Thursday, May 24, 2007

Pak Lah bagi naik gaji, Nik Aziz pun nak bagi naik gaji juga, tetapi.........

Berita Timur
May 23, 2007 16:37 PM

Lebih 5,000 Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Turut Naik Gaji

KOTA BAHARU, 23 Mei (Bernama) -- Lebih 5,000 kakitangan kerajaan negeri di Kelantan akan turut menikmati kenaikan gaji seperti yang dinikmati lebih sejuta kakitangan awam yang lain Julai ini, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata kerajaan Kelantan sudah membuat keputusan yang sama, seperti kerajaan negeri yang lain, untuk menaikkan gaji kakitangan awam negeri.

"Apa yang disebut oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) tentang kenaikan gaji itu akan diikuti langkahnya oleh kerajaan Kelantan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini.

Abdullah mengumumkan pada perhimpunan Hari Pekerja sektor awam 2007 Isnin lepas, kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam antara 7.5 dan 35 peratus serta kenaikan 100 peratus kadar bantuan sara hidup (Cola).

Selain itu anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia menerima kenaikan tambahan 20 peratus daripada peratusan kenaikan gaji untuk angggota sektor awam itu menjadikan kenaikan gaji mereka antara 9 peratus dan 42 peratus.

Nik Aziz berkata dengan keputusan itu, kerajaan negeri akan menanggung tambahan kos pembayaran gaji sebanyak RM2 juta, menjadikan pembiayaan setiap bulan sebanyak RM9.978 juta.

Dalam hal ini kerajaan negeri meminta kerajaan pusat membantu menampung kekurangan (daripada tambahan bayaran gaji) sebanyak RM2 juta ini kembali dalam apa cara sekali pun, katanya.

Beliau juga meminta kerajaan pusat dapat menangani dengan berkesan masalah kenaikan harga barang yang dikatakan berlaku ketika ini.

"Tenangkanlah hati rakyat tentang kenaikan harga ini kerana kegembiraan kenaikan gaji tidak bermakna (jika berlaku kenaikan harga)," katanya.

-- BERNAMA


Kelantan minta bantuan Pusat bayar gaji baru

Oleh Azran Fitri Rahim

KOTA BHARU 23 Mei – Kerajaan Pas Kelantan yang akan turut menaikkan gaji kakitangannya selaras dengan kenaikan gaji kakitangan awam, meminta kerajaan Pusat membantu meringankan beban kewangannya.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan lebih RM24 juta setahun bagi tujuan itu.

Beliau berkata, kira-kira 5,000 kakitangan negeri akan menerima tambahan ganjaran yang sama seperti dinikmati oleh kakitangan awam di peringkat Persekutuan.

“Kita terima kenyataan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa gaji akan dinaikkan dan kerajaan Kelantan terpaksa tanggung penambahan perbelanjaan sebanyak lebih RM2 juta sebulan...............

Dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 24 Mei 2007



Wahhh!..... cerdik sungguh Nik Aziz ni. Dalam duk kutuk-kutuk Pak Lah bila menaikkan gaji kakitangan kerajaan dengan pelbagai 'cemuhan' yang sinis, tiba-tiba Nik Aziz hulur tangan pulak minta Pak Lah tambah bajet supaya dia boleh naikan gaji kakitangan kerajaan negeri.

Kutukan dan sindiran yang paling popular apabila Pak Lah umumkan kenaikan gaji kakitangan kerajaan persekutuan ialah kononnya, itu semua adalah 'umpan' dan 'gula-gula' bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Selama beberapa hari, hampir semua pemimpin PAS membuat ulasan terhadap pengumuman kenaikan gaji tersebut sebagai tanda bahawa pilihanraya sudah semakin hampir.

Emmmm...... Nik Aziz bercadang hendak naikkan gaji kakitangan kerajaan negeri ni, macam mana pulak? Bukan 'umpan' atau 'gula-gula' untuk menghadapi pilihanraya akan datang ke?

Nanti kita dengar macam mana Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS membuat ulasan tentang hasrat nak minta bajet RM 24 juta untuk naikkan gaji kakitangan kerajaan di Kelantan.

Rasa-rasanya.... kita boleh agak macam mana ulasannya tu nanti. Dengan gaya selamba sahaja nanti Nik Aziz akan kata, permintaannya itu adalah selaras dengan kehendak Islam untuk menjaga kesejahteraan rakyat, atau apa-apa sajalah......... asalkan ada bunyi Islam!

Selalunya tu macam tu lah.... kalau orang lain buat dia kutuk begitu begini, kalau dia yang buat, semuanya akan berbunyi Islam belako. Macamlah orang lain tu tak reti fikir seperti yang dia fikir!

Bila membaca petikan berita di atas.... rasa nak senyum pun ada juga. Cuma yang terlintas dalam kepala saya ialah, macam manalah Nik Aziz boleh terfikir nak naikkan gaji kakitangan kerajaannya dengan cara meminta daripada kerajaan pusat. Mudahnya Nik Aziz nak selesaikan masalah.

Kalau nak cakap bahasa mudahnya..... "banyak cantik, kau nak naikkan gaji, tapi duit minta dengan orang lain".

Bila Pak Lah izinkan kenaikkan gaji.... ada cakap-cakap sumbang yang mempertikaikan kemampuan kerajaan untuk menampung kenaikkan gaji itu. Sampai ada yang kata, "kat mana kerajaan nak cari duit sebanyak itu?"

Dalam kes Kelantan, macam mana pula? Mampukah kerajaan Kelantan menyediakan duit untuk melaksanakan hasrat Nik Aziz itu?

Hasrat Nik Aziz hendak menaikkan gaji kakitangan kerajaannya bolehlah diibaratkan seperti orang yang hendak berbini dua tetapi 'nafsu besar, kudrat tak ada' Minum kopi super power pun tak padan lagi!

Kesimpulannya, saya cuma hendak katakan.... "setaro tu jah Nik Aziz boleh fikir!"

p/s
tak jumpa pulak berita ni dalam Harakah Daily.....hehehe!

Seorang sahabat menghantar komen dalam CBOX saya.... emmm tak tau la nak kata macam mana......

min: mmg tak boleh jumpa dalam harakah daily nik aziz minta ngan pusat sebab tipu
min: ada dlm berita bn jer,dia nak pecah belahkan ummah,cayalah

Saya pun tak dapat nak pastikan berita itu betul atau tidak, jadi saya cuba cari dalam BERNAMA, berita tu juga ada, cuma cara penulisannya berbeza sikit, tetapi point beritanya tetap sama. Maka saya anggap pemberita Utusan Malaysia tidak tersalah tulis. Berita ini juga tersiar di muka hadapan Sinar Harian edisi Kelantan. Jadi rasanya berita itu boleh dipercayai.

Ok....tentang bab berita itu betul atau tipu seperti dakwaan 'Min'... itu diluar pengetahuan saya. Hanya Nik Aziz saja yang boleh sahkannya. Saya cuma membuat sedikit ulasan berdasarkan apa yang saya rasa apabila membaca berita-berita sejak Pak Lah umumkan kenaikkan gaji kakitangan kerajaan, terutama dalam Harakah Daily.

Dan apabila keluar berita hasrat Nik Aziz ini, saya rasa nak senyum, tergelak dan gelengkan kepala. Dalam kepala saya cuma ada kesimpulan..... "eh eh eh.... cerdikknyoo Nik Aziz mikirrr!" dan saya sambung lagi senyum.

2 comments:

Anonymous said...

sedih dgn laman web ni... x de bende lain ke nak buat.. kutuk sesame islam..sesame melayu.. ape nak jadi... tak de persaan malu ke??

Unknown said...

Kepada 'anonymous' (entah apa la nama dia ni)

tak payah la rasa sedih membaca web saya ini....
Saya cuma menulis apa yg saya fikir utk memberi peluang melihat sesuatu itu dari sudut yg berbeza.

Selama ini saya lebih sedih apabila membaca tulisan-tulisan yg menggunakan bahasa kutukan tahap bahasa 'makhluk bertanduk'

sesedap mulut saja mendoakan org lain supaya masuk neraka atau sekurang-kurangnya mendapat laknat daripada Allah.

Cuba tengok kat beberapa web yg tersenarai dalam web http://kickdefella.wordpress.com/ .... agaknya awak akan rasa sedih ke tidak?