Friday, December 28, 2007

Cuti 3 Bulan....


Mohon maaf kepada semua pengunjung blog kawe ni. Kawe tak sempat nak buat entry baru sejak kebelakangan ini. Sibuk telajok!...... tak sempat nak menulis. Serabut nak uruskan data 21429 orang pengundi yang ada di DUN kawe. Siapa yang biasa dengan kerja-kerja urus data ni, faham la maksud kawe. Memang pening lalat!

Lagi pun dah nak masuk edah pilihanraya ni, maka untuk 3 bulan ini, kawe tak leh nak menulis apa-apa dalam blog ni. Mugo nak menulis ni, perlukan juga sedikit ketenangan.

Kawe bukanlah orang yang berjawatan besar dalam parti, cuma sekadar diamanahkan untuk menguruskan data dan maklumat pengundi mengikut keperluan kerja-kerja parti sekarang ini. Kalau sebelum ini opis kawe di rumah dengan sebiji laptop je, mulai minggu depan kawe dah buka opis di Bilik Gerakan DUN sepenuh masa.

Ok, kalau datang ke DUN Jelawat, silakanlah singgah diopis kawe....... opis dengan sebutir meja dan sebutir laptop je..... Unit ICT & Maklumat DUN Jelawat. Staffnya kawe belako.... dari kerani pun kawe, pengarahnya pun kawe...... hehehe!

Jumpa lagi!


Friday, December 7, 2007

Husam semakin caca-merba!

Sudah beberapa kali saya menulis tentang Husam Musa, seorang Exco Kanan 'paling Kanan' di Kelantan ini. (dibaca... paling berkuasa)

Dengan bidang kuasa Husam yang sedemikian luas.... saya dan tidak mustahil ramai orang yang setuju apa yang saya katakan selama ini, bahawa 'Exco Baju Petak' ini adalah 'Menteri Besar' sebenar di Kelantan. Sebab itu saya pernah menulis, bahawa Nik Aziz hanyalah 'moskot' sahaja.

Bukan niat saya hendak menghina Nik Aziz..... cuma apa yang saya hendak katakan ialah... suka atau tidak suka orang-orang seperti Husamlah yang menjatuhkan maruah Tok Guru. Demo puok-puok PAS perlu sedar (memang ramai yang sedar pun).... tingkah laku pemimpin-pemimpin demo juga yang mencemar imej 'Kerajaan Serambi Mekah" Dan yang paling na'yo... Nik Aziz sendiri.... dilihat sebagai Menteri Besar yang 'tak tahu apa-apa'

Ada terlalu banyak cerita tentang 'kerakusan' Husam. Bukan puok-puok UMNO yang buat-buat cerita, tetapi puok-puok PAS sendiri yang bersoksek-soksek! Jangan pula nak salahkan pihak lawan, kerana puok-puok PAS sendiri yang sudah tak mampu menyorokkan tentang kebobrokkan pemimpin PAS sendiri.

Mungkin sehingga setakat ini, Husam masih mampu untuk menutup 'tahi' yang dia berak, tetapi jangan lupa... 'bau'nya tetap semerbak.

Dalam Sidang Dewan baru-baru ini.... Husam telah melakukan 'jenayah' kepimpinan dengan 'menghalang' hak wakil-wakil rakyat pembangkang untuk membahaskan beberapa perkara yang membabitkan dirinya.

Ekoran 'jenayah' terancangnya itu... kepanasan dewan berakhir dengan 'aksi amukan' Norzula. Sekarang ini pun... PAS dengan ghairahnya menjaja rakaman video Norzula itu ke serata negara. Sekali lalu, rakaman itu kelihatan senjata yang boleh memburukkan imej UMNO di Kelantan. Namun mereka lupa..... bukan semua orang yang hanya melihat aksi norzula semata-mata... kerana ramai orang yang melihatnya secara keseluruhan, dan akhirnya peluru yang dilepaskan itu akan kembali kepada PAS sendiri.

Sebab itu UMNO tidak merasa gusar dengan 'penayangan' aksi Norzula itu, kerana sesiapa yang melihatnya akan faham mengapa Norzula bertindak demikian. Persoalannya sehingga bila Husam mampu untuk menyorokkan 'tahi'nya?

Hari berikutnya Norzula yang digantung sebagai ahli dewan muncul dengan 'seberkas' dokumen untuk diserahkan kepada BPR. Selama ini... kandungan dokumen-dokumen itulah yang menjadi buah mulut puok-puok PAS sendiri dan salah satunya adalah seperti kenyataan di bawah yang saya petik dari blog puok-puok PAS sendiri.....

Nasib baik atau tak baik ana, ana ada dapat salinan laporan BPR terhadap Datuk Husam semalam. Di sini ana taip kembali untuk tatapan dan penilaian semua yang tentu amat berminat untuk mengetahui. Ana rasa kita jangan terburu-buru menghukum sebelum siasatan selesai. Masa sama, Datuk Husam juga perlu segera menjawab beberapa persoalan dikemuka untuk membersih diri.

Tiga laporan berkait AKSB itu adalah:

1. Bahawa Datuk Husam pada tarikh sekian menerima wang berjumlah sekian dari kontraktor AKSB bernama sekian.

2. Bahawa Datuk Husam pada tarikh sekian (lain) menerima wang berjumlah sekian (lain) dari kontraktor AKSB bernama sekian (lain).

3. Bahawa Datuk Husam pada 6 Jun 2004 menerima RM10,000 dari AKSB, pada 13 Julai 2004 menerima RM10,000 dari AKSB, pada 5 Disember 2004 menerima RM2,000 dari AKSB dan pada 20 Disember 2004 menerima RM1,500 dari AKSB.

Dua laporan lain mengenai AKSB yang tidak berkait dengan Datuk Husam secara terus tetapi turut perlu dijawab oleh Datuk Husam ialah berkenaan projek pembinaan Loji Rawatan Air Merbau Chondong, Machang, iaitu:

1. Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Amboran, Machang, yang tiada dalam perjanjian asal dan tidak mengikut spesifikasi oleh kontraktor menyebabkan ia gagal berfungsi menyalurkan air ke kawasan yang sepatutnya selain menyebabkan kerugian kepada AKSB serta pembinaan paip retikulasi di sekitar daerah Machang yang tidak mengikut spesifikasi (terlalu kecil) oleh kontraktor tetapi dibayar dengan harga normal oleh Air Kelantan Sdn Bhd menyebabkan AKSB kerugian RM750,000. Asalnya tangki ini tiada dalam kontrak tetapi waktu projek loji Merbau Chondong sedang dibuat tiba-tiba AKSB mengarahkan kontraktor membina tangki ini. Ia juga dibina terlalu rendah menyebabkan tekanan air sama ada tiada langsung atau terlalu rendah (1-2 meter sahaja sedangkan mengikut piawaian ia patut lebih 10 meter). Dalam kontrak juga, sepatutnya ada satu tangki sedutan (booster pump) tetapi ia tidak dibuat oleh kontraktor dan sepatutnya bayaran kepada kontraktor perlu dipotong lebih RM1 juta (kos membina tangki sedutan ini) tetapi potongan yang dikenakan AKSB hanya RM300,000 sahaja menyebabkan AKSB kerugian lebih RM700,000. Kontraktor terlibat ialah Roadbuilders.

2. Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Peraksi, Pasir Puteh, yang tidak mengikut spesifikasi (mengikut kontrak, ia asalnya dicadang untuk dibina di tempat melihat anak bulan di puncak Bukit Peraksi tetapi pembinaannya dialih ke anak bukit yang jauh lebih rendah) oleh kontraktor menyebabkan air gagal disalurkan melalui Jambatan Tok Bali dan terpaksa dialih menggunakan laluan alternatif melibatkan tambahan paip sepanjang 16 km dengan kos RM10 juta (paip tambahan ini telah dibeli dari awal lagi menunjukkan perkara ini mungkin memang sengaja dilakukan untuk memberi keuntungan mudah kepada individu tertentu). Mengikut kontrak satu tangki sedutan (booster pump) juga patut dibina di kaki bukit tetapi ia tidak dibina menyebabkan kontraktor jimat lebih RM1 juta. Kontraktor terlibat ialah CAM Contract Works and Development.

Sekian, terima kasih.

Anak Kelantan Di KL.
Maka biarkanlah BPR menjalankan siasatan..... Saya pun bukan hendak menuduh Husam sebagai orang yang bersalah.

..................................................................................................
p/s
kalau hendak tahu cerita tentang PAS jangan dengar apa orang UMNO kata, kerana itu saya memang suka membaca apa yang tersiar di Harakah dan laman-laman web 'hijau'

Seloka HINDRAF

Daripada: zacki mohd

KEPADA HINDRAF,juga kepada semua FIKIR2kan... .

HINDU MUDAH LUPA

HINDU MUDAH LUPA...
asalnya hanya beberapa kerat sahaja,
kini mula menunjukkan kuasa

HINDU MUDAH LUPA...
bangsanya menjadi antara terkaya di Malaysia,
melebihi peribumi asalnya

HINDU MUDAH LUPA...
mengadu pada britain penjajah negara
mengapa begitu cepat terlupa? atau,
masih teringatkan tanah nenek moyang di India?

HINDU MUDAH LUPA...
kontrak sosial yang kita jaga, jangan buat-buat lupa
miskin bangsanya kerana dianiaya atau MEMANG MALAS MEMBACA?

HINDU MUDAH LUPA...
Sekolah hindu lebih awal dibuka di Malaya,
buka minda ...cari fakta...jangan hanya mereka-reka. ..

HINDU MUDAH LUPA...
MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA tidak sesuai di adu domba....
datang mereka hancurlah negara
bangsa.....melayu india dan cina...

HINDU MUDAH LUPA...
KITA ADA AGUNG...KITA ADA RAJA...TAPI raja kita
bukan raja kapoor atau raja gopal....raja kita berdaulat
dari MULA...mengapa dicari Queen yg jauh disana???

HINDU MUDAH LUPA...
asalnya hanya hamba sahaya,
50 tahun selepas merdeka...maxis anda yg punya

HINDU MUDAH LUPA...
sekolah hindu muridnya tiada...tapi kerajaan tetap
bukaa...MENGAPA? ??bukan untuk membina bangsa???

HINDU MUDAH LUPA...
Melayu ada perasaannya. ..Cina ada
perasaannya. ...Kadazan ada perasaannya.
SEMUA PERLU DIJAGA...... jangan kamu lupa??

HINDU MUDAH LUPA...
Mengadulah kepada bapa...bukan kepada musuh
negara....itu jangan kau LUPA???

HINDU MUDAH LUPA
Dimana asal mu wahai 3 petualang penganjur yg
kerjanya peguam jaya.....
mungkinkah kau lahir di India sana...atau di Bumi Malaysia???. ..
bagaimana kau berjaya menjadi peguam jaya,
jika KERAJAAN INI ZALIM KEPADA KAMU SEMUA???

kamu yg zalim kepada negara.....

HINDU MUDAH LUPA...
Ingat...kesabaran kami juga ada batasnyaaa

HINDU MUDAH LUPA
JANGAN SEPERTI MELEPAS ANJING TERSEPIT.... TERUS
DIBAHAM HATI TUANNYA..... .

TAPI AKU RASA...KAMU LAGI TERUK....ANJING TU
BINATANG...TAKDAK AKAI.....HANGPA TU ADA AKAI.....

CUKUP LAAA...XLARAT DAH AKU NAK KARANG AYAT2 TU YG
MUNGKIN BERJELA2...BERDEPA- DEPA..... SEMUANYA PASAI
HINDU MUDAH LUPA........ ......

ikhlas dari aku yg masih cuba menggunakan kata2
berhemah abgzacki

................................................................................................
p/s
seloka ini masuk ke dalam email saya entah dari siapa..... walau tak ku kenali rupa penghantarnya.... namun ia sungguh bermakna.... agar kita semua TIDAK MUDAH LUPA!

Friday, November 30, 2007

Kerajaan Kelantan Tak Minat Bolasepak?


Pasukan Bola sepak Kelantan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Pasukan bola sepak Kelantan merupakan salah sebuah pasukan bolasepak di Malaysia dan di geruni lawan. Pasukan ini diuruskan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Ketika ini pasukan ini merupakan salah satu pasukan dalam Liga Perdana, iaitu liga tahap kedua Liga Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_Bola_sepak_Kelantan
Demikianlah gambaran tentang Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Kelantan memang terkenal pernah melahirkan ramai pemain-pemain berbisa di peringkat kebangsaan.

Malangnya.... jika kita pergi ke stadium hari ini, suasana yang begitu suram melanda KAFA kerana seolah-olah sudah tidak ada lagi orang yang berminat dengan bolasepak di Kelantan.

Penonton yang datang boleh dibilang dengan jari..... mungkin lebih kurang sama ramai dengan jemaah sembahyang maghrib di surau-surau dan masjid sahaja.

Keadaan pasukan bolasepak Kelantan memang amat tenat..... penonton pun sudah tawar hati untuk datang menyaksikan setiap perlawanan mereka.

Apabila ketiadaan penonton, KAFA tidak dapat mengutip hasil tiket dari setiap perlawanan. Bila wang pun tak ada maka masalah lain akan menimpa.

Bukan cerita baru tentang pemain-pemain yang tak dibayar gaji, jauh sekali mampu hendak membeli pemain-pemain yang handal.

Maka tinggallah pemain-pemain 'ayam kechok' dalam pasukan bolasepak Kelantan. Bagaimana mungkin pemain-pemain bertaraf 'ayam kechok' ini hendak berdepan dengan pasukan lawan.

Akhirnya apabila berlawan.... pasukan Kelantan akan kalah. Siapa yang hendak datang ke stadium apabila..... main sekali, kalah..... main dua kali, kalah.... main tiga kali, baruuu lah nak....... kalah pulak! hehehe.

Demikianlah senario pasukan bolasepak Kelantan hari ini.

Bertambah malang lagi apabila KAFA berada di sebuah negeri 'pimpinan ulama' yang tidak pernah melihat bolasepak sebagai satu industri yang boleh menjana ekonomi.

Bolasepak hanyalah dilihat sekadar satu permainan 'berlibur-liburan' diwaktu petang sahaja.

Tidak pernah terlintas sedikit pun dalam perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan bolasepak di Kelantan, jauh sekali melihat prospek bolasepak sabagai satu sumber ekonomi negeri.

Pendek kata..... nak jual kacang rebus pun tak boleh jalan di stadium Kelantan hari ini.

Kerana itu dalam Bajet 2008 yang baru dibentangkan, Kerajaan Kelantan telah bermurah hati untuk menyumbangkan dana bagi Pembangunan Bolasepak Negeri sebanyak RM10.00 (sepuluh ringgit)..... lihat mukasurat 255 Bajet Negeri Kelantan 2008.

"Apa?..... what?..... ghapo?..... berapo kerajaan negeri Kelantan sediakan pitih nak pembangunan bolasepak?..... sepuloh riallll!"

"Nak buat menate ghapo dengan sepuloh rial?"

Barangkali itulah dialog paling mudah jika anda lihat 'Bajet Rakyat' atau pun 'Belanjawan Rakyat' yang dibentangkan oleh Nik Aziz baru-baru ini.

Melihat kepada 'sumbangan' kerajaan Kelantan sebanyak itu untuk pembangunan bolasepak Kelantan.... anda boleh bayangkan bagaimana situasi KAFA.

Saya pun tak mampu nak ulas apa-apa lagi tentang itu...... cuma saya nak kata,

"Alohhhh...... tergamak kerajaan negeri tulis sepuluh rial dalam dokumen rasmi kerajaan seperti itu. Lawak sungguh bajet negeri Kelantan"

Dalam keadaan KAFA yang begitu tenat.... akhirnya mereka mengadu kepada Dato Seri Anuar Musa. Mujurlah masih ada yang prihatin dengan dengan nasib bolasepak Kelantan.

Pada mulanya saya melihat kesanggupan Dato Nuar menjadi Presiden KAFA, tidak ubah seperti perumpamaan melayu... "bagai memikul biawak hidup".

Namun.... walaupun Dato Nuar memang sudah maklum dengan keadaan KAFA hari ini, beliau masih berusaha untuk membantu demi bolasepak Kelantan.

Bukannya seperti kerajaan negeri Kelantan yang terus lepas tangan.

Dato Nuar kata.....

"Kita hendak kembalikan penonton ke stadium untuk melihat aksi bolasepak yang bermutu. Bila penonton datang ke stadium.... paling-paling tidak pun boleh jual kacang rebus!"
........................................................................
p/s
Jom kita sama-sama ke stadium nanti.... kerana tujuan utama stadium dibina ialah untuk melihat perlawanan bolasepak..... stadium bukan dibina untuk jadi tempat 'sembahyang hajat' hehehe!


Tuesday, November 27, 2007

Siapa lantik Anwar jadi Ketua Parti Pembangkang?

Parti pembangkang telah menyelesaikan hampir 90 peratus agihan kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum akan datang, kecuali beberapa isu mengenai tuntutan bertindih.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rundingan antara parti itu dengan PAS dan DAP telah diadakan.

Antara kawasan yang sudah pasti ialah kerusi Parlimen Tanjong di Pulau Pinang telah diberikan kepada DAP dan Permatang Pauh juga di Pulau Pinang untuk PKR, katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mengenai jentera pilihan raya PKR hari Ahad.

Agak lucu rasanya bila Anwar Ibrahim bercakap seolah-olah dia menjadi ketua/pengerusi parti-parti pembangkang.

Rasa lucu itu berdasarkan apa yang saya rasa dan fikir..... siapalah sebenarnya Anwar Ibrahim bagi DAP dan PAS, atau pun... apalah sangat parti keADILan bagi kedua-dua parti pembangkang yang dominan di negara ini.

Rasa lucu itu ditambah lagi dengan hakikat bahawa apa yang didakwa sebagai 'Barisan Altenatif (BA)' sebenarnya tidak pernah wujud. Wujudnya BA hanyalah sekadar retorik yang sudah diketahui umum, cuma mereka 'buat-buat' tak faham sahaja!

Berbalik kepada kisah 'pembahagian kerusi' oleh parti pembangkang..... apalah yang hendak dibanggakan dengan 'keputusan rundingan'..... Antara kawasan yang sudah pasti ialah kerusi Parlimen Tanjong di Pulau Pinang telah diberikan kepada DAP dan Permatang Pauh juga di Pulau Pinang untuk PKR

Tak payah runding pun tak apa, kerana kerusi-kerusi seperti itu sudah menjadi tapak parti pembangkang sedia ada.

Dan yang paling lucu ialah.... “tuntutan bertindih oleh PAS, DAP dan PKR kepada satu-satu kerusi.”

Sebab itulah saya bertanya, Siapa lantik Anwar jadi Ketua Parti Pembangkang? Bila ada tuntutan bertindih, maknanya PAS DAP dan PKR sebenarnya bukanlah dalam satu gabungan parti yang mantap.

Antara PAS, DAP dan PKR parti mana yang sebenarnya menjadi induk? Jika antara ketiga-tiga parti ini tiada yang menjadi parti induk bermakna tidak ada ketua/pengerusi bagi BA sebagai satu pasukan.

Ini bermakna... antara ketiga-tiga parti itu, tak akan ada 'sesiapa yang hendak dengar keputusan sesiapa' kerana masing-masing masih kekal dengan ketua masing-masing.

Perkiraan mudah.... BA memang satu barisan yang mengarut dan khayalan untuk menjadi penyedap cakap sahaja.

Akhirnya...... mungkinkah kita boleh meletakkan harapan kepada BA yang caca-merba ini?

......................................................................................
p/s
DAP dan PAS hanya hendak tumpang kerajinan dan kepakaran Anwar Ibrahim untuk menghimpunkan pengikut-pengikutnya di jalanraya. Tidak mungkin DAP dan PAS akan menggadaikan kekuatan mereka kepada Anwar atau PKR bila pilihanraya berlangsung nanti.

Friday, November 23, 2007

HarakahDaily.net akhbar penglipurlara

Siapa yang sudah membaca artikel 'What the eye does not see' yang ditulis oleh Raja 'Kapor' di Malaysia Today?

Puak-puak 'baju kuning' barangkali tersenyum lebar bila membaca tulisan itu. Maka mereka akan terus 'perasan' dan khayal dengan cerita dongeng Raja 'Kapor' yang terkenal dengan kisah-kisah penglipurlaranya.

Malangnya cerita-cerita dongeng yang begitulah yang diulas oleh pengarang HarakahDaily.net yang menjadi wadah media PAS.

Bersungguh-sungguh benar mereka cuba terus mempengaruhi rakyat supaya jangan percaya dengan pengumuman Pegawai Pengelola Istana Negara tentang penafian perhimpunan 'baju kuning' mendapat restu Sultan Mizan.

Permainan bahasa yang digunakan "......Apabila 100,000 rakyat minta perkenan Agong untuk mengadap pada 10 November lalu, Agong tidak mengatakan 'tidak mahu' menerima 100,000 orang rakyat untuk mengadap beliau (baginda)"

Banyak bezanya antara 'mengadap' dengan menghantar memorandum!

Aktiviti menghantar memorandum bantahan bukanlah sesuatu yang pelik. Selama ini pun aktiviti begitu seringkali dibuat sama ada oleh NGO, parti politik pembangkang atau parti politik kerajaan terutamanya kepada kedutaan Amerika.

Cuma mungkin kali ini berbeza sedikit.... memorandum dihantar ke Istana Negara.

HarakahDaily.net sebagai lidah rasmi PAS telah sanggup merendahkan maruah mereka dengan menyebarkan cerita dongeng yang ditulis oleh seorang penglipurlara bertaraf 'raja'

Maka HarakahDaily.net kini sudah menjadi media penglipurlara sahaja tarafnya.... sedap dibaca tetapi tidak boleh dipercayai, kerana cerita penglipurlara hanyalah cerita khayalan sahaja.

Lihat cerita dongeng yang dipaparkan HarakahDaily.net kepada pembacanya......

Apabila peluru gas pemedih mata di ledakkan kepada peserta Himpunan Aman BERSIH di sekitar Masjid Jamek-Masjid India, 'khabar telah disampaikan' bahawa Briged ke-19 Regimen Askar Melayu di-Raja (RAMD) telah bersiap siaga, untuk merempuh masuk sekiranya berlaku kemalangan maut. Empat Belas Kerta Perisai telah sampai sebelumnya dari Sungai Petani dan berkhemah di Kem Tentera Sungai Buloh, bersedia untuk campurtangan dalam notis segera. Mereka hanya perlukan 10 atau 20 minit untuk sampai ke lokasi sekiranya terdapat tindakan keras keatas rakyat.

Butang kecemasan akan ditekan dan loceng akan berbunyi. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyaksikan kejadian sepertinya di Kampong Bharu. Regimen Askar Melayu bukan satu permainan, dimana Agong adalah Ketua Komander dan askar akan mematuhi arahan komander tanpa mengambil kira keselamatan nyawa mereka.

Sebab itulah tindakan polis mengendur. Tugas mereka dikurangkan dengan hanya diletakkan di persimpangan untuk menghentikan kereta bagi memberi laluan peserta Himpunan Aman BERSIH untuk melintas jalan dengan selamat. Regimen Askar Melayu di Raja terus bersiap siaga sehingga keesokkannya. Kemudian 14 kereta perisai, senyap-senyap keluar dari Sungai Buloh dan kembali ke Sungai Petani.

Itulah yang membimbangkan kerajaan. Agong tidak bertitah, baginda tidak mahu menerima mengadap wakil-wakil dari Himpunan Aman BERSIH 100,000 Rakyat. Bahkan Agong meminta nama-nama perwakilan yang mengadap. Dan apabila kerajaan mengugut untuk mengambil tindakan terhadap rakyat, Briged ke 19 RAMD telah dihantar ke Kuala Lumpur dengan 14 buah kereta perisai. Inilah caranya Agong mengatakan bahawa sekiranya kerajaan bertindak menembak para peserta Himpunan BERSIH, sebagaimana kerajaan menembak Suwandi dan Azman di Batu Burok, dia akan bertindak atas nama rakyat.

Wahhh! hebatnya kisah dongeng yang dipaparkan oleh mereka. Pengarang HarakahDaily pun mungkin sedar kisah khayalan yang dituturkan oleh penglipurlara 'raja' itu, tetapi kerana cerita itu sesuai dengan 'nafsu' mereka maka mereka pun sanggup diperbodohkan oleh si raja 'kapor'

Selepas ini pengarang HarakahDaily mungkin akan berkata..... cerita ini bukan mereka yang tulis tetapi oleh siraja 'kapor' dan disiarkan di Malaysia Today dan buletinonline.net.

Memanglah kisah ini bukan pengarang HarakahDaily yang tulis tetapi mengapa mereka juga sanggup menjadikan lidah rasmi PAS ini setaraf dengan media 'sampah' seperti yang lain-lain.

...............................................................................................

p/s

HarakahDaily sanggup menjatuhkan maruah mereka sendiri dengan menyiarkan kisah dongeng kerana semata-mata 'sesuai' dan 'kena' dengan kehendak nafsu mereka. Mereka bertanya 'Benarkah Sultan Mizan murka?'...... dan mahu rakyat tidak mempercayainya. Malangnya mereka lupa.... mungkinkah rakyat percaya dengan cerita dongeng seperti itu?

Barangkali kalau yang percaya pun hanyalah puak-puak 'baju kuning'!

“Saya dengan penuh kepercayaan yakin Seri Paduka tidak ambil bahagian apa-apa dalam perhimpunan itu, tetapi Baginda difitnah. Saya tetap di sisi menyokong Baginda,” titah Sultan Pahang.



Tuesday, November 20, 2007

Mengapa 'KUNING'... Siapa cuba lagakan siapa?

Jangan lagakan rakyat dengan raja ?

Demikian seruan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Soalnya siapa nak lagakan siapa?

Persoalannya siapa memperguna dan menyalahgunakan institusi raja?

Bila dah tersepit Hadi cuba halakan tingkah laku buruk kepada orang lain. Memang perangai Presiden Pas yang ‘gila kuasa’ dan “hilang arah’ semakin terserlah.

Apakah Hadi masih dibuai mimpi indah dengan kelunakan pujukan dan janji manis raja demonstrasi, Anwar Ibrahim?

Image

Hadi membuat kenyataan, PAS menyeru agar jangan ada mana-mana pihak cuba melaga-lagakan di antara rakyat jelata dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin, Raja-raja Melayu atau pihak istana.

Dalam kenyataan yang disampaikan kepada Harakahdaily semalan Hadi menegaskan, parti itu tidak pernah sekali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa pihak istana khasnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terlibat dalam apa bentuk sekalipun, dalam menjayakan perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November lalu.

Dia juga cuba menafikan dan mengatakan PAS tidak pernah dan tidak akan sekali-kali memperjudi atau menggadaikan kesetiaannya kepada Raja dan Negara.

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman masyarakat sivil, iaitu rakyat Malaysia yang bangun menuntut hak mereka bagi memulihkan sistem pilihan raya, iaitu tonggak amalan demokrasi negara yang terbukti semakin tercemar dan tempang.

Hadi cuba menegakkan benang basah, dengan mengatakan melalui gabungan Bersih, PAS bersama-sama 60 NGO dan parti-parti politik yang lain telah turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpun secara aman dan menyerahkan memorandum tuntutan atas nama Bersih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keyakinan bahawa baginda adalah payung dan pelindung rakyat dalam keadaan rakyat mula mencurigai sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR).

Jangan main sendiwaralah Hadi. Jangan cakap berbelit-belit.

Sebab itu Musyridul Am, Datuk Naik Aziz Nik Mat tidak ‘menghalalkan’ perhimpunan ini dan sehingga ke saat akhir beliau tidak menyebut menyokong tindakan bersih ini.

Apa lagi bagi Nik Aziz, beliau tahu orang macam Mohamad Sabu, Anwar dan ramai lagi yang mendakwa diri mereka bersih sebenarnya tidak bersih.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara tidak pernah memperkenankan atau menyokong mana-mana pihak yang menganjurkan atau terbabit dalam perhimpunan haram di ibu negara, 10 November lalu.

Macam ni ke pemimpin Islam ? Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan, menyatakan Seri Paduka kesal kerana beberapa pihak tertentu mendakwa perhimpunan itu mendapat perkenan dan sokongan baginda serta Istana Negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan perhimpunan Bersih itu bertujuan memerangkap institusi raja-raja ke kancah politik parti pembangkang.

Sehubungan itu katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamarudin Jaffar Isnin lepas, bermaksud bahawa Bersih telah terlebih dahulu menerima perkenan daripada baginda untuk menyerahkan memorandum rakyat jelata itu ke Istana Negara pada hari Sabtu berkenaan.

Beliau menegaskan, PAS tidak pernah mendakwa yang baginda terbabit dalam Perhimpunan Aman Bersih itu atau baginda bersetuju di atas kandungan memorandum Bersih.

Hadi mahu kata apa lagi apabila pekong telah terbuka.

Hadi hanya boleh cakap bagi pihak Bersih bahawa dia berlapang dada atas apa sahaja tindakan yang bakal baginda ambil terhadap memorandum tersebut.

Ismail Zahari, Kampung Baru.

Email dari http://www.guanodemo.net
http://www.guanodemo.net/index.php?option=com_content&task=view&id=163&Itemid=110


Saturday, November 17, 2007

Mengapa 'KUNING' ?










.............................................................................................
p/s
Entah apakah niat Anwar apabila mengadakan perhimpunan 'kuning'.... tapi saya fikir persoalan itu amat mudah dijawab dan mudah juga untuk dinafikan! kerana yang tersurat mudah dilihat tetapi yang tersirat..... sukar diduga tetapi bukan susah untuk difahami.
Maka tak perlulah sesiapa hendak menjawab atau mengulas tentang penggunaan 'kuning' semasa perhimpunan minggu lalu. Namun Anwar mungkin fikir... rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan. Benarkah begitu?
Barangkali berita di bawah merupakan jawapan kepada apa yang 'tersirat' .......

Istana Negara tidak sokong perhimpunan haram

Oleh YULPISMAN ASLI

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin amat kesal dengan dakwaan pihak tertentu kononnya baginda dan Istana Negara telah memperkenan serta menyokong perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di sini pada 10 November lalu.

Seri Paduka yang amat kecewa dengan penganjuran perhimpunan haram itu menegaskan, baginda dan Istana Negara tidak pernah pada bila-bila masa memperkenan atau memberikan apa-apa sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang menganjurkan atau terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Baginda tidak menyokong apa juga kegiatan berkaitan yang menyalahi undang-undang negara.

Kekesalan Seri Paduka itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd. Safiain Wan Hasan pada sidang akhbar di Istana Negara hari ini.

Kenyataan itu yang dibuat atas titah Seri Paduka turut dihadiri oleh Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Mohd. Zuki Ali. Ia merujuk kepada perhimpunan haram anjuran Bersih di ibu negara pada 10 November lalu dan juga memorandum yang telah dikemukakan kepada Istana Negara pada hari yang sama.

‘‘Sebagai Ketua Utama Negara, menjadi tanggungjawab Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan sistem pentadbiran negara berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dihormati dan dipatuhi oleh semua,’’ kata Wan Mohd. Safiain.

Beliau berkata, Seri Paduka berharap rakyat sentiasa mematuhi undang-undang negara dan tidak melibatkan diri dalam apa juga kegiatan atau tindakan yang menyalahi atau bertentangan dengan undang-undang negara.

Katanya, Tuanku Mizan bertitah, setiap rakyat bertanggungjawab untuk memelihara ketenteraman awam demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

‘‘Seri Paduka berharap agar rakyat dapat bersama-sama mengekalkan semangat persaudaraan dan perpaduan demi membina negara yang lebih makmur, bersatu padu dan dihormati,’’ kata Wan Mohd. Safiain.

Dalam kejadian Sabtu lalu, polis menahan 245 penyokong Bersih kerana terlibat dalam perhimpunan haram tersebut. Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.

Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan penyembur air untuk meleraikan perhimpunan haram itu yang disertai oleh kira-kira 4,000 penyokong.

Bersih bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama Bagi Reformasi Sistem Pilihan Raya pada Julai 2005 hasil gabungan 70 pertubuhan termasuk enam buah parti politik. Organisasi itu ditubuhkan untuk mendesak reformasi dalam proses pilihan raya di Malaysia yang mereka dakwa sebagai tidak adil dan tidak telus.

Perhimpunan Sabtu lalu disifatkan sebagai antara yang terbesar pernah diadakan di Kuala Lumpur selepas perhimpunan reformasi pada tahun 1998.

- Utusan Malaysia Online

Agong kesal dakwaan baginda sokong perhimpunan 10/11

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa kesal dengan dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong satu perhimpunan haram di sini Sabtu lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan hari ini, Seri Paduka Baginda juga melahirkan rasa kesal dengan perhimpunan itu yang dianjurkan oleh satu kumpulan dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang disokong oleh parti-parti pembangkang.

Dalam kenyataan itu, Tuanku Mizan menegaskan bahawa baginda dan Istana Negara tidak pernah pada bila-bila masa jua memperkenankan atau memberikan apa-apa sokongan secara lansung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang menganjurkan atau terlibat dalam perhimpunan haram itu dan apa-apa jua kegiatan lain yang berkaitan yang menyalahi undang-undang negara.

Sabtu lepas, Bersih yang disertai sebahagian badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan kesemua parti pembangkang mengumpulkan penyokong-penyokongnya di beberapa tempat di sekitar ibu kota termasuk Jalan Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Isnin lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata, dalam satu kenyataan bahawa Bersih mengambil keputusan menyerahkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong setelah Tuanku sendiri memberikan perkenan Baginda, dan kehadiran Bersih ke Istana Negara pada hari Sabtu itu, adalah bagi menjunjung perkenan Tuanku untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil Baginda.

Tuanku Mizan bertitah sebagai Ketua Utama Negara, baginda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa prinsip sistem pentadbiran negara berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dihormati dan dipatuhi semua.

Baginda berharap agar rakyat Malaysia sentiasa bertindak dengan mematuhi undang-undang negara dan tidak melibatkan diri dalam apa-apa juga kegiatan atau tindakan yang menyalahi atau bertentangan dengan undang-undang negara.

“Setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara ketenteraman awam demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara,” titah baginda.

Seri Paduka Baginda juga berharap agar rakyat dapat bersama-sama mengekalkan semangat persaudaraan dan perpaduan demi membina negara yang lebih makmur, bersatu-padu dan dihormati.

Wan Mohd Safiain pula berkata, pihak pengurusan Istana Negara buat pertama kalinya memanggil media untuk menghebahkan kenyataan ini kerana Yang di-Pertuan Agong memandang serius perkara itu.

“Kebiasaannya Istana Negara mengeluarkan kenyataan melalui faksimili, tetapi kali ini terpaksa memanggil media untuk memastikan ia dapat dihebahkan kepada seluruh rakyat,” katanya.

- Bernama


Monday, November 12, 2007

'Raja Demo' kembali beraksi

Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya menghimpunkan 'ramai' orang dari parti pembangkang di Kuala Lumpur bagi mengubati kerinduannya untuk melalak di jalanan.

Walaupun berlindung disebalik t-shirt kuning, mereka sebenarnya ahli-ahli parti pembangkang yang 'membangkang' saja kerjanya.

Bijaknya Anwar hinggakan Haji Hadi dan Lim Kit Siang pun ikut sama menari mengikut rentak geleknya.

Cuma... bila diperhatikan betul-betul, pemimpin-pemimpin yang mengapalai perhimpunan ini, kebanyakkannya memang 'kaki melalak' tak kira di mana-mana sahaja.

Barangkali kerinduan untuk berarak dijalanan sudah terubat... cuma bezanya kali ini mereka tak bakar tong sampah!

PKR hendak mengulangi nostalgia mereka... tetapi berapa kerat ahli PKR yang tinggal? Mujur Anwar berjaya sekali lagi memperbodohkan PAS.... maka Haji Hadi pun turun sama dengan anggotanya.

Bagaimana dengan DAP? emmm...! DAP hanya tumpang 'tui' saja. Lim Kit Siang hanya tunjuk muka dengan anaknya sekadar ambil hati.

Cuma ahli-ahli PAS yang tukar sekejap t-shirt hijau kepada kuning, agak kecewa kerana Nik Aziz tak kata apa-apa pun tentang perhimpunan ini.

Perhimpunan ini seperti tidak mendapat sokongan PAS Kelantan. Yang melalak di Kuala Lumpur tu kebanyakkannya pemimpin yang tak ada 'kerusi'. Bukan macam PAS Kelantan!

Pendek kata... perhimpunan itu hanyalah gerakan daripada mereka yang 'bercita-cita' untuk menang pilihanraya. Maka, Nik Aziz yang selesa di Kelantan nak sibuk buat apa kannn?

Barangkali Nik Aziz kata.... "ikut puok demolah nak buat ghapo, kawe dengan puok-puok kawe sedap duduk doh!"

Benarkah perhimpunan mereka itu berjaya?

Perhimpunan itu memang berjaya menghimpunkan ramai orang..... cuma yang menjadi persoalannya apa yang dikatakan perhimpunan itu untuk 'menuntut' pilihanraya yang bersih dan bebas dengan senarai yang begitu dan begini sudah pun diselesaikan oleh SPR.

Mereka nak calit dakwat lepas mengundi... SPR dah setuju, mereka nak guna peti undi lutsinar... SPR dah tempah peti undi yang baru.

Bukankah apa yang mereka tuntut itu sudah dikemukakan dalam siri-siri pertemuan dengan SPR sebelum ini. Dan semua pemimpin parti politik sudah ketahuinya.

Maka itu saya katakan... sesiapa yang berhimpun di Kuala Lumpur hari tu memang bangang dan diperbodoh oleh Anwar Ibrahim sahaja.

Perhimpunan mereka itu lebih kurang macam aktiviti larian atau jogaton yang selalu diadakan dihujung minggu di Kuala Lumpur.

................................................................................................
p/s
dari mana agaknya Anwar mendapat duit untuk menganjurkan perhimpunan ini?....... emmm mungkinkah sahabat-sahabat Yahudi Anwar?


Friday, November 2, 2007

'Bersih' ke mamat sekor ni?

Sejak aku letak gambar 'Mat Sapu Bersih' di sini.... aku rasa muka mamat ni sudah mencemarkan blog aku sendiri. Aku tak larat nak tengok muka dia yang 'toyeeee' je tu!

Tapi bagi orang-orang parti bulan... inilah wajah idola mereka. Bagi mereka inilah wajah yang penuh dangan 'cahaya keimanan'...... hehehe!

'Orghe luar' yang cari makan di Parlimen Kubang Kerian.... lepas makan bukan setakat dia berak je, dia palit tahi kat muka Nik Aziz!

Thursday, November 1, 2007

Takiyuddin vs Husam... idea siapa lebih hebat?





















Sudah lama tidak mendengar cerita tentang Takiyuddin. Salah seorang yang pernah disebut-sebut antara calon yang bakal menggantikan Nik Aziz sebagai Menteri Besar (jika Nik Aziz mati lah... kerana Nik Aziz hendak jadi MB sampai mati!)

Hari ini kisah Takiyuddin menjadi tajuk utama Sinar Harian edisi Kelantan. 'Bandar Satelit Islam Pasir Tumbuh akan dibina", demikianlah tajuknya. Tapi berita itu tidak menjadi tajuk utama di Harakah Daily kerana berita Husam tentang keyakinannya PAS akan menang 70 kerusi Parlimen mungkin lebih menarik.

Malang bagi Takiyuddin.... setelah berusaha keras untuk memenangi hati Nik Aziz, akhirnya dia tenggelam juga dengan statusnya sebagai 'orghe luar' (gelaran orang Kelantan kepada sesiapa yang bukan lahir di Kelantan) walaupun dia sudah lama 'mencelup' Kelantan.

Takiyuddin dapat jadi exco pun sudah dianggap cukup baik. Tetapi apabila dia juga berura-ura hendak melangkah lebih jauh.... jejaknya perlu disekat. Sehingga kini nampaknya 'langkah'nya seperti sudah rapat ke 'tharo'

Gambar dari blog Mohd Sayuti di sebelah mungkin menjelaskan maksud saya.

Selain statusnya sebagai 'orghe luar'... Takiyuddin juga tewas dari segi propaganda, kerana lawannya masing-masing memiliki laman web sendiri yang agresif menonjolkan keistimewaan masing-masing.

Kalau hendak dibandingkan pula laman web antara dua orang saingan Takiyuddin itu... barangkali Husam lebih menyerlah!

Idea Bandar Satelit Islam di Pasir Tumbuh mungkin cubaan terakhirnya untuk mengambalikan kepopularan di Kelantan. Maklumlah dia memang sudah dilupakan!

Tetapi ideanya itu mungkin tidak akan mampu melonjakkan dirinya, kerana melihat tajuk berita dari Harakah Daily hari ini juga sudah memperlihatkan apa yang disuarakannya tidak begitu penting.

"Hanya wanita tutup aurat berurusan di bandar Satelit Islam Pasir Tumbuh"..... bunyinya hebat dan akan dapat memenuhi 'selera' Islam 'acuan' PAS. Malangnya... tajuk berita itu sebenarnya akan memerangkap Takiyuddin kerana rakyat akan melihatnya sama seperti keghairahan penghayatan Islam 'acuan' PAS sewaktu mewajibkan pusat membeli belah menyediakan lorong kaunter pembayaran yang berasingan antara lelaki dan wanita!

Rakyat akan menghukumnya sebagai 'gimik' politik murahan PAS kerana antara 'cakap', 'hasrat' dan 'amalkan' sangat jauh berbeza.

Apa yang mungkin lebih malang lagi, hasrat murni itu akan menjadi sesuatu yang 'memalukan' agama Islam sendiri, sebagaimana label Islam bagi bandar Kota Bharu!

Dan akhirnya.... mengapa Pasir Tumbuh? Mungkin kebetulan Ahli Parlimennya juga adalah 'orghe luar'. Sama-samalah kita tunggu macam mana rupanya 'bandar satelit Islam' yang dimaksudkan oleh Takiyuddin. Bila agaknya hendak adakan majlis 'pecah tanah' atau peletakan 'batu asas'nya? Sempatkah Takiyuddin melaksanakan rencananya... kerana pilihanraya sudah semakin hampir dan belum tentu lagi dia akan menjadi exco sebagaimana sekarang!


> Dinar Emas.... projek Husam yang hanya menjadi hantaran mas kahwin beberapa orang pengantin. Berapa orang agaknya yang buat loket dengan dinar emas ni? Maklumlah... tak kan nak biarkannya berlapuk dalam kotak je!






>Jihad Ternak.... ladang kambing Jamnapari yang sudah menjadi projek yang 'senok'. Husam tak larat nak 'menjawab' bila projek ideanya ini sedang kacau bilau hingga ke mahkamah.






>Pokok Depu.... kali ini Husam tidak menonjolkan dirinya secara keterlaluan. Husam berselindung di belakang Nik Aziz. Kalau projek ini gagal juga, senanglah dia hendak lepas tangan. Kesian orang tua tu, yang semakin 'tak chekak' nak 'turught' permainan Husam.




...............................................................................................
p/s
teringat lirik lagu Zainal.... "kita serupaaaa......." Apa nak buat begitulah nasib kita sebagai 'orghe luar' hehehe!


Tuesday, October 30, 2007

Antara Merancang dengan Melaksana

KORIDOR EKONOMI TIMUR VS KORIDOR DEPU


Semalam dan hari ini Pak Lah telah hadir ke tiga buah negeri Pantai Timur untuk melancarkan Rancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang merangkumi Pahang, Terengganu, Kelantan dan daerah Mersing, Johor.

Saya tidak hendak mengulas tentang ECER, kerana maklumat tentangnya boleh diperolehi di mana-mana sahaja.

Saya cuma hendak menulis sedikit tentang apa yang saya 'rasa' dan 'fikir' tentang kehadiran ECER di Kelantan.

Nik Aziz yang terkenal bijak bermain dengan 'kata-kata' buat pertama kalinya (barangkali?) berucap di hadapan pemimpin negara (pemimpin UMNO/BN) barangkali merasa sangat bangga. Apa taknya.... siap berpantun-pantun lagi!

Antara 'point' utama ucapan Nik Aziz yang menarik perhatian saya ialah seperti berikut.....

Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini.

Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama dikenalpasti dan menjadi sebahagian dari Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; kira-kira 7 tahun yang lalu.

Apa yang saya hendak katakan ialah... itulah bezanya antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Kelantan.....

Semua orang boleh 'merancang' tetapi bukan semua orang boleh 'melaksanakan' apa yang dirancang.

Rakyat Kelantan sebenarnya sudah sedia maklum dengan kemampuan Kerajaan Negeri yang hanya sekadar merancang dan 'mendokumenkan' perancangan mereka tetapi apa yang dirancang hanya tinggal berdebu di dalam fail sahaja.

Oleh kerana itu rakyat Kelantan sebenarnya tidak pernah pun ambil kisah apa yang 'dirancang' oleh Kerajaan Negeri kerana...... "emmmm, tau dohhh jadi guano!"

Bukan sedikit 'papan tanda atau 'batu Asas' tentang perancangan pembangunan kerajaan Negeri yang hanya tinggal papan tanda atau batu asas sahaja.

Kerajaan pimpinan Ulama di Kelantan hanya bijak merancang dan kemudian mengadakan majlis pelancaran di sebelah siang, kemudian menjajanya di ceramah-ceramah pada malamnya untuk beberapa minggu, kemudian mereka sendiri tak ingat apa yang mereka rancang dan lancarkan!

Contoh paling mudah ialah projek pembinaan jambatan menyeberangi sungai Kelantan. Sehingga kini sebatang tiang pun belum dipacak lagi. Tugu 'batu asas' semasa pelancarannya pun sudah hilang ditelan belukar.

Sebaliknya Kerajaan Pusat membina dua jambatan baru sepanjang tempoh itu dan kini dalam proses membina yang ketiga di atas jambatan sedia ada.... menjadikannya jambatan bertingkat 'yang pertama' barangkali di Malaysia.

'Point' kedua yang menarik dlam ucapan Nik Aziz ialah tentang kecurigaannya tentang perbelanjaan besar untuk melaksanakan ECER.

Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya.

Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas.

Apapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas.

Secara mudahnya... Nik Aziz seperti tidak percaya tentang kemampuan Kerajaan Pusat untuk menyediakan peruntukan bagi menjayakan projek tersebut.

Barangkali apa yang dirancang oleh Kerajaan Pusat itu umpama lirik lagu... "tak tercapai di akal muuuu...."

Memang "tak tercapai di akal muuuu...." sungguhlah kerana Nik Aziz hanya membandingkannya dengan 'Projek Kambing Jamnapari' dan 'Kelantan Koridor Depu'

Kesian Nik Aziz... kerana dalam ucapannya dimajlis bersejarah itu memperlihatkan dengan jelas, dia tidak faham pun apa yang akan berlaku 10 hingga 20 tahun akan datang di Kelantan.

Dan akhirnya dia hanya berbangga dengan slogan kosong mereka selama ini 'Membangun Bersama Islam' yang dizahirkan dengan membina beberapa tiang yang diletakkan rehal Al-Quran di Kota Baru, Bandar Raya Islam yang pertama di dunia!
Anak Cina memetik selasih
Anyam rotan dibuat timba
Tiada yang indah dalam berkasih
Mimpikan bulan jatuh ke riba
Demikianlah antara pantun Nik Aziz..... rupa-rupanya orang kuat parti 'bulan' ini sendiri pun hanya mampu 'bermimpikan' bulan jatuh ke riba!

...................................................................................................
p/s
Biarkanlah orang parti 'bulan' terus 'bermimpi' bulan jatuh ke riba.... walaupun 'bulan' itu hanya indah dipandang dari jauh sahaja, tapi kalau tengok dekat.... huuuu!
Biarkan....! biarkan....!

Tuesday, October 23, 2007

PAS For All.... berjayakah slogan Nasharudin?

Timbalan Presiden PAS, (Ustaz) Nasharudin Mat Isa muncul kembali dengan idea barunya. Jika dulu ideanya yang mencadangkan supaya PAS memboikot pilihanraya sudah dilupakan, kini dia cuba pula memaparkan gagasan barunya untuk PAS.

Masih ingatkah dengan idea 'gila' Nasharudin tentang boikot pilihanraya dulu? Jika ideanya itu pada peringkat awalnya dilihat sebagai sesuatu yang 'baru' dan 'bijak', kerana mereka fikir idea itu akan mendapat sambutan rakyat. Namun ternyata tidak lama kemudian, idea Nasharudin itu memang 'gila' dan tak masuk akal!

Tambahan pula, PAS kemudiannya ditipu hidup-hidup oleh rakan 'barisan olok-olok' mereka DAP dan keADILan.

Sejak pelancaran slogan terbaru ini di Kuala Lumpur.... nampaknya slogan tersebut tidak begitu mendapat perhatian ahli-ahli PAS dan juga pemimpin-pemimpin PAS terutamanya di Kelantan dan Terangganu. Mungkin ada yang tak 'khaba' pun dengan slogan tersebut!

PAS For All... hebat bunyinya sehebat dentuman gendang tarian singa dan tiupan seruling Mirudengam juga paluan kompang semasa pelancarannya. Tapi ternyata hanya hebat 'bunyi' sajalah, setakat mana slogan itu dapat diterima, belum tahu lagi.

Slogan itu disasarkan untuk menarik pengundi Cina dan India, malangnya ahli dan pemimpin PAS sendiri pun tak 'khaba' dengan adanya slogan itu, apatah lagi orang lain.

Mungkin slogan ciptaan Nasarudin itu akan 'hanyut' begitu sahaja sebagaimana idea boikot pilihanrayanya sebelum ini.

Nasharudin perlu sedar, mengapa slogan ciptaannya itu tidak menarik bagi PAS!

Sebagai permulaan..... lihat komen yang dihantar pembaca Harakah Online ini.
Tahniah!
Dihantar oleh Ahmad amin, on 13-09-2007 01:54
Tahniah PAS!

PAS semakin matang di dalam menyikapi kemajmukan rakyat Malaysia. Inilah yang diharapkan oleh ramai rakyat Malaysia.

Persoalannya, apakah golongan ulama bersedia menerima pendekatan seperti ini?

Di gambar, tidak pula kelihatan ketua dewan ulama, Idris Ahmad, Haron Taib, Tantawi, malah Tuan Presiden sendiri.

Saya bimbang perkara sebegini akan dilihat oleh pengundi Cina yang berfikir bahawa ini hanyalah taktik PAS untuk memancing undi semata-mata.

Jika PAS mahu bersikap terbuka, biarlah sehingga ke semua peringkat, dan kesemua pimpinan.

Ahmad Amin
Pengundi atas pagar

Kalau dilihat daripada komen pembaca Harakah itu, jelas keraguan tentang slogan tersebut. Bayangkan bagaimana pengundi Cina dan India di negara ini hendak menaruh keyakinan terhadap slogan yang cuba ditonjolkan oleh Nasharudin ini?

Slogan PAS for all hanyalah sekadar slogan sahaja..... tanpa wawasan yang menyakinkan!




PAS baru menyedari tentang kepelbagaian
budaya di negara ini













Beberapa orang Apek dan Nyoya yang menjadi tetamu hingga berlaku 'kesesakan' dijalanraya sebagaimana yang didakwa oleh pengarang Harakah





...................................................................................................
p/s
Mengapa slogan ciptaan Nasharudin tidak mendapat sambutan?
Jawapannya senang sahaja..... kerana tidak ada perkataan Islam atau yang seumpamanya... hehehe!

Monday, October 22, 2007

Nik Aziz berbangga kejayaan angkasawan negara.... pengarang Harakah pening!


Sejak awal lagi Program Angkasawan Negara dipersendakan atau cuba diperlekehkan oleh pengarang-pengarang Harakah. Dengan harapan para pembacanya (ahli PAS) akan dapat dipengaruhi menurut acuan yang mereka kehendaki.

Harakah sebagai wadah informasi PAS sedaya upaya cuba membuat ulasan dan gambaran bahawa program tersebut hanyalah gimik kerajaan atau Barisan Nasional sahaja.

Pengarang-pengarang mereka yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan pun tentang hal-hal yang berkaitan dengan angkasa terus memperbodohkan diri mereka dengan menulis secara 'merapu' tentang program tersebut.

Mereka cuba untuk 'memperbodohkan' minda pembaca mereka supaya setaraf dengan 'kebodohan' mereka itu. Malangnya, tidak mungkin seluruh ahli PAS sebegitu 'bodoh' untuk terus 'mengangguk kepala' sahaja dengan tulisan-tulisan mereka.

Sejak bertolak ke angkasa hinggalah kembali semula ke bumi.... sebaris ayat pun tidak terpapar di Harakah bahawa program yang memakan belanja besar ini juga akan memberikan impak yang besar terhadap peningkatan 'keilmuan' sains angkasa.

Malam ini.... barangkali para pengarang Harakah barangkali sedang pening, bagaimana hendak menulis selanjutnya tentang Program Angkasawan Negara ini!

Mengapa saya katakan begitu?...... malam ini Berita TV3 menyiarkan ucapan tahniah terhadap angkasawan negara oleh Nik Aziz. Dengan bangganya Nik Aziz berkata, beliau bersyukur dengan pencapaian angkasawan negara itu. Ternyata Nik Aziz tidaklah 'sebodoh' pengarang-pengarang Harakah. Beliau berkata... walaupun hanya menumpang kapal angkasa negara lain, beliau tetap bersyukur dengan kejayaaan negara itu.

Secara jelasnya.... para pengarang Harakah patut sedar bahawa penulisan mereka sebelum ini patut 'dibakul sampahkan' kerana, jelas penulisan mereka itu tidak dapat diterima oleh Nik Aziz sendiri.

Menariknya.... bagaimana agaknya para pengarang Harakah hendak menulis lagi tentang Program Angkawan Negara ini? Jika mereka meneruskan gaya penulisan sebelum ini.... sudah tentu tidak selari dengan apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka sendiri.

Para pengarang Harakah patut merasa 'malu' dengan penulisan mereka sendiri. Jika Nik Aziz pun tidak dapat menerima apa yang mereka tulis, apatah lagi orang lain!

Mereka telah memalukan seluruh ahli PAS dengan gaya penulisan yang penuh dengan muslihat hendak memburuk-burukkan kerajaan walau dengan apa cara sekali pun. Namun rasanya ahli PAS bukanlah 'sebodoh' yang mereka fikirkan. Maka mereka sepatutnya berhenti menghasilkan penulisan yang akan menggambarkan 'kebodohan' dan 'kedunguan' mereka sendiri. Itu pun kalau mereka tahu erti 'malu'.

.....................................................................................................
p/s
jangan pula nanti ada yang mengatakan kenyataan Nik Aziz dalam berita TV3 malam ini adalah berita palsu.

Friday, October 12, 2007

Friday, October 5, 2007

Jana Kekuatan Menjayakan Islam Hadhari

PETIKAN RENCANA KHAS DARIPADA SINAR HARIAN
:: RAIS ISKANDAR DANIEL
"Jika ada orang menuduh Manhaj Islam Hadhari ini sebagai satu agama baru, ia adalah satu pembohongan besar yang sengaja diada-adakan untuk mengelirukan umat Islam, pada hal mereka sendiri juga faham maksudnya."
Umat Islam di Malaysia tidak akan menjadi penghuni neraka atas alasan menyokong gagasan Manhaj Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana ia hanya ibarat 'kenderaan' untuk mencapai satu kemajuan lebih tinggi kepada umat Islam dan bangsanya sebagai asas pembinaan tamadun baru Islam.

Gagasan Islam Hadhari cuma satu hala tuju membina kemajuan insan yang dikupas dari inti ajaran Islam. Ia tidak ubah seumpama slogan Membangun Bersama Islam, tetapi Manhaj Islam Hadhari jauh lebih baik kerana menggariskan 10 prinsip panduan mencapai matlamat pengisian kemajuan berasaskan syariat Islam.

Antara 10 prinsip mencakupi soal keimanan, keilmuan, keadilan, kebebasan, ekonomi, kualiti hidup, hak kumpulan minoriti, budaya dan moral, alam sekitar dan pertahanan negara, isi yang dikupas dari ajaran Islam sebenar.

"Jika ada orang menuduh Manhaj Islam Hadhari ini sebagai satu agama baru, ia adalah satu pembohongan besar yang sengaja diada-adakan untuk mengelirukan umat Islam, pada hal mereka sendiri juga faham maksudnya."

"Sebab itu, saya katakan menyokong untuk mempercepat ke arah memperkasa pengisian agenda Manhaj Islam Hadhari yang dicetuskan oleh Pak Lah tidak akan membuat seseorang itu masuk neraka."

"Ini bukan agama baru atau mazhab baru, sekadar satu konsep berteraskan isi panduan yang diajarkan oleh agama Islam," kata Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Beliau menyatakan demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Peranan Ulama Membina Tamadun Islam pada Multaqa Ulama dan Intelektual Negeri Kelantan 2007.

Dua kertas kerja yang diperkatakan ialah "Islam Hadhari Menjana Kegemilangan Ummah" oleh Datuk Mohd Shukri Mohamad dan "Beberapa salah faham/kekeliruan dalam Islam" oleh Prof Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor.

Multaqa disertai lebih 1,600 peserta dianjurkan oleh Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)

Kebelakangan ini, terdapat pihak tertentu cuba mengelirukan Manhaj Islam Hadhari kononnya ia satu agama baru dibawa oleh Pak Lah. Kekeliruan ini sepatutnya tidak berlaku jika tidak wujud konflik kepentingan dalam soal-soal berkaitan Islam.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya itu jelas kecewa bahawa konflik kepentingan peribadi dikalangan yang bergelar ulama yang sengaja mencari kelemahan kecil umarak untuk diperbesar-besar, bukan untuk membantu menambah nilai kekuatan sebenarnya menjadi punca umat Islam seluruh dunia berada dalam kemunduran, tidak terkecuali Malaysia amnya dan Kelantan khasnya.

Prof Mahmood Zuhdi berkata, Kelantan kini kerugian kerana gagal membina kekuatan umat Islam sedia ada. Kelantan dulu juga dikenali 'orang Jerman' kerana kerajinan, ketekunan, kebijaksanaan dan memiliki jati diri untuk maju.

Begitupun, halangan tertentu untuk memperkasa umat Islam Kelantan terbantut kerana wujud aliran pemikiran yang sering tersalah arah. Jika umat Islam bersatu, kecemerlangan yang diharapkan akan lebih menyerlah.

"Islam menuntut umatnya maju dan mencipta kecemerlangan yang jauh lebih unggul dari bangsa-bangsa lain. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika memperkasa umat Islam di Kota Madinah yang juga diistilah sebagai Islam Madani," katanya.

Persoalan al-Hadharah Islamiah hanya sekadar istilah pengertian, seumpama istilah tamadun atau peradaban yang hakikatnya membawa maksud yang sama. Kedua perkataan ini apabila diMelayukan disebut sebagai 'Hadhari' dan 'Madani'

Prof Mahmood Zuhdi berkata, perpecahan dan kelemahan umat Islam yang membawa kepada keruntuhan Tamadun Islam membuat Islam dilihat agama yang lemah dan menjiwai kemunduran, sedangkan Islam menganjur umatnya memiliki keterampilan yang cukup hebat dan berjaya dalam pelbagai kehidupan.

"Sampai bila umat Islam akan bergaduh kerana pengertian istilah dan ada pula cuba menanam bibit kebencian sesama umat Islam untuk kepentingan peribadi. Lantaran itu, sampai bila umat Islam akan bangkit menjadi penguasa bumi atas tuntutan Islam sendiri," katanya.

Menurutnya umat Islam sewajarnya memberi sokongan padu gagasan Islam Hadhari hari ini kerana Pak Lah bukan mengajak bangsa Melayu sesat, tetapi untuk memacu kecemerlangan agar lebih terbilang atas landasan Islam.

"Bukan mudah untuk melihat Perdana Menteri dari aliran pendidikan Islam mendapat kuasa. Semua ini adalah satu anugerah Allah s.w.t. dan belum tentu akan muncul dalam tempoh 100 tahun. Pak Lah memiliki latar belakang agama yang cukup sempurna dan memiliki niat murni menjulang syiar Islam yang sudah dianuti oleh bangsanya".

Prof Mahmood Zuhdi turut mengulas peranan ulama apabila bertukar menjadi umarak, peranannya dan fungsinya yang perlu berunah. Sebagai contoh, Khalifah Abu Bakar al-Sidek tidak lagi berperanan sebagai ulama apabila bertukar menjadi umarak. Jesteru itu, Saidina Abu Bakar tidak ada fatwa ketika berperanan sebagai umarak dan kuasa itu turun kepada Saidina Umar al-Khatab.

Kebangkitan Islam di zaman Khalifa al-Rasyidin juga mewarisi prinsip di zaman pimpinan Khalifah Empat, apabila ulama bertukar menjadi umarak, segala fatwa diserahkan kepada ulama yang diserah kuasa oleh umarak.

Di Malaysia prinsip ini dipertahankan dan ulama boleh menegur umarak dalam pelbagai perkara secara bijaksana, disamping umarak juga memiliki pertimbangan tertentu yang membabitkan muslihat pentadbiran yang membabitkan pelbagai keperluan bangsa.

Mahmood Zuhdi mengambil kesimpulan bahawa kini bukan wahyunya umat Islam bergaduh dan bermasam muka kerana perkara remah yang lebih bermotifkan politik jika ingin melihat bangsa Islam mencapai kejayaan gemilang dan terbilang.


Thursday, October 4, 2007

Rencana Pengarang Al Haq

ISLAM HADHARI: PAS BAGAI CACING KEPANASAN
Multaqa Ulama dan Intelektual Islam Negeri Kelantan diyakini mampu memberikan impak besar kepada rakyat. Buktinya, program ini banyak mengupas tentang kekuatan yang bersifat tulen dalam memperjuangkan imej dan maruah negara. Jauh sekali ianya membicarakan soal kepartian yang sempit.

Motto multaqa anjuran Majlis Kemajuan Kelantan (MKK) ini cukup sarat dengan intipati yang hebat - "MANHAJ ISLAM HADHARI, MENJANA KELANTAN MITHALI". Ianya berjaya menarik minat ramai intelektual di negeri ini terutamanya Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Hasbullah Hasan dan timbalannya, Datuk Shukri Mohamed. Tokoh akademik lain yang turut memberi pendangan bernas ialah Prof Dr Abdul Hayei Abdul Shukor, Datuk Prof Dr Mahmud Zuhdi Abdul Majid, Datuk Prof Dr Husein Abdul Rahman, Prof Ir Zainai Mohamad dan Datuk Prof Mafausi Mohamed.

Secara jelas, Datuk Shukri telah menyokong gagasan Manhaj Islam Hadhari tanpa sebarang syak wasangka. Beliau membandingkan kekuatan Islam Hadhari jika dibandingkan dengan "Membangun Bersama Islam" ciptaan PAS. Sudah 17 tahun memerintah Kelantan, kehidupan rakyat semakin derita dan Islam menjadi agama yang bersifat retorik di bawah Kerajaan PAS.

Apakah pengisian Kerajaan PAS untuk mendaulatkan Islam selama 17 tahun mentadbir negeri ini? Rakyat boleh menjadi hakim yang baik jika mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti seperti PAS atau UMNO.

Sebelum ini, PAS melalui pemimpin kanannya termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Islam Hadhari sebagi sesat dan menyesatkan. PAS menyifatkan Islam Hadhari bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh membawa rakyat khususnya umat Islam ke arah kehancuran.

Bagaimanapun, sejak Multaqa Ulama dan Intelektual Islam Negeri Kelantan diadakan pada 3 Ogos lalu, suara sumbang seumpama itu menjadi sepi. Multaqa yang digarap oleh MKK dan Pengerusi Jawatankuasanya ialah Datuk Md Alwi Che Ahmad telah berjaya membawa rakyat ke arah suatu bentuk pemikiran baru yang dinamik.

Kalau benar Islam Hadhari sesuatu yang sesat seperti mana yang difitnah oleh pemimpin PAS, sudah pasti ianya tidak akan disambut dengan tangan terbuka oleh Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan. Lagipun, kehadiran intelektual Islam seperti Prof Dr Abdul Hayei, Datuk Prof Mahmud Zuhdi dan beberapa tokoh lain sudah tentu akan mewujudkan daya sepakat untuk mempraktikkan Islam Hadhari di Kelantan.

Kehadiran intelektual Islam ini tidak pernah diragukan oleh rakyat. Mereka juga terbukti bukan bersifat 'politik' bila hadir ke majlis seumpama ini. Yang nyata, mereka bersepakat untuk membantu pemimpin negara dalam mejayakan hasrat dan cita-cita yang berteraskan kepada 10 teras Islam Hadhari.

Akhirnya, pemimpin PAS Kelantan menjadi cacing kepanasan. Mereka tidak berani menyambut kesimpulan tentang Multaqa Ulama dan Intelektual Islam Negeri Kelantan sebagai sesuatu yang sesat.

Sebaliknya, PAS cuba memburukkan Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan yang menghadiri Multaqa Ulama. Kata mereka (melalui Wasilah), bila intelektual berada dalam majlis UMNO, akan hilang 'serinya'. PAS memperlekehkan Prof Dr Uthman El Muhamady kerana telah lama bersama UMNO.

Dan kini mereka cuba memperlekehkan pula Datuk Hasbullah kerana menghadiri majlis anjuran UMNO. Sudah nampak sangat betapa pemimpin PAS mahu agar Datuk Hasbullah juga turut diperlekehkan oleh rakyat. Banyak gambaran buruk telah dibuat secara 'halus' dengan mendakwa bahawa Mufti Kelantan telah melangkah jauh. Rencana itu turut memberitahu bahawa selama ini Mufti hanya kelihatan pada majlis dihadiri Sultan dan Raja Perempuan. "harap-harap tag yang dipakai oleh Datuk Hasbullah tidak tersemat lambang dacing," demikian kata penulis dalam Wasilah.

Inilah kehebatan PAS dalam mencari idea buruk agar rakyat khususnya ulama tidak mendekati UMNO. Mereka membuat ugutan dengan cara paling halus betapa ulama yang mendekati UMNO tidak akan didekati oleh rakyat. Padahal, ulama besar yang mendapat pengiktirafan dunia terdiri daripada mereka yang berpihak kepada idealisme UMNO.

Secara tegasnya, perjuangan UMNO untuk memartabatkan Islam lebig praktikal. Ianya tidak lebih seumpama 'gitar tua' yang dialunkan oleh PAS dalam jangka masa yang begitu lama dan sudah ketinggalan zaman.

Rahsia keburukan pemimpin PAS untuk menjadikan ulama sebagai 'kambing hitam' dalam UMNO tidak kesampaian. Dokongan besar ulama terhadap perjuangan Islam Hadhari telah menjarakkan rakyat daripada PAS.

Sebab itulah pemimpin PAS umpama cacing kepanasan. Mereka kini berhempas pulas mencari idea buruk yang terkini semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat.

Walaupun begitu, semakin rakyat diadu domba oleh PAS, hasrat Islam Hadhari semakin diberi sokongan padu. Rakyat melihat Pak Lah dan pemimpin UMNO tidak mempunyai sesuatu yang tersirat selain untuk membawa proses ketamadunan yang tinggi kepada negara. Akhirnya Islam akan berkembang maju mengikut peredaran masa yang semakin mencabar.

Biarlah PAS terjun dengan labu-labunya. Hasrat mereka untuk meranapkan Islam Hadhari tidak tercapai. Cuma rakyat perlu ingat betapa 'jerat' politik sentiasa dipasang oleh PAS. Tapi awas - sebab pelanduk (PAS) mudah lupa kepada jerat yang dipasangnya sendiri!

Biarkan! Biarkan!

Wednesday, October 3, 2007

Rakyat Bersyukur, Sedia Ubah Kerajaan

Al Haq, Bil 18 / 15 Julai 2007 - 15 Ogos 2007

KOTA BHARU: Seperti yang diduga - PAS terkilan dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2 dan 3 Ogos lalu kerana ianya memberikan impak cukup besar kepada minda rakyat Kelantan.

Barisan Nasional (BN) dan UMNO boleh berbuat apa saja untuk kepentingan rakyat, tapi sudah pasti PAS Kelantan yang diterajui Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan 'membelasah' Kerajaan Pusat secara habis-habisan.

Apatah lagi, keadaan Kerajaan PAS yang mula nazak kini telah memaksa parti itu membuat apa saja tuduhan jahat terhadap UMNO yang sudah memberi pelbagai manfaat besar kepada rakyat.

Sebagai buktinya, pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra bernilai RM150 juta sudah pasti memberi banyak manfaat kepada rakyat untuk berulang-alik di jambatan sempit yang dibina sejak tahun 60-an dahulu.

Lagi pun, Kerajaan PAS mungkir janji untuk membina jambatan kedua sehingga memaksa Kerajaan Pusat bertindak pro-aktif untuk memenuhi keperluan rakyat.

Sebenarnya, dalam persekitaran politik Kelantan yang panas, ketua agensi dan jabatan Kerajaan Pusat tidak pernah mengenepikan Menteri Besar Kelantan.

Walaupun Mursyidul Am PAS itu mengetuai parti lawan yang tidak berkongsi dasar dengan Barisan Nasional, tetapi PAS perlu bijak memisahkan antara parti dan projek rasmi yang dibina oleh kontraktor.

Tidak sepatutnya PAS bermain dengan isu politik sempit dan sengaja menacri simpati rakyat kerana Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra itu diurus bina oleh kontraktor.

Sepatutnya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin PAS lain mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana sanggup menunaikan hasrat rakyat yang tidak kesampaian akibat kegagalan janji palsu kerajaan negeri.

Apatah lagi Datuk Nik Aziz pernah diundang ke majlis KADA BALOH NEGARA di Pasir Puteh yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi gelagat pemimpin PAS itu tetap sama saja - tetap menggelarkan Kerajaan Pusat sebagai 'taghut' dan tidak Islamik.

Sebagai pemimpin Islam dan anak kepada seorang ulama besar, Datuk Seri Abdullah telah memimpin tangan Menteri Besar Kelantan turun dari pentas sebagai 'saudara seagama' tapi tetap dibalas dengan sikap biadap sesetengah pemimpin PAS itu.

Bagi pemimpin PAS termasuk Datuk Nik Aziz, UMNO boleh lakukan apa saja tanggungjawab kepada rakyat dan pembangunan negeri, tetapi pemimpinnya tetap digelar dengan perkataan maki hamun, fitnah dan pelbagai gelaran mengaibkan.

Secara tepatnya - Pemimpin PAS tidak tahu menilai erti budi terhadap tanggungjawab Kerajaan Pusat yang bersikap cakna rakyat di negeri ini.

Datuk Nik Aziz mudah sangat terkilan dengan perkara yang remeh temeh, tetapi apakah sikapnya yang sentiasa menggelarkan Kerajaan BN sebagai 'sekular' dan 'rasuah' tidak mengguris perasaan pemimpin UMNO?

Ketika Perdana Menteri melawat Kelantan, beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi yang tersohor sebagai tempat terawal perkembangan ilmu Islam di negeri ini.

Selaku ketua kerajaan negeri, Datuk Nik Aziz sepetutnya turut sama bersolat Jumaat di Masjid Negeri bersama Perdana Menteri dan 7,000 jemaah yang lain. Tetapi pada hari itu, Mursyidul Am PAS tidak kelihatan - mungkin kerana beliau tidak dijemput oleh pihak pentadbir masjid.

Apa yang pasti, sepanjang lawatan kerja Perdana Menteri, rakyat merasa cukup puashati dan bersyukur dengan sikap prihatin Kerajaan Pusat walaupun negeri ini berada di bawah Kerajaan PAS.

Datuk Seri Abdullah turun ke bawah untuk bersama rakyat di Dataran Warisan KADA Kok Lanas, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Majlis Gandingan Gemilang, Multaqa Ulama dan Intelektual Islam, selain merasmikan kampus sementara UMK di Pengkalan Chepa.

Sepanjang di Kelantan, Pak Lah tidak sepatah pun menyebut nama PAS kerana jiwa ketakwaannya jauh lebih tinggi sebagai satu cara menghormati perasaan Datuk Nik Aziz.

Tuesday, October 2, 2007

Gelagat Nik Aziz

Pada 2 - 3 Ogos yang lalu.... PM datang ke Kelantan. Tanpa begitu banyak publisiti, kedatangan PM kali ini bukan sebarangan.

Sedar atau tidak sedar..... PM telah melancarkan beberapa projek yang sangat bermakna bagi rakyat Kelantan.

Yang paling utama ialah.... Pembinaan satu lagi jambatan merentangi sungai Kelantan. Jambatan ini akan di bina di atas jambatan yang sedia ada.... atau pun jambatan bertingkat. Semoga kesulitan rakyat Kelantan untuk keluar dari Kota Bharu selama ini akan berakhir.

Yang kedua... ialah Universiti Malaysia Kelantan. Kalau jambatan ke Pasir Mas tu mungkin tidak begitu bermakna sangat bagi aku ( kerana aku tak lalu pun jambatan tu!) Tapi kemunculan Universiti Malaysia Kelantan, amat aku harapkan, sebagaimana besarnya harapan rakyat Kelantan yang lain.

Dengan adanya sebuah universiti di Kelantan..... sekurang-kurangnya, tak payahlah menghantar anak belajar di luar Kelantan. Tambahan pula tahun ini anak sulung ku akan mengahadapi SPM. Mudah-mudahan dia berpeluang belajar di UMK itu nanti!

Demikianlah..... besarnya erti kedatangan PM ke Kelantan kali ini. Cuma yang tak senang hati hanyalah Nik Aziz dan kuncu-kuncunya sahaja!

.............................................................................

Rencana dipetik daripada AlHaq, Bil 18

BILA NIK AZIZ MERAJUK.....

BURUKNYA bila orang tua merajuk. Itulah kata-kata pemerhati politik Kelantan bila Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkilan, merajuk dan kecil hati bila tidak dijemput ke majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri pada 2 - 3 Ogos lalu.

Sebabnya, semua orang tahu tentang perangai Datuk Nik Aziz. Dia akan guna pelbagai taktik bila rakyat telah membuka mata dengan sifat cakna BN terhadap negeri ini.

Ada dua gelagat dalam diri Datuk Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dia sentiasa menggunakan gelagat dua versi ini.

GELAGAT PERTAMA:
Datuk Nik Aziz mudah marah bila ditegur. MB Kelantan rasa, Adun BN takut dengan gelagatnya seperti ini.

Lihatlah sendiri bila Adun BN Bukit Tuku (Datuk Mohd Zain Ismail) tegur dalam Sidang DUN agar jangan zalimi rakyat di Repek, dia marah bukan kepalang. Macam kena rasuk hantu jadinya.

Secara spontan, MB Kelantan bingkas bangun sambil menuding ke arah Datuk Mohd Zain dan berkata: "Aku bayar..... aku bayar....."

Persoalannya: Beginikah gelagat seorang pemimpin Islam ala PAS?

Datuk Nik Aziz kena sedar, anak-anak buahnya sedang memerhatikan gelagat tok guru mereka. Jangan jadi ikutan pula nanti.... Kita bimbang Kelantan akan dipenuhi dengan generasi yang 'bekeng' tak bertempat.

Siapakah yang mengajar umpama ketam agar anaknya berjalan betul ni?

GELAGAT KEDUA:
Datuk Nik Aziz cuba cari jalan untuk mendapat simpati rakyat. Versi ini bagaikan lakonan hebat MB Kelantan.

MB Kelantan akan suka jika rakyat berkata: "Kesiannya Datuk Nik Aziz tak dijemput ke majlis Perdana Menteri"

Datuk Nik Aziz berharap, undi PAS akan bertambah melalui simpati rakyat. Sedangkan rakyat sudah sedar hakikat sebenar. Lakonan MB Kelantan ini sudah dapat dibaca oleh rakyat. Pendek kata, rakyat sudah tahu - tanpa Kerajaan Pusat, apalah yang ada di Negeri Cik Siti Wan Kembang?

Bila rakyat mula memihak kepada sifat cakna BN dan UMNO, Datuk Nik Aziz cuba memujuk dengan cara yang paling halus - melalui simpati. Datuk Nik Aziz mula kecil hati kerana tak dijemput bersama-sama Perdana Menteri merasmikan jambatan bertingkat.

Wahai MB Kelantan, tak payah kecil hati bila tidak dijemput. Ini kerana Jambatan Sultan Yahya Kedua itu dibina oleh sebuah syarikat. Dia yang jemput Perdana Menteri, tentu ada sebabnya yang tersendiri.

Mungkin syarikat itu kesian jika Datuk Nik Aziz dijemput. Bila Datuk Nik Aziz tiba di jambatan tersebut, tentu dia akan teringat kisah-kisah lama tentang jambatan yang dirasmikan Kerajaan PAS dulu, tapi tak jadi bina hingga sekarang.

Lagipun, pada masa Kerajaan PAS umum nak bina jambatan kedua dari Penambang ke Palekbang itu, pemimpin PAS cakap besar - "Tanpa bantuan Pusat pun, kita mampu buat"

Sepatutnya, Datuk Nik Aziz kena terima kasih kepada Datuk Ismail Hasan yang mendapat tender membina jambatan bertingkat itu. Sekurang-kurangnya, MB Kelantan tak ingat kisah lama tu. JANJI PAS HANYA TINGGAL JANJI SAHAJA.

Mungkin juga pihak syarikat fikir, Datuk Nik Aziz akan terkilan bila dijemput ke perasmian berkenaan. Ini kerana projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra itu bukannya janji kosong. Ianya aka disiapkan segera demi untuk kenajikan rakyat. Tanpa sebarang janji sebelum ini, tiba-tiba Kerajaan Pusat umumkan projek besar bernilai RM150 juta.

Tak kecil hatikah Datuk Nik Aziz bila lihat jambatan kedua bertingkat itu jadi kenyataan?

Tok Pendekar: GUNA ILMU MANTIK BILA BERDEPAN DENGAN MB KELANTAN

................................................................

p.s

Tak terdengar pula Nik Aziz dan kuncu-kuncunya berkata..... "ini hanyalah gula-gula pilihanraya sahaja"