Monday, October 22, 2007

Nik Aziz berbangga kejayaan angkasawan negara.... pengarang Harakah pening!


Sejak awal lagi Program Angkasawan Negara dipersendakan atau cuba diperlekehkan oleh pengarang-pengarang Harakah. Dengan harapan para pembacanya (ahli PAS) akan dapat dipengaruhi menurut acuan yang mereka kehendaki.

Harakah sebagai wadah informasi PAS sedaya upaya cuba membuat ulasan dan gambaran bahawa program tersebut hanyalah gimik kerajaan atau Barisan Nasional sahaja.

Pengarang-pengarang mereka yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan pun tentang hal-hal yang berkaitan dengan angkasa terus memperbodohkan diri mereka dengan menulis secara 'merapu' tentang program tersebut.

Mereka cuba untuk 'memperbodohkan' minda pembaca mereka supaya setaraf dengan 'kebodohan' mereka itu. Malangnya, tidak mungkin seluruh ahli PAS sebegitu 'bodoh' untuk terus 'mengangguk kepala' sahaja dengan tulisan-tulisan mereka.

Sejak bertolak ke angkasa hinggalah kembali semula ke bumi.... sebaris ayat pun tidak terpapar di Harakah bahawa program yang memakan belanja besar ini juga akan memberikan impak yang besar terhadap peningkatan 'keilmuan' sains angkasa.

Malam ini.... barangkali para pengarang Harakah barangkali sedang pening, bagaimana hendak menulis selanjutnya tentang Program Angkasawan Negara ini!

Mengapa saya katakan begitu?...... malam ini Berita TV3 menyiarkan ucapan tahniah terhadap angkasawan negara oleh Nik Aziz. Dengan bangganya Nik Aziz berkata, beliau bersyukur dengan pencapaian angkasawan negara itu. Ternyata Nik Aziz tidaklah 'sebodoh' pengarang-pengarang Harakah. Beliau berkata... walaupun hanya menumpang kapal angkasa negara lain, beliau tetap bersyukur dengan kejayaaan negara itu.

Secara jelasnya.... para pengarang Harakah patut sedar bahawa penulisan mereka sebelum ini patut 'dibakul sampahkan' kerana, jelas penulisan mereka itu tidak dapat diterima oleh Nik Aziz sendiri.

Menariknya.... bagaimana agaknya para pengarang Harakah hendak menulis lagi tentang Program Angkawan Negara ini? Jika mereka meneruskan gaya penulisan sebelum ini.... sudah tentu tidak selari dengan apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka sendiri.

Para pengarang Harakah patut merasa 'malu' dengan penulisan mereka sendiri. Jika Nik Aziz pun tidak dapat menerima apa yang mereka tulis, apatah lagi orang lain!

Mereka telah memalukan seluruh ahli PAS dengan gaya penulisan yang penuh dengan muslihat hendak memburuk-burukkan kerajaan walau dengan apa cara sekali pun. Namun rasanya ahli PAS bukanlah 'sebodoh' yang mereka fikirkan. Maka mereka sepatutnya berhenti menghasilkan penulisan yang akan menggambarkan 'kebodohan' dan 'kedunguan' mereka sendiri. Itu pun kalau mereka tahu erti 'malu'.

.....................................................................................................
p/s
jangan pula nanti ada yang mengatakan kenyataan Nik Aziz dalam berita TV3 malam ini adalah berita palsu.

1 comment:

Anonymous said...

itulah kebenaran ucapan seorang tok guruku