Friday, November 30, 2007

Kerajaan Kelantan Tak Minat Bolasepak?


Pasukan Bola sepak Kelantan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Pasukan bola sepak Kelantan merupakan salah sebuah pasukan bolasepak di Malaysia dan di geruni lawan. Pasukan ini diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Ketika ini pasukan ini merupakan salah satu pasukan dalam Liga Perdana, iaitu liga tahap kedua Liga Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Bola_sepak_Kelantan
Demikianlah gambaran tentang Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Kelantan memang terkenal pernah melahirkan ramai pemain-pemain berbisa di peringkat kebangsaan.

Malangnya.... jika kita pergi ke stadium hari ini, suasana yang begitu suram melanda KAFA kerana seolah-olah sudah tidak ada lagi orang yang berminat dengan bolasepak di Kelantan.

Penonton yang datang boleh dibilang dengan jari..... mungkin lebih kurang sama ramai dengan jemaah sembahyang maghrib di surau-surau dan masjid sahaja.

Keadaan pasukan bolasepak Kelantan memang amat tenat..... penonton pun sudah tawar hati untuk datang menyaksikan setiap perlawanan mereka.

Apabila ketiadaan penonton, KAFA tidak dapat mengutip hasil tiket dari setiap perlawanan. Bila wang pun tak ada maka masalah lain akan menimpa.

Bukan cerita baru tentang pemain-pemain yang tak dibayar gaji, jauh sekali mampu hendak membeli pemain-pemain yang handal.

Maka tinggallah pemain-pemain 'ayam kechok' dalam pasukan bolasepak Kelantan. Bagaimana mungkin pemain-pemain bertaraf 'ayam kechok' ini hendak berdepan dengan pasukan lawan.

Akhirnya apabila berlawan.... pasukan Kelantan akan kalah. Siapa yang hendak datang ke stadium apabila..... main sekali, kalah..... main dua kali, kalah.... main tiga kali, baruuu lah nak....... kalah pulak! hehehe.

Demikianlah senario pasukan bolasepak Kelantan hari ini.

Bertambah malang lagi apabila KAFA berada di sebuah negeri 'pimpinan ulama' yang tidak pernah melihat bolasepak sebagai satu industri yang boleh menjana ekonomi.

Bolasepak hanyalah dilihat sekadar satu permainan 'berlibur-liburan' diwaktu petang sahaja.

Tidak pernah terlintas sedikit pun dalam perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan bolasepak di Kelantan, jauh sekali melihat prospek bolasepak sabagai satu sumber ekonomi negeri.

Pendek kata..... nak jual kacang rebus pun tak boleh jalan di stadium Kelantan hari ini.

Kerana itu dalam Bajet 2008 yang baru dibentangkan, Kerajaan Kelantan telah bermurah hati untuk menyumbangkan dana bagi Pembangunan Bolasepak Negeri sebanyak RM10.00 (sepuluh ringgit)..... lihat mukasurat 255 Bajet Negeri Kelantan 2008.

"Apa?..... what?..... ghapo?..... berapo kerajaan negeri Kelantan sediakan pitih nak pembangunan bolasepak?..... sepuloh riallll!"

"Nak buat menate ghapo dengan sepuloh rial?"

Barangkali itulah dialog paling mudah jika anda lihat 'Bajet Rakyat' atau pun 'Belanjawan Rakyat' yang dibentangkan oleh Nik Aziz baru-baru ini.

Melihat kepada 'sumbangan' kerajaan Kelantan sebanyak itu untuk pembangunan bolasepak Kelantan.... anda boleh bayangkan bagaimana situasi KAFA.

Saya pun tak mampu nak ulas apa-apa lagi tentang itu...... cuma saya nak kata,

"Alohhhh...... tergamak kerajaan negeri tulis sepuluh rial dalam dokumen rasmi kerajaan seperti itu. Lawak sungguh bajet negeri Kelantan"

Dalam keadaan KAFA yang begitu tenat.... akhirnya mereka mengadu kepada Dato Seri Anuar Musa. Mujurlah masih ada yang prihatin dengan dengan nasib bolasepak Kelantan.

Pada mulanya saya melihat kesanggupan Dato Nuar menjadi Presiden KAFA, tidak ubah seperti perumpamaan melayu... "bagai memikul biawak hidup".

Namun.... walaupun Dato Nuar memang sudah maklum dengan keadaan KAFA hari ini, beliau masih berusaha untuk membantu demi bolasepak Kelantan.

Bukannya seperti kerajaan negeri Kelantan yang terus lepas tangan.

Dato Nuar kata.....

"Kita hendak kembalikan penonton ke stadium untuk melihat aksi bolasepak yang bermutu. Bila penonton datang ke stadium.... paling-paling tidak pun boleh jual kacang rebus!"
........................................................................
p/s
Jom kita sama-sama ke stadium nanti.... kerana tujuan utama stadium dibina ialah untuk melihat perlawanan bolasepak..... stadium bukan dibina untuk jadi tempat 'sembahyang hajat' hehehe!


Tuesday, November 27, 2007

Siapa lantik Anwar jadi Ketua Parti Pembangkang?

Parti pembangkang telah menyelesaikan hampir 90 peratus agihan kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum akan datang, kecuali beberapa isu mengenai tuntutan bertindih.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rundingan antara parti itu dengan PAS dan DAP telah diadakan.

Antara kawasan yang sudah pasti ialah kerusi Parlimen Tanjong di Pulau Pinang telah diberikan kepada DAP dan Permatang Pauh juga di Pulau Pinang untuk PKR, katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mengenai jentera pilihan raya PKR hari Ahad.

Agak lucu rasanya bila Anwar Ibrahim bercakap seolah-olah dia menjadi ketua/pengerusi parti-parti pembangkang.

Rasa lucu itu berdasarkan apa yang saya rasa dan fikir..... siapalah sebenarnya Anwar Ibrahim bagi DAP dan PAS, atau pun... apalah sangat parti keADILan bagi kedua-dua parti pembangkang yang dominan di negara ini.

Rasa lucu itu ditambah lagi dengan hakikat bahawa apa yang didakwa sebagai 'Barisan Altenatif (BA)' sebenarnya tidak pernah wujud. Wujudnya BA hanyalah sekadar retorik yang sudah diketahui umum, cuma mereka 'buat-buat' tak faham sahaja!

Berbalik kepada kisah 'pembahagian kerusi' oleh parti pembangkang..... apalah yang hendak dibanggakan dengan 'keputusan rundingan'..... Antara kawasan yang sudah pasti ialah kerusi Parlimen Tanjong di Pulau Pinang telah diberikan kepada DAP dan Permatang Pauh juga di Pulau Pinang untuk PKR

Tak payah runding pun tak apa, kerana kerusi-kerusi seperti itu sudah menjadi tapak parti pembangkang sedia ada.

Dan yang paling lucu ialah.... “tuntutan bertindih oleh PAS, DAP dan PKR kepada satu-satu kerusi.”

Sebab itulah saya bertanya, Siapa lantik Anwar jadi Ketua Parti Pembangkang? Bila ada tuntutan bertindih, maknanya PAS DAP dan PKR sebenarnya bukanlah dalam satu gabungan parti yang mantap.

Antara PAS, DAP dan PKR parti mana yang sebenarnya menjadi induk? Jika antara ketiga-tiga parti ini tiada yang menjadi parti induk bermakna tidak ada ketua/pengerusi bagi BA sebagai satu pasukan.

Ini bermakna... antara ketiga-tiga parti itu, tak akan ada 'sesiapa yang hendak dengar keputusan sesiapa' kerana masing-masing masih kekal dengan ketua masing-masing.

Perkiraan mudah.... BA memang satu barisan yang mengarut dan khayalan untuk menjadi penyedap cakap sahaja.

Akhirnya...... mungkinkah kita boleh meletakkan harapan kepada BA yang caca-merba ini?

......................................................................................
p/s
DAP dan PAS hanya hendak tumpang kerajinan dan kepakaran Anwar Ibrahim untuk menghimpunkan pengikut-pengikutnya di jalanraya. Tidak mungkin DAP dan PAS akan menggadaikan kekuatan mereka kepada Anwar atau PKR bila pilihanraya berlangsung nanti.

Friday, November 23, 2007

HarakahDaily.net akhbar penglipurlara

Siapa yang sudah membaca artikel 'What the eye does not see' yang ditulis oleh Raja 'Kapor' di Malaysia Today?

Puak-puak 'baju kuning' barangkali tersenyum lebar bila membaca tulisan itu. Maka mereka akan terus 'perasan' dan khayal dengan cerita dongeng Raja 'Kapor' yang terkenal dengan kisah-kisah penglipurlaranya.

Malangnya cerita-cerita dongeng yang begitulah yang diulas oleh pengarang HarakahDaily.net yang menjadi wadah media PAS.

Bersungguh-sungguh benar mereka cuba terus mempengaruhi rakyat supaya jangan percaya dengan pengumuman Pegawai Pengelola Istana Negara tentang penafian perhimpunan 'baju kuning' mendapat restu Sultan Mizan.

Permainan bahasa yang digunakan "......Apabila 100,000 rakyat minta perkenan Agong untuk mengadap pada 10 November lalu, Agong tidak mengatakan 'tidak mahu' menerima 100,000 orang rakyat untuk mengadap beliau (baginda)"

Banyak bezanya antara 'mengadap' dengan menghantar memorandum!

Aktiviti menghantar memorandum bantahan bukanlah sesuatu yang pelik. Selama ini pun aktiviti begitu seringkali dibuat sama ada oleh NGO, parti politik pembangkang atau parti politik kerajaan terutamanya kepada kedutaan Amerika.

Cuma mungkin kali ini berbeza sedikit.... memorandum dihantar ke Istana Negara.

HarakahDaily.net sebagai lidah rasmi PAS telah sanggup merendahkan maruah mereka dengan menyebarkan cerita dongeng yang ditulis oleh seorang penglipurlara bertaraf 'raja'

Maka HarakahDaily.net kini sudah menjadi media penglipurlara sahaja tarafnya.... sedap dibaca tetapi tidak boleh dipercayai, kerana cerita penglipurlara hanyalah cerita khayalan sahaja.

Lihat cerita dongeng yang dipaparkan HarakahDaily.net kepada pembacanya......

Apabila peluru gas pemedih mata di ledakkan kepada peserta Himpunan Aman BERSIH di sekitar Masjid Jamek-Masjid India, 'khabar telah disampaikan' bahawa Briged ke-19 Regimen Askar Melayu di-Raja (RAMD) telah bersiap siaga, untuk merempuh masuk sekiranya berlaku kemalangan maut. Empat Belas Kerta Perisai telah sampai sebelumnya dari Sungai Petani dan berkhemah di Kem Tentera Sungai Buloh, bersedia untuk campurtangan dalam notis segera. Mereka hanya perlukan 10 atau 20 minit untuk sampai ke lokasi sekiranya terdapat tindakan keras keatas rakyat.

Butang kecemasan akan ditekan dan loceng akan berbunyi. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyaksikan kejadian sepertinya di Kampong Bharu. Regimen Askar Melayu bukan satu permainan, dimana Agong adalah Ketua Komander dan askar akan mematuhi arahan komander tanpa mengambil kira keselamatan nyawa mereka.

Sebab itulah tindakan polis mengendur. Tugas mereka dikurangkan dengan hanya diletakkan di persimpangan untuk menghentikan kereta bagi memberi laluan peserta Himpunan Aman BERSIH untuk melintas jalan dengan selamat. Regimen Askar Melayu di Raja terus bersiap siaga sehingga keesokkannya. Kemudian 14 kereta perisai, senyap-senyap keluar dari Sungai Buloh dan kembali ke Sungai Petani.

Itulah yang membimbangkan kerajaan. Agong tidak bertitah, baginda tidak mahu menerima mengadap wakil-wakil dari Himpunan Aman BERSIH 100,000 Rakyat. Bahkan Agong meminta nama-nama perwakilan yang mengadap. Dan apabila kerajaan mengugut untuk mengambil tindakan terhadap rakyat, Briged ke 19 RAMD telah dihantar ke Kuala Lumpur dengan 14 buah kereta perisai. Inilah caranya Agong mengatakan bahawa sekiranya kerajaan bertindak menembak para peserta Himpunan BERSIH, sebagaimana kerajaan menembak Suwandi dan Azman di Batu Burok, dia akan bertindak atas nama rakyat.

Wahhh! hebatnya kisah dongeng yang dipaparkan oleh mereka. Pengarang HarakahDaily pun mungkin sedar kisah khayalan yang dituturkan oleh penglipurlara 'raja' itu, tetapi kerana cerita itu sesuai dengan 'nafsu' mereka maka mereka pun sanggup diperbodohkan oleh si raja 'kapor'

Selepas ini pengarang HarakahDaily mungkin akan berkata..... cerita ini bukan mereka yang tulis tetapi oleh siraja 'kapor' dan disiarkan di Malaysia Today dan buletinonline.net.

Memanglah kisah ini bukan pengarang HarakahDaily yang tulis tetapi mengapa mereka juga sanggup menjadikan lidah rasmi PAS ini setaraf dengan media 'sampah' seperti yang lain-lain.

...............................................................................................

p/s

HarakahDaily sanggup menjatuhkan maruah mereka sendiri dengan menyiarkan kisah dongeng kerana semata-mata 'sesuai' dan 'kena' dengan kehendak nafsu mereka. Mereka bertanya 'Benarkah Sultan Mizan murka?'...... dan mahu rakyat tidak mempercayainya. Malangnya mereka lupa.... mungkinkah rakyat percaya dengan cerita dongeng seperti itu?

Barangkali kalau yang percaya pun hanyalah puak-puak 'baju kuning'!

“Saya dengan penuh kepercayaan yakin Seri Paduka tidak ambil bahagian apa-apa dalam perhimpunan itu, tetapi Baginda difitnah. Saya tetap di sisi menyokong Baginda,” titah Sultan Pahang.



Tuesday, November 20, 2007

Mengapa 'KUNING'... Siapa cuba lagakan siapa?

Jangan lagakan rakyat dengan raja ?

Demikian seruan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Soalnya siapa nak lagakan siapa?

Persoalannya siapa memperguna dan menyalahgunakan institusi raja?

Bila dah tersepit Hadi cuba halakan tingkah laku buruk kepada orang lain. Memang perangai Presiden Pas yang ‘gila kuasa’ dan “hilang arah’ semakin terserlah.

Apakah Hadi masih dibuai mimpi indah dengan kelunakan pujukan dan janji manis raja demonstrasi, Anwar Ibrahim?

Image

Hadi membuat kenyataan, PAS menyeru agar jangan ada mana-mana pihak cuba melaga-lagakan di antara rakyat jelata dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin, Raja-raja Melayu atau pihak istana.

Dalam kenyataan yang disampaikan kepada Harakahdaily semalan Hadi menegaskan, parti itu tidak pernah sekali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa pihak istana khasnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terlibat dalam apa bentuk sekalipun, dalam menjayakan perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November lalu.

Dia juga cuba menafikan dan mengatakan PAS tidak pernah dan tidak akan sekali-kali memperjudi atau menggadaikan kesetiaannya kepada Raja dan Negara.

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman masyarakat sivil, iaitu rakyat Malaysia yang bangun menuntut hak mereka bagi memulihkan sistem pilihan raya, iaitu tonggak amalan demokrasi negara yang terbukti semakin tercemar dan tempang.

Hadi cuba menegakkan benang basah, dengan mengatakan melalui gabungan Bersih, PAS bersama-sama 60 NGO dan parti-parti politik yang lain telah turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpun secara aman dan menyerahkan memorandum tuntutan atas nama Bersih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keyakinan bahawa baginda adalah payung dan pelindung rakyat dalam keadaan rakyat mula mencurigai sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR).

Jangan main sendiwaralah Hadi. Jangan cakap berbelit-belit.

Sebab itu Musyridul Am, Datuk Naik Aziz Nik Mat tidak ‘menghalalkan’ perhimpunan ini dan sehingga ke saat akhir beliau tidak menyebut menyokong tindakan bersih ini.

Apa lagi bagi Nik Aziz, beliau tahu orang macam Mohamad Sabu, Anwar dan ramai lagi yang mendakwa diri mereka bersih sebenarnya tidak bersih.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara tidak pernah memperkenankan atau menyokong mana-mana pihak yang menganjurkan atau terbabit dalam perhimpunan haram di ibu negara, 10 November lalu.

Macam ni ke pemimpin Islam ? Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan, menyatakan Seri Paduka kesal kerana beberapa pihak tertentu mendakwa perhimpunan itu mendapat perkenan dan sokongan baginda serta Istana Negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan perhimpunan Bersih itu bertujuan memerangkap institusi raja-raja ke kancah politik parti pembangkang.

Sehubungan itu katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamarudin Jaffar Isnin lepas, bermaksud bahawa Bersih telah terlebih dahulu menerima perkenan daripada baginda untuk menyerahkan memorandum rakyat jelata itu ke Istana Negara pada hari Sabtu berkenaan.

Beliau menegaskan, PAS tidak pernah mendakwa yang baginda terbabit dalam Perhimpunan Aman Bersih itu atau baginda bersetuju di atas kandungan memorandum Bersih.

Hadi mahu kata apa lagi apabila pekong telah terbuka.

Hadi hanya boleh cakap bagi pihak Bersih bahawa dia berlapang dada atas apa sahaja tindakan yang bakal baginda ambil terhadap memorandum tersebut.

Ismail Zahari, Kampung Baru.

Email dari http://www.guanodemo.net
http://www.guanodemo.net/index.php?option=com_content&task=view&id=163&Itemid=110


Saturday, November 17, 2007

Mengapa 'KUNING' ?










.............................................................................................
p/s
Entah apakah niat Anwar apabila mengadakan perhimpunan 'kuning'.... tapi saya fikir persoalan itu amat mudah dijawab dan mudah juga untuk dinafikan! kerana yang tersurat mudah dilihat tetapi yang tersirat..... sukar diduga tetapi bukan susah untuk difahami.
Maka tak perlulah sesiapa hendak menjawab atau mengulas tentang penggunaan 'kuning' semasa perhimpunan minggu lalu. Namun Anwar mungkin fikir... rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan. Benarkah begitu?
Barangkali berita di bawah merupakan jawapan kepada apa yang 'tersirat' .......

Istana Negara tidak sokong perhimpunan haram

Oleh YULPISMAN ASLI

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin amat kesal dengan dakwaan pihak tertentu kononnya baginda dan Istana Negara telah memperkenan serta menyokong perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di sini pada 10 November lalu.

Seri Paduka yang amat kecewa dengan penganjuran perhimpunan haram itu menegaskan, baginda dan Istana Negara tidak pernah pada bila-bila masa memperkenan atau memberikan apa-apa sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang menganjurkan atau terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Baginda tidak menyokong apa juga kegiatan berkaitan yang menyalahi undang-undang negara.

Kekesalan Seri Paduka itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd. Safiain Wan Hasan pada sidang akhbar di Istana Negara hari ini.

Kenyataan itu yang dibuat atas titah Seri Paduka turut dihadiri oleh Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Mohd. Zuki Ali. Ia merujuk kepada perhimpunan haram anjuran Bersih di ibu negara pada 10 November lalu dan juga memorandum yang telah dikemukakan kepada Istana Negara pada hari yang sama.

‘‘Sebagai Ketua Utama Negara, menjadi tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan sistem pentadbiran negara berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dihormati dan dipatuhi oleh semua,’’ kata Wan Mohd. Safiain.

Beliau berkata, Seri Paduka berharap rakyat sentiasa mematuhi undang-undang negara dan tidak melibatkan diri dalam apa juga kegiatan atau tindakan yang menyalahi atau bertentangan dengan undang-undang negara.

Katanya, Tuanku Mizan bertitah, setiap rakyat bertanggungjawab untuk memelihara ketenteraman awam demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

‘‘Seri Paduka berharap agar rakyat dapat bersama-sama mengekalkan semangat persaudaraan dan perpaduan demi membina negara yang lebih makmur, bersatu padu dan dihormati,’’ kata Wan Mohd. Safiain.

Dalam kejadian Sabtu lalu, polis menahan 245 penyokong Bersih kerana terlibat dalam perhimpunan haram tersebut. Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan penyembur air untuk meleraikan perhimpunan haram itu yang disertai oleh kira-kira 4,000 penyokong.

Bersih bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama Bagi Reformasi Sistem Pilihan Raya pada Julai 2005 hasil gabungan 70 pertubuhan termasuk enam buah parti politik. Organisasi itu ditubuhkan untuk mendesak reformasi dalam proses pilihan raya di Malaysia yang mereka dakwa sebagai tidak adil dan tidak telus.

Perhimpunan Sabtu lalu disifatkan sebagai antara yang terbesar pernah diadakan di Kuala Lumpur selepas perhimpunan reformasi pada tahun 1998.

- Utusan Malaysia Online

Agong kesal dakwaan baginda sokong perhimpunan 10/11

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa kesal dengan dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong satu perhimpunan haram di sini Sabtu lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan hari ini, Seri Paduka Baginda juga melahirkan rasa kesal dengan perhimpunan itu yang dianjurkan oleh satu kumpulan dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang disokong oleh parti-parti pembangkang.

Dalam kenyataan itu, Tuanku Mizan menegaskan bahawa baginda dan Istana Negara tidak pernah pada bila-bila masa jua memperkenankan atau memberikan apa-apa sokongan secara lansung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang menganjurkan atau terlibat dalam perhimpunan haram itu dan apa-apa jua kegiatan lain yang berkaitan yang menyalahi undang-undang negara.

Sabtu lepas, Bersih yang disertai sebahagian badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan kesemua parti pembangkang mengumpulkan penyokong-penyokongnya di beberapa tempat di sekitar ibu kota termasuk Jalan Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Isnin lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata, dalam satu kenyataan bahawa Bersih mengambil keputusan menyerahkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong setelah Tuanku sendiri memberikan perkenan Baginda, dan kehadiran Bersih ke Istana Negara pada hari Sabtu itu, adalah bagi menjunjung perkenan Tuanku untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil Baginda.

Tuanku Mizan bertitah sebagai Ketua Utama Negara, baginda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa prinsip sistem pentadbiran negara berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dihormati dan dipatuhi semua.

Baginda berharap agar rakyat Malaysia sentiasa bertindak dengan mematuhi undang-undang negara dan tidak melibatkan diri dalam apa-apa juga kegiatan atau tindakan yang menyalahi atau bertentangan dengan undang-undang negara.

“Setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara ketenteraman awam demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara,” titah baginda.

Seri Paduka Baginda juga berharap agar rakyat dapat bersama-sama mengekalkan semangat persaudaraan dan perpaduan demi membina negara yang lebih makmur, bersatu-padu dan dihormati.

Wan Mohd Safiain pula berkata, pihak pengurusan Istana Negara buat pertama kalinya memanggil media untuk menghebahkan kenyataan ini kerana Yang di-Pertuan Agong memandang serius perkara itu.

“Kebiasaannya Istana Negara mengeluarkan kenyataan melalui faksimili, tetapi kali ini terpaksa memanggil media untuk memastikan ia dapat dihebahkan kepada seluruh rakyat,” katanya.

- Bernama


Monday, November 12, 2007

'Raja Demo' kembali beraksi

Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya menghimpunkan 'ramai' orang dari parti pembangkang di Kuala Lumpur bagi mengubati kerinduannya untuk melalak di jalanan.

Walaupun berlindung disebalik t-shirt kuning, mereka sebenarnya ahli-ahli parti pembangkang yang 'membangkang' saja kerjanya.

Bijaknya Anwar hinggakan Haji Hadi dan Lim Kit Siang pun ikut sama menari mengikut rentak geleknya.

Cuma... bila diperhatikan betul-betul, pemimpin-pemimpin yang mengapalai perhimpunan ini, kebanyakkannya memang 'kaki melalak' tak kira di mana-mana sahaja.

Barangkali kerinduan untuk berarak dijalanan sudah terubat... cuma bezanya kali ini mereka tak bakar tong sampah!

PKR hendak mengulangi nostalgia mereka... tetapi berapa kerat ahli PKR yang tinggal? Mujur Anwar berjaya sekali lagi memperbodohkan PAS.... maka Haji Hadi pun turun sama dengan anggotanya.

Bagaimana dengan DAP? emmm...! DAP hanya tumpang 'tui' saja. Lim Kit Siang hanya tunjuk muka dengan anaknya sekadar ambil hati.

Cuma ahli-ahli PAS yang tukar sekejap t-shirt hijau kepada kuning, agak kecewa kerana Nik Aziz tak kata apa-apa pun tentang perhimpunan ini.

Perhimpunan ini seperti tidak mendapat sokongan PAS Kelantan. Yang melalak di Kuala Lumpur tu kebanyakkannya pemimpin yang tak ada 'kerusi'. Bukan macam PAS Kelantan!

Pendek kata... perhimpunan itu hanyalah gerakan daripada mereka yang 'bercita-cita' untuk menang pilihanraya. Maka, Nik Aziz yang selesa di Kelantan nak sibuk buat apa kannn?

Barangkali Nik Aziz kata.... "ikut puok demolah nak buat ghapo, kawe dengan puok-puok kawe sedap duduk doh!"

Benarkah perhimpunan mereka itu berjaya?

Perhimpunan itu memang berjaya menghimpunkan ramai orang..... cuma yang menjadi persoalannya apa yang dikatakan perhimpunan itu untuk 'menuntut' pilihanraya yang bersih dan bebas dengan senarai yang begitu dan begini sudah pun diselesaikan oleh SPR.

Mereka nak calit dakwat lepas mengundi... SPR dah setuju, mereka nak guna peti undi lutsinar... SPR dah tempah peti undi yang baru.

Bukankah apa yang mereka tuntut itu sudah dikemukakan dalam siri-siri pertemuan dengan SPR sebelum ini. Dan semua pemimpin parti politik sudah ketahuinya.

Maka itu saya katakan... sesiapa yang berhimpun di Kuala Lumpur hari tu memang bangang dan diperbodoh oleh Anwar Ibrahim sahaja.

Perhimpunan mereka itu lebih kurang macam aktiviti larian atau jogaton yang selalu diadakan dihujung minggu di Kuala Lumpur.

................................................................................................
p/s
dari mana agaknya Anwar mendapat duit untuk menganjurkan perhimpunan ini?....... emmm mungkinkah sahabat-sahabat Yahudi Anwar?


Friday, November 2, 2007

'Bersih' ke mamat sekor ni?

Sejak aku letak gambar 'Mat Sapu Bersih' di sini.... aku rasa muka mamat ni sudah mencemarkan blog aku sendiri. Aku tak larat nak tengok muka dia yang 'toyeeee' je tu!

Tapi bagi orang-orang parti bulan... inilah wajah idola mereka. Bagi mereka inilah wajah yang penuh dangan 'cahaya keimanan'...... hehehe!

'Orghe luar' yang cari makan di Parlimen Kubang Kerian.... lepas makan bukan setakat dia berak je, dia palit tahi kat muka Nik Aziz!

Thursday, November 1, 2007

Takiyuddin vs Husam... idea siapa lebih hebat?





















Sudah lama tidak mendengar cerita tentang Takiyuddin. Salah seorang yang pernah disebut-sebut antara calon yang bakal menggantikan Nik Aziz sebagai Menteri Besar (jika Nik Aziz mati lah... kerana Nik Aziz hendak jadi MB sampai mati!)

Hari ini kisah Takiyuddin menjadi tajuk utama Sinar Harian edisi Kelantan. 'Bandar Satelit Islam Pasir Tumbuh akan dibina", demikianlah tajuknya. Tapi berita itu tidak menjadi tajuk utama di Harakah Daily kerana berita Husam tentang keyakinannya PAS akan menang 70 kerusi Parlimen mungkin lebih menarik.

Malang bagi Takiyuddin.... setelah berusaha keras untuk memenangi hati Nik Aziz, akhirnya dia tenggelam juga dengan statusnya sebagai 'orghe luar' (gelaran orang Kelantan kepada sesiapa yang bukan lahir di Kelantan) walaupun dia sudah lama 'mencelup' Kelantan.

Takiyuddin dapat jadi exco pun sudah dianggap cukup baik. Tetapi apabila dia juga berura-ura hendak melangkah lebih jauh.... jejaknya perlu disekat. Sehingga kini nampaknya 'langkah'nya seperti sudah rapat ke 'tharo'

Gambar dari blog Mohd Sayuti di sebelah mungkin menjelaskan maksud saya.

Selain statusnya sebagai 'orghe luar'... Takiyuddin juga tewas dari segi propaganda, kerana lawannya masing-masing memiliki laman web sendiri yang agresif menonjolkan keistimewaan masing-masing.

Kalau hendak dibandingkan pula laman web antara dua orang saingan Takiyuddin itu... barangkali Husam lebih menyerlah!

Idea Bandar Satelit Islam di Pasir Tumbuh mungkin cubaan terakhirnya untuk mengambalikan kepopularan di Kelantan. Maklumlah dia memang sudah dilupakan!

Tetapi ideanya itu mungkin tidak akan mampu melonjakkan dirinya, kerana melihat tajuk berita dari Harakah Daily hari ini juga sudah memperlihatkan apa yang disuarakannya tidak begitu penting.

"Hanya wanita tutup aurat berurusan di bandar Satelit Islam Pasir Tumbuh"..... bunyinya hebat dan akan dapat memenuhi 'selera' Islam 'acuan' PAS. Malangnya... tajuk berita itu sebenarnya akan memerangkap Takiyuddin kerana rakyat akan melihatnya sama seperti keghairahan penghayatan Islam 'acuan' PAS sewaktu mewajibkan pusat membeli belah menyediakan lorong kaunter pembayaran yang berasingan antara lelaki dan wanita!

Rakyat akan menghukumnya sebagai 'gimik' politik murahan PAS kerana antara 'cakap', 'hasrat' dan 'amalkan' sangat jauh berbeza.

Apa yang mungkin lebih malang lagi, hasrat murni itu akan menjadi sesuatu yang 'memalukan' agama Islam sendiri, sebagaimana label Islam bagi bandar Kota Bharu!

Dan akhirnya.... mengapa Pasir Tumbuh? Mungkin kebetulan Ahli Parlimennya juga adalah 'orghe luar'. Sama-samalah kita tunggu macam mana rupanya 'bandar satelit Islam' yang dimaksudkan oleh Takiyuddin. Bila agaknya hendak adakan majlis 'pecah tanah' atau peletakan 'batu asas'nya? Sempatkah Takiyuddin melaksanakan rencananya... kerana pilihanraya sudah semakin hampir dan belum tentu lagi dia akan menjadi exco sebagaimana sekarang!


> Dinar Emas.... projek Husam yang hanya menjadi hantaran mas kahwin beberapa orang pengantin. Berapa orang agaknya yang buat loket dengan dinar emas ni? Maklumlah... tak kan nak biarkannya berlapuk dalam kotak je!






>Jihad Ternak.... ladang kambing Jamnapari yang sudah menjadi projek yang 'senok'. Husam tak larat nak 'menjawab' bila projek ideanya ini sedang kacau bilau hingga ke mahkamah.






>Pokok Depu.... kali ini Husam tidak menonjolkan dirinya secara keterlaluan. Husam berselindung di belakang Nik Aziz. Kalau projek ini gagal juga, senanglah dia hendak lepas tangan. Kesian orang tua tu, yang semakin 'tak chekak' nak 'turught' permainan Husam.




...............................................................................................
p/s
teringat lirik lagu Zainal.... "kita serupaaaa......." Apa nak buat begitulah nasib kita sebagai 'orghe luar' hehehe!