Wednesday, November 29, 2006

Komen Daripada Orghe Dale

Hari ini aku dah pindahkan cerita "Dikir Barat Di Balai Islam" ke blog Siapa Nak Jawab? Blog ini aku cadang untuk paparkan apa-apa saja cerita yang menimbulkan persoalan. So.. ini komen yang pertama diterima untuk cerita tu, oleh kerana komen itu berada di blog aku yang lama maka aku pastekan di sini.


Terima kasih kepada Orghe Dale!

Orghe Dale has left a new comment on your post "DIKIR BARAT DI BALAI ISLAM?":

Bagi rakyat Kelate, Dikir Barat tidak pernah sinonim bagi perkara yang tak senonoh. Dikir Barat itu hakikatnya neutral. Tertakhluk kepada pengamalnya sahaja yang akan menentukan hala tuju dikir barat itu sama ada ke arah lagha atau ibadat. Saya tak salahkan PAS sebab UMNO sememangnya notorious bab kalu anjur hiburan, selalu sahaja memandang enteng kod etika persembahan dalam konteks adab & tatasusila Islam. Maka, selalu sahaja ada perkara perkara yang menyebabkan ramai orang awam tidak senang dari program hiburan yang ditaja UMNO. Yang saya nampak di Kelantan, PAS sekurang kurangnya ada kod etika persembahan hiburan. Termaktub dengan jelas dalam Enakmen Hiburan Negeri. Antaranya tak boleh mencarut, tak boleh berduet berlainan jantina, tak boleh berpakaian mencolok mata, tak boleh hantar mesej tak senonoh atau sia sia. Mesti ada mesej nasihat dan sebagainya. Maka, jelas sekali dalam hal ini, tiada masalah skalipun jika dikir barat diadakan di Balai Islam asalkan kod etika tersebut dipatuhi. Persoalannya sekarang, jika UMNO buat dikir barat, bolehkah dijamin " halal " ? Adakah UMNO boleh mengadakan dan mematuhi kod etika hiburan yang berdasarkan Islam yang paling asas ? Mesti ada. Takkan tak ada kot. Pak Lah dah perkenalkan Islam Hadhari. He surely has something to offer in this matter. Takkan nak kalah ngan PAS ? Kalau UMNO boleh adakan kod etika, saya yakin PAS pun tak akan berbunyi suara kalau UMNO nak buat dikir barat kat laman masjid skalipun ! Maaf, saya bukan penyokong PAS dan juga bukan penyokong UMNO. Saya akan sokong sesiapa, asalkan nampak keikhlasan dalam perjuangan, lebih lebih yang menyentuh martabat Islam. Yang jelas, saya ini jenis gemar menyaksikan telatah orang politik dan tersenyum sendiri. He he


Posted by Orghe Dale to ||Orghe Luar|| at November 29, 2006 6:57:00 PM MYT

No comments: