Friday, August 31, 2007

Apakah 'kejayaan' yang PAS mahukan?


PULANG dari masjid.... ikan patin asam pedas dan patin goreng sudah terhidang. Ikan patin itu dibeli daripada seorang ahli PAS bertaraf '14 inci' yang memelihara ikan dalam sangkar di tali air KADA berhampiran rumah. Kalau tidak kerana memikirkan masih ada hubungan 'waris' antara kami dengannya.... "mapuh kawe tak beli ikan dia"

Selepas selesai dua pinggan nasi... aku menghisap 'cigars' terakhir yang dibeli semasa di Langkawi awal bulan ini. Wahhh!.... legaaa.

Aku 'on' laptop kerana hendak membaca akhbar. Seperti biasa aku akan mulakannya dengan Utusan Online, Berita Harian, dan Harakah Daily.net.

Sambutan di ambang 31 Ogos: Tanpa malu, Umno jajah Dataran Merdeka!
Ahmad Lutfi Othman
Fri | Aug 31, 07 | 01:00:54 PM

Ketika saya dan Pengarang Harakah, Taufek Yahya memikirkan tajuk muka depan Harakah keluaran 1-15 September 2007, ada tiga tajuk yang kami bincangkan, iaitu "Sambut Merdeka Untuk BN", "BN Rampas Sambutan Merdeka", dan "Merdeka Jadi Kempen BN"....... Harakah Daily.net


Demikian tajuk utama Harakah Daily. Membaca apa yang ditulis oleh Ahmad Lufti..... aku hanya dapat menggelengkan kepala. Apa yang ditulisnya itu merupakan gambaran hati, jiwa dan perasaannya sebagai seorang PAS yang bertaraf '14 inci' atau mungkin juga entah berapa inci!

Apa pun, ketika menyaksikan lintas langsung dari Dataran Merdeka, sebelum ketibaan tetamu kehormat, darah saya mula menyirap. "Apa sudah jadi ni? Sambutan merdeka atau perayaan Umno?" Jerkah saya apabila nampak bendera Umno berkibaran di mana-mana, memenuhi padang, sambil bendera dua lagi parti utama komponen BN, iaitu MCA dan MIC kelihatan beriringan...... Harakah Daily.net

Lihatlah bagaimana gelapnya jiwa seorang ahli PAS.... matanya pedih melihat kibaran bendera UMNO sempena sambutan Kemerdekaan negara yang ke 50 ini. Ahmad Lufti gundah-gulana kerana tidak melihat bendera PAS yang hijau putih itu turut sama dikibarkan.

Malang sungguh Ahmad Lufti...... bendera hijau putih awak itu sememangnya tidak layak dikibarkan sempena menyambut kemerdekaan negara ini, kerana 50 tahun dahulu jiwa-jiwa yang dinaungi oleh bendera hijau putih ini tidak 'mahukan' kemerdekaan sebagaimana yang diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman. Mujurlah hasrat mereka yang ingin merdeka bersama Indonesia dahulu tidak menjadi kenyataan!

Darah Ahmad Lufti menyirap apabila melihat kibaran bendera UMNO, MCA dan MIC. Barangkali begitulah apa yang dirasakan oleh orang-orang PAS sekarang ini! Kesian... sungguh kesian! kerana jiwa anda memang 'gelap' dan mata anda tidak mampu melihat keceriaan bendera UMNO yang menerajui kemerdekaan negara ini.

Aku teringat dengan cerita-cerita tentang bendera ni. Bukan sesuatu yang pelik jika hari ini orang PAS seperti Ahmad Lufti tidak boleh melihat bendera UMNO. Cerita dahulu lebih teruk.... bendera UMNO atau bendera BN dianggap 'najis mukhalazah'. Dan hingga hari ini, anggapan yang demikian masih wujud dikalangan orang-orang PAS yang masih 'bebal' di kampung-kampung seperti di Bachok ini.

Bendera UMNO memang layak berkibar megah pada hari ini, kerana 50 tahun dahulu pemimpin UMNOlah yang melaungkan jeritan keramat itu. Sejak laungan keramat Tunku Abdul Rahman itu.... pengisian kemerdekaan negara ini tidak sedikitpun meminta bantuan PAS.

BN rayakan 'kegagalan' 50 tahun merdeka di Dataran Merdeka
Harakahdaily/ Foto Wan Zahari
Fri | Aug 31, 07 | 08:05:52 AM

KUALA LUMPUR 31 Ogos (Hrkh) – Para pemimpin, ahli dan penyokong BN mengadakan sambutan menyambut 50 tahun kemerdekaan Malaysia di Dataran Merdeka malam tadi.

Diketuai Presiden Umno, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, para pemimpin dan penyokong BN melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali sebaik jam melewati pukul 12.00 malam...... Harakah Daily.net

Melihat tajuk yang berikutnya ini.... darah aku pula yang 'menyirap'. Cuma aku tak sanggup menggunakan bahasa dan kutukan yang 'kurang ajar' seperti yang digunakan oleh pengarang-pengarang Harakah atau pun orang-orang PAS.

Aku cuma nak katakan sikit sahaja.... "apalah punya bahlul penulis artikel ini" (maaflah kerana mengggunakan perkataan itu)

Tetapi rasanya.... memang layak kalau aku bertanyakan, apakah maksud 'kegagalan' seperti tajuk berita itu dan apakah pula 'kejayaan' yang PAS mahukan?

Bagi aku yang merdeka bersama bendera UMNO ini.... hanya ingin berkata.... "jangan iri hati dengan kibaran bendera kami di hari kemerdekaan ini, kerana bendera hijau putih kamu memang tidak layak untuk turut sama dikibarkan bersama bendera kami!"

Tajuk berita BN rayakan 'kegagalan' 50 tahun merdeka di Dataran Merdeka yang tersiar ini merupakan gambaran betapa PAS fikir rakyat Malaysia ini begitu bodoh! Sesungguhnya ketahuilah oleh mu... rakyat Malaysia bukanlah seperti yang kamu fikirkan.

Suka atau tidak suka, tajuk berita seperti di atas merupakan gambaran jiwa orang-orang PAS yang sejak 50 tahun dahulu tidak pernah berubah. Tajuk berita itu sebenarnya hanyalah untuk menyedapkan hati-hati yang 'berkarat hijau' tentang 'kegagalan' PAS.

Thursday, August 30, 2007