Lokasi: Stesyen Keretapi Wakaf Bharu, Kelatan
Seorang pemuda berbaris, sabar menunggu giliran untuk membeli tiket keratapi. Tiba gilirannya, penjual tiket bertanya,
"Nak gi mano?
"Tiket gi Kulompo so", jawap pemuda tersebut
Setelah membayar harga tiket, pemuda itu pun beredar ke gerai yang berdekatan untuk sarapan. Maklumlah, semasa keluar dari rumah tadi dia tak sempat nak bersarapan lagi.
Tidak lama kemudian, siren keretapi pun berbunyi.
"Huh.. keretapi dah sampai", bisik hati pemuda itu.
Dia pun segera membayar harga makanannya dan menghirup baki terakhir air minumannya. Pemuda itu kemudian terus pergi ke tepi landasan bersama-sama orang lain, sambil merenung keretapi yang bergerak perlahan-lahan.
Apabila keretapi betul-betul berhenti, semua penumpang bergegas menaiki keretapi. Semua orang mencari tempat duduk. Dalam kekalutan penumpang ke sana ke mari memilih tempat duduk, pemuda itu tadi masih lagi berdiri dengan tenang di tepi landasan.
Pemuda itu memang seorang yang sabar. Dia tahu bahawa tak perlu berebut-rebut untuk menaiki keretapi, kerana keretapi tu panjang dan tentu ada tempat duduk yang kosong. Pemuda itu tetap tenang di belakang garisan kuning di tepi landasan itu. Sesekali dia tersenyum melihat gelagat penumpang-penumpang yang kalut mencari tempat duduk, walaupun penumpang keretapi pagi itu tidaklah seramai mana pun.
Tuuuttttt!.... siren keretapi sekali lagi berbunyi, menandakan keretapi hendak memulakan perjalanan. Pengawal stesyen mengibarkan bendera dan meniupkan wisel sebagai isyarat terakhir. Keretapi pun mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan stesyen keretapi Wakaf Bharu. Pemuda tadi mengeluarkan tiket dari poketnya dan tersenyum tetapi dia tetap berdiri di tepi landasan. Keretapi semakin laju dan akhirnya semakin jauh meninggalkan stesyen keretapi. Akhirnya keretapi hilang dari pandangan. Orang ramai yang menghantar sanak saudara pagi itu mula meninggalkan stesyen keretapi.
Pemuda tadi masih lagi berdiri di tepi landasan sambil tersenyum melihat tiketnya. Sesekali dia ketawa sambil memegang tiket. Perbuatan pemuda itu mula menarik perhatian orang ramai. Semua orang merasa hairan melihat perbuatan pemuda itu yang membeli tiket keretapi tapi tidak menaiki keretapi. Akhirnya ada seorang tua yang menegurnya.
"Guano mu... beli tiket tapi tak gi naik keretapi?, tanya orang tua tu hairan.
Pemuda itu menoleh kepada orang tua yang bertanya tadi sambil tersenyum dan kemudiannya ketawa.
"Hahaha.... pade dengan keretapi tu, kawe beli tiket, tapi kawe tak naik. Kawe dah tipu diooo!", dengan bangganya pemuda itu menerangkan kenapa dia tak naik keretapi itu.
"Kawe dah tipu keretapi tu..... pade dengan dio" jawap pemuda itu lagi.
"Oooooo.... lagu tuuu", terlopong orang tua tu mendengar jawapannya. Orang tua itu pun beredar sambil menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum.
Dalam hati barangkali orang tua tu berkata........... (cuba teka apa agaknya yang orang tua tu fikir)
Pemuda tadi terus ketawa semakin kuat sambil berkata,
"Pade dengan keretapi tu, aku doh tipu mu weii!, katanya sambil mengibaskan tiket keretapi. Dia terus ketawa dan ketawa.
*************************************************
Ok... itulah kisahnya. Sekarang fikirkan dan jawap sendiri...... siapa yang tipu siapa? atau siapa bodoh?
Sekarang mari kita lihat pula kenyataan ini.
Bagi aku.... tindakan PAS memboikot pilihanraya kecil di Batu Talam, samalah dengan kisah pemuda di atas tadi. Cuma PAS bijak sikit saja berbanding pemuda itu kerana mereka tak beli tiket. Mereka boikot maknanya mereka tak beli tiket untuk bertanding. Tetapi antara PAS dan pemuda itu tetap ada persamaan kerana......
PAS kata UMNO kelam kabut dan susah hati apabila mereka tidak bertanding.
Sekarang mari kita fikirkan....... apa agaknya yang anda semua fikir........
*******************************************************
p/s
Bagi aku..... (mula-mula, nak ketawa dulu.... hahahaha!) woi! mu kaba ko dok ghapo mu kecek ni? UMNO nak susah hati ghapo kalu mu tak tanding. (nak sambung ketawa lagi..... hahahaha! sambil gelengkan kepala)
No comments:
Post a Comment