernah berkeyakinan untuk melepaskan kedudukannya kepada pemimpin PAS yang ada di Kelantan.

Siapa lagi yang hendak diharapkan untuk memastikan satu-satunya kubu PAS dapat dipertahankan.... Husam, Takiyuddin, Mat Iraq! Bolehkah mereka diharapkan!

PAS tidak mungkin untuk mengambil risiko yang begitu besar! Mahu tidak mahu,PAS terpaksa menjadikan Nik Aziz sebagai 'moskot' menghadapi PRU akan datang.

Maka.... jika Nik Aziz bertanding pada PRU akan datang..... jelas dan nyata, Nik Aziz hanya 'dipaksa' untuk bertanding.

Semua orang sedia maklum.... Nik Aziz tidak lebih sekadar 'moskot' di kerusi Menteri Besar Kelantan. Pentadbiran negeri Kelantan bukan dia yang jalankan pun!