Monday, April 2, 2007

Lojing - Husam berjaya pusing cerita

Awal bulan lalu..... secara tiba-tiba muncul laporan berita jam 8 di TV3 tentang kegiatan pemusnahan hutan di tanah tinggi Lojing. Laporan itu berikutan tinjauan udara oleh setiausaha parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sazmi Miah bersama pemberita TV3. Bila melihat gambar yang ditunjukkan oleh TV3, memang agak mengejutkan kerana jelas puncak-puncak bukit di tanah tinggi itu memang sudah licin. Sebahagiannya pula sudah siap dibina ladang-ladang sayur, manakala sebahagiannya lagi sedang 'diproses' untuk dijadikan ladang sayur-sayuran.

Dato’ Sazmi Miah membuat kenyataan tentang rasa hairan beliau, bagaimana kerajaan Kelantan boleh meluluskan dan menyerahkan kawasan (tanah) kepada beberapa syarikat untuk dijadikan ladang sayur-sayuran secara besar-besaran. Syarikat-syarikat tersebut diberikan tanah dengan keluasan yang 'luar biasa', demikianlah dakwaan beliau. Pembukaan ladang-ladang sayuran oleh syarikat-syarikat itu, menyebabkan tanah tinggi Lojing 'licin' dan 'bersih', kerana memanglah itu yang perlu dilakukan kalau hendak menanam sayur atau apa-apa sahaja.

Lupakan dahulu soal itu......

Seperti yang dijangka..... berita itu memaksa kerajaaan Kelantan mengadakan mesyuarat tergempar. Nik Aziz pun nampaknya kelihatan seperti orang yang baru terjaga daripada tidur. Apabila diasak oleh para wartawan, tentang berita kemusnahan Lojing, nampak benar Nik Aziz terkebil-kebil tak tau nak kata apa. Mungkin juga Nik Aziz belum bersedia dengan jawapan yang sepatutnya untuk melindungi apa yang sebenarnya berlaku di sana. Husam Musa yang berada di sebelah beliau cepat-cepat 'cover' dengan memberikan jawapan yang sudah menjadi acuan pemimpin PAS selama ini, iaitu..... letakkan kesalahan pada orang lain. Emmm.... sudah 15 tahun memerintah Kelantan, masih begitu lagi caranya, masih lagi hendak salahkan kerajaan dahulu (UMNO). Husam dengan selamba berkata.... "sebahagian kawasan itu (lojing) diluluskan oleh kerajaan dahulu", itulah yang sempat didengar daripada sedutan berita TV3. Nik Aziz kemudiannya hanya mampu membuat kenyataan bahawa, laporan itu adalah cubaan untuk memalukan dan menggugat kedudukan kerajaan Kelantan.

Hari-hari berikutnya, berita panas ini terus dibincangkan hingga dibawa ke persidangan Parlimen, dan kerajaan Kelantan terkial-kial untuk mencari jalan melepaskan diri. Barangkali Husam Musa dan kuncu-kuncunya tak nyenyak tidur untuk mencari jalan bagaimana hendak meredakan bahang laporan kemusnahan Lojing. Setelah selamat daripada serangan para pemberita sehari selepas laporan kemusnahan Lojing di paparkan di TV3, Husam berjaya memikirkan jalan untuk melindungi apa yang telah mereka lakukan.

Tindakan awal Husam ialah dengan membesarkan bahawa kemunculan berita itu adalah berniat untuk memalukan kerajaan Kelantan sahaja. Dengan mudah beliau mendakwa Sazmi Miah mempunyai niat politik, kerana dia adalah seorang ahli politik. Husam barangkali lupa bahawa dia juga seorang ahli politik! Nik Aziz juga ahli politik.... Husam antara lain berkata,

“Tidak berbangkit orang tertentu yang dilindungi kerajaan negeri meneroka tanah tersebut. Kita pun tidak tahu di mana gambar yang ditunjukkan dalam televisyen yang nampak gondol itu dirakam,” ujarnya. Lagi pun tambah beliau semasa Setiausaha Parlimen terbabit dan JAS membuat pemantauan, mereka tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan. Ditanya mengapa Sazmi Miah sering kali membangkitkan isu yang sama, Husam berkata, pemimpin itu orang politik iaitu anggota parlimen Machang. Beliau difahamkan pengaruh Sazmi di Machang terjejas selepas ramai ahli Umno menyertai PAS kebelakangan ini. Ini termasuk pada 21 Mac lalu seramai 89 bekas ahli dan penyokong Umno di Dun Temangan menyertai PAS. Harakah Online 29 Mac 2007

Lihatlah bagaimana liciknya Husam sebagai seorang ahli politik! Dalam pada itu dengan selamba juga Husam cuba mengatakan bahawa gambar yang ditunjukkan oleh TV3 itu adalah palsu atau kecek mudohnyoo.... Husam nak kata TV3 ambil gambar di tempat lain bukan gambar Lojing.

Husam kemudiannya berjaya menukar cerita tentang penyerahan tanah untuk dijadikan ladang sayur kepada beberapa syarikat kepada berita kemusnahan hutan akibat penebangan balak. Dia berjaya untuk menampilkan bahawa isu kemusnahan hutan itu adalah akibat penebangan balak. Apabila semua orang kemudiannya bercakap tentang 'balak' maka berjayalah langkah pertama Husam. Kemudian dengan mudahnya Husam menonjolkan bahawa kerajaan negeri amat jujur dan tidak bersalah, dengan berkata.... "
Kita tegaskan lesen pembalakan telah dibekukan sejak awal Mac 2006". Bijakkan!..... sunguh bijak dan licik. Setakat itu, Husam telah berjaya untuk melepaskan kerajaan Kelantan daripada kemelut Lojing.

Sekarang Husam telah berjaya menyelamatkan maruah kerajaan Kelantan.... dan Nik Aziz dapat tidur lena. Malangnya tidur lena mereka tidak lama kerana kemudiannya tidur mereka dikejutkan pula oleh 'kemurkaan' Sultan Kelantan semasa menyampaikan titah ucapan sepena Hari Keputeraan baginda semalam. Cuba bayangkan bagaimana rasanya seorang Menteri Besar ditegur oleh sultan di dalam majlis rasmi. Dimakah agaknya maruah kerajaan 'pimpinan ulamak'? Sekarang adakah Nik Aziz hendak katakan bahawa 'teguran' Sultan Kelantan itu juga hanyalah sebagai cubaan untuk memalukan dan menggugat kerajaan yang dipimpinnya. Apa pula Husam nak kata..... adakah Husam nak kata bahawa Sultan Kelantan juga seorang ahli politik?

1 comment:

suhaimyarif said...

terima kasih datuk husam,

UMNO memang taik, dah kerja ko yang buat nape plak kerajaan negeri nak tanggung.....tapi kalau UMNO yang buat misti UMNO kato sebab pembangunan...

datuk sazmi miah,
mane syarikat yang ko nak dakwa....langsung tak nampak pun...maknanya ko tipu rakyat kelantan. ko kata nak dakwa syarikat yang terlibat ke mahkamah selewat lewatnya bulan saptember, tapi lani dah bulan november langsung tak de apo-apo pun.... ko memang penipu besar.....

malang lah nasib orang machang yang lantik YB macam tu....bercakap ikut sedap mulut, tapi langsung tak der apo-apo pun...