Thursday, November 30, 2006

Salib Di bumbung KUSTEM





KUSTEM..... Kolej Universiti yang baru di Terengganu. Lokasinya terletak di hadapan kampus sementara Universiti Darul Iman. Sesiapa yang pergi ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai tentu akan melalui di hadapannya. Sebagai kolej yang baru beberapa tahun beroperasi, bangunannya memang nampak canggih, sesuai sebagai kolej yang menawarkan pengajian sains dan teknologi.

Malangnya ada sesuatu yang kurang enak rupanya tentang bangunan KUSTEM ini. Macam mana perkara begini boleh terlepas. So... tindakan segera mesti diambil untuk membaiki keadaan itu. Tentunya bukan menjadi masalah yang besar untuk mengubahsuai semula bumbung bangunan tersebut, supaya tidak lagi menimbulkan fitnah. Cuma, tak payah la kot kena buat tunjuk perasaan. Kepada pegawai-pegawai JKR negeri Terengganu segeralah bertindak.... jangan buat malu orang Terengganu!

No comments: