Thursday, February 1, 2007

Jom Sokong PAS Boikot Pilihanraya!

Parti PAS mengheboh-hebohkan mereka berjaya memboikot pilihanraya kecil DUN Batu Talam, 28 Jan yang lalu. Entah macam mana perkiraan mereka, tak taulah. Yang jelasnya BN memenanginya dengan pertambahan mejoriti yang besar. Bagi saya, walau apapun kenyataan PAS, mereka tidak lebih daripada kisah pemuda yang membeli tiket keretapi tetapi tidak menaikinya dan kemudian mendakwa dia berjaya menipu keretapi itu.

Macam-macam alasan yang mereka kemukakan...... entah siapa yang keliru atau dikelirukan. Selepas Batu Talam, PAS menghebohkan atau "membayangkan" atau "mungkin" untuk memboikot pula pilihanraya umum akan datang. Ok... mari kita cadangkan kepada PAS, tak payahlah nak pakai "membayangkan" atau "mungkin"... buktikan saja dengan menjadikan kenyataan PAS BOIKOT PILIHANRAYA UMUM. Saya akan sokong 100%. Maka mari kita sokong hasrat PAS itu.


Kita memang patut sokong hasrat PAS untuk memboikot pilihanraya umum akan datang. Alaaaa... kan SPR tu tak telus, tak adil dan selalu menyebelahi kerajaan! Jadi kalau ada pilihanraya umum tahun ini, lebih baiklah PAS berehat dulu dan tunggu sehingga Akta Pilihanraya "dibetulkan" dulu.

Selepas ini saya teringin membaca ulasan dan sokongan daripada semua penulis blog color hijau yang bersungguh-sunguh menjelaskan kewajaran PAS memboikot pilihanraya, seperti yang mereka tulis semasa kes Batu Talam.

*****************************************************************

p/s

Ada sesiapa tak yang terfikir......
Sebagai ujian terhadap kesungguhan PAS memboikot pilihanraya, mari kita uji dengan pilihanraya peringkat DUN Kelantan. OK Nik Aziz, apalagi bubarkan DUN Kelantan supaya boleh diadakan pilihanraya dan kemudian umumkan PAS akan memboikot pilihanraya itu!

Husam ni kalau cakap lebih-lebih sangat nanti tersasul....... tercabut nanti serban Nik Aziz.

Ok... Jom sokong PAS boikot pilihanraya!............. sokong! jangan tak sokonggggggg!




No comments: