
Semenjak dua menjak ni, seluruh Kelantan memanjang ada expo atau karnival perdagangan. Macam-macam tajuk expo atau karnival telah dipaparkan sebagai banner. Walau apa pun expo/ karnival yang diadakan satu perkara saja yang tak boleh ditinggalkan iaitu perkataan 'ISLAM' mesti ada dalam tajuk banner tu. Walaupun orang yang berniaganya puak-puak hok tuloo belako. Pergilah ke mana-mana pun di setiap tempat diadakan expo, yang berniaga orang yang sama, lebih kurang dengan yang berniaga kat pasar-pasar malam. Kalau sesiapa yang perasan, bila kita lalu di sekitar stadium, hampir setiap bulan adaaaa saja expo yang diadakan. Pendek kata yang dapat kontrak pasang khemah tu hampir-hampir tak payah bukak khemah, kerana lepas satu expo datang lagi satu expo.
Sekarang ni Kota Bharu sudah bergelar KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM, tapi seperti yang dikatakan oleh pimpinan negeri, nama itu hanyalah sekadar gelaran sahaja. Bagi saya gelaran itu hanyalah sekadar nak 'sedap mulut' kechek jahhh! Nak suruh bunyii Islam, mugo 'gelarr' jah keiii!..... ikutlah puak muuuu, bak kata Tan Sri P. Ramlee "hantam sajalah Labuuu!" Sedar tak sedar sudah genap setahun rupanya Kota Bharu bergelar bandaraya Islam.
Sempena genap setahun Kota Bharu bergelar bandaraya Islam, tentulah ada macam-macam acara diadakan dan yang wajib ialah expooooo. Tak cukup sekitar stadium, kali ni Balai Islam juga dijadikan tapak expo cuma bagi nama grand sikit.... KARNIVAL HALAL KELANTAN. Aku malam ini baru berkesempatan untuk pergi tengok-tengok apa yang ada kat sana. Tapi dah boleh agak la kan apa yang ada.... setakat nak beli sos, karipap, roti canai segera tu boleh laa. Cuma yang istimewa sikit, bila malam ada persembahan dikir barat. Malam ni penyanyi undangannya pendikir tersohor Kelantan, iaitu Megat Nordin dan Jemi Bukit Marak. Aku pun lepak la kejap tengok, tambahan pulak 'ore rhumoh' tak biasa tengok dikir live macam ni.

DIKIR BARAT DI BALAI ISLAM????. Haaa! bab ni yang rasa pelik sikit ni. Cuba bayangkan kalau benda ni puak-puak UMNO atau sesiapa yang berkaitan dengan UMNO yang buat, agaknya apa cerita? Barangkali habislah segala kata keji, umpat, caci yang akan keluar dari puak-puak PAS. Aku rasa, silap-silap ada yang buat tunjuk perasaan kerana buat dikir barat di BALAI ISLAM. Tentu akan dipasang banner ditepi-tepi jalan.... "UMNO MENCEMAR BALAI ISLAM", "UMNO BUAT MAKSIAT" atau sebagainya. Tambahan pulak Balai Islam ni terletak di sebelah pejabat Majlis Agama Islam Kelantan. Barangkali juga akan dibahaskan dengan hangatnya di Dewan Undangan Negeri. Bayangkan juga apa yang akan kita baca di Harakah, fuhhh! barangkali ada la yang kata "masuk nerakoo belako puok-puok UMNO niii!

Kalau dulu, Nik Aziz haramkan dikir barat, kerana ni semua maksiat belako!, duniooo belako!.... tak tau nak kata ghapo la kewe. Tapi barangkali kes karnival ni Karnival Halal Kelantan, maka semuanya dah jadi halal la kot. Mudohhh... mudohh.... asal ada bunyi Islam jah, maka berehhh belako. Lagu tu la nok rhoyaknyoo, kalau orang buat.... maksiat, kalau demo buatttt..... halallll! Padahal yang betepuk tangan dan yang menyanyi hok orghe tuloo jah... Megat Nordin jugoooo. Aku dalam hati senyum sendiri saja laaaa... sekali lagi nak kata, "Hantamm saja la Labuuu" atau pun boleh la kita kata, "ikut muuu la Nik Azizzzzz!"