Friday, January 19, 2007

Orang Johor banyak DOSA

dipetik daripada Harakahdaily.net / 18 Januari 2007 Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM 1 juta

Kenyataan di atas adalah petikan terakhir daripada berita yang tersiar di Harakahdaily.net. YB Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu semasa mengumumkan sumbangan RM 1 juta kepada mangsa banjir di Johor.

YB Nik Aziz apabila berkata-kata memang terkenal dengan lemah lembut dan halus tutur katanya. Pendek kata, tutur katanya itu memang menggambarkan betapa waraknya dia. Tapi dia hanya lemah lembut semasa mengeluarkan suara semasa bercakap saja, bukan bermakna apa yang dicakapkannya juga 'lemah lembut' Bayangkan kalau ayat yang sama diucapkan oleh Mat Sabu atau yang sewaktu dengannya... huuuu! barangkali bergegar pembesar suara. YB Nik Aziz semasa bercakap memang slowww je... kerana memang dah tak larat pun nak kuatkan suara!

Kenyataan terakhir YB Nik Aziz ni, ringkas tetapi besar maknanya, terutama kepada orang Johor. Mudahnya, apa yang dikatakan oleh Nik Aziz ialah "ORANG JOHOR BANYAK BUAT DOSA" Kenyataannya itulah juga yang telah di'amin'kan oleh penulis-penulis di internet dari kaun kerabat color 'hijau'. Malahan kenyataannya itu telah ditambah lagi 'asam garamnya' oleh penulis-penulis laman blog supaya bertambah sedap lagi bila dibaca.

Mudahnya Nik Aziz menghukum orang Johor! Barangkali Nik Aziz juga hendak sampaikan mesej bahawa Kelantan tidak dilanda banjir kerana orang Kelantan tak buat dosa macam orang Johor. Kenyataannya yang begitu sebenarnya memang diterima oleh hati-hati color 'hijau' ni dengan mudah.

Dalam blog diari saya ada seorang hamba Allah menulis komen, yang memberikan gambaran dia menerima kenyataan Nik Aziz seperti di atas. Hamba Allah itu menulis, antara lain.... "kalau kelantan nak kena banjir tiap-tiap tahun, jatuhkan la Nik Aziz." Dia juga menulis, "Kelantan sebelum 1990 (sebelum PAS memerintah Kelantan) tiap-tiap tahun kena banjir." Itulah kesannya kenyataan yang ringkas daripada mulut Nik Aziz.

Bagi saya, kalau Kelantan tidak dilanda banjir.... alhamdulillah! tapi kalau ada sesiapa yang fikir Kelantan tidak di landa banjir kerana adanya YB Nik Aziz.... rasanya ada sesuatu yang tak kena.

Kelantan tidaklah dilanda banjir seteruk Johor, tetapi tidak bermakna tidak ada banjir. Di Gua Musang ada juga kawasan yang tengelam beberapa hari. Begitu juga di Kuala Krai, ratusan juga yang terpaksa dipindahkan, walaupun tidak lama, dan tentunya di kawasan PCB yang memang terkenal dengan tempat paling awal tenggelam bila musim tengkujuh.

Mari kita tanyakan kepada Nik Aziz.... adakah dia nak kata bahawa orang Kuala Krai dan PCB paling banyak buat dosa di Kelantan? Cubalah sebut kenyataan seperti di atas kepada orang di Kuala Krai atau PCB.

Barangkali apa Husam Musa nak kata, kerana sebagai Wakil Rakyat DUN Kijang, kawasan dialah yang tiap-tiap tahun antara tempat pertama tenggelam. Orang DUN Kijang termasuklah Husam Musa, banyak buat dosa kot!

*************************************
p/s
kecek mudoh belako weiiii!

6 comments:

Azmi said...

kelantan banjir disebabkan oleh faktor geografilah bodoh.....belajar tak geografi tingkatan 1......di mana angin monsun akan melalui terengganu,kelantan dan pahang pada akhir tahun(kira2 bulan disember).sebab itulah kelantan banjir.....bukan setakat kelantan sahaja,Terengganu dan Pahang punmengalami nasib yang sama....tapi negeri lain tidak banjir kerana angin monsun dihalang oleh banjaran titiwangsa......jadi setakat kelantan dan pahang sajalah yang boleh dilaluinya....apalah bloger ni bodoh...tak sekolah pastu nak bercakap macam die tu reti sangat.

Unknown said...

Emmm.... ni budak tingkatan 1 ke cikgu geografi ni?

Nik Aziz tak belajar geografi kot!

Anonymous said...

So jangan kata Kelantan Banjir kerana banyak dosa ya Shifu67,kerana faktor geografi....ingat tu.


(saya budak IPTA,masih ingat apa yang dipelajari masa tingkatan 1 walaupun dah lama tinggal.Kenapa?Sebab belajar jagan sebab nak hadapi peperiksaan,tapi belajarlah untuk berfikir mengenai keEsaan Allah)

Unknown said...

Oooo.... budak IPTA, kalau hang budak IPTA sekali pun jangan la bongkak sangat kata orang bodoh dan tak sekolah! Kou baru budak IPTA, saya dah lama habis belajar kat IPTA.

'Budak IPTA'..... patutla tak faham maksud yang saya tulis tu. Dik cuba baca sekali lagi apa yang saya tulis ni

......"Kelantan tidaklah dilanda banjir seteruk Johor, tetapi tidak bermakna tidak ada banjir. Di Gua Musang ada juga kawasan yang tengelam beberapa hari. Begitu juga di Kuala Krai, ratusan juga yang terpaksa dipindahkan, walaupun tidak lama, dan tentunya di kawasan PCB yang memang terkenal dengan tempat paling awal tenggelam bila musim tengkujuh.

Mari kita tanyakan kepada Nik Aziz.... adakah dia nak kata bahawa orang Kuala Krai dan PCB paling banyak buat dosa di Kelantan? Cubalah sebut kenyataan seperti di atas kepada orang di Kuala Krai atau PCB."............

Ada ke saya kata Kelantan banjir kerana banyak dosa? Saya lontarkan pertanyaannnn!, bukan saya kataaaa. Pertanyaan saya itu ekoran kenyataan Nik Aziz seperti di atas, rasanya tak salahlah kalau kita tanya balik kepada Nik Aziz, kenapa dia tak kata kepada orang Kuala Krai atau PCB seperti yang dia kata kepada orang Johor tu.

Kalau awak nak ingatkan saya bahawa Kelantan atau kat mana-mana saja yang kena banjir kerana faktor geografi, dah silap la tuu! kerana yang kata Nik Aziz, bukan saya. So marilah kita sama-sama ingatkan Nik Aziz, bahawa banjir kat Johor, Kelantan atau kat mana-mana saja tu, adalah kerana faktor geografi, betul tak?

Kalau Nik Aziz tak faham jugak... baik kau bagi tau Nik Aziz pasal ilmu geografi yang kau belajar kat tingkatan 1 tu, pasal rasa-rasanya Nik Aziz tak belajar geografi kot!

Ok, 'budak IPTA'.... belajar elok-elok, semoga bila kuar IPTA nanti kau akan jadi aset bukannya liabiliti......

Anonymous said...

Pasal yang saya kata bodoh dan tak sekolah itu,saya minta maaf ye sebab bila saya cakap dengan webmaster laman ganulening(melalui email)Dia jawab dengan kata-kata yang lebih dari apa yang saya cakap kat Encik tadi....memang celupar betul mulut dia,ingatkan Shifu87 pun macam tu jugak,Alhamdulillah nasib baik tidak.takpelah saya mengaku saya bersalah dan saya minta maaf.

Kalau pasal banjir di johor tu,sebelum ni pernah ada orang siarkan gambar puting beliung yang muncul di Johor dalam laman web Harakahdaily.net oleh seorang pengunjung.Nasib baik tiada apa yang berlaku kesan dari puting beliung tersebut.Alhamdulillah.

Bagi saya itu merupakan amaran oleh Allah bahawa bala pasti akan melanda negeri Johor sebagaimana terjadi pada umat terdahulu dimana Allah memberi amaran kepada kaum yang ingkar sebelum bla muncul.

Contohnya pada zaman Nabi Yunus,apabila sesuatu(tak ingat apa tu) muncul pada kaum yang ingkar itu,maka mereka tahu bahawa itu adalah amaran dari Allah s.w.t,maka mereka cepat-capat bertaubat.Maka bila Nabi Yunus pulang setelah ditelan oleh Ikan Paus,maka dia melihat kaumnya kembali ke ajaranNya.

Johor yang selama ini tidaklah banjir seteruk itu,tiba-tiba ia datang secara tiba-tiba.2 kali pulak tu.

So,renung-renungkanlah,itu sahaja


p/s:Pasal gambar puting beliung tu kalau tak asli saya tak taulah.cuma gambar itu disiarkan dalam Harakahdaily.net kalau tak silap setahun sebelum berlakunya banjir di Johor.Kalau nak ikut logik mana mungkin puting beliung boleh muncul di Malaysia(kecuali di Sabah).Sama-samalah kita merenungkannya.

Unknown said...

Macam ni la baru ada ciri-ciri bahasa budak IPTA.... bukannya guna gaya bahasa 'langau hijau'

Musibah yang melanda Johor baru-baru ini memang mengejutkan dan memang patut kita 'renung-renungkan' macam yang awak kata.... cuma saya nak awak baca semula apa yang saya tulis....

||"Bagi saya, kalau Kelantan tidak dilanda banjir.... alhamdulillah! tapi kalau ada sesiapa yang fikir Kelantan tidak di landa banjir kerana adanya YB Nik Aziz.... rasanya ada sesuatu yang tak kena."||

Jom tengok pula apa yang awak tulis...

||"Bagi saya itu merupakan amaran oleh Allah bahawa bala pasti akan melanda negeri Johor sebagaimana terjadi pada umat terdahulu dimana Allah memberi amaran kepada kaum yang ingkar sebelum bla muncul."||

Memang mudah untuk kita terfikir, mungkinkah Johor telah ditimpa bala? Setiap yang berlaku memang ada hikmahnya! Cuma rasanya.... bukanlah hak kita untuk menentukan "..... bahawa bala pasti akan melanda negeri Johor sebagaimana terjadi pada umat terdahulu...."

Saya sebenarnya tak berani untuk berpendirian macam tu.... kerana, "siapalah saya!" Bukan pula saya nak katakan pendirian awak tak betul, cumanya rasanya, kalau pendirian itu ada unsur-unsur seperti yang saya tulis di atas, kena fikirkan semula la.