Friday, March 30, 2007

PAS dilanda perebutan jawatan


Sekarang ni, kisah perebutan jawatan dalam parti PAS bukan sesuatu yang asing lagi. Setiap kali berlangsungnya muktamar pasti akan berlaku pertandingan. PAS sekarang bukan macam PAS macam dulu lagi. PAS sekarang bukan PAS yang menadah kopiah minta derma semasa ceramah lagi.... PAS sekarang adalah lubuk duit, terutamanya PAS Kelantan la.... PAS kat tempat lain hanya boleh tumpang seronok saja. Ibarat kalau pergi tempat kenduri.... PAS Kelantan makan isi.... PAS tempat lain hirup kuah jeeee!

Semasa pemilihan pucuk pimpinan PAS yang lalu, kita dapat lihat bagaimana Haji Hadi terkontang-kanting keseorangan...... Jawatan lain semuanya muka baru belaka, habis 'terpelanting' semua penyandang jawatan yang lama. Ada juga yang kata.... kepimpinan PAS yang ditunjangi oleh ulamak sudah berakhir. Pemimpin-pemimpin muda yang menerajuai PAS hari ini hanya menjadikan kumpulan pimpinan ulamak sebagai 'moskot' sahaja.

Demikianlah resam dunia........ Tahun ini mungkin kita akan dapat melihat pula bagaimana ghairahnya orang-orang muda untuk merebut jawatan. Mereka tak akan rasa malu dah kepada orang tua atau pemimpin lama, kerana kelompok itu sudah dicantas dan dibersihkan daripada barisan kepimpinan PAS. Bak kato orghe kelate..... "tak dok malu mato dohhh". Haji Hadi barangkali nanti hanya terkebil-kebil saja kerana kalau silap-silap, jawatan dia pun akan melayang!

Saya teringat tentang tulisan saya tentang situasi dalam muktamar PAS 2005 dulu..... saya paparkan kembali disini....

6 June 2005

Kelate Daily.Net

Pertandingan dalam PAS untuk angkat martabat agama- Mursyidul Am
Kiriman pada Thursday, June 02 @ 01:19:39 MYT oleh avicenna


Oleh Wajdi Mayusoh

KOTA BHARU, 1 Jun (Hrkh) – Mursyidul Am menyifatkan pertandingan bagi merebut jawatan dalam PAS bukan bertujuan menonjol diri bagi kepentingan peribadi, sebaliknya berkhidmat memartabatkan agama Islam.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pertandingan yang berlaku dalam PAS adalah jauh berbeza dengan parti lain kerana tiada elemen-elemen yang boleh merosakkan parti.

“Islam memang menggalakkan kita berlumba-lumba atau bertanding dalam melaksanakan kebaikan, maka pertandingan dalam PAS adalah bertepatan dengan kehendak Islam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini..............

.......................................

Sekarang ini sedang berlansung Muktamar PAS kali ke 51 di PUTIK, Kelantan. Kedudukan Hj. Hadi sebagai Presiden nampaknya masih selamat setalah tiada sesiapa yang mencabarnya, walaupun ada suara-suara supaya Haron Din bertanding. Malangnya situasi itu tidak berlaku kerana sememangnya buat masa ini PAS memang belum ada tokoh seperti Hj. Hadi untuk tempat Presiden. Nak harapkan Nik Aziz, dah tua, nak harapkan Haron Din uzur pula.

Namun begitu pertandingan diperingkat bawah tetap berlangsung dengan meriahnya. Walau apa sekali pun hujah atau pendapat, soalnya PAS kini tidak sunyi lagi dengan pertandingan. Cuma bezanya, Nik Aziz kata pertandingan dalam PAS mengikut kehendak Islam. Kalau pertandingan dalam UMNO itu menggambarkan keruntuhan perpaduan dalam parti. Mudah sungguh Nik Aziz menyelesaikan masalah. Hanya letakkan saja ‘Islam’ maka semuanya beres……. Nak ghoyak!

Kelate Daily.Net

Tunjuk pengganti bukan perkara baru – Mursyidul Am
Kiriman pada Thursday, May 26 @ 00:15:39 MYT oleh avicenna


KOTA BHARU, 25 Mei (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan soal mencadang, memberi restu dan menunjukkan pengganti atau pemimpin bukanlah sesuatu perkara yang baru.

Beliau berkata, amalan itu diambil daripada sirah para sahabat yang berteras kepada amalan Islam dan tidak timbul soal campur tangan.

“Cuma apa yang Islam haramkan ialah apabila ada amalan rasuah. Di sini, kita sekali lagi berbeza dengan Umno. Sekurang-kurangnya ada dua perbezaan yang jelas iaitu Umno tidak benarkan kerusi presiden dan timbalan presidennya dipertandingkan dan keduanya, menghalang calon yang mahu mencabar Presiden Umno,” katanya dalam tulisannya terbaru disiarkan Harakahdaily.net, hari ini..........

.................................................

Manis sungguh mulut Nik Aziz, mugo tak pernah terlepas sebut pasal Islam. Buatlah apa saja pun semuanya berlandaskan Islam. Apa bezanya mencadang, memberi restu dan menunjukkan pengganti antara UMNO dan PAS? Bezanya cuma Nik Aziz kata, kalau UMNO itu tidak demokrasi dan kalau PAS, ia berlandaskan Islam dan tidak campur tangan.

Nik Aziz tak kaba, semua keputusan UMNO dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi dan semua orang UMNO akur, demi kebaikan UMNO, bukan untuk kebaikan PAS. Kalau PAS nak halang ke, tak halang ke jawatan Presiden atau Timbalan Presiden dipertandingkan, UMNO peduli apa.

Malangnya Nik Aziz sudah melakukan rasuah minda dengan cuba memomokkan kepada ahli PAS supaya mencalonkan Haron Din, kemudian bila perbuatannya dipertikaikan, cepat-cepat dia menukar kenyataan.

Perbuatan Nik Aziz ni samalah macam, orang jumpa dia berak tengah jalan, lepas itu dia kata,

bau macam tahi kawe, tapi bukan tahi kawe.” ………. Nak ghoyak.

:: Created by shifu_67@yahoo.com

Muktamar terakhir..... PAS tak perlu wujud lagi

Berita yang dipetik daripada Harakah Online ini memang kena pada tempatnya. Muktamar PAS ke-53, yang terakhir sebelum pilihanraya umum ke-12. Memang dah kena la tu.... kerana selepas ini PAS tak perlu wujud lagi. PAS tak perlu susah-susah dah nak fikir macam mana hendak menghadapi pilihanraya. Kenapa?

Bukankah PAS nak boikot pilihanraya umum...... maka, kenapa perlu susah-susah nak fikir hal pilihanraya, kannn! Sebab itulah saya dah banyak kali katakan, kalau PAS nak boikot pilihanraya.... saya memang sokong! Semua orang memang patut sokong rancangan PAS hendak boikot pilihanraya.... betul tak?

Semasa Muktamar nanti.... umumkanlah keputusan untuk boikot pilihanraya secara rasmi!, then lepas tu tak payah susah-susah dah...... Muktamar pun tak perlu buat dah..... lagi baik makan buah tamar.

Maka sekali lagi saya seru.......

"wahaaiiii sekelian rakyat jelataaaaa........ mari kita semua sokong PAS boikot pilihanrayaaaaa"

************************************
p/s
Eerrrrrr.... sebenarnya PAS ni betul-betul nak boikot ke pilihanraya umum nanti?
Saya sekadar bertanya untuk mengingatkan semula apa yang diheboh-heboh oleh puak-puak demo jugoooo!
Jangan la buat-buat lupa pulak apa yang demo kata. Janganlah nak berbelit-belit lidah pulak nak nafi apa yang sudah demo kata........

Saturday, March 17, 2007

Anak Altantuya Shariibuu

Orang-orang yang berkarat 'hijau' sekarang ni cuba untuk menyebarkan cerita tentang hubungan TPM dengan Altantuya Shariibuu. Dengan ghairahnya mereka mahu semua orang percaya bahawa TPM telah mengadakan hubungan sulit hingga melahirkan anak.
Agak-agaknya muka anak Altantuya Shariibuu yang dipetik dari video ni ada iras-iras TPM ke tidak..... anda jawab sendiri.

Sunday, March 4, 2007

Nik Aziz Nak Jadi MB Sampai Mati


Print
Written by Wak Long
Friday, 02 March 2007

Walaupun keadaan Nik Aziz semakin uzur, beliau masih lagi nak jadi MB kalau boleh sampai mati.


DULU masa Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau mahu berhenti menjadi Perdana Menteri, puak Pas kata beliau bersandiwara. Puak Pas tak percaya dengan apa yang diucapkan Tun. Rata-rata puak Pas yang sengaja nak ambil tahu pasal rumah tangga orang beranggapan bahawa Tun akan menjadi PM sampai mati. Kesimpulan itu dibuat selepas mereka melihat banyak tindakan dan langkah yang drastik yang dilakukan Tun selama menjadi PM.

Bagi Wak, Wak sedikit pun tak hairan masa puak dia buat tuduhan begitu. Sebabnya mudah, mereka memang tidak boleh percayakan orang sebab mereka rasa bahawa hanya mereka sahaja yang betul. Jadi mereka percayalah bahawa Tun tak akan berhenti. Biasalah, Pas ini menyangka bahawa orang lain itu sama dengan mereka. Bermain politik secara tidak bijak dan tidak matang.

Rakyat kita tahu bahawa Tun adalah seorang negarawan yang mempunyai prinsip dalam setiap keputusan yang dibuat dan apa yang dicakapkan Tun itu telah menjadi kenyataan apabila beliau menyerahkan kuasa sebagai PM kepada Pak Lah. Yang Wak nak sentuhnya ialah Tun sudah meletak jawatan sebab Tun merasakan bahawa dirinya sudah lama dan mahu memberi peluang kepada orang lain pula memimpin negara. Tetapi bagaimana pula dengan pemimpin Pas.

Nik Aziz misalnya, baru ini ada wartawan tanya dia di Kelantan apakah dia akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang. Nik Aziz sendiri tak berani nak bagi kenyataan yang tepat sama ada akan bertanding atau sebaliknya. Biasalah jawapan politik puak dia bahawa soal bertanding itu adalah “keputusan parti”. Maka Nik Aziz pun tak bagi keputusan. Dengar pada dia jawab, Wak nampak Nik Aziz nak lagi bertanding. Mana tak mahu bertanding. Dah jadi MB, gaji besar tu. Lagi pun jadi MB Kelantan ini makan gaji buta. MB Kelantan tak buat apa-apa. Wak ingat lagi kata seorang kawan yang selalu jumpa Nik Aziz.

Kata kawan Wak, Nik Aziz ini memang tak suka mesyuarat. Maklumlah dia tu jenis dok tahu colour (tak tahu amenda satu). Jadi tak hairanlah apabila satu masa dulu, dia pakai sains sahaja satu perjanjian tanpa membaca isi kandungan perjanjian itu. Maksudnya, keje MB Pas ini sangat mudah. Siang boleh tidur dan malam berceramah merata-riti. Apa susah. Jadi, kalau Nik Aziz berhenti, rugilah.


Lagi satu, puak Pas pun masih ghairah dan terus mahu memperalatkan Nik Aziz untuk mengekalkan kuasa Pas di Kelantan yang semakin mengharu-biru sekarang ini. Walaupun Nik Aziz kata bahawa calon penggantinya sudah ada, namun tak tahu bila dia akan diganti. Nik Aziz tidak mahu menyebutnya secara tepat.

Kalau Wak tafsirkan ialah kenyataan Nik Aziz itu bermaksud bahawa penggantinya itu akan menggantikannya bila dia mati nanti. Selagi tak mati, maka selagi itu beliau akan menjadi MB. Orang lain janganlah kacau. Sama ada si Husam Musa yang dah pasang angan-angan nak jadi MB atau Takiyuddin Hassan yang dah perasan dia bakal MB. Bagi Wak, pemimpin Pas memang macam tu. Mereka akan pegang jawatan sampai mati.

Sebelum ini apabila Nik Aziz sakit masuk hospital, ramai yang menyangka bahawa dia tidak akan bertanding lagi. Maklumlah sakit bukan apa, sebab dia dah tua. Patutnya dia kena berehat dah. Ingatkan masa dia kritik Tun dulu, dia akan buat benda yang sama iaitu berundur sebelum usia menjadi bertambah tua, namu apa yang berlaku sebaliknya. Nik Aziz masih kekal di kerusi MB Kelantan dan jangan harap dia nak kasi kat orang lain.

Allahyarham Fadzil Noor juga meninggal ketika beliau masih menjadi Presiden Pas. Beliau tidak berhenti. Ini pula giliran Haji Hadi. Wak rasa Haji Hadi pun akan jadi Presiden Pas sampai dia mati. Dia ni memang sedap kalau bab mengata kat orang. Kalau dengar Haji Hadi bercakap, takabaurnya tak boleh tahan. Tapi itulah Haji Hadi. Sama juga dengan Nik Aziz, dia akan menjadi Presiden Pas seumur hidup.

Maklumlah Haji Hadi sendiri tak sedar bahawa golongan muda di dalam Pas sedang peralatkannya dengan Nik Aziz. Mereka berdua sahaja yang menjadi simbol ulama dalam Pas. Yang lain sekular belaka. Jadi kalau tanpa Nik Aziz, maka Pas akan pincang. Maka kekallah mereka sebagai simbol di dalam Pas sampai ke mati.

Bagi Wak, itulah bukti bahawa pemimpin Pas sebenarnya sangat gilakan kuasa. Mereka tamak walaupun apabila berceramah, mereka dengan tidak malu langsung menyatakan bahawa pangkat, darjat dan jawatan adalah duniawi sahaja. Ia tidak boleh bawa ke mati kata mereka.

Jadi, hari ini kita lihat Pas dipimpin oleh mereka yang tua. Jadi Wak tak hairan langsung bila Pas kini sudah tidak relevan lagi. Lagi pun Haji Hadi tu bukannya orang dalam Pas hormat sangat. Masa muktamar agung Pas, puak Pemuda Pas belasah dia cukup-cukup. Namun Haji Hadi dengan muka tak malunya, buat bodoh saja. Tapi biasalah bagi ulama takabur dan ulama politik seperti Haji Hadi, dia tak boleh terima teguran. Dia hanya nak terima pandangan dia sahaja.

Jadi, kita jangan hairan bila selepas ini lebih banyak lagi kenyataan yang berbelit-belit pemimpin Pas akan buat terutama Nik Aziz dan Haji Hadi. Bagi Wak, tak timbul lagi soal Nik Aziz dan Haji Hadi bertanding atau tidak kerana kedua-duanya sudah tamat tempoh (expired) di kala Pas sendiri sudah tidak relevan. Jadi, apa pun keputusan mereka, rakyat dah tak percaya kepada mereka. Yang sandiwara sebenarnya ialah mereka. Mana tidaknya, pilihan raya Batu Talam mereka boikot konon SPR tak telus tapi bila dah ada aura-ura nak diadakan pilihan raya umum, mereka yang mula-mula sekali gila nak bertanding.

Jadi faham-faham siapa yang gila kuasa sebenarnya.

Last Updated ( Friday, 02 March 2007 )

http://www.ganulening.net/

****************************************************************

p/s

Teringat semasa hari-hari persaraan Tun Mahathir sebagai PM dahulu, bukan main lagi hebohnya puok-puok PAS kata Tun Mathir hanya bersandiwara. Semasa tempoh peralihan kepimpinan negara secara rasmi ketika itu, macam-macam ramalan yang dilakukan dan bagi puok-puok PAS, secara bersungguh-sungguh mereka meramalkan Tun Mahathir akan menarik balik pengumuman untuk bersara sebagai PM. Sebenarnya itulah yang PAS inginkan kerana sekian lama mereka dok berceramah sana-sini mengatakan Tun Mahathir sudah terlalu lama menjadi PM dan hendak jadi PM sampai mati. Setiap kali ceramah mereka akan melaungkan supaya sudah sampai masanya Tun Mahathir untuk bersara.

Pada suatu petang di perhimpunan keramat umat Melayu, Tun Mahathir mengumumkan persaraan beliau. seluruh anggota UMNO tersentak. Dalam kekalutan itu puok-puok PAS tumpang terkedu! Tempoh peralihan kuasa kemudiannya berjalan dengan lancar.

Hok kawe dok teringat sampai hari ni ialah apabila mendengar kenyataan / ulasan Nik Aziz dalam berita TV terhadap persaraan Tun Mahathir itu. Apabila ditanya oleh pemberita adakah dia juga akan bersara, dengan 'selambee' Nik Aziz menjawab

"Kito jadi Menteri Besar, sekak-sekak orghe nok!"
(terjemahan: Saya jadi Menteri Besar, selagi orang inginkan)

Masa dengar ghapo Nik Aziz roghyak tu, terdetik dalam hati kawe.....

"huuuu.... lagu mano pulok, kalu haloh ko orghe buke main lagi kato, Tun Mahathir nok jadi PM sampai mapuhh ko! Bilo haloh ke diri sendiri, relex jah kato lagu tu"

Lagu tu la.... sampai hari ni. Nik Aziz memang jenis tak khaba, dia sebenarnya sudah patut bersara.