Tuesday, October 2, 2007

Gelagat Nik Aziz

Pada 2 - 3 Ogos yang lalu.... PM datang ke Kelantan. Tanpa begitu banyak publisiti, kedatangan PM kali ini bukan sebarangan.

Sedar atau tidak sedar..... PM telah melancarkan beberapa projek yang sangat bermakna bagi rakyat Kelantan.

Yang paling utama ialah.... Pembinaan satu lagi jambatan merentangi sungai Kelantan. Jambatan ini akan di bina di atas jambatan yang sedia ada.... atau pun jambatan bertingkat. Semoga kesulitan rakyat Kelantan untuk keluar dari Kota Bharu selama ini akan berakhir.

Yang kedua... ialah Universiti Malaysia Kelantan. Kalau jambatan ke Pasir Mas tu mungkin tidak begitu bermakna sangat bagi aku ( kerana aku tak lalu pun jambatan tu!) Tapi kemunculan Universiti Malaysia Kelantan, amat aku harapkan, sebagaimana besarnya harapan rakyat Kelantan yang lain.

Dengan adanya sebuah universiti di Kelantan..... sekurang-kurangnya, tak payahlah menghantar anak belajar di luar Kelantan. Tambahan pula tahun ini anak sulung ku akan mengahadapi SPM. Mudah-mudahan dia berpeluang belajar di UMK itu nanti!

Demikianlah..... besarnya erti kedatangan PM ke Kelantan kali ini. Cuma yang tak senang hati hanyalah Nik Aziz dan kuncu-kuncunya sahaja!

.............................................................................

Rencana dipetik daripada AlHaq, Bil 18

BILA NIK AZIZ MERAJUK.....

BURUKNYA bila orang tua merajuk. Itulah kata-kata pemerhati politik Kelantan bila Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkilan, merajuk dan kecil hati bila tidak dijemput ke majlis yang dihadiri oleh Perdana Menteri pada 2 - 3 Ogos lalu.

Sebabnya, semua orang tahu tentang perangai Datuk Nik Aziz. Dia akan guna pelbagai taktik bila rakyat telah membuka mata dengan sifat cakna BN terhadap negeri ini.

Ada dua gelagat dalam diri Datuk Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dia sentiasa menggunakan gelagat dua versi ini.

GELAGAT PERTAMA:
Datuk Nik Aziz mudah marah bila ditegur. MB Kelantan rasa, Adun BN takut dengan gelagatnya seperti ini.

Lihatlah sendiri bila Adun BN Bukit Tuku (Datuk Mohd Zain Ismail) tegur dalam Sidang DUN agar jangan zalimi rakyat di Repek, dia marah bukan kepalang. Macam kena rasuk hantu jadinya.

Secara spontan, MB Kelantan bingkas bangun sambil menuding ke arah Datuk Mohd Zain dan berkata: "Aku bayar..... aku bayar....."

Persoalannya: Beginikah gelagat seorang pemimpin Islam ala PAS?

Datuk Nik Aziz kena sedar, anak-anak buahnya sedang memerhatikan gelagat tok guru mereka. Jangan jadi ikutan pula nanti.... Kita bimbang Kelantan akan dipenuhi dengan generasi yang 'bekeng' tak bertempat.

Siapakah yang mengajar umpama ketam agar anaknya berjalan betul ni?

GELAGAT KEDUA:
Datuk Nik Aziz cuba cari jalan untuk mendapat simpati rakyat. Versi ini bagaikan lakonan hebat MB Kelantan.

MB Kelantan akan suka jika rakyat berkata: "Kesiannya Datuk Nik Aziz tak dijemput ke majlis Perdana Menteri"

Datuk Nik Aziz berharap, undi PAS akan bertambah melalui simpati rakyat. Sedangkan rakyat sudah sedar hakikat sebenar. Lakonan MB Kelantan ini sudah dapat dibaca oleh rakyat. Pendek kata, rakyat sudah tahu - tanpa Kerajaan Pusat, apalah yang ada di Negeri Cik Siti Wan Kembang?

Bila rakyat mula memihak kepada sifat cakna BN dan UMNO, Datuk Nik Aziz cuba memujuk dengan cara yang paling halus - melalui simpati. Datuk Nik Aziz mula kecil hati kerana tak dijemput bersama-sama Perdana Menteri merasmikan jambatan bertingkat.

Wahai MB Kelantan, tak payah kecil hati bila tidak dijemput. Ini kerana Jambatan Sultan Yahya Kedua itu dibina oleh sebuah syarikat. Dia yang jemput Perdana Menteri, tentu ada sebabnya yang tersendiri.

Mungkin syarikat itu kesian jika Datuk Nik Aziz dijemput. Bila Datuk Nik Aziz tiba di jambatan tersebut, tentu dia akan teringat kisah-kisah lama tentang jambatan yang dirasmikan Kerajaan PAS dulu, tapi tak jadi bina hingga sekarang.

Lagipun, pada masa Kerajaan PAS umum nak bina jambatan kedua dari Penambang ke Palekbang itu, pemimpin PAS cakap besar - "Tanpa bantuan Pusat pun, kita mampu buat"

Sepatutnya, Datuk Nik Aziz kena terima kasih kepada Datuk Ismail Hasan yang mendapat tender membina jambatan bertingkat itu. Sekurang-kurangnya, MB Kelantan tak ingat kisah lama tu. JANJI PAS HANYA TINGGAL JANJI SAHAJA.

Mungkin juga pihak syarikat fikir, Datuk Nik Aziz akan terkilan bila dijemput ke perasmian berkenaan. Ini kerana projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra itu bukannya janji kosong. Ianya aka disiapkan segera demi untuk kenajikan rakyat. Tanpa sebarang janji sebelum ini, tiba-tiba Kerajaan Pusat umumkan projek besar bernilai RM150 juta.

Tak kecil hatikah Datuk Nik Aziz bila lihat jambatan kedua bertingkat itu jadi kenyataan?

Tok Pendekar: GUNA ILMU MANTIK BILA BERDEPAN DENGAN MB KELANTAN

................................................................

p.s

Tak terdengar pula Nik Aziz dan kuncu-kuncunya berkata..... "ini hanyalah gula-gula pilihanraya sahaja"


1 comment:

Anonymous said...

Nak masuk rumah orang,mintak izin dulu,kenapa nak dibezakan,PM gi merata2 negeri dalam malaysia untuk rasmikan @laksanakan sesuatu projek,MBnya dijemput,kenapa kelantan tidak... berlaku adillah...