Sunday, March 4, 2007

Nik Aziz Nak Jadi MB Sampai Mati


Print
Written by Wak Long
Friday, 02 March 2007

Walaupun keadaan Nik Aziz semakin uzur, beliau masih lagi nak jadi MB kalau boleh sampai mati.


DULU masa Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau mahu berhenti menjadi Perdana Menteri, puak Pas kata beliau bersandiwara. Puak Pas tak percaya dengan apa yang diucapkan Tun. Rata-rata puak Pas yang sengaja nak ambil tahu pasal rumah tangga orang beranggapan bahawa Tun akan menjadi PM sampai mati. Kesimpulan itu dibuat selepas mereka melihat banyak tindakan dan langkah yang drastik yang dilakukan Tun selama menjadi PM.

Bagi Wak, Wak sedikit pun tak hairan masa puak dia buat tuduhan begitu. Sebabnya mudah, mereka memang tidak boleh percayakan orang sebab mereka rasa bahawa hanya mereka sahaja yang betul. Jadi mereka percayalah bahawa Tun tak akan berhenti. Biasalah, Pas ini menyangka bahawa orang lain itu sama dengan mereka. Bermain politik secara tidak bijak dan tidak matang.

Rakyat kita tahu bahawa Tun adalah seorang negarawan yang mempunyai prinsip dalam setiap keputusan yang dibuat dan apa yang dicakapkan Tun itu telah menjadi kenyataan apabila beliau menyerahkan kuasa sebagai PM kepada Pak Lah. Yang Wak nak sentuhnya ialah Tun sudah meletak jawatan sebab Tun merasakan bahawa dirinya sudah lama dan mahu memberi peluang kepada orang lain pula memimpin negara. Tetapi bagaimana pula dengan pemimpin Pas.

Nik Aziz misalnya, baru ini ada wartawan tanya dia di Kelantan apakah dia akan bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang. Nik Aziz sendiri tak berani nak bagi kenyataan yang tepat sama ada akan bertanding atau sebaliknya. Biasalah jawapan politik puak dia bahawa soal bertanding itu adalah “keputusan parti”. Maka Nik Aziz pun tak bagi keputusan. Dengar pada dia jawab, Wak nampak Nik Aziz nak lagi bertanding. Mana tak mahu bertanding. Dah jadi MB, gaji besar tu. Lagi pun jadi MB Kelantan ini makan gaji buta. MB Kelantan tak buat apa-apa. Wak ingat lagi kata seorang kawan yang selalu jumpa Nik Aziz.

Kata kawan Wak, Nik Aziz ini memang tak suka mesyuarat. Maklumlah dia tu jenis dok tahu colour (tak tahu amenda satu). Jadi tak hairanlah apabila satu masa dulu, dia pakai sains sahaja satu perjanjian tanpa membaca isi kandungan perjanjian itu. Maksudnya, keje MB Pas ini sangat mudah. Siang boleh tidur dan malam berceramah merata-riti. Apa susah. Jadi, kalau Nik Aziz berhenti, rugilah.


Lagi satu, puak Pas pun masih ghairah dan terus mahu memperalatkan Nik Aziz untuk mengekalkan kuasa Pas di Kelantan yang semakin mengharu-biru sekarang ini. Walaupun Nik Aziz kata bahawa calon penggantinya sudah ada, namun tak tahu bila dia akan diganti. Nik Aziz tidak mahu menyebutnya secara tepat.

Kalau Wak tafsirkan ialah kenyataan Nik Aziz itu bermaksud bahawa penggantinya itu akan menggantikannya bila dia mati nanti. Selagi tak mati, maka selagi itu beliau akan menjadi MB. Orang lain janganlah kacau. Sama ada si Husam Musa yang dah pasang angan-angan nak jadi MB atau Takiyuddin Hassan yang dah perasan dia bakal MB. Bagi Wak, pemimpin Pas memang macam tu. Mereka akan pegang jawatan sampai mati.

Sebelum ini apabila Nik Aziz sakit masuk hospital, ramai yang menyangka bahawa dia tidak akan bertanding lagi. Maklumlah sakit bukan apa, sebab dia dah tua. Patutnya dia kena berehat dah. Ingatkan masa dia kritik Tun dulu, dia akan buat benda yang sama iaitu berundur sebelum usia menjadi bertambah tua, namu apa yang berlaku sebaliknya. Nik Aziz masih kekal di kerusi MB Kelantan dan jangan harap dia nak kasi kat orang lain.

Allahyarham Fadzil Noor juga meninggal ketika beliau masih menjadi Presiden Pas. Beliau tidak berhenti. Ini pula giliran Haji Hadi. Wak rasa Haji Hadi pun akan jadi Presiden Pas sampai dia mati. Dia ni memang sedap kalau bab mengata kat orang. Kalau dengar Haji Hadi bercakap, takabaurnya tak boleh tahan. Tapi itulah Haji Hadi. Sama juga dengan Nik Aziz, dia akan menjadi Presiden Pas seumur hidup.

Maklumlah Haji Hadi sendiri tak sedar bahawa golongan muda di dalam Pas sedang peralatkannya dengan Nik Aziz. Mereka berdua sahaja yang menjadi simbol ulama dalam Pas. Yang lain sekular belaka. Jadi kalau tanpa Nik Aziz, maka Pas akan pincang. Maka kekallah mereka sebagai simbol di dalam Pas sampai ke mati.

Bagi Wak, itulah bukti bahawa pemimpin Pas sebenarnya sangat gilakan kuasa. Mereka tamak walaupun apabila berceramah, mereka dengan tidak malu langsung menyatakan bahawa pangkat, darjat dan jawatan adalah duniawi sahaja. Ia tidak boleh bawa ke mati kata mereka.

Jadi, hari ini kita lihat Pas dipimpin oleh mereka yang tua. Jadi Wak tak hairan langsung bila Pas kini sudah tidak relevan lagi. Lagi pun Haji Hadi tu bukannya orang dalam Pas hormat sangat. Masa muktamar agung Pas, puak Pemuda Pas belasah dia cukup-cukup. Namun Haji Hadi dengan muka tak malunya, buat bodoh saja. Tapi biasalah bagi ulama takabur dan ulama politik seperti Haji Hadi, dia tak boleh terima teguran. Dia hanya nak terima pandangan dia sahaja.

Jadi, kita jangan hairan bila selepas ini lebih banyak lagi kenyataan yang berbelit-belit pemimpin Pas akan buat terutama Nik Aziz dan Haji Hadi. Bagi Wak, tak timbul lagi soal Nik Aziz dan Haji Hadi bertanding atau tidak kerana kedua-duanya sudah tamat tempoh (expired) di kala Pas sendiri sudah tidak relevan. Jadi, apa pun keputusan mereka, rakyat dah tak percaya kepada mereka. Yang sandiwara sebenarnya ialah mereka. Mana tidaknya, pilihan raya Batu Talam mereka boikot konon SPR tak telus tapi bila dah ada aura-ura nak diadakan pilihan raya umum, mereka yang mula-mula sekali gila nak bertanding.

Jadi faham-faham siapa yang gila kuasa sebenarnya.

Last Updated ( Friday, 02 March 2007 )

http://www.ganulening.net/

****************************************************************

p/s

Teringat semasa hari-hari persaraan Tun Mahathir sebagai PM dahulu, bukan main lagi hebohnya puok-puok PAS kata Tun Mathir hanya bersandiwara. Semasa tempoh peralihan kepimpinan negara secara rasmi ketika itu, macam-macam ramalan yang dilakukan dan bagi puok-puok PAS, secara bersungguh-sungguh mereka meramalkan Tun Mahathir akan menarik balik pengumuman untuk bersara sebagai PM. Sebenarnya itulah yang PAS inginkan kerana sekian lama mereka dok berceramah sana-sini mengatakan Tun Mahathir sudah terlalu lama menjadi PM dan hendak jadi PM sampai mati. Setiap kali ceramah mereka akan melaungkan supaya sudah sampai masanya Tun Mahathir untuk bersara.

Pada suatu petang di perhimpunan keramat umat Melayu, Tun Mahathir mengumumkan persaraan beliau. seluruh anggota UMNO tersentak. Dalam kekalutan itu puok-puok PAS tumpang terkedu! Tempoh peralihan kuasa kemudiannya berjalan dengan lancar.

Hok kawe dok teringat sampai hari ni ialah apabila mendengar kenyataan / ulasan Nik Aziz dalam berita TV terhadap persaraan Tun Mahathir itu. Apabila ditanya oleh pemberita adakah dia juga akan bersara, dengan 'selambee' Nik Aziz menjawab

"Kito jadi Menteri Besar, sekak-sekak orghe nok!"
(terjemahan: Saya jadi Menteri Besar, selagi orang inginkan)

Masa dengar ghapo Nik Aziz roghyak tu, terdetik dalam hati kawe.....

"huuuu.... lagu mano pulok, kalu haloh ko orghe buke main lagi kato, Tun Mahathir nok jadi PM sampai mapuhh ko! Bilo haloh ke diri sendiri, relex jah kato lagu tu"

Lagu tu la.... sampai hari ni. Nik Aziz memang jenis tak khaba, dia sebenarnya sudah patut bersara.


7 comments:

Anonymous said...

Biasalah tu webmaster,samalah seperti sahabat Nabi iaitu Saidina Abu Bakar,Uthman dan Ali..Nabi Muhammad pun tidak terkecuali.Kenapa mereka terpilih,disebabkan mereka lebih beriman dari yang lain.Saya nak tanya blogger ni pernah tak jumpa Nik Aziz?Kalau jumpa dia,barulah tau kenapa dia layak jjadi MB sampai mati.

Tidak seperti Tun Dr Mahathir.Setelah dia mendapati semua kepentingannya terjamin seperti wang yang banyak,dapat mahligai,bot dan sebagainya barulah beliau berhentiTidak terkecuali kepentingan kroni2 dan anak2nya.Klaau tidak,mustahil beliau akan berhenti.


Cuba lihat Nik Aziz,Zuhud orangnya.Tidak kaya seperti Dr.Mahathir.Jadi terdapat perbezaan antara Tun Dr.Mahathir dan Nik Aziz sebab itulah lain ceritanya.ok.

Unknown said...

Saudara Azmi,
Tak ada sesiapa yang nafikan Nik Aziz seorang yang warak atau kelihatan, alim, zuhud atau apa saja. Itu hal keperibadian dia.

Saya cuma nak kata.... kalau orang lain, macam-macam puak2 PAS ni kata, tapi bila kena pada diri sendiri, pandai pulak bermain kata-kata. Sekarang dah tak ada lagi terdengar dalam ceramah2 PAS pasal isu seperti sebelum Tun Dr Mahathir bersara dulu, kerana kalau cakap pasal isu ni, sahih terkena 'batang hidung' sendiri.

Bab siapa lebih kaya... yang tu kalau nak banding, payahlah hidup ni saudaraaa. Adakah kerana rumah Nik Aziz rumah kayu, maka kita semua patut robohkan rumah batu kita dan buat rumah kayu juga. Emmm..... sekurang-kurangnya Nik Aziz selesa menyandar dalam kereta berharga 1/2 juta (besar gak nafsu dia, agaknya la)

Orang dalam pimpinan kerajaan negeri kelantan sebenarnya memang inginkan Nik Aziz jadi menteri besar sampai mati, kerana senang sikit kerja mereka. Nik Aziz bukan ambik tau pun apa yang mereka buat, sebab tu la habis hutan kat Lojing gondol. Hutan lojing gondol pasal semua orang selepas Nik Aziz bermaharajalela, Nik Aziz tak sedar pun, pasal dia memang tak pernah ambik tau pun.

Kalau tengok berita pukul 8 tadi, kita dapat tengok macam mana Nik Aziz terkebil-kebil bila ditanya pasal kes Lojing. Dan seperti biasa Husam pun cepat-cepat jawab.... selamatlah puak-puak dia, pasal puak-puak dia la yang lebih maklum apa yang sebenarnya berlaku di Lojing

p/s
teringat cerita kes kelulusan kawasan balak yang ditandatangai oleh Nik Aziz 20,000 ekar saja, tapi selepas dia tanda tangani, puak-puak dia tambah lagi satu angka 0. (banyak bezanya tu bila bertambah satu lagi angka '0'), dan seperti biasa Nik Aziz tak sedar pun apa yang pegawai-pegawai dia dah buat.

Saudara.... rumah saya dekat je dengan rumah Nik Aziz.

Anonymous said...

Soal kereta Nik Aziz tu saya tak tengok lagi,Kalau tak silap Mercedes buruk je tu(nanti saya check balik).

Bukan apa nak bandingkan siapa yang lebih kaya,tetapi untuk menjelaskan perbezaan situasi antara Nik Aziz dan juga Tun Dr. Mahathir.itu sahaja.

Pasal Lojing Gondol itu nanti kita tengok sebab PAS ada hasrat nak saman The Star kerana berita tersebut.Sama-sama kita tunggu.

Pasal sebab apa diorang nak Nik Aziz jadi MB sampai mati,itu saya tak tau,sebab say orang Terengganu,bukan Kelantan.

Unknown said...

"Mercedes burukkkkkk!..... mana layak MB pakai mercedes buruk dik....

Saya bukanlah nak dengki Nik Aziz pakai kereta apa pun... Nik Aziz pun manusia jugak.... ada nafsu jugakk!

Cumanya... bila Pak Lah arahkan supaya semua kereta rasmi menteri-menteri termasuklah kereta rasmi PM sendiri ialah Proton Perdana,... kat Kelantan pulak kerajaan Negeri beli mercedes sebagai kereta rasmi untuk MB dan exco-exco kerajaan negeri. Nik Aziz punya 1/2 juta lebih sebijik! Saya bukan la tau pasal kereta mercedes ni... tapi model yang dia pakai tu khabarnya harga cam tu la.

Sebenarnya... tak dak hal la Nik Aziz atau exco-exco Kelantan nak pakai kereta apa pun... kerana bagi saya.... mereka semua adalah manusia jugakk..... sama ada nafsu!
terlebih terkurang tu..... adat la... manusia katakan. Selagi bernama manusia cam tulahh, pasal tak ada sesiapa yang 'maksum'

Anonymous said...

its so sad to see how naive u people are.. just believing whatsoever fed to u in the news!! logging is actually under the responsibility of anuar musa.. again i repeat Anuar Musa and sekutu2 UMNO!!!he's so chicken out now.. that we can't even hear his voice.. those of u who has only been spoon fed with infi from the news.. anuar musa is the orang kuat umno in kelantan.. n he has always dreamt of being the next MB kelantan if say UMNO wins!!.. so you loyal UMNO fans!! keep on la doing what ever that u've always been doing.. but at least try to get the story right!!

Unknown said...

to Anonymous...kalau tak de nama ni sekalo jenis 'mugo' ni... :)

so whatttt?..... aku orang UMNO!
Dalam hidup aku (didunia) setakat ni tak pernah mintak tolong dengan orang PAS!

Siapa nak jadi MB Kelantan?... Aku tak kisah siapa, asalkan dia manusia, bukan 'mugo'. Aku cuma nak tulis apa yang aku fikir sahaja.

Apa yang betul... apa yang salah, siapa yang betul... siapa yang salah.... hanya Allah sahaja yang mengetahuinya!

Kerana bagi aku... 'tiada apa pun yang MUTLAK di dunia ini"

Anonymous said...

shifu67,
kalau ko ade masa , pegila kelantan, pegi rumah nik aziz, ko jumpe dia, ko tnya dia, rumah dia takde pagar apa2, sapa2 boleh masuk. dulu ada paderi kristian yg baru peluk islam pun masuk. Ni tak, macam budak2,jerit mcm pengecut dalam blog, nk jumper jauh sekali, bukan jauh sgt nik aziz tu, nik aziz bukan duduk 1000 tahun perjalanan cahaya ke galaksi lain, tapi duduk dalam malaysia,ko gilar jumper dia. yang ko tabur fitnah 'sampai nak mati' tu aper?, ko ni teringin nak jadi Tuhan ke nk tetapkan orang tu nk mati biler?...