Semenjak dua menjak ni, seluruh Kelantan memanjang ada expo atau karnival perdagangan. Macam-macam tajuk expo atau karnival telah dipaparkan sebagai banner. Walau apa pun expo/ karnival yang diadakan satu perkara saja yang tak boleh ditinggalkan iaitu perkataan 'ISLAM' mesti ada dalam tajuk banner tu. Walaupun orang yang berniaganya puak-puak hok tuloo belako. Pergilah ke mana-mana pun di setiap tempat diadakan expo, yang berniaga orang yang sama, lebih kurang dengan yang berniaga kat pasar-pasar malam. Kalau sesiapa yang perasan, bila kita lalu di sekitar stadium, hampir setiap bulan adaaaa saja expo yang diadakan. Pendek kata yang dapat kontrak pasang khemah tu hampir-hampir tak payah bukak khemah, kerana lepas satu expo datang lagi satu expo.
Sekarang ni Kota Bharu sudah bergelar KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM, tapi seperti yang dikatakan oleh pimpinan negeri, nama itu hanyalah sekadar gelaran sahaja. Bagi saya gelaran itu hanyalah sekadar nak 'sedap mulut' kechek jahhh! Nak suruh bunyii Islam, mugo 'gelarr' jah keiii!..... ikutlah puak muuuu, bak kata Tan Sri P. Ramlee "hantam sajalah Labuuu!" Sedar tak sedar sudah genap setahun rupanya Kota Bharu bergelar bandaraya Islam.
Sempena genap setahun Kota Bharu bergelar bandaraya Islam, tentulah ada macam-macam acara diadakan dan yang wajib ialah expooooo. Tak cukup sekitar stadium, kali ni Balai Islam juga dijadikan tapak expo cuma bagi nama grand sikit.... KARNIVAL HALAL KELANTAN. Aku malam ini baru berkesempatan untuk pergi tengok-tengok apa yang ada kat sana. Tapi dah boleh agak la kan apa yang ada.... setakat nak beli sos, karipap, roti canai segera tu boleh laa. Cuma yang istimewa sikit, bila malam ada persembahan dikir barat. Malam ni penyanyi undangannya pendikir tersohor Kelantan, iaitu Megat Nordin dan Jemi Bukit Marak. Aku pun lepak la kejap tengok, tambahan pulak 'ore rhumoh' tak biasa tengok dikir live macam ni.


2 comments:
Kawe tolong pastekan komen Orghe Dale
Orghe Dale has left a new comment on your post "DIKIR BARAT DI BALAI ISLAM?":
Bagi rakyat Kelate, Dikir Barat tidak pernah sinonim bagi perkara yang tak senonoh. Dikir Barat itu hakikatnya neutral. Tertakhluk kepada pengamalnya sahaja yang akan menentukan hala tuju dikir barat itu sama ada ke arah lagha atau ibadat. Saya tak salahkan PAS sebab UMNO sememangnya notorious bab kalu anjur hiburan, selalu sahaja memandang enteng kod etika persembahan dalam konteks adab & tatasusila Islam. Maka, selalu sahaja ada perkara perkara yang menyebabkan ramai orang awam tidak senang dari program hiburan yang ditaja UMNO. Yang saya nampak di Kelantan, PAS sekurang kurangnya ada kod etika persembahan hiburan. Termaktub dengan jelas dalam Enakmen Hiburan Negeri. Antaranya tak boleh mencarut, tak boleh berduet berlainan jantina, tak boleh berpakaian mencolok mata, tak boleh hantar mesej tak senonoh atau sia sia. Mesti ada mesej nasihat dan sebagainya. Maka, jelas sekali dalam hal ini, tiada masalah skalipun jika dikir barat diadakan di Balai Islam asalkan kod etika tersebut dipatuhi. Persoalannya sekarang, jika UMNO buat dikir barat, bolehkah dijamin " halal " ? Adakah UMNO boleh mengadakan dan mematuhi kod etika hiburan yang berdasarkan Islam yang paling asas ? Mesti ada. Takkan tak ada kot. Pak Lah dah perkenalkan Islam Hadhari. He surely has something to offer in this matter. Takkan nak kalah ngan PAS ? Kalau UMNO boleh adakan kod etika, saya yakin PAS pun tak akan berbunyi suara kalau UMNO nak buat dikir barat kat laman masjid skalipun ! Maaf, saya bukan penyokong PAS dan juga bukan penyokong UMNO. Saya akan sokong sesiapa, asalkan nampak keikhlasan dalam perjuangan, lebih lebih yang menyentuh martabat Islam. Yang jelas, saya ini jenis gemar menyaksikan telatah orang politik dan tersenyum sendiri. He he
Posted by Orghe Dale to ||Orghe Luar|| at November 29, 2006 6:57:00 PM MYT
Pemuda UMNO Malaysia baru habis buat Festival Dikir Barat di IKBN Bachok. Semua pasukan yang bertanding membawakan lagu-lagu yang bertemakan 'Budi Bahasa Budaya Kita' Tahniah kepada pasukan Sabah yang menjadi johan.
Semua pasukan dikir mempersembahkan lagu-lagu yang menyeru kita mengamalkan budi bahasa sebagai amalan hidup.
Kalau persembahan dikir barat yang diadakan 'bawah khemah' tak tau laa! Mugo sekalo, puak-puak dikir ni bila koho tengah male, Tukang Karutnyo koho mengaruttt... nak buat guano, nama lagi tukang karuttt... :-)
Post a Comment