Sunday, January 21, 2007

> Pade muko aku?

Kisah Nak Tipu Syarikat Keretapi.
Lokasi: Stesyen Keretapi Wakaf Bharu, Kelatan

Seorang pemuda berbaris, sabar menunggu giliran untuk membeli tiket keratapi. Tiba gilirannya, penjual tiket bertanya,

"Nak gi mano?

"Tiket gi Kulompo so", jawap pemuda tersebut

Setelah membayar harga tiket, pemuda itu pun beredar ke gerai yang berdekatan untuk sarapan. Maklumlah, semasa keluar dari rumah tadi dia tak sempat nak bersarapan lagi.

Tidak lama kemudian, siren keretapi pun berbunyi.

"Huh.. keretapi dah sampai", bisik hati pemuda itu.

Dia pun segera membayar harga makanannya dan menghirup baki terakhir air minumannya. Pemuda itu kemudian terus pergi ke tepi landasan bersama-sama orang lain, sambil merenung keretapi yang bergerak perlahan-lahan.

Apabila keretapi betul-betul berhenti, semua penumpang bergegas menaiki keretapi. Semua orang mencari tempat duduk. Dalam kekalutan penumpang ke sana ke mari memilih tempat duduk, pemuda itu tadi masih lagi berdiri dengan tenang di tepi landasan.

Pemuda itu memang seorang yang sabar. Dia tahu bahawa tak perlu berebut-rebut untuk menaiki keretapi, kerana keretapi tu panjang dan tentu ada tempat duduk yang kosong. Pemuda itu tetap tenang di belakang garisan kuning di tepi landasan itu. Sesekali dia tersenyum melihat gelagat penumpang-penumpang yang kalut mencari tempat duduk, walaupun penumpang keretapi pagi itu tidaklah seramai mana pun.

Tuuuttttt!.... siren keretapi sekali lagi berbunyi, menandakan keretapi hendak memulakan perjalanan. Pengawal stesyen mengibarkan bendera dan meniupkan wisel sebagai isyarat terakhir. Keretapi pun mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan stesyen keretapi Wakaf Bharu. Pemuda tadi mengeluarkan tiket dari poketnya dan tersenyum tetapi dia tetap berdiri di tepi landasan. Keretapi semakin laju dan akhirnya semakin jauh meninggalkan stesyen keretapi. Akhirnya keretapi hilang dari pandangan. Orang ramai yang menghantar sanak saudara pagi itu mula meninggalkan stesyen keretapi.

Pemuda tadi masih lagi berdiri di tepi landasan sambil tersenyum melihat tiketnya. Sesekali dia ketawa sambil memegang tiket. Perbuatan pemuda itu mula menarik perhatian orang ramai. Semua orang merasa hairan melihat perbuatan pemuda itu yang membeli tiket keretapi tapi tidak menaiki keretapi. Akhirnya ada seorang tua yang menegurnya.

"Guano mu... beli tiket tapi tak gi naik keretapi?, tanya orang tua tu hairan.

Pemuda itu menoleh kepada orang tua yang bertanya tadi sambil tersenyum dan kemudiannya ketawa.

"Hahaha.... pade dengan keretapi tu, kawe beli tiket, tapi kawe tak naik. Kawe dah tipu diooo!", dengan bangganya pemuda itu menerangkan kenapa dia tak naik keretapi itu.

"Kawe dah tipu keretapi tu..... pade dengan dio" jawap pemuda itu lagi.

"Oooooo.... lagu tuuu", terlopong orang tua tu mendengar jawapannya. Orang tua itu pun beredar sambil menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum.

Dalam hati barangkali orang tua tu berkata........... (cuba teka apa agaknya yang orang tua tu fikir)

Pemuda tadi terus ketawa semakin kuat sambil berkata,

"Pade dengan keretapi tu, aku doh tipu mu weii!, katanya sambil mengibaskan tiket keretapi. Dia terus ketawa dan ketawa.

*************************************************

Ok... itulah kisahnya. Sekarang fikirkan dan jawap sendiri...... siapa yang tipu siapa? atau siapa bodoh?

Sekarang mari kita lihat pula kenyataan ini.



Bagi aku.... tindakan PAS memboikot pilihanraya kecil di Batu Talam, samalah dengan kisah pemuda di atas tadi. Cuma PAS bijak sikit saja berbanding pemuda itu kerana mereka tak beli tiket. Mereka boikot maknanya mereka tak beli tiket untuk bertanding. Tetapi antara PAS dan pemuda itu tetap ada persamaan kerana......

PAS kata UMNO kelam kabut dan susah hati apabila mereka tidak bertanding.

Sekarang mari kita fikirkan....... apa agaknya yang anda semua fikir........

*******************************************************

p/s
Bagi aku..... (mula-mula, nak ketawa dulu.... hahahaha!) woi! mu kaba ko dok ghapo mu kecek ni? UMNO nak susah hati ghapo kalu mu tak tanding. (nak sambung ketawa lagi..... hahahaha! sambil gelengkan kepala)

Friday, January 19, 2007

Orang Johor banyak DOSA

dipetik daripada Harakahdaily.net / 18 Januari 2007 Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM 1 juta

Kenyataan di atas adalah petikan terakhir daripada berita yang tersiar di Harakahdaily.net. YB Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu semasa mengumumkan sumbangan RM 1 juta kepada mangsa banjir di Johor.

YB Nik Aziz apabila berkata-kata memang terkenal dengan lemah lembut dan halus tutur katanya. Pendek kata, tutur katanya itu memang menggambarkan betapa waraknya dia. Tapi dia hanya lemah lembut semasa mengeluarkan suara semasa bercakap saja, bukan bermakna apa yang dicakapkannya juga 'lemah lembut' Bayangkan kalau ayat yang sama diucapkan oleh Mat Sabu atau yang sewaktu dengannya... huuuu! barangkali bergegar pembesar suara. YB Nik Aziz semasa bercakap memang slowww je... kerana memang dah tak larat pun nak kuatkan suara!

Kenyataan terakhir YB Nik Aziz ni, ringkas tetapi besar maknanya, terutama kepada orang Johor. Mudahnya, apa yang dikatakan oleh Nik Aziz ialah "ORANG JOHOR BANYAK BUAT DOSA" Kenyataannya itulah juga yang telah di'amin'kan oleh penulis-penulis di internet dari kaun kerabat color 'hijau'. Malahan kenyataannya itu telah ditambah lagi 'asam garamnya' oleh penulis-penulis laman blog supaya bertambah sedap lagi bila dibaca.

Mudahnya Nik Aziz menghukum orang Johor! Barangkali Nik Aziz juga hendak sampaikan mesej bahawa Kelantan tidak dilanda banjir kerana orang Kelantan tak buat dosa macam orang Johor. Kenyataannya yang begitu sebenarnya memang diterima oleh hati-hati color 'hijau' ni dengan mudah.

Dalam blog diari saya ada seorang hamba Allah menulis komen, yang memberikan gambaran dia menerima kenyataan Nik Aziz seperti di atas. Hamba Allah itu menulis, antara lain.... "kalau kelantan nak kena banjir tiap-tiap tahun, jatuhkan la Nik Aziz." Dia juga menulis, "Kelantan sebelum 1990 (sebelum PAS memerintah Kelantan) tiap-tiap tahun kena banjir." Itulah kesannya kenyataan yang ringkas daripada mulut Nik Aziz.

Bagi saya, kalau Kelantan tidak dilanda banjir.... alhamdulillah! tapi kalau ada sesiapa yang fikir Kelantan tidak di landa banjir kerana adanya YB Nik Aziz.... rasanya ada sesuatu yang tak kena.

Kelantan tidaklah dilanda banjir seteruk Johor, tetapi tidak bermakna tidak ada banjir. Di Gua Musang ada juga kawasan yang tengelam beberapa hari. Begitu juga di Kuala Krai, ratusan juga yang terpaksa dipindahkan, walaupun tidak lama, dan tentunya di kawasan PCB yang memang terkenal dengan tempat paling awal tenggelam bila musim tengkujuh.

Mari kita tanyakan kepada Nik Aziz.... adakah dia nak kata bahawa orang Kuala Krai dan PCB paling banyak buat dosa di Kelantan? Cubalah sebut kenyataan seperti di atas kepada orang di Kuala Krai atau PCB.

Barangkali apa Husam Musa nak kata, kerana sebagai Wakil Rakyat DUN Kijang, kawasan dialah yang tiap-tiap tahun antara tempat pertama tenggelam. Orang DUN Kijang termasuklah Husam Musa, banyak buat dosa kot!

*************************************
p/s
kecek mudoh belako weiiii!

22 Keluarga mahu layanan khas

Kerajaan jadikan sekolah-sekolah sebagai tempat pemindahan mangsa banjir. Yang 22 buah keluarga ni nak tinggal dalam khemah apa hal? Semua bantuan kerajaan tentulah dilakukan di pusat-pusat pemindahan yang telah disediakan, supaya pengurusan penyaluran bantuan mudah diuruskan. Petugas Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat ni pergi ke tidak melawat pusat pemindahan yang kerajaan sediakan tu?

Dahlah tak mahu berada di pusat pemindahan yang kerajaan sediakan... lepas tu banyak songeee pulak. Tak de bantuan la. Kerajaan tak cakna la. UMNO diskriminasi la. Bila ada sekumpulan manusia yang macam inilah yang selalunya hanya menyusahkan orang lain saja. Mengapa mereka tak mahu berada di pusat pemindahan seperti orang lain?

Pusat pemindahan ni katanya dikendalikan oleh penduduk, dilengkapi komputer dan mesin pencetak. Nak buat apa dengan mesin pencetak tu? Nak cetak duit RM50 ke? Tapi rasanya kita semua tau bahawa pusat itu adalah pusat pemindahan yang dikendalikan oleh PAS, tak payah la kata ia dikendalikan oleh penduduk sendiri.

Dari berita itu juga secara tak langsung kita dapat mengetahui bahawa..... disitu hanya ada 134 orang dari 22 buah keluarga sahaja yang color 'hijau'. Oleh itu kepada mereka... tak payahlah nak bising-bising, kerana kerajaan sedang menguruskan berpuluh-puluh ribu mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan 'rasmi' Tak payahlah menyusahkan kerajaan untuk memberi layanan khas kepada tuan-tuan, sedangkan diri sendiri yang memilih untuk tidak bersama dengan orang lain di pusat-pusat pemindahan 'rasmi'

Kepada 22 buah keluarga ini juga, bersabarlah... hari ini atau esok sampailah kot bantuan 1 juta daripada YB Nik Aziz. Nanti kita tengok bantuan 1 juta tu PAS salurkan ke mana..... jangan mendiskriminasikan sesiapa sudahlah!

*******************************************************
p/s
esok atau lusa bolehlah kita tengok berita, team bantuan dari Kelantan yang datang melawat ke pusat-pusat pemindahan seperti di atas. Khabarnya kenderaan team sukarelawan itu siap tampal gambar YB Nik Aziz lagi.

Boikot.... ceramah buat apa lagi!

Kata nak boikot menyertai pilihanraya.... yang sibuk-sibuk nak buat ceramah tu buat apa. Yang bertanding bukannya calon PAS.... DAP pun tak mengaku calon dia (tak mengaku kat depan je la kot)

Oklah jom lah pegi dengar ceramah tu, kerana ceramah PAS atau pembangkang ni memang seronok untuk didengar. Seronok 'didengar' je lah.... tapi semua orang tahu, apa yang diorang cakap tu tak jijak kat bumi pun, hanya jauh tinggi di langit.... bulan la katakann!

Pakat dengar ceramah PAS hanya sebagai halwa telinga dan menghangatkan malam... tapi bila sampai masa mengundi, kita tetap pangkah BN juga.

Friday, January 12, 2007

Alhaq Daily kena ciplak


Di bawah inilah laman web ciplak yang dikendalikan oleh parti yang sudah berlumut 'hijau' dengan fitnah. Emm... kalau dah namanya 'ciplak' tu, tentulah niatnya pun lebih kurang dengan sifat 'Rika Somanto'... hehehe


Laman web di bawah, merupakan laman web yang ori...... jangan gunakankan barang ciplak. Penciplak tu lanun namanya. Maka hanya 'lanun' je la yang suka dengan barang ciplak seperti di atas tu.

Thursday, January 11, 2007

Paku Dulang, Paku Serpih....

Awal tahun seperti biasa pelbagai kisah tentang budak-budak sekolah keluar. Paling hangat ialah masalah Yuran Sekolah. Ekoran cerita itu maka macam-macamlah berita tentang 'kesusahan' rakyat Malaysia berkaitan dengan nak menyekolahkan anak-anak dipaparkan. Antaranya berita dari Terengganu ini. Berita ini saya petik daripada laman web ALHAQ DAILY 'ciplak' . Kononnya Kerajaan Terengganu tidak perihatin hingga ada rakyat yang terpaksa tinggal di bawah rumah. Siap dengan gambar anak-anak tu membaca buku dengan lilin. Memang sedih dan memalukan bagi Dato Idris, sebagai Menteri Besar. Laman Web Alhaq Daily ciplak ini dengan gaya bahasa yang sungguh sadis cuba memaparkan betapa Kerajaan Terengganu tidak prihatinnya terhadap kesusahan rakyatnya. Berita ini juga turut dipaparkan di TV3.

Tapi seluruh negara kemudiannya dapat melihat bagaimana Dato Idris menyelesaikan masalah tersebut dengan pantas. Dato Idris ada menyatakan, keluarga ini ditawarkan sebuah rumah, percuma, tak payah bayar sewa, tak payah bayar apa-apa, tapi dia tak mahu terima. Apa puncanya mereka tinggal di bawah rumah? Rumah tersebut, rumah ibu bapa dia sendiri, dan ibu bapanya pun tak boleh nak jawap kenapa anaknya tinggal di bawah rumah. Masalah keluarga ini yang baru berpindah dari Pahang setelah bercerai dengan suaminya, dan kemudian entah apa pula puncanya hingga memilih tinggal di bawah rumah hanya mereka saja yang boleh menjawapnya. Tapi tindakan pantas Dato Idris tersebut sepatutnya menjadi perhatian, kerana kalau nak 'mengata' orang tak betul ni memang mudah. Tidak perihatin lagikah Kerajaan Terengganu terhadap rakyatnya?

Kembali semula kepada berita yang dipaparkan oleh laman web ciplak di atas. Laman web tersebut dikendalikan oleh parti raja 'fitnah' di Malaysia. Bila membacanya nampak bukan main lagi hebatnya mereka hendak memaparkan kononnya Kerajaan Terengganu tidak cakna terhadap rakyatnya, atau bahasa paling mudahnya, Kerajaan Teregganu ni kerajaan tak boleh harap la kononya. Kesusahan hidup yang di alami oleh keluarga tersebut merupakan contoh klasik tentang betapa malangnya nasib mereka telah ibu bapa anak-anak itu bercerai berai. Tapi bertambah lagi malang mereka jika tidak ada pembelaan. Dan keluarga ini telah mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada kerajaan. Terpulanglah kepada mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka telah kerajaan memberikan bantuan yang selayaknya.

Sebalik berita oleh laman web ciplak ini yang kelihatan seronok dibaca oleh hati-hati yang 'hijau' dengan 'fitnah' rupanya, mereka secara tak sedar telah 'meludah ke langit' tapi kemudian ludah mereka itu jatuh ke muka mereka sendiri. Nak jadi cerita, rupa-rupanya keluarga ini tinggal di kawasan wakil rakyat dari parti hijau itu sendiri. Khabarnya juga, rumah wakil rakyat parti hijau itu terletak tidak jauh dari rumah keluarga yang malang itu. Aduhhh!..... memang bertambah malang la keluarga tersebut kerana wakil rakyatnya sendiri memang dah 'malang' dari parti yang 'malang'



Baca cerita penuh di

http://www.ganulening.net/ Tajuk: Wahid Endut Makan Gaji Buta