Saturday, May 26, 2007

Mungkin 200 tahun lagi, PAS akan memerintah Malaysia!

PAS sasar tawan tiga negeri dalam pilihan raya umum

JERANTUT 20 Mei (Hrkh) – Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata, PAS mensasarkan kemenangan di tiga buah negeri dan menjadi pembangkang yang kuat di beberapa negeri lain dalam pilihan raya umum akan datang.

Berucap merasmikan Konvensyen PAS Pahang kali ke–5 di Kompleks Imam Syafie, di Temin, Jerantut malam tadi beliau berkata, PAS yakin akan terus mentadbir Kelantan dengan majoriti yang lebih besar berbanding satu kerusi sekarang.

PAS juga katanya meletakkan sasaran untuk kembali memerintah Terengganu dan menawan Kedah manakala di Pahang PAS meletakkan sasaran kedua iaitu menjadi pembangkang yang kuat di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang.

Katanya, walaupun Umno/BN mensasarkan untuk terus memerintah 100 tahun lagi seperti dinyatakan Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi Allah SWT menyebutkan Dia (Allah) akan menggilirkan hari-hari kemenangan itu dan Umno tentunya tidak akan memerintah sehingga ke hari kiamat....................
Dipetik daripada Harakah Daily.Net


Tidak lama lagi negara kita Malaysia yang tercinta akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50. Sebagai anak merdeka, saya amat berbangga menjadi warganegara.

Sepanjang tempoh kemerdekaan ini, negara kita telah melalui 11 pilihanraya umum. Terlalu banyak kisah politik di negara kita.

Saya bukan hendak membicarakan rentetan sejarah kemerdekaan negara atau senario politik negara yang melalui segala macam suka dukanya.

Saya tak mampu untuk membuat ulasan atau kajian tentang semua itu, maklumlah saya bukan ahli politik atau pun belajar sains politik di universiti.

Saya cuma seorang yang 'biasa' atau seperti 'orghe rghma-rghma' sahaja dalam hal-hal politik atau pun apa-apa saja.

Cuma secara kebetulannya saya dilahirkan daripada 'baka' UMNO dan sejak kecil hingga besar melihat kecelaruan minda apabila semata-mata berdiri atas dasar UMNO atau PAS.

Ok..... itu intronya, kalau tulis panjang-panjang tak jadi 'intro' la pulak nanti..... hehehe!

Dalam kesibukkan urusan hidup seharian, saya berpeluang untuk mewujudkan weblog ini bagi menzahirkan apa yang saya 'rasa' dan yang saya 'fikir' tentang hal-hal yang berkaitan dengan 'kepolitikan' atau pun 'kepartian' di negara kita. (layakkah weblog aku ni dikategorikan sebagai weblog politik?......... tapiiiiii, kira boleh la kot!)

Saya bukan seorang yang 'cari makan' secara langsung dengan politik atau parti! Saya hanyalah seorang pegawai kerajaan biasa sahaja. Maka weblog ini hanyalah dedikasi saya sebagai seorang warganegara...... itu saja.

Sejak dulu hingga kini saya suka membaca, dan saya akan pastikan setiap hari saya dapat membaca Utusan Malaysia atau Berita Harian dan juga Harakah (akhbar yang ada di internet)

Sebagai seorang yang 'berbaka' UMNO, saya membaca apa yang tertulis di Harakah daripada sudut fikiran saya yang demikian.

Ada banyak perkara yang menarik untuk diulas bagi setiap berita atau tulisan yang terdapat di Harakah, namun sebagai 'orghe biasa' yang bukan 'cari makan' dengan benda ni, hanya sesekali sahaja saya dapat menulis di sini.

Seperti kebanyakkan kandungan weblog saya ini, apa yang saya tulis adalah cetusan setelah saya membaca Harakah (Harakah Daily.Net)

Lihat petikan berita yang tersiar di Harakah Daily di atas. Berita itu biasa sahaja. Berita itu hanyalah catatan rutin bagi sebuah parti politik. Berita itu hanyalah cakap-cakap politik yang sentiasa sedap didengar (dibaca).

Berita itu boleh menjadi pembakar samangat ahli-ahli PAS. Berita itu juga boleh menjadi sesuatu yang mendebarkan bagi yang bukan ahli PAS. Berita itu juga boleh bertukar menjadi sesuatu yang boleh depersendekan oleh pihak lawan PAS. Pendek kata.... macam-macam boleh jadi, bergantung daripada sudut apakah kita melihatnya.

Mengapa saya letakkan logo 'Malaysiaku Gemilang' yang berkaitan dengan kemerdekaan negara di sebelah petikan berita itu?

Inilah yang saya fikirkan apabila membaca berita tersebut dan menggandingkannya dengan situasi 50 tahun kemerdekaan negara.

Selama 50 tahun ini, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah.... PAS hanya mampu menguasai tidak lebih daripada 2 buah negeri di negara kita ini.

50 tahun merdeka...... 11 kali pilihanraya..... PAS kuasa sebuah negeri sahaja.

Menjelang pilihanraya ke-12 akan datang, PAS berhasrat untuk menguasai tiga buah negeri sahaja.

Tanpa bermaksud menafikan 'kehendak dan kekuasaan Allah' inilah yang saya fikirkan, "emmmm......... dalam 50 tahun, PAS hanya ingin menguasai tiga buah negeri, (itu pun belum pernah tercapai!) maknanya kita perlu tunggu 200 tahun atau lebih sebelum PAS dapat memerintah Malaysia."

Itulah kesimpulan yang saya dapat rumuskan daripada berita tentang hasrat PAS itu.

Saya sudah lama untuk menulis tentang 'hasrat' dan 'impian' PAS yang kelihatan sangat cantik tetapi "tak tercapai diakal mu"....... apa dia?

'HASRAT' dan 'IMPIAN' PAS untuk memerintah Malaysia dan mendirikan sebuah 'NEGARA ISLAM'

Mungkin bila ada kesempatan, saya akan menulis tentang itu nanti, tetapi sebagai 'intro' penulisan itu..... intipati yang hendak saya katakan ialah, PAS hanya bermimpi di siang hari dan terus 'membuai-buai' imaginasi rakyat dengan 'HASRAT' dan 'IMPIAN' yang tidak mungkin jadi nyata!

Mengapa saya katakan demikian?............ tanpa perlu analisa yang berjela-jela, tanpa berhujah dan berbahas berapi-api, saya cuma hendak katakan tidak mungkin PAS memerintah Malaysia, kerana PAS TIDAK PERNAH BERTANDING KERUSI PARLIMEN YANG CUKUP UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN.

Cakap mudahnya..... "bertanding pun tak pernah cukup satu Malaysia, macam mana nak perintah Malaysia!"

p/s
InsyaAllah.... 200 tahun lagi PAS akan memerintah Malaysia! Kepada ahli-ahli PAS selamat bermuktamar minggu hadapan di Kelantan. Sambil bermuktamar sedap juga kalau makan buah tamar, dan menghitung bintang di langit...... 1 sampai 200! (kalau larat nak bilang la!)

No comments: