Tuesday, June 12, 2007

Dewan 'Pengundi Hantu'

BERITA TERGEMPAR!

Kenyataan Ketua Pengundi Hantu Kelantan......

Dewan Ulama pertahan diri

KOTA BHARU 3 Jun – Dewan Ulama Pas yang dilemparkan kritikan pedas oleh beberapa perwakilan semasa perbahasan dalam Muktamar Tahunan Pas Kali ke-53 semalam, hari ini mempertahankan bahawa ia tidak sesekali bersikap jumud dan memencilkan diri.

Ketuanya yang baru, Datuk Mohamed Daud menegaskan, golongan ulama Pas tidak pernah sesekali bersikap sedemikian sehingga berada dalam lingkungan kepompong sendiri seperti yang didakwa.

Menurutnya, mereka memainkan peranan melakukan perubahan dan pendekatan baru yang turut diterjemahkan dalam pentadbiran kerajaan Kelantan sejajar dengan keupayaannya yang tidak boleh disamakan dengan golongan profesional atau aktivis lain.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Ke-53 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), di sini hari ini.

Semalam, semasa perbahasan, beberapa perwakilan melemparkan kritikan terhadap Dewan itu kerana dikatakan tidak berperanan mencelikkan rakyat ketika berdepan dengan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan umat Islam.

Mohamed berkata, dari segi politik misalnya, Dewan Ulama tidak membantah peletakan calon wanita jika ia bersesuaian dari segi masa dan keadaan seperti diamalkan sekarang dan dari segi pelaksanaan konsep ‘tahalluf’ atau kerjasama dengan parti politik lain.

Malah katanya, Dewan Ulama juga berperanan dalam menetapkan pendapat tentang isu-isu tertentu terutama yang melibatkan hal ehwal bagi kerajaan yang diperintah oleh Pas.

‘‘Sebagai contoh, Dewan Ulama sedang menyiapkan kertas kajian berhubung soal perpindahan pengundi dalam usaha mempertahankan kemenangan di Kelantan seperti mana di zaman Saidina Omar yang memindahkan tentera di Iraq untuk memperkuatkan kedudukan tentera Islam di Mesir.

‘‘Selain itu, kita juga sedang siapkan kertas kajian untuk dicadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan bagi memberi cuti kepada wanita yang kematian suami sepanjang empat bulan 10 hari idahnya.

‘‘Sebenarnya banyak lagi usaha yang kita lakukan dalam berkaitan isu semasa dan dalam melihat kepada perkara-perkara ini ulama tidak pernah jumud sebaliknya terbuka dalam meneliti dari pelbagai mazhab,” ujarnya. Sementara itu, Mohamed menegaskan golongan ulama dalam Pas tetap bersedia untuk membimbing golongan muda dalam parti itu.

‘‘Apa pun, Insya-Allah apa yang mereka (Pemuda) boleh buat, dia buat dan apa yang kita (ulama) boleh buat kita buat. Kita sama-samalah berusaha sebab matlamat kita sama untuk memperjuangkan Pas,” jelasnya.

Dalam pada itu, berhubung isu pelabelan ulama dan profesional yang turut menjadi salah satu opik utama pada muktamar kali ini, Mohamed menegaskan golongan ulama dan profesional telah lama wujud dan terjalin secara erat.

Beliau berkata, kedua-dua golongan baik ulama mahu pun profesional mempunyai kepentingan masing-masing yang tidak boleh dinafikan.

‘‘Ulama memang arif dalam hal berkaitan dengan hukum-hakam, tetapi kalau nak suruh buat jambatan, kita tentulah tidak tahu, kenalah cari profesional kerana itu kerja dia.

‘‘Benda ini tidak ada apa yang hendak diperbesarkan kerana dalam sejarah Rasulullah sendiri telah wujud dua golongan dan ia berjalan dalam keadaan saling memerlukan bagi gerakan Islam,'' katanya

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 4 Jun 2007


p/s

‘‘Sebagai contoh, Dewan Ulama sedang menyiapkan kertas kajian berhubung soal perpindahan pengundi dalam usaha mempertahankan kemenangan di Kelantan..............

nak pindahkan pengundi?.......... patutla banyak sangat pengundi hantu. Rupanya puok-puok ni bapok hantu!
Nampak macam terdesak sangat je..... terasa panas ke menjelang PRU akan datang?

Sunday, June 3, 2007

Kepimpinan Ulamak yang bertukar ALAMAK!

Nasharuddin dan dua Naib Presiden kekalkan jawatan

Wan Nordin, Salmiyah, Azamin dan Intan
Sun | Jun 03, 07 | 01:16:27 PM KOTA BHARU, 3 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mengekalkan kedudukannya dengan 574 undi menewaskan bekas Ketua Dewan Ulama Ustaz Dato' Harun Taib (367 undi) bagi pemilihan jawatan tersebut........
dipetik daripada Harakah Daily.net

Keputusan yang ditunggu-tungu sudah diumumkan. Ternyata 'barisan pimpinan Ulamak' gagal meruntuhkan tembok yang sudah dibina oleh Nasharuddin and the geng sejak dua tahun yang lalu.

Saya hanya mengikuti Muktamar PAS ini melalui http://www.kelantan.tv/ktv/ sahaja. Pagi tadi sempatlah juga mendengar ucapan Hassan Ali dan Mat Sabu.

Sambil menulis ini, kelantan.tv sedang menyiarkan ucapan penggulungan Hj. Hadi.

Semasa mendengar ucapan Hassan Ali, ada satu kenyataan yang menarik perhatian saya. Beliau memberitahu antara sebab beliau menjadi ahli PAS ialah kerana tertarik dengan ungkapan 'kepimpinan ulamak' yang ada pada PAS. Seterusnya beliau dengan tegas mengatakan sekiranya PAS membawa label selain daripada itu, beliau tidak akan masuk PAS.

Malangnya dalam versi bercetak / bertaip, kenyataan itu tidak dimuatkan oleh pengarang Harakah Daily.net.

Apa yang menariknya dengan kenyataan Hassan Ali itu? Secara tersiratnya.... itulah suasana yang mewarnai Muktamar PAS kali ini.

Suka atau tidak suka..... ada banyak cerita dan soksek-soksek tentang barisan kepimpinan PAS hari ini. Dan Hassan Ali menyatakan itulah juga antara sebab dia menarik diri daripada pertandingan kali ini. Ini antara komen yang terdapat dipost penarik beca blogspot


tokasid said...

Salam to bakaq:
Terkejut juga Hassan Ali kata lagu tu. Dan makna tersirat dia tu yg tak sedap dengaq.Setahu aku PAS tak pernah halang golongan profesional menyertai PAS.Malah di Melaka ni dok ajak lagi ramai masuk atau sokong PAS.
Yg aku tahu dulu-dulu sebelum UMNo kalah terok, UMNO di bawah2 ni memang tak suka profesional masuk UMNO. Lepas reformasi movement UMNO sedaq yg mereka perlukan golongan profesional.Tu yg berduyun-duyun masuk( mungkin di sertai projek dan panelship kot.Kat Melaka ada klinik di tawarkan panel asal masuk UMNO).Jadi apa yg menyebabkan Hassan Ali buat statement macam tu?Itu yg kita nak tau jugak.


Saya tidak bermaksud hendak membuat ulasan yang lebih mendalam tentang hal itu. Kalau rajin boleh baca di blog-blog pendokong PAS sendiri seperti Rudin X atau di penarik beca blogspot dan banyak lagi.

Saya cuma hendak membuat rumusan mudah sahaja....... seperti yang telah saya katakan dalam post sebelum ini, keputusan pertarungan antara
Nasharuddin Mat Isa dan Harun Taib adalah keputusan yang mendukacitakan 'orghe-orghe tuo' dalam PAS.

Kemenangan Nasharuddin Mat Isa mengekalkan jawatannya adalah pengesahan bahawa proses pembersihan 'orghe-orghe tuo' dalam kepimpinan PAS telah berjaya.

Haji Hadi akan terus kekal kepanasan di kerusinya.

Selamat pulang ahli-ahli PAS, hati-hati di jalanraya!

Friday, June 1, 2007

Muktamar PAS.... semakin meriah dengan perebutan jawatan.


Nak pilih siapa?









2 calon tanding Timbalan Presiden, 5 Naib Presiden
KOTA BHARU, 30 Mei (Hrkh) - Jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar kali ini menyaksikan lima calon menawarkan diri, di mana dua daripadanya merupakan penyandang jawatan itu.

[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]

Mereka iaitu Dato' Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu, manakala tiga muka baru pula ialah Ustaz Ahmad Awang (Ketua Penerangan PAS Pusat), Dr Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya Johor) dan Haji Mahfuz Omar (AJK PAS Pusat).

Pencalonan bagi jawatan itu pada peringkat awalnya seramai 16 dicalonkan, bagaimanapun 11 daripadanya menarik diri.

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan di antara Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan Ustaz Harun Taib (Ketua Dewan Ulama PAS Pusat). Jawatan Presiden PAS pula tiada pertandingan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat pula dicabar Ustazah Nuridah Salleh (Ketua Muslimat Wilayah Persekutuan); timbalannya, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dicabar Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Muslimat Selangor).

dipetik daripada Harakah Daily


Hasrat untuk menghadiri Muktamar PAS sekali lagi terbantut. Minggu ini aku menjelajah kawasan utara Malaysia kerana memenuhi impian permaisuriku untuk bergelar siswazah.

Tetapi sebenarnya hasrat untuk menghadiri Muktamar PAS itu bukanlah penting sangat. Apa yang berlaku di PUTIK boleh diketahui dengan sekelip mata sahaja.

Samalah dengan tidak pentingnya untuk menghadiri Muktamar PAS itu bagi aku..... Muktamar PAS itu sendiri sebenarnya bukan sesuatu yang penting bagi aku.... hehehe!

Walaupun begitu, Muktamar kali ini masih ada sesuatu yang menarik!..... apa yang menariknya?

Muktamar kali ini mengulangi kemeriahan 'perebutan' jawatan dalam kepimpinan PAS. Setelah kejayaan 'operasi pembersihan orghe-orghe tuo' dalam pemilihan dahulu, Muktamar kali ini merupakan tempoh pengesahan kerja-kerja pengambil alihan kepimpinan PAS daripada pemimpin-pemimpin tua.

Dan seperti yang dijangka..... kemeriahan perebutan jawatan juga terus mewarnai muktamar kali ini. Nik Aziz dan Hj. Hadi pun sudah tidak mampu lagi untuk membendung senario yang berlaku ini.

Sebagai jalan mudah.... pemimpin tua PAS dua orang tu, terpaksa akur dengan keghairahan anak didik mereka merebut jawatan.

Hj. Hadi hanya mampu berkata,
"Jadi adanya profesional dan ulama dalam PAS bukan perkara baru. Bahkan kita bukan sahaja bersetuju kedua-dua golongan itu berada dalam PAS, malahan kita mahu mengekalkan mereka seperti sebelum ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di JKR 10.

Apa lagi yang mampu di katakan Hj. Hadi? Kedudukan dia sebagai Presiden Parti pun belum tentu dapat dipertahankan sekiranya ada pertandingan.

Semua orang tahu, Hj. Hadi 'keseorangan' dalam barisan kepimpinan PAS. Maka... dalam dia buat kenyataan,
".........malahan kita mahu mengekalkan mereka seperti sebelum ini" orang kuatnya dari Terangganu dicagarkan untuk menumbangkan 'anak muda' yang telah menconteng arang terhadap 'kesinambungan' pimpinan 'serban' dalam PAS.

Bergegarlah sekuat mana sekali pun ucapan dan hujah perwakilan dalam Muktamar kali ini, itu semua tidak penting! (yang itu kita boleh dengar bila-bila masa dalam ceramah-ceramah PAS)

Apa yang paling penting ialah.... mampukah bekas ketua Dewan Ulamak PAS memecahkan tembok yang sudah dibina oleh barisan 'orghe-orghe mudo' yang mengelilingi Hj. Hadi?

Kita tunggu keputusannya esok!


Pertandingan tidak timbulkan perpecahan - Harun
MACHANG, 31 Mei (Hrkh) – Ketika parti-parti kompenan Barisan Nasional (BN) mengelakkan daripada mengadakan perhimpunan agung pemilihan tahun ini, sebaliknya PAS dan Parti Keadilan Rakyat tetap meneruskan agenda tersebut.

PAS dan KeADILan yakin tidak wujud perpecahan dalam parti biar pun ia amat ditakuti Umno, ketika persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 tidak lama lagi.

Itulah juga falsafah yang dipegang Dato' Harun Taib apabila menerima pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan sempena berlangsungnya muktamar PAS Pusat kali ke-53, bermula esok.

Baginya soal perpecahan dalam parti tidak wujud biar pun ketika saat-saat menghadapi pilihan raya umum ke-12 tidak lama lagi.

"Saya rasa tidak timbul soal perpecahan dalam parti bagi menghadapi pilihan raya umum sekarang. Jentera parti sudah lama bersiap sedia menghadapi pilihan raya.
dipetik daripada Harakah Daily


Memang sedap mendengar kenyataan Harun Taib bahawa dia bukan hendak bertanding tetapi hanya sebagai menerima pencalonanan!...... emmm, macam berbelit pulak rasanya ayat Harun Taib ni, macamlah orang tak faham dengan realiti yang berlaku.

Situasi itu tidak perlu diulas..... cukup dengan membaca komen-komen terhadap petikan berita itu!

Komen oleh (6) Pembaca

Jangan main sedap cakap
Dihantar oleh Mat Ping, on 01-06-2007 00:33
Saya berharap jangan main sedap cakap kononnya tidak ujud perpecahan. Kami dapat hidu kumpulan harun taib memang amat tidak senang dengan ust nasa. Kalau gila kuasa lebih baik jangan duduk dalam PAS.
Kepimpinan ulama 2
Dihantar oleh Tak memihak, on 31-05-2007 18:44
Saya sokong sangat kenyataan ini.. "Harapnya memang tak ada perpecahan
tetapi saya amat yakin sekiranya Ustaz Nasharuddin tewas, PAS akan menjadi kurang menarik kepada golongan muda dan profesional."
kepimpinan ulama
Dihantar oleh kubu gajah, on 31-05-2007 17:39
Sewajarnya Ustaz Harun Taib kekal di Dewan Ulama dan biarkan Ustaz Nasharuddin Isa kekal sebagai Timbalan Presiden. PAS memerlukan semua orang, ulama dan profesional. Jika sudah ada platform untuk menyumbang, teruskan di platform tersebut dan jangan ada cantas-mencantas. Sekiranya ada perbezaan pendekatan, pemimpin patut tahu bila mereka patut menggunakan kaedah syura. Harapnya memang tak ada perpecahan
tetapi saya amat yakin sekiranya Ustaz Nasharuddin tewas, PAS akan menjadi kurang menarik kepada golongan muda dan profesional.
Pendapat dari Riyadh Arab Saudi
Dihantar oleh Ahli PAS Riyadh, on 31-05-2007 14:52
Benar PAS tidak akan berpecah kerana pertandingan tetapi UNDI PAS dalam PRU akan pecah & rosak kalau Ustaz Harun menang. Seharusnya beliau duduk terus dalam Dewan Ulama".... kami di Riyadh melihat dari cyber...
Mungkin ada sesuatu..
Dihantar oleh murtadza, on 31-05-2007 17:06
"Mungkin ada sesuatu yang mereka perlu. Saya tidak boleh hendak cakap.. kena tanya mereka," katanya sambil ketawa kecil. Dapat ditafsirkan di sini bhw Harun Taib tidak menyenangi gaya terbuka golongan ulama muda/professional dalam PAS. Beliau lebih cenderung utk mengekalkan 'approach' atau cara konservatif di dalam PAS. Hairan dengan sikap segelintir kita yang cukup susah untuk keluar dari kotak pemikiran yang amat merugikan Islam sendiri.
sesuatu
Dihantar oleh askarsepoi, on 31-05-2007 11:05
saya pun nampak mungkin ada sesuatu yang baik dengan pencalonan Ust. Harun. Disebalik keinginan ramai supaya timbalan presiden org yg lebih muda , kehadiran Ust Harun sebagai timbalan presiden mungkin boleh memberi impak baik untuk PRU12, at least untuk kuasai negeri timur dan utara.. mgkn ada buah fikiran 'org lama' yang baik untuk tarik undi 'org lama'.. lagipun bukan lama pun ..


p/s
komen-komen yang dikirim oleh pembaca Harakah Daily adalah kesimpulan dan realiti. Memang sedap membaca tulisan pengarang Harakah Daily, tetapi kenyataan yang sebenarnya hanya dapat dikutip daripada tulisan ringkas pembaca mereka!