Tuesday, February 27, 2007

Isu roboh 42 rumah hangatkan sidang Dewan


Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan HERMAN HAMID

KOTA BHARU 26 Feb. - Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini hangat apabila anggota pembangkang, Datuk Mohd. Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) dalam perbahasannya membangkitkan isu meroboh 42 rumah di Simpang Tiga Repek, Pasir Mas.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan negeri menangani isu berkenaan sebagai menzalimi rakyat dan tidak selari dengan pemerintahan yang kononnya berdasarkan Membangun Bersama Islam.

Mohd. Zain menegaskan, pihaknya mungkin membawa kes itu ke mahkamah agar rakyat yang berasa teraniaya dengan sikap kerajaan negeri mendapat pembelaan sewajarnya.

Walaupun diingatkan berkali-kali oleh Speaker, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah agar tidak menyimpang jauh dari perbahasan mengenai tambahan peruntukan bagi pelaburan, beliau terus mempertahankannya dengan menegaskan perkara itu ada kaitan.

Penyokong kerajaan, Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran) beberapa kali bingkas mencelah dan mengingatkan ia bertentangan dengan peraturan dan turut melemparkan perkataan ‘bodoh’.

Media sebelum ini melaporkan mereka yang menduduki tanah rizab kerajaan itu diarah berpindah pada 21 Februari lalu setelah beberapa notis dikeluarkan bagi membolehkan kerja melebarkan jalan dilakukan.

Menurut Mohd. Zain, rumah- rumah yang dihuni lebih 200 penduduk telah didirikan sekitar tahun 1960-an ketika geran tanah belum lagi dikeluarkan, namun tiada apa-apa pampasan atau bantuan diberikan kepada mereka.

‘‘Nilai keseluruhan rumah itu dianggarkan RM650,000 dan kerajaan tidak membincangkan soal kesejahteraan rakyat.

‘‘Ia suatu tindakan tiada akal budi dan boleh dianggap zalim. Kalau nak dirobohkan dan disuruh pindah, berilah sedikit bantuan.

‘‘Kalau soal tanah, rumah, kerajaan tak bayar (pampasan) ia semacam tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah rakyat sehingga ada yang pindah ke rumah jiran dan menumpang di Balai Penggawa,” ujarnya.

Mohd. Zain percaya Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengetahui keadaan itu dan sekiranya pemerintahan berdasarkan Pembangunan Bersama Islam, apa yang dialami oleh penduduk terbabit tidak akan berlaku.

‘‘Apa yang berlaku ialah rakyat teraniaya, mereka menangis dan saya tuntut supaya mereka sekurang-kurangnya diberikan RM1,000 seorang,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh mengenai pelaksanaan program Takaful yang menyediakan bantuan kewangan sekiranya warga emas di negeri in meninggal dunia atau mengalami kecacatan anggota akibat kemalangan atau penyakit.

‘‘Apa yang berlaku di peringkat bawah, skim ini telah dipolitikkan. Buatlah secara adil untuk semua rakyat yang layak, biarlah ia berjalan secara sihat,” jelasnya.

Dipetik daripada Utusan Malaysia Online
http://www.utusan.com.my/


****************************************************************

p/s
Waaaa!... dah pandai roboh-roboh rumah pulakkk. Selalunya kita dengar roboh rumah ni kat Kuala Lumpur je, sekarang ni kat kampung pun dah pakai roboh jugak.

Bezanya kalau rumah setinggan di Kuala Lumpur dirobohkan, mereka selalunya akan ditawarkan sekurang-kurangnya sebuat rumah flat. Malangnya kat Kelantan jangankan diberi pilihan untuk memiliki rumah daripada kerajaan, mereka hanyalah sekadar menerima sekeping notis sahaja. Setakat notis tu saja la!

Nik Aziz tentunya akan kata... bersabarlah, ini adalah dugaaan Allah, terimalah suratan takdir. Dan kalau ditanya banyak-banyak kali rasanya dia akan kata...."ambo nok wat lagu mano?, pindoh ja la"

Penduduk di Simpang Tiga Repek, Pasir Mas yang diarahkan berpindah itu berbeza dengan setinggan di Kampung Medan, kampung Kerinci atau yang lain-lain di Kuala Lumpur. Mereka sudah berada di situ sejak 1960-an, sejak belum ada geran yang mengatakan tanah mereka adalah tanah rizab kerajaan. Mereka tidak boleh dianggap sebagai setinggan.

Inilah yang saya katakan, kerajaan Kelantan melakukan tindakan mereka kelihatan sah di atas kertas, tetapi mereka membelakangi moral sebagai sebuah kerajaan pimpinan Ulamak. Bagi 200 orang rakyat kecil di sana, kerajaan pimpinan ulamak sudah jadi KERAJAAN ALAMAK!

Nik Aziz tipu rakyat

Sudah banyak kali berita bekas pemilik tanah kawasan Wakaf Che Yeh ni tersiar dalam akhbar. Khabarnya hari ini sudah genap sebulan janji terbaru Nik Aziz untuk menyelesaikan masalah itu tidak tertunai lagi. Maka buat kali keempat pemilik-pemilik tanah tersebut berarak ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, nak bertanya khabar. Dan sekali lagi juga mereka hanya sekadar dilayan di luar pejabat sahaja.

Apa cerita sebenarnya..... siapa yang tipu siapa dalam kes ini. Barangkali Nik Aziz kena 'khaba' jangan sampai di ditipu oleh pegawai-pegawainya sendiri.

Cerita Nik Aziz yang tak 'khaba' dia kena tipu oleh pegawai-pegawai atau orang-orang yang berkepentingan dalam kerajaan negeri, memang sudah lama kedengaran. Cerita bagaimana kelulusan kawasan balak yang Nik Aziz luluskan 'sekian ekar' tapi kemudiannya ada yang tambah angkanya supaya jadi makin luas, sudah lama kita dengar. Cuma cerita-cerita itu berjaya disembunyikan dengan jayanya. Nik Aziz mungkin 'betul' orangnya, tapi orang hok selepas dia tu belum tentu lagi!

Dalam kes tanah Wakaf Che Yeh ini juga dengar-dengarnya ada cerita yang cuba disembunyikan, terutamanya kepada Nik Aziz. Tapi tidak mustahil juga kalau Nik Aziz memang sudah sedia maklum pun, tapi buat-buat tak tahu je!

Khabarnya.... punca segala masalahnya ialah, cubaan kerajaan negeri atau pegawai-pegawai kerajaan negeri atau orang yang berkepentingan dalam kerajaan negeri untuk mengaut untung atas angin. Khabarnya kerajaan negeri cuba sedaya upaya untuk membuat penilaian harga tanah semurah yang mungkin, jauh lebih murah daripada harga tanah dipasaran masa kini. Akibatnya pemilik-pemilik tanah tidak berpuas hati, kerana mereka kena tipu 'atas darat' oleh kerajaan negeri.

Cakap mudahnya.... kerajaaan beli semula tanah tersebut dengan harga murah dan kemudian menjualnya semula dengan harga yang mahal...... kira ambil untung atas angin la. Sebab itulah pemilik tanah tidak berpuas hati dan membantah. Barangkali Nik Aziz sendiri lebih tau macam mana permainan ini berlangsung, kerana kes seperti ini bukan pertama kali mereka lakukan. Urusannya kelihatan betul dan sah di atas kertas, tapi tidak bermaruah sebagai kerajaan yang dipimpin oleh ulamak... apabila menindas rakyat secara halus.

**************************************************************

p/s
Kes di atas sama sahaja dengan bagaimana wujudnya sebuah kompleks membeli belah yang besar di Kota Bharu. Sekali tengok memang nampak pembangunan yang begitu pesat berlaku di bandar Kota Bharu, dimanakah moral sebuah kerajaan jika hanya boleh berbangga melihat bangunan yang tersergam, tetapi dalam masa yang sama tanah milik melayu terjual / tergadai atau dijual / digadai oleh kerajaan sendiri?

Khabarnya entah berapa ribu 'sumbangan' diterima oleh PAS supaya tanah-tanah yang bernilai tinggi di bandar Kota Bharu boleh dibangunkan oleh syarikat-syarikat besar. Tak hairanlah sekarang ini kita dapat lihat setiap jajahan di Kelantan, PAS mampu membina bangunan sendiri, sekurang-kurangnya 4 tingkat. Anda fikir PAS bina bangunan itu hasil wang derma ahli.... emmm! kena fikir sekali lagi la kot.

PAS tak pernah lagi minta derma untuk membina bangunan, kerana mereka sudah mempunyai sumber kewangan yang mudah. Kita sama-sama tengok berapa banyak lagi tanah yang akan diambil alih oleh kerajaan negeri dan kemudianya dijual kepada syarikat-syarikat yang boleh memberi 'sumbangan' kepada PAS. Yang kaya PAS, yang kayap kerajaan negeri.... fikir-fikirkanlah.

Monday, February 26, 2007

Parti dah la 'ciput'..... tak tentu hala pula!

Dalam Utusan Online hari ini ada berita terkini tentang parti KEADILAN..... oppss!... mereka eja keADILan. Entah kat mana la mereka belajar menulis macam tu. Kecil kat pangkal, besar kat tengah dan kecil semula kat hujung.

Kelantan sepatutnya menjadi kubu keADILan selain Selangor dan Pulau Pinang. Malangnya dengan sedemikian hebatnya 'bunyi' tentang keADILan selama ini, memang tak patut jika di Kelantan mereka 'jale mepehh'. Jika di Kelantan pun tak 'roghk jale'... kat tempat lain lagi la berat!

KeADILan memang parti yang tak 'khaba ko diri'..... PAS sebenarnya melakukan kesilapan yang besar semasa PRU 2004 yang lalu. Akibat percayakan 'bunyi hebat' keADILan, kerajaan negeri hampir-hampir terlepas kepada BN. PAS tentunya sudah sedar keADILan hanyalah parti 'hangat-hangat tahi ayam'..... sudah menjadi resam tahi, semasa hangat atau sejuk, tetap berbau busuk! Andai PAS tidak mencuci 'tahi' itu, nanti jubah Nik Aziz pun berbau!

Bagi saya..... kalau PAS nak pikul lagi 'biawak hidup' ni, alamat tercabutla serban Nik Aziz.

KeADILan memang sungguh parti yang tak 'khaba ko diri'. Kalau dulu, mereka diberi beberapa kerusi untuk bertanding, agak-agaknya dalam PRU tidak lama lagi, mereka akan diberi kepercayaan lagi atau tidak? Anda tentu boleh jawab sendiri. Cuma saya nak kata... kalau PAS beri lagi mereka kerusi.... memang sah la PAS kena 'pelawok' hidup-hidup sekali lagi!

Parti keADILan merupakan parti 'raja protes'..... membantahhh je kerjanya. Mereka memang pakar bab bantah-membantah ni!

Tak cukup protes orang lain.... sesama sendiri pun mereka protes juga. Sekilas, saya teringat ungkapan lawak ini, "cit! sendiri punya pun mau main ka?" Apa maksud ungkapan itu? saya sendiri pun tak pasti, kerana macam-macam maksudnya boleh difikirkan. Cuma rasanya... ada la kot lebih kurang kena maksudnya dengan keadaan keADILan di Kelantan sekarang ini.

KeADILan di Kelantan sebenarnya sudah cukup dimalukan secara halus oleh PAS semasa PRU 2004 yang lalu. Ketika itu keADILan muncul dengan 'gah'nya, cukup hebat 'bunyi'nya waktu itu. Antara percaya dengan tidak, akhirnya PAS termakan dengan 'bunyi' hebat keADILan lalu memberikan kerusi yang cukup banyak untuk mereka bertanding. 3 kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN, sebenarnya tak sepadan dengan sebuah parti yang sebenarnya 'ciput' sahaja. PAS waktu itu memang kena 'pelawok' hidup-hidup oleh keADILan.

Lihat kenyataan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Wan Khairulishan Wan Muhamad
"Mereka kemudiannya mengemukakan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta beliau supaya campur tangan dalam urusan pelantikan yang bukan sahaja melibatkan kepentingan parti tetapi juga kerajaan negeri."
Tanyakan kepada diri sendiri.... pentingkah keADILan kepada kerajaan negeri Kelantan? Sebab itu saya katakan keADILan memang sebuah parti yang tak 'khaba ko diri'

Sebagai akhirnya... mengulangi pertanyaan saya sebelum ini, "Ada sesiapa yang masih 'ingat' sebenarnya tentang parti keADILan itu sendiri?

*****************************************************************

p/s
KeAdilan sebenarnya hanyalah umpama 'tong kosong'.... berbunyi kuat semasa diketuk tapi bila dibuka hanya ada habuk sahaja. Memang seronok mendengar ceramah mereka, itupun kalau Anuar Ibrahim la yang berucap, kalau yang lain-lain memang buang masa je. Tapi macam biasa la, ceramah mereka hanya 'bunyi'nya je yang hebat, tapi sebenarnya 'habuk jeeee!'

Ok... kepada ahli keADILan Kelantan.... jom bakar tong sampah!

Thursday, February 22, 2007

Masih ingat dengan parti KEADILAN?


Parti KEADILAN... umpama parti 'tahi ayam', bak kata orang tua-tua.... hangat-hangat tahi ayam. Tapi tahi tetap tahi, baik sewaktu hangat atau sewaktu sejuk.... tetap berbau busuk.

Ada sesiapa yang masih ingat dengan aktiviti-aktiviti mereka suatu masa dulu? Sekarang mari tanyakan kepada diri sendiri, apa faedahnya dan apa yang kita dapat daripada apa yang KEADILAN lakukan itu?

Ada sesiapa pula yang masih ingat dengan PARTI KEADILAN itu sendiri? Entahlah!..... anda jawap sendiri.

Tup.... tup ada la sesekali terdengar berita tentang parti ni, dan yang terbaru ialah perletakan jawatan Ezam.


Sekali lagi nak tanya.... ada sesiapa yang masih ingat dengan budak Ezam ni?......

Bacalah dan renungkanlah, kenyataan Ezam yang dipaparkan di Harakah Online ini. Pusinglah macam mana sekali pun ayatnya.... apa yang boleh kita dapat daripada kes itu ialah... PARTI KEADILAN dah porak-peranda.

Kenyataannya sama saja dengan bekas-bekas pemimpin KEADILAN lain yang meletakkan jawatan dulu. Buatlah apa-apa pun ulasan... kesimpulannya ialah pemimpin KEADILAN sendiri sudah tidak percaya dengan apa yang mereka katakan perjuangan, macam mana pula rakyat marhain nak disuruh terus mendokong "perjuangan" KEADILAN.

Kali terakhir saya bertanya..... masihkah anda ingat dengan parti KEADILAN?

*****************************************************************

p/s

Apalah yang nak dibanggakan sangat oleh parti KEADILAN apabila mendengar ucapan anak perempuan Anwar Ibrahim.... si Ezah (kalau salah sebut namanya, sorrylah ye... maklumlah memang dah tak berapa ingat pun) Saya pun secara tak sengaja terjumpa rakaman ucapan Ezah di malam reformasi ke apa!...

Saya cuma nak kata.... apalah yang nak dibanggakan sangat apabila Ezah kata dia baru pulang belajar di US. Belajar bahasa Cina di US. Kemudian dia sebutla beberapa patah perkataan bahasa Cina yang dia belajar (ala budak tadika) Dan nak tergelaknya.... Ezah tercari-cari macam mana nak sebut reformasi dalam bahasa Cina.

Emmmm.... kalau setakat nak belajar bahasa Cina sampai pergi ke US, buang masa je la kot!

Thursday, February 1, 2007

Jom Sokong PAS Boikot Pilihanraya!

Parti PAS mengheboh-hebohkan mereka berjaya memboikot pilihanraya kecil DUN Batu Talam, 28 Jan yang lalu. Entah macam mana perkiraan mereka, tak taulah. Yang jelasnya BN memenanginya dengan pertambahan mejoriti yang besar. Bagi saya, walau apapun kenyataan PAS, mereka tidak lebih daripada kisah pemuda yang membeli tiket keretapi tetapi tidak menaikinya dan kemudian mendakwa dia berjaya menipu keretapi itu.

Macam-macam alasan yang mereka kemukakan...... entah siapa yang keliru atau dikelirukan. Selepas Batu Talam, PAS menghebohkan atau "membayangkan" atau "mungkin" untuk memboikot pula pilihanraya umum akan datang. Ok... mari kita cadangkan kepada PAS, tak payahlah nak pakai "membayangkan" atau "mungkin"... buktikan saja dengan menjadikan kenyataan PAS BOIKOT PILIHANRAYA UMUM. Saya akan sokong 100%. Maka mari kita sokong hasrat PAS itu.


Kita memang patut sokong hasrat PAS untuk memboikot pilihanraya umum akan datang. Alaaaa... kan SPR tu tak telus, tak adil dan selalu menyebelahi kerajaan! Jadi kalau ada pilihanraya umum tahun ini, lebih baiklah PAS berehat dulu dan tunggu sehingga Akta Pilihanraya "dibetulkan" dulu.

Selepas ini saya teringin membaca ulasan dan sokongan daripada semua penulis blog color hijau yang bersungguh-sunguh menjelaskan kewajaran PAS memboikot pilihanraya, seperti yang mereka tulis semasa kes Batu Talam.

*****************************************************************

p/s

Ada sesiapa tak yang terfikir......
Sebagai ujian terhadap kesungguhan PAS memboikot pilihanraya, mari kita uji dengan pilihanraya peringkat DUN Kelantan. OK Nik Aziz, apalagi bubarkan DUN Kelantan supaya boleh diadakan pilihanraya dan kemudian umumkan PAS akan memboikot pilihanraya itu!

Husam ni kalau cakap lebih-lebih sangat nanti tersasul....... tercabut nanti serban Nik Aziz.

Ok... Jom sokong PAS boikot pilihanraya!............. sokong! jangan tak sokonggggggg!