Thursday, January 11, 2007

Paku Dulang, Paku Serpih....

Awal tahun seperti biasa pelbagai kisah tentang budak-budak sekolah keluar. Paling hangat ialah masalah Yuran Sekolah. Ekoran cerita itu maka macam-macamlah berita tentang 'kesusahan' rakyat Malaysia berkaitan dengan nak menyekolahkan anak-anak dipaparkan. Antaranya berita dari Terengganu ini. Berita ini saya petik daripada laman web ALHAQ DAILY 'ciplak' . Kononnya Kerajaan Terengganu tidak perihatin hingga ada rakyat yang terpaksa tinggal di bawah rumah. Siap dengan gambar anak-anak tu membaca buku dengan lilin. Memang sedih dan memalukan bagi Dato Idris, sebagai Menteri Besar. Laman Web Alhaq Daily ciplak ini dengan gaya bahasa yang sungguh sadis cuba memaparkan betapa Kerajaan Terengganu tidak prihatinnya terhadap kesusahan rakyatnya. Berita ini juga turut dipaparkan di TV3.

Tapi seluruh negara kemudiannya dapat melihat bagaimana Dato Idris menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas. Dato Idris ada menyatakan, keluarga ini ditawarkan sebuah rumah, percuma, tak payah bayar sewa, tak payah bayar apa-apa, tapi dia tak mahu terima. Apa puncanya mereka tinggal di bawah rumah? Rumah tersebut, rumah ibu bapa dia sendiri, dan ibu bapanya pun tak boleh nak jawap kenapa anaknya tinggal di bawah rumah. Masalah keluarga ini yang baru berpindah dari Pahang setelah bercerai dengan suaminya, dan kemudian entah apa pula puncanya hingga memilih tinggal di bawah rumah hanya mereka saja yang boleh menjawapnya. Tapi tindakan pantas Dato Idris tersebut sepatutnya menjadi perhatian, kerana kalau nak 'mengata' orang tak betul ni memang mudah. Tidak perihatin lagikah Kerajaan Terengganu terhadap rakyatnya?

Kembali semula kepada berita yang dipaparkan oleh laman web ciplak di atas. Laman web tersebut dikendalikan oleh parti raja 'fitnah' di Malaysia. Bila membacanya nampak bukan main lagi hebatnya mereka hendak memaparkan kononnya Kerajaan Terengganu tidak cakna terhadap rakyatnya, atau bahasa paling mudahnya, Kerajaan Teregganu ni kerajaan tak boleh harap la kononya. Kesusahan hidup yang di alami oleh keluarga tersebut merupakan contoh klasik tentang betapa malangnya nasib mereka telah ibu bapa anak-anak itu bercerai berai. Tapi bertambah lagi malang mereka jika tidak ada pembelaan. Dan keluarga ini telah mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan. Terpulanglah kepada mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka telah kerajaan memberikan bantuan yang selayaknya.

Sebalik berita oleh laman web ciplak ini yang kelihatan seronok dibaca oleh hati-hati yang 'hijau' dengan 'fitnah' rupanya, mereka secara tak sedar telah 'meludah ke langit' tapi kemudian ludah mereka itu jatuh ke muka mereka sendiri. Nak jadi cerita, rupa-rupanya keluarga ini tinggal di kawasan wakil rakyat dari parti hijau itu sendiri. Khabarnya juga, rumah wakil rakyat parti hijau itu terletak tidak jauh dari rumah keluarga yang malang itu. Aduhhh!..... memang bertambah malang la keluarga tersebut kerana wakil rakyatnya sendiri memang dah 'malang' dari parti yang 'malang'



Baca cerita penuh di

http://www.ganulening.net/ Tajuk: Wahid Endut Makan Gaji Buta


No comments: