Saturday, May 26, 2007

Mungkin 200 tahun lagi, PAS akan memerintah Malaysia!

PAS sasar tawan tiga negeri dalam pilihan raya umum

JERANTUT 20 Mei (Hrkh) – Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata, PAS mensasarkan kemenangan di tiga buah negeri dan menjadi pembangkang yang kuat di beberapa negeri lain dalam pilihan raya umum akan datang.

Berucap merasmikan Konvensyen PAS Pahang kali ke–5 di Kompleks Imam Syafie, di Temin, Jerantut malam tadi beliau berkata, PAS yakin akan terus mentadbir Kelantan dengan majoriti yang lebih besar berbanding satu kerusi sekarang.

PAS juga katanya meletakkan sasaran untuk kembali memerintah Terengganu dan menawan Kedah manakala di Pahang PAS meletakkan sasaran kedua iaitu menjadi pembangkang yang kuat di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang.

Katanya, walaupun Umno/BN mensasarkan untuk terus memerintah 100 tahun lagi seperti dinyatakan Presiden Umno, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi Allah SWT menyebutkan Dia (Allah) akan menggilirkan hari-hari kemenangan itu dan Umno tentunya tidak akan memerintah sehingga ke hari kiamat....................
Dipetik daripada Harakah Daily.Net


Tidak lama lagi negara kita Malaysia yang tercinta akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50. Sebagai anak merdeka, saya amat berbangga menjadi warganegara.

Sepanjang tempoh kemerdekaan ini, negara kita telah melalui 11 pilihanraya umum. Terlalu banyak kisah politik di negara kita.

Saya bukan hendak membicarakan rentetan sejarah kemerdekaan negara atau senario politik negara yang melalui segala macam suka dukanya.

Saya tak mampu untuk membuat ulasan atau kajian tentang semua itu, maklumlah saya bukan ahli politik atau pun belajar sains politik di universiti.

Saya cuma seorang yang 'biasa' atau seperti 'orghe rghma-rghma' sahaja dalam hal-hal politik atau pun apa-apa saja.

Cuma secara kebetulannya saya dilahirkan daripada 'baka' UMNO dan sejak kecil hingga besar melihat kecelaruan minda apabila semata-mata berdiri atas dasar UMNO atau PAS.

Ok..... itu intronya, kalau tulis panjang-panjang tak jadi 'intro' la pulak nanti..... hehehe!

Dalam kesibukkan urusan hidup seharian, saya berpeluang untuk mewujudkan weblog ini bagi menzahirkan apa yang saya 'rasa' dan yang saya 'fikir' tentang hal-hal yang berkaitan dengan 'kepolitikan' atau pun 'kepartian' di negara kita. (layakkah weblog aku ni dikategorikan sebagai weblog politik?......... tapiiiiii, kira boleh la kot!)

Saya bukan seorang yang 'cari makan' secara langsung dengan politik atau parti! Saya hanyalah seorang pegawai kerajaan biasa sahaja. Maka weblog ini hanyalah dedikasi saya sebagai seorang warganegara...... itu saja.

Sejak dulu hingga kini saya suka membaca, dan saya akan pastikan setiap hari saya dapat membaca Utusan Malaysia atau Berita Harian dan juga Harakah (akhbar yang ada di internet)

Sebagai seorang yang 'berbaka' UMNO, saya membaca apa yang tertulis di Harakah daripada sudut fikiran saya yang demikian.

Ada banyak perkara yang menarik untuk diulas bagi setiap berita atau tulisan yang terdapat di Harakah, namun sebagai 'orghe biasa' yang bukan 'cari makan' dengan benda ni, hanya sesekali sahaja saya dapat menulis di sini.

Seperti kebanyakkan kandungan weblog saya ini, apa yang saya tulis adalah cetusan setelah saya membaca Harakah (Harakah Daily.Net)

Lihat petikan berita yang tersiar di Harakah Daily di atas. Berita itu biasa sahaja. Berita itu hanyalah catatan rutin bagi sebuah parti politik. Berita itu hanyalah cakap-cakap politik yang sentiasa sedap didengar (dibaca).

Berita itu boleh menjadi pembakar samangat ahli-ahli PAS. Berita itu juga boleh menjadi sesuatu yang mendebarkan bagi yang bukan ahli PAS. Berita itu juga boleh bertukar menjadi sesuatu yang boleh depersendekan oleh pihak lawan PAS. Pendek kata.... macam-macam boleh jadi, bergantung daripada sudut apakah kita melihatnya.

Mengapa saya letakkan logo 'Malaysiaku Gemilang' yang berkaitan dengan kemerdekaan negara di sebelah petikan berita itu?

Inilah yang saya fikirkan apabila membaca berita tersebut dan menggandingkannya dengan situasi 50 tahun kemerdekaan negara.

Selama 50 tahun ini, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah.... PAS hanya mampu menguasai tidak lebih daripada 2 buah negeri di negara kita ini.

50 tahun merdeka...... 11 kali pilihanraya..... PAS kuasa sebuah negeri sahaja.

Menjelang pilihanraya ke-12 akan datang, PAS berhasrat untuk menguasai tiga buah negeri sahaja.

Tanpa bermaksud menafikan 'kehendak dan kekuasaan Allah' inilah yang saya fikirkan, "emmmm......... dalam 50 tahun, PAS hanya ingin menguasai tiga buah negeri, (itu pun belum pernah tercapai!) maknanya kita perlu tunggu 200 tahun atau lebih sebelum PAS dapat memerintah Malaysia."

Itulah kesimpulan yang saya dapat rumuskan daripada berita tentang hasrat PAS itu.

Saya sudah lama untuk menulis tentang 'hasrat' dan 'impian' PAS yang kelihatan sangat cantik tetapi "tak tercapai diakal mu"....... apa dia?

'HASRAT' dan 'IMPIAN' PAS untuk memerintah Malaysia dan mendirikan sebuah 'NEGARA ISLAM'

Mungkin bila ada kesempatan, saya akan menulis tentang itu nanti, tetapi sebagai 'intro' penulisan itu..... intipati yang hendak saya katakan ialah, PAS hanya bermimpi di siang hari dan terus 'membuai-buai' imaginasi rakyat dengan 'HASRAT' dan 'IMPIAN' yang tidak mungkin jadi nyata!

Mengapa saya katakan demikian?............ tanpa perlu analisa yang berjela-jela, tanpa berhujah dan berbahas berapi-api, saya cuma hendak katakan tidak mungkin PAS memerintah Malaysia, kerana PAS TIDAK PERNAH BERTANDING KERUSI PARLIMEN YANG CUKUP UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN.

Cakap mudahnya..... "bertanding pun tak pernah cukup satu Malaysia, macam mana nak perintah Malaysia!"

p/s
InsyaAllah.... 200 tahun lagi PAS akan memerintah Malaysia! Kepada ahli-ahli PAS selamat bermuktamar minggu hadapan di Kelantan. Sambil bermuktamar sedap juga kalau makan buah tamar, dan menghitung bintang di langit...... 1 sampai 200! (kalau larat nak bilang la!)

Thursday, May 24, 2007

Pak Lah bagi naik gaji, Nik Aziz pun nak bagi naik gaji juga, tetapi.........

Berita Timur
May 23, 2007 16:37 PM

Lebih 5,000 Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Turut Naik Gaji

KOTA BAHARU, 23 Mei (Bernama) -- Lebih 5,000 kakitangan kerajaan negeri di Kelantan akan turut menikmati kenaikan gaji seperti yang dinikmati lebih sejuta kakitangan awam yang lain Julai ini, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata kerajaan Kelantan sudah membuat keputusan yang sama, seperti kerajaan negeri yang lain, untuk menaikkan gaji kakitangan awam negeri.

"Apa yang disebut oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) tentang kenaikan gaji itu akan diikuti langkahnya oleh kerajaan Kelantan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini.

Abdullah mengumumkan pada perhimpunan Hari Pekerja sektor awam 2007 Isnin lepas, kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam antara 7.5 dan 35 peratus serta kenaikan 100 peratus kadar bantuan sara hidup (Cola).

Selain itu anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia menerima kenaikan tambahan 20 peratus daripada peratusan kenaikan gaji untuk angggota sektor awam itu menjadikan kenaikan gaji mereka antara 9 peratus dan 42 peratus.

Nik Aziz berkata dengan keputusan itu, kerajaan negeri akan menanggung tambahan kos pembayaran gaji sebanyak RM2 juta, menjadikan pembiayaan setiap bulan sebanyak RM9.978 juta.

Dalam hal ini kerajaan negeri meminta kerajaan pusat membantu menampung kekurangan (daripada tambahan bayaran gaji) sebanyak RM2 juta ini kembali dalam apa cara sekali pun, katanya.

Beliau juga meminta kerajaan pusat dapat menangani dengan berkesan masalah kenaikan harga barang yang dikatakan berlaku ketika ini.

"Tenangkanlah hati rakyat tentang kenaikan harga ini kerana kegembiraan kenaikan gaji tidak bermakna (jika berlaku kenaikan harga)," katanya.

-- BERNAMA


Kelantan minta bantuan Pusat bayar gaji baru

Oleh Azran Fitri Rahim

KOTA BHARU 23 Mei – Kerajaan Pas Kelantan yang akan turut menaikkan gaji kakitangannya selaras dengan kenaikan gaji kakitangan awam, meminta kerajaan Pusat membantu meringankan beban kewangannya.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan lebih RM24 juta setahun bagi tujuan itu.

Beliau berkata, kira-kira 5,000 kakitangan negeri akan menerima tambahan ganjaran yang sama seperti dinikmati oleh kakitangan awam di peringkat Persekutuan.

“Kita terima kenyataan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa gaji akan dinaikkan dan kerajaan Kelantan terpaksa tanggung penambahan perbelanjaan sebanyak lebih RM2 juta sebulan...............

Dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 24 Mei 2007



Wahhh!..... cerdik sungguh Nik Aziz ni. Dalam duk kutuk-kutuk Pak Lah bila menaikkan gaji kakitangan kerajaan dengan pelbagai 'cemuhan' yang sinis, tiba-tiba Nik Aziz hulur tangan pulak minta Pak Lah tambah bajet supaya dia boleh naikan gaji kakitangan kerajaan negeri.

Kutukan dan sindiran yang paling popular apabila Pak Lah umumkan kenaikan gaji kakitangan kerajaan persekutuan ialah kononnya, itu semua adalah 'umpan' dan 'gula-gula' bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Selama beberapa hari, hampir semua pemimpin PAS membuat ulasan terhadap pengumuman kenaikan gaji tersebut sebagai tanda bahawa pilihanraya sudah semakin hampir.

Emmmm...... Nik Aziz bercadang hendak naikkan gaji kakitangan kerajaan negeri ni, macam mana pulak? Bukan 'umpan' atau 'gula-gula' untuk menghadapi pilihanraya akan datang ke?

Nanti kita dengar macam mana Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS membuat ulasan tentang hasrat nak minta bajet RM 24 juta untuk naikkan gaji kakitangan kerajaan di Kelantan.

Rasa-rasanya.... kita boleh agak macam mana ulasannya tu nanti. Dengan gaya selamba sahaja nanti Nik Aziz akan kata, permintaannya itu adalah selaras dengan kehendak Islam untuk menjaga kesejahteraan rakyat, atau apa-apa sajalah......... asalkan ada bunyi Islam!

Selalunya tu macam tu lah.... kalau orang lain buat dia kutuk begitu begini, kalau dia yang buat, semuanya akan berbunyi Islam belako. Macamlah orang lain tu tak reti fikir seperti yang dia fikir!

Bila membaca petikan berita di atas.... rasa nak senyum pun ada juga. Cuma yang terlintas dalam kepala saya ialah, macam manalah Nik Aziz boleh terfikir nak naikkan gaji kakitangan kerajaannya dengan cara meminta daripada kerajaan pusat. Mudahnya Nik Aziz nak selesaikan masalah.

Kalau nak cakap bahasa mudahnya..... "banyak cantik, kau nak naikkan gaji, tapi duit minta dengan orang lain".

Bila Pak Lah izinkan kenaikkan gaji.... ada cakap-cakap sumbang yang mempertikaikan kemampuan kerajaan untuk menampung kenaikkan gaji itu. Sampai ada yang kata, "kat mana kerajaan nak cari duit sebanyak itu?"

Dalam kes Kelantan, macam mana pula? Mampukah kerajaan Kelantan menyediakan duit untuk melaksanakan hasrat Nik Aziz itu?

Hasrat Nik Aziz hendak menaikkan gaji kakitangan kerajaannya bolehlah diibaratkan seperti orang yang hendak berbini dua tetapi 'nafsu besar, kudrat tak ada' Minum kopi super power pun tak padan lagi!

Kesimpulannya, saya cuma hendak katakan.... "setaro tu jah Nik Aziz boleh fikir!"

p/s
tak jumpa pulak berita ni dalam Harakah Daily.....hehehe!

Seorang sahabat menghantar komen dalam CBOX saya.... emmm tak tau la nak kata macam mana......

min: mmg tak boleh jumpa dalam harakah daily nik aziz minta ngan pusat sebab tipu
min: ada dlm berita bn jer,dia nak pecah belahkan ummah,cayalah

Saya pun tak dapat nak pastikan berita itu betul atau tidak, jadi saya cuba cari dalam BERNAMA, berita tu juga ada, cuma cara penulisannya berbeza sikit, tetapi point beritanya tetap sama. Maka saya anggap pemberita Utusan Malaysia tidak tersalah tulis. Berita ini juga tersiar di muka hadapan Sinar Harian edisi Kelantan. Jadi rasanya berita itu boleh dipercayai.

Ok....tentang bab berita itu betul atau tipu seperti dakwaan 'Min'... itu diluar pengetahuan saya. Hanya Nik Aziz saja yang boleh sahkannya. Saya cuma membuat sedikit ulasan berdasarkan apa yang saya rasa apabila membaca berita-berita sejak Pak Lah umumkan kenaikkan gaji kakitangan kerajaan, terutama dalam Harakah Daily.

Dan apabila keluar berita hasrat Nik Aziz ini, saya rasa nak senyum, tergelak dan gelengkan kepala. Dalam kepala saya cuma ada kesimpulan..... "eh eh eh.... cerdikknyoo Nik Aziz mikirrr!" dan saya sambung lagi senyum.

Wednesday, May 23, 2007

Bangunan Baru PAS serba biru


Pada 21 Mei yang lepas seluruh ahli PAS berbangga dengan perasmian bangunan baru mereka.

Bangunan serba baru dan serba canggih mengambarkan semangat baru PAS yang berkobar-kobar di bawah kepimpinan yang lebih dinamik berbanding 'orghe-orghe tua' yang ada seorang dua lagi tu.

Suka atau tidak suka, saya pernah mengatakan beberapa 'orghe tua' seperti Nik Aziz dan Hadi Awang hanyalah sekadar moskot PAS saja. Lebih kurang samalah dengan moskot yang yang digunakan semasa sukan olimpik atau pun semasa tahun melawat Malaysia.

Tambahan pula tidak lama lagi PAS akan mengadakan perhimpunan tahunan mereka di Kelantan.

Selain ahli PAS secara umum, siapakah agaknya yang lebih berbangga dengan wujudnya bangunan baru PAS ini?.... Hj. Hadi? Nik Aziz? Nasharuddin? Jawapannya..... tak kisahlah siapa pun, tetapi rasanya memang ada jawapan yang jelas.


Melihat bangunan baru PAS ini, aku teringat akan dialog yang pernah terjadi antara aku dengan seorang sahabat tentang warna. Dialog itu saya muatkan dalam post yang lepas. (lihat post Dialog berlapang dada)

Masa tu saya layan juga beberapa komen dan message yang masuk dalam CBOX saya, walaupun saya sebenarnya tidak berminat kerana saya tau, katalah gajah rimau pun.... tak akan menyelesaikan apa!

Tambahan pula.... dalam berbalas-balas message tu, bahasa yang digunakan sudah bertukar menjadi bahasa makhluk yang jenis 'bertanduk' Tak de pasal-pasal dapat dosa kering je. Seterusnya apa sahaja message provokasi yang masuk, aku hanya delete saja.

Kat sini pun, sekali lagi aku nyatakan.... aku tidak berminat untuk menentukan siapa lebih 'Islam' antara PAS dan UMNO. Tambahan pula dalam blog ini, aku tidak pernah sedikitpun menulis tentang hukum agama...... kerana sekali lagi aku tegaskan.... walau bagaimana sekalipun, janganlah sampai terkeluar daripada mulut kita untuk mendoakan sesiapa pun akan mendapat laknat Allah di dunia ini!

...... sekadar teringat dialog berlapang dada dengan saudara Wan!
1 Apr 07, 15:31Shifu67: Kan ni hijau lumuttt... tapi, apa masalahnya dengan warna hijau... hijau bukan hak sesiapa...
30 Apr 07, 21:33wan: salm pekabo seme
30 Apr 07, 21:35wan: nabikan suka hijau
30 Apr 07, 21:36wan: em...soal warna pun korang tak ikut dah nabi,apalagi dgn hukm,jauh sekalilah....sesat lake
1 May 07, 15:23Shifu67: W'salamm Wan.
1 May 07, 15:26Shifu67: Kena tengok dulu 'hijau' yang macam mana. Kalau hijau dikatakan warna yang disukai nabi dan saya pernah juga dengar kalau pakai warna hijau boleh dapat pahala.
1 May 07, 15:29Shifu67: Sesiapa suka warna hijau sebagaimana nabi suka, ok la. Tapi kalau suka hijau kerana PAS... emmm! rasa-rasanya belum tentu lagi dapat pahala kot!
1 May 07, 15:31Shifu67: Saya dah tegaskan.... warna hijau bukan hak sesiapa! Wan...ke mu raso warna hijau ni hok sapo?

Saturday, May 12, 2007

Thursday, May 10, 2007

Monday, May 7, 2007

Depan Melayu cakap begini, depan India begitu, depan Cina cakap macam mana?

Dialog Izzah sewaktu berkempen.

Rata-rata penduduk di situ ramah dan memberi layanan mesra walaupun ada di antara mereka yang mengibarkan bendera BN di perkarangan rumah. Di hujung jalan, ada dua makcik berketurunan India yang melemparkan senyuman lebar sejurus selepas saya memperkenalkan diri. Dua minit seterusnya, salah seorang drp mereka bertanya kenapakah tidak diletakkan calon India sebagai calon keadilan di dlm praya kjecil ini.

Saya menjawab,” Kamini (namanya), jangan bimbang, sebenarnya calon-calon India PKR tentu akan dipertandingkan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kerana, pada KeADILan, setiap seorang calon tidak kira bangsa Melayu, India ataupun Cina memang perlu berjuang untuk semua bangsa Malaysia. Itulah, kita cuba bawa calon Melayu, tetapi bukan yang hanya akan menjaga orang Melayu –semua pun kita mahu jaga.”

Mungkin jawapan saya tidak dapat meraih undi dari Kamini. Namun, itulah cabaran yang akan disahut oleh keADILan –untuk meyakinkan rakyat bahawa calon parti tidak berpihak pada satu bangsa, tetapi akan menjaga nasib rakyat berbilang kaum seperti yang dituntut oleh Islam, dan mana-mana agama.

Dipetik daripada
http://nurulizzah.com/site/?p=10


Menarik kan?

Apabila PKR meletakkan calon Melayu dan Barisan Nasional meletakkan calon India, maka ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengemukakan slogan-slogan seperti "Undi Khalid Undi Masjid; Undi Parthiban Undi Kuil", dan "Melayu Pilih Melayu" serta fatwa "Haram Pilih Pemimpin Bukan Islam.

Dipetik daripada
http://www.malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=4222

Kalau di kawasan Melayu, dia akan menjual obat 'undi lah Tan Sri, dia orang Melayu. Boleh sama-sama sembahyang jemaah'. Kalau didepan masyarakat Cina, pula, tepuk belakang pemimpin-pemimpin DAP dan berkata untuk menghapuskan DEB. Tapi bila berdepan dengan masyarakat India, Anwar dah tersangkut. Obat 'tanpa perkaumannya' tak laku. Sebab dengan meletakan Tan Sri Khalid (BN di hati), Anwar telah menunjukan kepada semua bahawa dia adalah seorang yang mengamalkan perkauman.

maverick2000 wrote:

P/S
Cakap-cakap begini memang sudah lama kita dengar. Kalau puak-puak PAS lagi lah dasyat. Sejak dulu lagi mereka menjaja bahawa UMNO mengkhianati agama sendiri kerana sanggup bekerjasama dengan orang bukan Islam.

Jika tidak benar cerita-cerita tentang perbandingan antara calon BN dan calon PKR (India vs Melayu - kafir vs islam) mengapa Menteri Besar Selangor terpaksa mengeluarkan kenyataan "Tidak salah memilih calon bukan Melayu"

Semasa di Ijok, PAS nampaknya tidak berani hendak mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor itu, kerana mereka bimbang jika tersilap cakap, strategi baru mereka akan rosak dalam pilihanraya umum akan datang.

Kebelakangan ini, PAS sudah mula menjaja bahawa mereka bekerjasama dengan bukan Islam, hinggakan mereka pernah membuat kenyataan untuk meletakkan calon bukan Islam jika perlu. Kita tunggu saja nanti siapa calon bukan Islam PAS dalam pilihanraya akan datang.

PAS curiga terhadap Anwar Ibrahim


Artikel yang tersiar di Harakah Daily hari ini merupakan antara beberapa artikel yang membuktikan bahawa PAS sangat mencurigai Anwar Ibrahim. Mencurigai Anwar Ibrahim bermaksud PAS tidak sebulu dengan PKR.

Sudah tidak dapat disangkal lagi kempen pilihanraya Ijok baru-baru ini telah membuka tembelang perhubungan yang berpura-pura anggota BA.

Buatlah penafian yang bagaimana sekali pun, keluarkanlah hujah paling bernas sekali pun.... jangan fikir orang terlalu tolol untuk memahami bahawa antara PAS + PKR + DAP = BA, bukannya Barisan Altenatif tetapi mereka adalah Barisan Alasan, yang saling mencurigai dan tidak boleh diharap.

Implikasi bila Anwar marahkan Khairy
Sayuti Omar
Sun | May 06, 07 | 05:13:04 PM

Antara seribu kejadian dan peristiwa di Ijok yang paling menarik ialah apabila Anwar Ibrahim menyerang dan Mohd membelasah Khairy Jamaluddin.

Walaupun serangan itu bersifat politik dan perlu dinilai dari sudut politik, ia tetap mengejutkan. Selama ini Anwar tidak pernah menyerang atau mengatakan Khairy seteruk itu.

Kalau pun beliau menyebut tentang Khairy tetapi masih berlapik dan sipi-sipi saja. Tetapi serangan malam terakhir kempen pilihan raya Ijok itu berlainan.

Nampak bersungguh. Malam-malam sebelumnya tidak ada kedengaran yang Anwar membelasah atau menyerang Khairy maupun bapa mertuanya Abdullah Badawi (Pak Lah). Apa yang menjadi sasaran ialah Najib Razak saja


Dipetikdaripada
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7566&Itemid=

Kalau sebelum ini Harakah Daily telah menyiarkan artikel yang mendedahkan sebab-sebab PKR kalah di Ijok, artikel kali ini telah mengsahkan bahawa PAS tidak berpuas hati dengan tindak tanduk sahabat sebantalnya dalam BA.

Tidak dapat dinafikan juga, kerana kecurigaan itulah maka PAS membiarkan Anwar Ibrahim dengan bininya terkial-kial berkempen siang dan malam.

Pemimpin PAS yang datang ke Ijok hanyalah sekadar 'jalan-jalan cari makan' sahaja. Sekadar nak tunjuk muka atau pun sekadar berpura-pura......

PAS memang amat berkecil hati dengan PKR kerana tidak menyokong 'idea paling bernas' Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, supaya memulaukan atau memboikot pilihanraya seperti yang mereka lakukan di Batu Talam.

Perbuatan PKR itu telah menghina seluruh ahli parti PAS kerana idea Timbalan Presiden mereka diperlecehkan.

Lalu PAS membalasnya dengan meninggalkan PKR berkempen sendirian, dan mereka sibuk berij'timak di Taman Rehlah, Kelantan.

Respon kepada artikel ini juga cukup jelas menggambarkan betapa kini PAS telah memandang PKR dengan kecurigaan yang tidak dapat disangkal lagi.
Komen oleh (1) pembaca Sekilas ikan di laut
Dihantar oleh Pemuda Bani Leman, on 07-05-2007 11:45

Sebenarnya Khairy dan Anuar dah lama kenal.Dulu kan Khairy ABIM.Orang Pas kena pastikan betul2 bahawa Anuar ni boleh dipercayai atau pun tidak.Jangan korbankan prinsip perjuangan semata2 untuk menang pilihanraya.Buat apa menang kalau Allah tak redha.Lebih baik kalah asalkan Allah Redha.

Dalam pilihanraya akan datang.... sekiranya PAS dan PKR mengatakan mereka adalah anggota Barisan Altenatif yang mesti dipilih oleh rakyat. Percayalah.... itu hanyalah sandiwara bertaraf kedai kopi sahaja. Saya tidak fikir rakyat begitu tolol untuk memahami sandiwara yang dilakonkan di atas pentas ceramah mereka itu.

Sunday, May 6, 2007

Boikot Pilihanraya - Idea gila Nasharuddin yang hendak dilupakan

Ibarat lagu kumpulan Kopratasa.... "masihkah kau ingat.....?" Tentunya kita masih ingat berita yang 'KONONNYA' telah menggemparkan seluruh negara apa bila orang kuat PAS, dengan lantangnya mengumumkan bahawa PAS akan memulaukan pilihanraya kecil Batu Talam.

Sepanjang tempoh kempen di sana Nasharuddin terus mengemukakan hujah-hujahnya mengapa pilihan itu di buat. Segala macam ulasan, teori, hujah dan pendapat telah dikemukakan dan terpahat di Harakah Daily serta para blogger mereka.

Semua pemimpin PAS yang berada 'di bawah' Nasharuddin seperti Husam turut mengaminkan apa sahaja yang di katakan oleh orang paling berkuasa dalam parti PAS masa kini.

Haji Hadi selaku Presiden PAS tak sempat hendak kata apa-apa dan akhirnya terpaksa 'angguk kepala' terhadap apa yang telah disemburkan oleh Nasharuddin.

Orghe tuo yang ada di Kelantan jugo, tak denn nok hambat puok-puok mudo tu, akhirnya Nik Aziz juga tak boleh nak kata apa-apa lagi.

Pas, Keadilan pulau pilihan raya 28 Januari ini

RAUB 10 Jan. – Pas dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengambil keputusan memulau pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam di Raub pada 28 Januari ini.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa ketika membacakan pengisytiharan itu di Markas Pas Cawangan Sega dekat sini malam ini, mendakwa terdapat enam k

epincangan dalam sistem pilihan raya dan Suruhanjaya Piliha

nraya (SPR) sehingga memaksa dua parti berkenaan memulaukan pilihan raya tersebut.

‘‘Dengan itu kami, Barisan Alternatif sebulat suara menolak dan memboikot penyertaan dalam pilihan raya kecil Dun Batu Talam,’’ katanya.

Perisytiharan yang diedarkan kepada media itu ditandatangan

i oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Keadilan, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, Abdul Hadi dalam ucapan selepas pengisytiharan itu berkata, penyertaan Pas dalam pilihan raya umum akan datang bergantung kepada senario pol

itik ketika itu.

Dipetik daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0111&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_04.htm&arc=hive


Idea gila jadi bahan ketawa rakan.

Walaupun tindakan PAS itu jelas hanyalah cubaan untuk menutup kelemahan mereka. PAS dengan sombongnya menafikan sesuatu yang amat nyata. Akhirnya seluruh ahli PAS berada dalam kebingungan.

Dengan kehendak Allah, tiada siapa yang menyangka tidak lama kemudian, berturut-turut dua pilihanraya kecil terpaksa diadakan.

Suka atau tidak suka, PAS mesti menerima apa yang berlaku adalah ujian Allah, kerana keangkuhan mereka di muka bumi.

PAS cuba untuk meneruskan 'idea gila' mereka di Manchap dan di Ijok. Malangnya, 'rakan barisan retorik' mereka tidaklah segila yang mereka sangkakan. Idea PAS itu sudah menjadi idea 'haprak' tahap maksimum.

Terkapai-kalailah PAS dengan dongengan yang telah mereka cipta. Rakan BA mereka sendiri mentertawakan 'idea paling bernas' daripada seorang Timbalan Presiden parti.

Kalau rakan-rakan mereka sendiri menjadikan idea PAS itu hanya sekadar 'lawak' kedai kopi, maka apa salahnya kalau kita tumpang ketawakan mereka.

Pilihanraya kecil di Manchap dan di Ijok telah pun berlalu. Kesemua pilihanraya kecil yang berlaku tahun ini dimenangi oleh BN dengan jayanya.


Idea gila yang hendak dilupakan.

Suka atau tidak suka, PAS mesti mengakui bahawa idea mereka untuk memulau atau memboikot pilihanraya adalah idea paling 'gila' yang pernah kedengaran.

Dalam sibuk-sibuk kempen pilihanraya kecil di Ijok, PAS telah mengadakan Ij'timak yang khusus untuk menghadapi pilihanraya.

Memang patutlah kalau keADILan merasakan mereka telah dipermainkan oleh PAS, kerana semasa mereka sibuk berkempen, PAS pula sibuk berij'timak di Kelantan.

Dan yang paling lawak sekali, orang yang sebelum ini beriya-iya dengan idea boikot pilihanraya telah menjilat ludahnya serta ludah puak-puak dia sendiri, dengan segala macam idea untuk menghadapi pilihanraya.

Timbalan Presiden Kemuka Tiga Saranan Pertahan PAS Di Kelantan

Kota Bharu, 30 Apr - Hampir 30 ribu orang yang terdiri dari petugas jentera pilihan raya dan para penyokong PAS berhimpun di Taman Rehlah, Semerak Pasir Puteh Kelantan semalam dalam program Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan. Kehadiran yang diluar jangkaan pihak urusetia menggambarkan komitmen dan kesepaduan petugas dan penyokong parti di semua peringkat bagi sama-sama mempertahankan Kerajaan Islam di Kelantan.

Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan ini diadakan bagi mengumpulkan semua jentera dan pendokong parti dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS sewaktu berucap merasmikan Ijtimak tersebut telah membuat penegasan bahawa Kerajaan PAS Kelantan mesti dipertahankan demi Islam dan di atas janji untuk mempertahankan Islam. Beliau menegaskan lagi bahawa, mempertahankan Kerajaan Islam di Kelantan merupakan satu janji dan taat setia kita kepada Islam dan himpunan pada hari ini mestilah disusuli dengan gerak kerja. Tambah beliau lagi, matlamat utama ialah sama ada mencapai kemenangan atau syahid di jalan Allah.

Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan pada kali ini bertemakan 'Bersatu Pertahankan Kerajaan Kita'. Tema ini akan kekal menjadi moto utama dalam usaha PAS Kelantan mengekalkan kemenangan PAS di Kelantan dan seterusnya mencapai kemenangan majoriti 2/3 kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.

Dipetik daripada http://kelantan.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=35&Itemid=0


Pendek kata..... Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, memang manusia yang tak reti malu. Belum sempat apa-apa, dia sudah melupakan semua 'kegemparan' yang telah dia lakukan.

Ahli-ahli PAS yang hadir juga 'pura-pura' melupakan segala kata-kata Nasharuddin sebelum ini.

Dan seperti biasa..... semua ahli PAS yang hadir ke Ij'timak pilihanraya itu bertakbir sambil menjilat ludah-ludah mereka sendiri.


p/s

Nasharuddin memang manusia putar alam!.... dan orang-orang PAS jangan lupa, bahawa dia dan kuncu-kuncunya sudah meletakkan PAS sebagai parti yang dilihat seperti parti putar alam (walaupun kenyataan, memang pun mereka parti putar alam sejak dulu lagi)

Telah berulang kali saya menulis.... saya sokong PAS boikot pilihan raya, hehehehe!


Saturday, May 5, 2007

Dakwaan Anwar hanya bertaraf lawak badut sarkas


Anwar hendak dedah skandal peribadi Najib. Waahhh!.... setelah beberapa dakwaannya terhadap Najib sepanjang berada di Ijok dilihat tinggal dakwaan sahaja. Anwar nampaknya hendak menyajikan pula dengan cerita yang lebih sensasi tentang Najib.

Dakwaan Anwar tentang Altantuya, pembelian kapal selam dan jet pejuang sudah terjawab dan semua orang boleh memilih untuk menerimanya atau terus dibuai dengan imaginasi kotor Anwar.

Cakap-cakap tentang Najib ada skandal dengan Altantuya hingga melahirkan anak, sudah terjawab apabila DNA budak tu disahkan adalah DNA mamat mongol.

Ujian DNA sahkan anak Altantuya anak dengan bekas suami rakyat Mongolia

KUALA LUMPUR 23 April — Ujian DNA terhadap anak ketiga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh di negara ini, mengesahkan anak itu adalah hasil perkahwinan model berkenaan dengan bekas suaminya, seorang lelaki warga Mongolia.

Menurut sumber polis, pengesahan itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya anak lelaki Altantuya itu, yang dikenali sebagai Altanshagai Munkhtulga, 4, adalah hasil hubungan sulit wanita itu dengan seorang rakyat Malaysia.

“Ia sudah disahkan melalui ujian DNA, kanak-kanak itu adalah anak yang sah daripada perkahwinan Altantuya dengan seorang lelaki warga Mongolia,” katanya di sini hari ini.

Konsulat Kehormat Mongolia di sini, Datuk Syed Abdul Rahman Al- Habshi ketika dihubungi hari ini berkata, pada Mac lalu, satu pasukan polis Malaysia telah pergi ke Mongolia untuk mengambil sampel DNA anak Altantuya dan hasil analisisnya memang mengesahkan bahawa anak itu tiada hubungan dengan rakyat Malaysia.

“Dari dulu kami sudah beritahu bahawa kanak-kanak itu adalah hasil perkahwinan Altantuya dengan bekas suaminya, saya harap perkara ini tidak dibesar-besarkan lagi,” katanya.

Dipetik daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm


Cakap-cakap tentang pembelian kapal selam dan jet pejuang sudah dijawab dengan jelas. Bezanya jawapan tentang semua dakwaan Anwar itu tidaklah dilakukan secara melalak melaung dikhalayak ramai seperti Anwar.

"Tiada komisen beli Scorpene, Sukhoi

Oleh HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 26 April – Kontrak pembelian kapal selam Scorpene untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibuat secara rundingan terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan tanpa membabitkan pembayaran komisen kepada mana-mana pihak.

Kementerian Pertahanan hari ini menjelaskan, tuduhan bahawa ada pihak tertentu menerima komisen daripada pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas.

“Rundingan perolehan dijalankan mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga.

“Rujukan juga dibuat kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mendapat kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut."

Dipetik daripada
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


Sekarang Anwar mengulangi semula kenyataannya hendak mendedahkan skandal peribadi Najib. Amboiii!, nak dedahkan skandal peribadi orang la pulakkk. Peribadi kita macam mana pulakk?

"Faktor Penyumbang Kekalahan PKR

(3) Faktor Anwar

Anwar mempunyai sejarah yang berwarna-warni dalam politik. Walaupun sesetengah pihak melihat dia sebagai aset, namun Anwar boleh menjadi liabiliti kepada PKR.

Sementara anak-anak muda yang baru meminati politik seronok mendengar retorik Anwar mengenai penyelewengan, mereka yang sudah lama dalam politik (terutama sekali yang pernah bersama-sama Anwar sewaktu beliau dalam UMNO) hanya menjuihkan bibir kepada ucapannya. Mereka tahu sangat apa yang dilakukannya sewaktu berkuasa dulu."
Dipetik daripada
http://analisismalaysia.blogspot.com/2007/04/ijok-juga-keputusan-yang-diduga.html

Najib sudah menjawab dengan menegaskan "Saya tidak terlibat, Allah menjadi saksi". Anwar pula kata itu bukan jawapan yang bertanggungjawab.

"Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO turut kesal dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus-terusan menggunakan strategi serangan peribadi untuk memalukan dirinya.

Tegasnya, beliau juga boleh menggunakan kaedah yang sama untuk membongkar segala rahsia peribadi pemimpin pembangkang tersebut.

“Kalau saya hendak bongkar saya pun boleh buat macam itu tetapi saya tidak mahu kerana memikirkan dia mempunyai isteri dan anak.

“Jika nak lawan lawanlah, jangan sentuh soal peribadi, kita pun boleh bongkar rahsia,” katanya"

Semua orang sudah saksikan.... bagaimana Anwar melalak dikhalayak dengan segala dakwaannya. Najib sudah memberikan jawapan yang jelas, cuma tidaklah melalak macam Anwar. Jawapan yang bagaimana lagi Anwar inginkan?

Maka, marilah kita sama-sama tunggu, skandal peribadi Najib yang hendak Anwar dedahkan.

p/s.... dah lama dengar tapi tak juga dedah!


Friday, May 4, 2007

Dilema Nik Aziz



Kerajaan Pas Kelantan bergelora


Sekarang tersebar desas-desus yang mengatakan berlaku pergolakan dalam kerajaan Pas di kelantan.Jika di lihat sekarang trend pimpinan muda dalam kerajaan mendahului pimpinan tua iaitu 'ulamak','orang kelate kato oghe mudo nok jijok palo oghe tuo',untuk menjaga hati pimpinan tua dalam kerajaan negeri Nik Aziz yang secara lantang mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan terus bertanding dalam pilihanraya nanti,ini dapat di lihat dalam laporan akhbar sinar harian baru-baru ini,ini berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan dia sudah ada penganti iaitu samaada husam ataupun nik amar.Jika mereka berdua di pilih bagaimana pimpinan yang lain?semakin bercelaru fikiran nik aziz sekarang memikirkan siapa yang akan menerajui kelantan kelak.ternyata nik aziz begitu bimbang dengan status ulamak dalam kerajaan negeri sekarang yang nampaknya seakan terhakis dari pimpinan-pimpinan negeri.

Jika kita lihat sekarang nik aziz begitu bimbang dengan pengaruh Husam yang terlalu banyak dalam kerajaan negeri,boleh dikatakan apa sahaja yang di lakukan sekarang oleh kerajaan negeri adalah di bawah kawalan Husam,Husam sekarang dikatakan sedang mengumpulkan kekuatannya untuk menjadi menteri besar kelantan,ini tidak di senangi oleh exco-exco lain yang lebih kanan berbanding husam seperti Ahmad yaacob iaitu timbalan menteri besar sekarang.Ahmad yaacob juga mengeluarkan kenyataan dalam akhbar sinar harian selepas nik aziz mengeluarkan kenyatan bahawa nik aziz berhak bertanding selagi parti 'memerlukan' walaupun kesihatannya kurang mengizinkan.Ini menandakan bahawa ahmad yaacob juga tidak menyukai pimpinan muda seperti husam menerajui kelantan.Ini kerana ahmad yaacob juga memasang angan-angan untuk menjadi menteri besar.

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan menampakan lagi kepincangan yang sedang berlaku dalam pimpinan Pas di kelantan,walaubagaimanapun mereka pandai menyembunyikan kepincangan ini di depan penyokong mereka.kerajaan negeri sekarang semacam tiada masalah,tapi jika diperhalusi pelbagai kekalutan yang berlaku dalam kerajaan negeri.Kesilapan nik aziz adalah kerana terlalu mempercayai husam yang sekarang telah mendapat banyak pengaruh dalam parti dan kerajaan negeri.Nampaknya husam terpaksa menunggu lagi untuk mengapai cita-citanya sekian lama iaitu ingin menjadi orang paling berkuasa di Kelantan,usaha-usaha yang dilakukanya selama ini nampaknya tidak berbaloi dan perlu menunggu untuk sekian lamanya.

Penerangan Kubang Kerian

Dipetik daripada
http://kelatebaru.blogspot.com/2007/05/kerajaan-pas-kelantan-bergelora.html


Kerajaan Kelantan...... 'Kerajaan Pimpinan Ulamak'
Rasa-rasanya sekarang ni sudah jadi 'Kerajaan Alamak!' akibat kerakusan Husam and the gang.

Kalau tanya Nik Aziz tentang keadaan negeri Kelantan..... dia hanya mampu untuk berkata, "ghapo...... huh! tanya orghe lain" Nak tanya siapa?...... siapa lagi kalau bukan Husam.

PAS dedahkan kepincangan KeADILan di Ijok

Berikut artikel yang saya petik daripada Harakah Daily.net. Saya merasakan artikel ini adalah antara artikel yang menarik tentang Ijok. Tidaklah seperti kebanyakkan penulisan dengan fakta yang merapu tak tentu hala. Orghe kato..... "ado la nampok ceridikk sikit!" (baru la nampak cerdik sikit!)

Bagi saya artikel ini membuktikan banyak kesilapan yang telah di lakukan oleh PKR dan PAS tidak menyenangi sejak awal lagi. Terbukti juga bahawa BA bukanlah satu 'barisan' yang boleh diharapkan. Suka atau tidak suka...... hakikatnya BA hanyalah retorik semata-mata.

Apabila 'lidah rasmi' PAS menyiarkan artikel ini...... PKR sepatutnya sedar bahawa PAS telah mendedahkan kepincangan mereka semasa menghadapi pilihanraya kecil di Ijok baru-baru ini. Kecek mudohnyooo, ghapo hok PAS nak rohyak ko KeADILan ialah...... "KeADILan bodooooo..... pade mukooo!"



Jumaat 4 Mei 2007 | 16 Rabiul Akhir 1428 Hijrah
Nama Pak Lah dan Khairy jarang disebut di Ijok

Murtadza Ibrahim
Thu | May 03, 07 | 02:06:57 PM

Pada pagi Rabu, 24 April 2007, seorang petugas BN di Kampung Ijok memberitahu, Pak Lah akan turun ke Pekan Ijok. Sehari sebelum itu, para petugas KeADILan di bilek gerakan KeADILan Jalan Pusara, Bukit Badong turut memberitahu, Pak Lah akan `all-out’ untuk membantu calon BN di saat-saat akhir.

Keadaan ini dijangka memberi semangat baru kepada petugas BN dan sedikit kerisauan kepada petugas KeADILan. Gambaran yang diberikan oleh petugas BN dan KeADILan membuktikan BN di dalam keadaan `kritikal’ dan kehadiran Pak Lah boleh merubah sedikit pandangan para pengundi.

Kenyataan mereka menjadi benar apabila Pak Lah turun padang pada petang Khamis 25 April 2007. Hampir 3000 orang hadir di Dewan Sekolah Kebangsaan China, Simpang Tiga Ijok. Kemudian Pak Lah melawat bilik gerakan BN di Bukit Badong dan dua bilik gerakan lain sebagai `pemberi semangat’ kepada jentera BN.

Keesokannya, kesemua akhbar dan TV yang `mungkin’ dikuasai oleh Khairy Jamaluddin melaporkan Pak Lah sebagai `pembakar semangat’ dan memberi harapan baru kepada para petugas dan pengundi di Dun Ijok. Ada laporan yang mengatakan sebagai PM, Pak Lah tidak pernah hadir dalam empat pilihan raya kecil sebelum ini yang bermula di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. Bagaimanapun di Ijok, Selangor Pak Lah hadir.

Sama ada kehadiran Pak Lah memberi impak kepada sokongan BN atau sebaliknya terpulang kepada persepsi mereka yang berada di Dun Ijok mahupun masyarakat luar.

Sebelum itu, pada malam 18 April 2007, KeADILan yang diketuai Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di kawasan lapang pekan Batang Berjuntai telah memperkenalkan calonnya, Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Ijok.

serangan Anwar

Ketika itu, pemilihan Khalid sebagai calon KeADILan mulai memberi sedikit `impak’ dan tekanan kepada BN. Selepas diumumkan calon yang bertanding, Penasihat KeADILan, Dato Seri Anwar Ibrahim berucap sebagai kemuncak majlis tersebut. Anwar menyerang Dato Seri Najib Tun Razak dengan menimbulkan isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu dan penangkapan Abdul Razak Baginda (yang didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu), komisyen kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno mula `menyerang’ Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang disifatkan sebagai `perang sudah bermula’.

Pada malam sebelum menjelang penamaan calon, Najib mengejutkan para pengundi dan jentera BN dengan bertindak balas menafikan tuduhan Anwar ini. Jentera BN dan para pengundi di Dun Ijok tidak `menjangka’ Najib menjawab segala tuduhan Anwar memandangkan sikap beliau selama ini yang lebih playsafe dalam percaturan politik atau menjawab isu yang berkaitan.

Di hari penamaan calon pada 19 April 2007, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor diejek berulang kali oleh para penyokong KeADILan dengan sebutan 'Mongolia' dan 'Altantuya'. Anwar tidak hadir pada hari penamaan calon dengan alasan beliau mempunyai jadual bersama tokoh kewangan negara Asia di Hong Kong.

Anwar kembali semula ke Dun Ijok sehari kemudiannya. Kali kedua berceramah di bilik gerakan Pekan Batang Berjuntai, Anwar menafikan beliau menyerang peribadi Najib sebaliknya menimbulkan beberapa persoalan yang berkaitan dengan isu Altantuya yang perlu dijawab oleh Najib.

Selesai di Batang Berjuntai, Anwar terus ke kampung Jaya Setia. Pada waktu malam dan siang 21-22 April 2007 jadual Anwar begitu ketat dari majlis makan malam di Pekan Ijok bersama kaum Cina; jamuan teh di Ladang Tuan Mee bersama kaum India; berceramah di Bukit Badung, Simpang Ijok, Kampung Ijok dan beberapa kawasan di sekitar Batang Berjuntai serta berulang kembali ke majlis jamuan teh di Kampung Jaya Setia. Anwar telah turun seratus peratus untuk KeADILan. Isu Anwar adalah sama - menyerang Najib.

Najib tidak berdiam diri

Najib tidak mendiamkan diri dan turut bertindak balas dengan serangan yang dilakukan oleh Penasihat KeADILan ini. Sehingga Najib menyebut mengenai `moral’ Anwar tanyalah kepada Datin Seri Wan Azizah. Najib turut menyentuh tidak perlu diusik keluarga beliau dan mempersoalkan berulangkali tindakan Anwar ini. Kedua-dua tokoh ini saling menyerang balas di antara satu sama lain. Kedua-dua mereka 'berselisih jalan' menuju tempat kempen masing-masing untuk menunjukkan kekuatan dan populariti masing-masing.

Kempen Najib-Anwar disifatkan menjadi `lebih personal’ dan seolah-olah menentukan hidup mati antara karier politik kedua tokoh ini. Isu pembangunan Dun Ijok dan hala tuju sebenar perjuangan KeADILan yang sepatutnya ditonjolkan oleh kedua-dua tokoh ini `hampir’ tenggelam.

Serangan balas Najib dilihat boleh menguntungkan BN dan menimbulkan sedikit kerisauan di kalangan sesetengah pemimpin KeADILan dan PAS. Seorang Ahli PAS Jaya Setia memberitahu, Anwar hanya mengulangi isu yang ditimbulkan oleh akhbar Harakah beberapa bulan lalu tanpa mempunyai isu baru yang boleh menarik perhatian. Beliau sendiri `hairan’ mengapa Anwar asyik menyerang Najib tanpa menyebut langsung pentadbiran atau nama Pak Lah mahupun Khairy Jamaluddin.

Daripada maklumat yang diterima oleh petugas KeADILan, majoriti pengundi muda dan pertengahan tidak begitu berminat dengan KeADILan ataupun Anwar tetapi mereka kecewa dengan pentadbiran Pak Lah dan sikap Khairy. Mereka menyokong KeADILan kerana parti ini bertanding dan telah memberi ruang atau `kebersamaan cita rasa’ untuk bersama melahirkan kemarahan terhadap pemimpin nombor satu negara ini yang kononnya di kuasai oleh Khairy. Tetapi harapan mereka hampir `pudar’ apabila tokoh karismatik dan wibawa di dalam KeADILan iaitu Anwar tidak banyak menyebut kedua-dua nama ini dlaam ceramahnya.

menyerang Pak Lah dan Khairy

Mungkin menyedari hakikat ini beberapa pemimpin PAS dan KeADILan mula beralih arah dengan menyerang Pak Lah dan Khairy. Empat atau tiga hari sebelum menjelang hari pengundian, Dato Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Ezam Mohd Nor, Saifuddin Nasation dan beberapa pemimpin lainnya mula mempersoalkan Pak Lah dan Khairy Jamaluddin. Husam dan Saifuddin disifatkan antara pemimpin muda yang pintar dan cermat menyediakan fakta yang boleh mempengaruhi perhatian hadirin.

Ketika ini petugas KeADILan dan PAS serta pengundi muda mula menaruh minat untuk turut hadir dalam ceramah yang dianjurkan oleh pembangkang. Isu kenaikan harga minyak, harga barangan keperluan, tarif elektrik dan air serta kekerapan Pak Lah ke luar negara serta tingkah laku Khairy mula menyemarakkan lagi isu berkempen parti pembangkang.

BN turut menyediakan beberapa bekas pemimpin KeADILan untuk membantu mereka menangkis serangan pembangkang. Bagaimanapun tindakan sesetengah bekas pemimpin KeADILan yang hanya mengulas isu Altantuya turut melemaskan jentera parti. Mereka mahukan maklumat yang lebih mendalam mengenai KeADILan dan bekas pemimpinnya tetapi isu ini tidak dicetuskan oleh mereka. Mereka hairan dan serba salah dengan ceramah bekas pemimpin KeADILan ini yang seolah-olah mahu menghidupkan semula isu Altantuya yang dikaitkan dengan Najib.

Secara umumnya kedua-dua belah pihak bijak berpolitik sama Ada KeADILan mahupun BN. Difahamkan sebaik sahaja Dato Sivalingam meninggal dunia, jentera wanita KeADILan sudahpun berkempen dari rumah ke rumah di empat daerah mengundi yang tidak pernah menyokong BN sebelum ini. Empat daerah mengundi yang majoritinya pengundi Melayu adalah Bukit Badung, Simpang Tiga Ijok, Kampung Ijok dan kampung Jaya Setia. Empat daerah mengundi ini tidak pernah memberi undi kepada calon MIC yang bertanding untuk kerusi DUN Ijok sebelum ini.

Kemudian, tiga atau empat hari sebelum menjelang hari penamaan calon, MB Selangor, Dato Seri Dr Mohd Khir Toyo berkubu dan berkempen di Bukit Badung. Dia berjanji dalam tempoh berkempen dari 19 April 2007 sehingga hari pengundian pada 28 April 2007, dia akan memperuntukkan masa selepas solat Asar sehingga Maghrib untuk berkampung di Bukti Badung bagi mendengar masalah sebenar para pengundi Melayu di kawasan tersebut. Pada sebelah malamnya pula beliau akan berceramah di sekitar Dun Ijok bersama pemimpin BN yang lain.

etnik Jawa

Khir disifatkan sebagai bijak apabila langkah awal yang dilakukan adalah menggunakan sentimen etnik Jawa untuk memenuhi citarasa pengundi di empat kawasan terbabit. Pendekatan ini menjadikan diri lebih hampir kepada pengundi dengan rasa `kekitaan’ dan `persaudaraan’. Pendekatan ini tidak digunakan oleh kepemimpinan tertinggi KeADILan.

Selain ini seluruh Ketua Umno Bahagian dan wakil rakyat Selangor sudahpun `berkampung’ di daerah mengundi yang ditentukan. Perhubungan negeri-negeri pula `berkampung’ selepas hari penamaan calon. Beberapa negeri telah diberikan mandat untuk `berkampung’ di empat buah daerah mengundi yang tidak menyokong BN dalam dua pilihan raya umum lalu. Melaka diberikan daerah mengundi Jaya Setia.

Menteri Besar Selangor, Perlis dan Sabah berkhemah di daerah mengundi Bukit Badong; Johor dan Terengganu di Kampung Ijok; manakala Kedah serta Kelantan di Simpang Ijok.

Menyedari hakikat bahawa majoriti pengundi Melayu kecewa dengan khidmat wakil rakyat sebelum ini, Khir akan melantik seorang pegawai Melayu yang bertaraf Adun untuk menyelesaikan masalah mereka. Khir meletakkan Dun Ijok sebagai `kawasan angkat beliau’ sebagai usaha memujuk pengundi-pengundi Melayu.

Dalam usaha berkempen, para petugas BN dan KeADILan berada di dalam keadaan `tidak menentu’ untuk mengetahui sejauh mana sokongan pengundi terhadap mereka. Masing-masing meletakkan situasi 50-50 untuk menang. Ada kalanya PKR meletakkan sehingga 60 peratus untuk menang dan turun pada hari tertentu kepada 45 peratus di beberapa daerah mengundi. Begitu juga BN yang meletakkan kedudukan yang sama sehingga di satu saat seolah-olah mereka akan tewas dalam pilihan raya kecil itu.

Adakalanya petugas BN meletakkan pengundi Cina yang menjadi penentu kepada kemenangan berikutan masalah dalaman Umno dan MIC. Najib dan Khir menghadapi masalah `tikam belakang’ dari sesetengah pemimpin Umno tempatan dan begitu juga dengan Presiden MIC Dato Seri Samy Vellu dari ahli-ahli MIC di peringkat akar umbi Dun Ijok.

Bagaimanapun jentera Wanita BN disifatkan yang paling `'perform' dengan maklumat yang tepat dan menemui sasaran. Jentera ini terutamanya dari Umno yang dikenali sebagai K-10 bergerak siang dan malam untuk meraih sokongan pengundi.

Dari segi gerak jentera KeADILan pula, KeADILan Negeri Sembilan disifatkan antara jentera yang paling cemerlang jika di bandingkan dengan negeri-negeri yang lain. Mereka bijak menyusun strategi dan pendekatan untuk menarik pengundi sama ada di Simpang Tiga Ijok atau Kampung Ijok berbanding dengan KeADILan negeri lain.

Difahamkan ada petugas dari KeADILan Perak yang menjaga daerah mengundi Batang Berjuntai mengalami `jalan buntu’ kerana tidak mendapat sokongan dari jentera tempatan.

Bagaimanapun hubungan jentera KeADILan dan PAS di peringkat awal agak dingin dan tidak bergerak lancar. Sejauh mana janji Pesuruhjaya Pas Selangor, Dato Dr Hasan Ali untuk membantu kempen jentera KeADILan masih boleh dipertikai terutamanya dalam gerakan `perang saraf’ di peringkat akar umbi.

Harus di ingat majoriti penyokong pembangkang di Dun Ijok adalah PAS berbanding dengan KeADILan mahupun DAP tetapi hubungan setiakawan masih dipersoalkan. Seorang petugas KeADILan di Bukit Badung memberitahu mereka menghadapi kesukaran untuk mencari bilik gerakan di Bukit Badung dan hanya memperolehi jauh ke dalam di Jalan Pusara yang berhampiran dengan kubur.

KeADILan juga tidak perlu angkuh dengan kekuatan sendiri sebaliknya perlu bekerjasama dengan barisan kepemimpinan KeADILan terutamanya di peringkat akar umbi.

BN tukar strategi

Menyedari serangan balas dan kempen yang dilakukan oleh pembangkang begitu hebat dan kuat, jentera BN menukar strategi kepada lawatan rumah ke rumah di saat-saat akhir menjelang hari pengundian. Najib sendiri membatalkan beberapa siri ceramah umum dan berkempen dari rumah ke rumah bersama dengan pemimpin BN lainnya.

Antara pemimpin BN yang berkempen dari rumah ke rumah termasuk Khir, Samy Vellu, Dato Seri Ong Ka Ting, Dato Seri Ghani Othman, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato Seri Ali Rustam, Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil dan beberapa pemimpin BN lainnya termasuk Timbalan Menteri.

Akhirnya menyedari hakikat apa yang dikehendaki oleh pengundi muda dan golongan pertengahan, pada malam akhir sebelum menjelang hari mengundi di bilik gerakan KeADILan Ijok di Jalan Pusara, Anwar mula menyerang habis-habisan Pak Lah dan Khairy yang disifatkan sebagai sudah terlambat!

Sebagai pemimpin pembangkang yang masih mempunyai pengaruh di kalangan khalayak, Anwar sepatutnya memahami aspirasi pengundi muda dan bukan lagi mencipta isu yang mereka mudah dipengaruhi. Persoalan yang ditimbulkan oleh jentera KeADILan dan BN dalam tempoh berkempen di Dun Ijok adalah mengapa Anwar tidak menyerang Pak Lah?

Bagaimana pula perasaan Najib? Sebagai manusia biasa, hampir pasti hati dan perasaannya agak terluka. Barangkali di Dun Ijok beliau sudah memahami serangan peribadi yang dilemparkan terhadap dirinya oleh Anwar tanpa menyebut nama Khairy dan Pak Lah (melainkan satu malam sebelum menjelang hari pengundian) adalah sesuatu yang sedang difikirkan sekarang.

kehadiran Pak Lah tidak dirasa

Keputusan Pilihan Raya kecil Dun Ijok sudahpun diketahui pada 28 April 2007 yang lalu. BN telah merampas empat dari tiga daerah mengundi yang dikuasai pembangkang sebelum ini. Daerah Mengundi Kampung Ijok kekal menyokong pembangkang walaupun mendapat majoriti undi yang berkurangan. BN menyapu bersih lapan dari sembilan daerah mengundi di Dun Ijok.

Secara peribadi kehadiran PM dan Presiden UMNO ke Dun Ijok tidak memberi apa-apa impak kepada pengundi mahupun golongan muda yang turut hadir mendengar kempen kedua-dua parti di kawasan tersebut. Seperti kata seorang petugas PKR: "Ada dengan tak ada sama sahaja Pak Lah!"

Murtadza Ibrahim ialah bekas wartawan media aliran perdana dan kini penulis bebas.

Dipetik daripada Harakah Daily.net
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7523&Itemid=28


Thursday, May 3, 2007

Anwar Ibrahim - Sandiwara lama yang dia lupakan!







p/s
Sekarang ni tak de terdengar la pulak nak pergi German ke... Amerika ke untuk berubat sakit tulang belakang.
Malahan 'sakit tulang belakang' itu sendiri pun sudah tidak disebut-sebut lagi.

Mungkinkah Anwar yang kita lihat hari ini adalah...... hantu atau pun zombie (zombie kampung pisang.... hehehe!)

Kenapa saya tanya begitu? Bukankah dulu dia sudah diracuni dengan racun arsenik.... dan akan mati pada bila-bila masa sahaja ( bini dia kata.... bukan saya kata!)

Manusia yang macam mana agaknya Anwar ni? kena bagi makan racun pun tak mati!

"Ni yang buat saya terfikir dan tertanya-tanya.... hantu ke apa dia?"

Tuesday, May 1, 2007

Dialog - berlapang dada


Dialog daripada cbox saya...... http://www.shifu67.blogspot.com


1 Apr 07, 09:31saingmu: Kenapalah hijau sangat blog mu ni.tukar biru la. dok kecek hal biru tp pilih ijau lumut. sedih aku tengok.

1 Apr 07, 15:31Shifu67: Kan ni hijau lumuttt... tapi, apa masalahnya dengan warna hijau... hijau bukan hak sesiapa...

30 Apr 07, 21:33wan: salm pekabo seme

30 Apr 07, 21:35wan: nabikan suka hijau

30 Apr 07, 21:36wan: em...soal warna pun korang tak ikut dah nabi,apalagi dgn hukm,jauh sekalilah....sesat lake

1 May 07, 15:23Shifu67: W'salamm Wan.

1 May 07, 15:26Shifu67: Kena tengok dulu 'hijau' yang macam mana. Kalau hijau dikatakan warna yang disukai nabi dan saya pernah juga dengar kalau pakai warna hijau boleh dapat pahala.

1 May 07, 15:29Shifu67: Sesiapa suka warna hijau sebagaimana nabi suka, ok la. Tapi kalau suka hijau kerana PAS... emmm! rasa-rasanya belum tentu lagi dapat pahala kot!

1 May 07, 15:31Shifu67: Saya dah tegaskan.... warna hijau bukan hak sesiapa! Wan...ke mu raso warna hijau ni hok sapo?

1 May 07, 16:46wan: ok lah shifu,tapi ada shifu dgr nabi kb hijau gane,gelap ke terang ke?

1 May 07, 16:49wan: mflah shifu,kita bukan nak balah ni,harap shifu berlapang dda ye

1 May 07, 17:10wan: emmm kalau orang pas pakai kupiah hijau blm tentu dapat pahala,saya bleh terima,tapi adalahlah juga peluang dapat pahala,tapi kalau umno,langsung tak dapat pahala kot,hidup asyid nak tentang islam

1 May 07, 20:09Shifu67: Sdr Wan... saya juga bukan nak berbalah dengan sesiapa. Saya juga sentiasa berdoa, agar saya tidak bongkak hidup di dunia. Kerana itu prinsip saya adalah.. Tiada yang mutlak di dunia!

1 May 07, 20:13Shifu67: Saya juga sedaya mungkin sentiasa cuba berlapang dada dan berbaik sangka sebagai pilihan pertama. Siapalah kita.....!



Dialog daripada email saya...... shifu67@gmail.com



Email I
from: shifu67@gmail.com / to: abg_wan84@yahoo.com / date: May 1, 2007 3:45 PM

As'kum..... Wannnn!

Saya memang bersetuju warna hijau adalah warna yang disukai Nabi. Saya juga pernah terdengar 'orghe mengajar' kalau pakai warna hijau dapat pahala. Betul atau tidak kena sahihkan dengan tok guru la. Tapi saya yakin bahawa kenyataan itu benar.

Saya telah tegaskan.... "apa masalahnya dengan warna hijau?..... "warna hijau bukan hak sesiapa!"

Saudara Wan.... ke awak rasa warna hijau ni hak siapa?

Ada satu lagi pendirian saya tentang warna hijau.

Kalau pilih hijau kerana warna yang sunat dalam Islam / warna yang disukai oleh Nabi / ....... mungkin benar kita akan dapat pahala
Tetapi..... kalau pilih warna hijau kerana PAS, emmmm...... kena fikir-fikir dulu!

Ok Wan..... jumpa lagi :)


Email II
from: abg_wan84@yahoo.com / to: shifu67@gmail.com / date: May 1, 2007 7:49 PM

w'salam saudara shifu
terlebih dulu,syukur allah temukan kita
terima kasihlah sudi layan saya,i.allah natijah yang kita dapat nanti adalah sebagimana yang dikehendaki oleh allah,untuk sama2 mempertahankan islam,i.allah
sebenarnya,saya minta maaf awa2 kt saudara saya ni,klau ada perkataan dan idea yang kita lemparkan ni,tersentuh hati,tapi sama2 kita lapangkan dada,i.alllah allah tolong kita.
harap saudara dapat bagi respon yang terbaik ye.sebenarnya saya baru terjumpa blog sedara,saya rsa tak sedap hati bila baca tu,saya aggap sedara ni,memiliki pemahaman idolgi plitik yang beerbeza dgn saya ,tak mengapa.kita tinggallah cakap bab hijau,jom sama21 kita bincang pasal islam ,harap saudra dapat terima,kalu nak bincang pasal hijau banyak sangat boleh dijadikan hujjah.saya nak taya satu boleh?sebab apa orng sokong bn?kalau kerana islam,saya saya cukup terkilan,sebab banyak bn tipu melayu,tapi tak apalah,yang lebih dahsyat,tipu allah dan hukumnya,apa pandagan saudara.
satu lagi saya nak tanya,tntang pendirian sudara tnnt warna hijau kalau ikut sunnah dapat pahala,ikut pas fiir dulu...........saudara lihat pas tak ikut sunnah ke?kalau umno munasabah gak kan?


Email III
from: shifu67@gmail.com / to: abg_wan84@yahoo.com / date: May 1, 2007 11:15 PM

Alhamdulillah...

Saya bukan yang jenis suka berbahas atau berhujah, terutama dalam soal agama......

Saya hanya sentiasa berdoa, kita semua dirahmati Allah, tanpa mengambil kira perbezaan ideologi politik kita.

Saya pernah menulis begini..... "apabila ada sesiapa yang hendak ' MEMPERSOALKAN', percayalah..... ia tidak akan ada penyelesaian!"

Kalau sdr merasa kecil hati dengan apa yang saya tulis..... memang patut, kerana saya juga kecil hati membaca tulisan-tulisan oleh blogger yang saya kategorikan "hati berkarat" seperti kickdeffla, Rudin X dan banyak lagi.

Saya sentiasa cuba menjaga bahasa saya..... dan tidak mendoakan sesuatu yang buruk kepada saudara atau yang sama waktu dengan saudara. Siapalah saya (kita) yang hendak menentukan siapa yang salah, siapa yang betul, siapa yang jahil, siapa yang alim, siapa yang dapat pahala, siapa yang dapat dosa!

Saya tidak sesekali berminat untuk berhujah siapa yang lebih Islam antara UMNO - PAS!

Mari kita lihat dan renungkan nasib umat Islam......

IRAQ - SUNNAH - ( ? ) - SYIAH = HANCUR

AFGHANISTAN - MUJAHIDDIN - ( ? ) - TALIBAN = HANCUR

PALESTIN - HAMMAS - ( ? ) - FATAH = HANCUR

Punca utamanya..... kerana satu pihak merasakan dia lebih Islam daripada pihak yang satu lagi, dan begitu juga sebaliknya!

MALAYSIA - UMNO - ( ? ) - PAS = ??????

Saya tak mahu jadi Islam seperti di Iraq, Afghanistan dan Palestin! Semoga Islam di Malaysia dijauhkan Allah daripada bencana yang tidak berkesudahan.

Pendirian saya.... TIADA APA PUN YANG MUTLAK DI DUNIA


Email IV
from: abg_wan84@yahoo.com / to: shifu67@gmail.com / date: May 2, 2007 12:10 AM

saudaraku yang dikasihi lagi disayangi..............
saudara kait dgn neg.2 tu,tapi saudara kaji tak kenapa jadi macam tu dan siapakah dalangnya?sehingga berlaku huru-hara,perang?sebelum negara-negara ini terlibat dgn perang,siapakah yang cuba mencabul haq umat islam terlebih dahulu.saya lihat tak lain tak bukan pemimpin umat islam yang ada hub dgn yahudi dan orang2 islam sendiri yang ada kepentingan perut kan?begitu jg di neg kita,cnth terdekat pilihanraya ijok baru2 ini,siapakah yang menimbulkan perkara yang tak bermoral?saya malu bangsa saya yang mengaku islam sanggup buat demikian.susahlah kalu orang islam semata-mata nak berhujah dgn logik,membelakangkan islam.soal hukum,tolak.........hujah quran hadis tolak.saya takut dalam saat kita rasa dah selesa,dapat duit byk tapi hukum allah kita tinggal beralasan allah telah redha,tapi sebenarnya kita dimurkai.maaflah saudara,saya tak pandai,tapi allaha masih kurniakan kpda saya sensetif terhadap masalah agama.kita sangka dalam keadaan sekarang(waktu tidak ada kekecohan )kita senang menadah tangan berdoa,tapi allah tak terima doa kita.percayalah saudara islam sedang dipijak-pijak sekarang oleh kuffar,pemimpin negara dan sebagainya.kalau saya tak sayangkan saudara saya tak cuba berhubung dah,tapi tugas kita saling ingat mengigati,tak salah kan?belum terlambat untuk kita bangkit mencari yang benar.memang pedi,sedih,pahit,berhadapan kehancuran,,,,kenapa?sebabnay allah hendak kurniakan kepada kita syurga yang cukup mahal saudara.saya nasihatkan dri saya dan saudara,marilah kita kaji islam yang sebenar,kita nilai,saya pun sedang mengkaji,,,kita buka quran,hadis,ijma,qias,dan kita cuba banding dgn undang-undang manusia.saya bukan menyebelahi pas,tapi kalaulah ia betul-betul bawa iuslam yang benar,i.allah kita dikalangan mereka.kita bukan lihat kepada orangnya,tapi kita lihat apakah dasarnya.saya cakap soal agama ni sebab kita sesama muslim..........
o.k terima kasih byk saudaraku
k,kita jumpa lagi shifu
"bukan sekadar kuffar yang memusuhi islam,tetapi yang paling dibimbangi umat islam yang terpengaruh dgn pemikiran kuffar,membelakangi islam"


Email V
from: shifu67@gmail.com / to: abg_wan84@yahoo.com / date: May 2, 2007 2:51 AM

Sdr Duan...... Kebimbangan saya adalah sama sebagaimana kebimbangan saudara.

Sekali lagi saya tegaskan...... Tiada yang mutlak di dunia ini. Maksud saya......

Contohnya.... bila bercakap tentang UMNO atau PAS...... yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kalau saudara beranggapan pemimpin UMNO sedemikan rupa, kalau saudara bertanya siapa yang menimbulkan perkara yang tidak bermoral..... saya juga akan beranggapan dan bertanyakan perkara yang sama kepada saudara!

Cuma..... sedaya mungkin saya sentiasa akan cuba berbaik sangka, malangnya selagi kita bernama 'manusia' tidak 'mugo' maka begitulah fitrah manusia.

Kalau saudara berfikir sedemikian rupa 'puncanya'...... maka saya berfikir...... " Punca..... kerana satu pihak merasakan dia lebih Islam daripada pihak yang satu lagi, dan begitu juga sebaliknya!

Maka senario itu tidak mustahil akan berlaku di negara kita!

MALAYSIA - UMNO - ( ? ) - PAS = ??????


Dan pada ketika itu...... carilah puncanya.... sampai kiamat pun tak akan jumpa! Kalau jumpa pun, tak ada gunanya!

Sama-sama kita pertahankan Islam.... dan kenali siapa musuh kita yang sebenarnya! Sebab itulah saya letakkan (?).... MALAYSIA - UMNO - ( ? ) - PAS = ??????

(Dalam hati saya: ....... "semoga aku sentiasa mampu untuk berbaik sangka, kerana aku tidak upaya untuk menelah ke dalam hati orang lain. Dan aku juga tidak mampu untuk mentafsir takdir yang Allah tentukan" "Apatah lagi hendak mengetahui siapa yang berdosa, siapa yang tidak!" )


Email VI
from: abg_wan84@yahoo.com / to: shifu67@gmail.com / date: May 2, 2007 3:48 AM

salam memang ISLAM di malaysia xkan jadi mcm islam kat afghanistan,iran.iraq n negara islam lain coz islam di malaysia ni adalah acuan barat.islam itu adalah tinggi dan xde agama lain yg lebih tinggi dari islam.xde istilah islam hadhari ataupun yg lain.xde islam yg kene ikut zaman p zaman tu mesti kene ikut islam.tanpe pembangunan dengan acuan islam yg dibawa oleh nabi muhammad maka akan rosakklah masyarakat tersebut.sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud jika sesuatu itu tidak diberiakn kepada ahlinya maka tunggulah akan kebinasaannya.macam juga islam hadhari yg dicipta paklah badawi.kenape seorang yg berstatus islam masih lagi bercita-cita nak cipta islam yg baru belum cukup lagikah islam yg dibawa oleh junjungan besar nabi muahmmad kita.kenape di zaman islam hadhari artis-artis makin berani nak menghina ummahatul mukminin.masihkah kita xterasa pe2 terhadap kesalahan tersebut?????pikir-pikirkanlah.masihkah kita nak meemilih pemimipin yg nak campuradukkan yg haq dan batil?itu adalah tanggungjawab kita dalam nak memilih pemimpin yg akan meneraju negara.sebagaimana sebuah kapal jika tersalah kemudi maka kita sebagai penumpang tidak akan sampai ke tempat yg dituju.begitu juga dgn kite?apakah tujuan kehidupan kita d dunia ini??adakah matlamat kita hanye nak kesenangan dan kemwahan dunia shj?bukan maksud saye disini nak kejar akhirat semata-mata dan tinggalkan dunia tapi kita kene seimbangkan antara dunia dan akhirat.jika di dunia ni kita dah tersalah pilih mmane kita nak jawab di hadapan allah nanti.kita sebagai khalifah mesti mentadbir bumi dengan ape yg disuruh oleh allah.kenape bukit-bukau,gunung ganang ,binatang tidak mahu menerima untuk menjadi khalifah???kenape kite yg dipilih kenape dan kenape??same-same kite pikirkan hal ini.tapi apabila tiba di tgn manusia,manusia sendiri yg merosakkannye kononnye dgn pelbagai alasan.berbalik kepada ialam hadhari yg mereka-mereka agung-agungkan tidak termasuk sayelah.ibarat juga mcm beruk ali yg bermasuk beruk itu kepunyaan ali dan ali beruk yg bermaksud ali tu perangainye mcm beruk.begitu juga dgn islam hadhari dgn hadharatul-islamiah.2 tu perkara yg xsamekan?ke saudara berpandangan 2 tu same?itu adalah hak masing-masing mcm juga yg saudara ckp hijau tu bukan hak sesiapakan?
betulke pe yg saudara katakan pabila ade yg mempersoalkan tidak akan ade penyelesaian?habis tu kenape wujudnye mahkamah untuk pengadilan?kite bukan nak memepersoalkan p yg tak patut p persoalan kite tu mesti d tujuan dan sebabkan??disini saye xkate sape yg lebih islam umno atau pas tapi kita nak pilih mane yg lebih cenderung nak membangunkan islam umno atau pas?klu saudara rase umno lebih berhak nak membangunkan islam saudara telah silap sebenarnya.semua bukti telah terdapat di depan mate kita tapi terpulanglah pada kita nak memilihnya dan membuat penilaian terhadap perkara tersebut.
saye doakan agar rakyat malaysia tidak sentiasa leka dengan kemewahan dunia yang disajikan oleh pemimpin kite skrg ni.harap-harap mereka berubah dan mampu membuat penilaian atas semua perkara.ini adalah untuk mase depan anak cucu saye juge nanti.saye nak anak dan cucu saye nanti akan membesar bersame-same orang yg akan memperjuangkan agama allah dan rasulnnye.saye tidak sanggup untuk melihat anak cucu saye terus leka dibuai keseronokan dunia yg sementara ini.biarlah mereka mati dalm menegakkan agama allah mati bersama-sama dengan para syuhada ameen.insyaallah.seruan jihad memanggil-manggil kita dan janganlah kita takut mati dalam mengakkan agamanya janji allah pasti akan datang.moga-moga allah tetapkan hati kita bersama-sama orrg-org yg beriman .maksudnye kat cni kite jangan ade rase takut nak mati kerana terlalu sygkn anak isteri dan kehidupan yg selesa di dunia ini.kerana sifat syg yg tidak bertempat inilah org-org kafir berjaya menawan hati umat islam dan timbullah puak-puak yg saudara katakan tadilah..sama-sama kita renungkan.janji allah diakhirnya islam akan dijulang dan sebelum tiba saat tersebut kita mestilah sabar dan menghadapi pelbagai rintangan.bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah.same-same kite renungkan.maaf dipinta andai tersalah bicara.wassalam.


Email VII
from: shifu67@gmail.com / to: abg_wan84@yahoo.com / date: May 2, 2007 4:01 AM

As'kum

Tiada yang mutlak di dunia ini

Sama-sama kita pertahankan Islam.... dan kenali siapa musuh kita yang sebenarnya! Sebab itulah saya letakkan (?)....

MALAYSIA - UMNO - ( ? ) - PAS = ??????

|| Dalam hati saya: ....... "semoga aku sentiasa mampu untuk berbaik sangka, kerana aku tidak upaya untuk menelah ke dalam hati orang lain. Dan aku juga tidak mampu untuk mentafsir takdir yang Allah tentukan" "Apatah lagi hendak mengetahui siapa yang berdosa, siapa yang tidak!" ||


Email VIII
from: abg_wan84@yahoo.com / to: shifu67@gmail.com / date: May 2, 2007 5:30 PM

saya sutuju seratus peratus saudara kata tiada siapa yang mutlak di atas bumi ni,itu semuanya milik allah,sebab itulah saya kata,kita kene ikut allah seratus peratus,kita buat apa allah suruh dan tinggal apa allah larang,,,,tak mempersoalkan kenapa?sebab apa.....takut2 tak ada jalan penyelesaian....akhir2 tak ikut juga allah@ikut separuh2,macam orang yahudi,beramal separuh,tinggal separuh.yang sesuai amal,yang tak ikut kehendak diri,tinggal...........sampai bila kita tak boleh pertahankan islam....tak boleh.....kita tipu je,,,,kita tipu allah,shifu....percayalah shifu.saudara kajilah quran sungguh2,kalau kata kita telah ikut islam hanya sembahyang,puasa,haji.....ada berapa kerat je ayat quran yang menyatakan suruhan tersebur?ayat lain yang berbaki?camner?kita ikut tak?kajilah quran ....tadabburlah bukan sekadar tilawah,buat pertandingan jer............kalu itu jer.....fikir2 lah


Email IX
from: shifu67@gmail.com / to: abg_wan84@yahoo.com / date: May 2, 2007 9:43 PM

Semoga kita adalah..... yang

> ikut allah seratus peratus
> buat apa allah suruh dan tinggal apa allah larang

bukan..... yang

> beramal separuh,tinggal separuh
> sesuai amal,yang tak ikut kehendak diri,tinggal
> tipu allah

********************************************************************
Sama-sama kita pertahankan Islam.... dan kenali siapa musuh kita yang sebenarnya!
IRAQ - SUNNAH - ( ? ) - SYIAH = HANCUR
AFGHANISTAN - MUJAHIDDIN - ( ? ) - TALIBAN = HANCUR
PALESTIN - HAMMAS - ( ? ) - FATAH = HANCUR
MALAYSIA - UMNO - ( ? ) - PAS = ??????
Punca utamanya..... kerana satu pihak merasakan dia lebih Islam daripada pihak yang satu lagi, dan begitu juga sebaliknya!

|| Dalam hati saya: ....... "semoga aku sentiasa mampu untuk berbaik sangka, kerana aku tidak upaya untuk menelah ke dalam hati orang lain. Dan aku juga tidak mampu untuk mentafsir takdir yang Allah tentukan" "Apatah lagi hendak mengetahui siapa yang berdosa, siapa yang tidak!" ||


Ijok - Siapa samseng sebenar?

Catat Pilihanraya Ijok

Lihatlah bagaimana samsengnya Mat Botak dari PKR cuba untuk menghalang pengundi.

Nak kata Mat Botak ni bodoh bangang, nanti ada pula yang marah kat saya.

Tapi apa nak buat... memang dia jenis bingngongg tahap maksimum!

Kat manala dia belajar, sampai boleh kata orang yang berpakaian warna merah putih tak boleh mengundi.

Mamat botak ni memang yang jenis fobia dengan warna merah dan putih kot!

Peraturan SPR sudah jelas..... yang dilarang ialah pengundi yang masuk mengundi dengan memakai lambang parti, itu pun masih ada kelonggaran.... kalau pakai yang saiz kecil dibenarkan.

Peraturan SPR tak ada pula melarang pengundi masuk mengundi dengan memakai warna merah ke, hijau ke, biru ke....... kelabu asap ke!

Mamat Botok ni memang jenis samseng kerana PKR itu sendiri wujud atas dasar samseng.

Mereka dah lama training..... melaung tak tentu arah.... bakar tong sampah..... sepak terajang, lepas tu bila polis tangkap, mereka kata polis menghalang kebebasan dan keadilan.

Dulu mereka buat praktikal di Lunas.


Sekarang ni mereka praktikkan lagi di Ijok.

Maklumlah.... mereka ni dah lama tak ada peluang nak bakar tong sampah... hehehe!

PKR kata UMNO samseng.... tapi lihatlah lagak Mat Botak ni.

Agak-agaknya lagak apa ni?

Bila polis menghalang tindakan Mat Botak ini, adakah patut kalau hendak dikatakan polis menghalang kebebasan dan keadilan?

Saya cuma nak kata.... "keadilan kepala hoootak dia!"



Lihat rakaman lagak samseng Mat Botak