Tuesday, October 30, 2007

Antara Merancang dengan Melaksana

KORIDOR EKONOMI TIMUR VS KORIDOR DEPU


Semalam dan hari ini Pak Lah telah hadir ke tiga buah negeri Pantai Timur untuk melancarkan Rancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang merangkumi Pahang, Terengganu, Kelantan dan daerah Mersing, Johor.

Saya tidak hendak mengulas tentang ECER, kerana maklumat tentangnya boleh diperolehi di mana-mana sahaja.

Saya cuma hendak menulis sedikit tentang apa yang saya 'rasa' dan 'fikir' tentang kehadiran ECER di Kelantan.

Nik Aziz yang terkenal bijak bermain dengan 'kata-kata' buat pertama kalinya (barangkali?) berucap di hadapan pemimpin negara (pemimpin UMNO/BN) barangkali merasa sangat bangga. Apa taknya.... siap berpantun-pantun lagi!

Antara 'point' utama ucapan Nik Aziz yang menarik perhatian saya ialah seperti berikut.....

Saya sempat juga mengikuti senarai projek-projek raksasa yang ada terkandung di dalam pelan induk yang disebut-sebut akan menelan perbelanjaan berjumlah RM112 bilion ini.

Antara lain ia akan memuatkan sebuah Universiti yang telah beberapa kali dilancarkan, Lebuh Raya Pantai Timur, Jeti di Tok Bali dan usaha untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai pusat penerbangan untuk rantau Asia Tenggara, termasuklah keinginan yang kuat untuk memunculkan satu kelas perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Alhamdulillah, semua cadangan ini telah lama dikenalpasti dan menjadi sebahagian dari Pelan Jangka Panjang Pembangunan Strategik Negeri Kelantan yang telah kami dokumenkan dan tandatangani sejak 2 Mei 2000; kira-kira 7 tahun yang lalu.

Apa yang saya hendak katakan ialah... itulah bezanya antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Kelantan.....

Semua orang boleh 'merancang' tetapi bukan semua orang boleh 'melaksanakan' apa yang dirancang.

Rakyat Kelantan sebenarnya sudah sedia maklum dengan kemampuan Kerajaan Negeri yang hanya sekadar merancang dan 'mendokumenkan' perancangan mereka tetapi apa yang dirancang hanya tinggal berdebu di dalam fail sahaja.

Oleh kerana itu rakyat Kelantan sebenarnya tidak pernah pun ambil kisah apa yang 'dirancang' oleh Kerajaan Negeri kerana...... "emmmm, tau dohhh jadi guano!"

Bukan sedikit 'papan tanda atau 'batu Asas' tentang perancangan pembangunan kerajaan Negeri yang hanya tinggal papan tanda atau batu asas sahaja.

Kerajaan pimpinan Ulama di Kelantan hanya bijak merancang dan kemudian mengadakan majlis pelancaran di sebelah siang, kemudian menjajanya di ceramah-ceramah pada malamnya untuk beberapa minggu, kemudian mereka sendiri tak ingat apa yang mereka rancang dan lancarkan!

Contoh paling mudah ialah projek pembinaan jambatan menyeberangi sungai Kelantan. Sehingga kini sebatang tiang pun belum dipacak lagi. Tugu 'batu asas' semasa pelancarannya pun sudah hilang ditelan belukar.

Sebaliknya Kerajaan Pusat membina dua jambatan baru sepanjang tempoh itu dan kini dalam proses membina yang ketiga di atas jambatan sedia ada.... menjadikannya jambatan bertingkat 'yang pertama' barangkali di Malaysia.

'Point' kedua yang menarik dlam ucapan Nik Aziz ialah tentang kecurigaannya tentang perbelanjaan besar untuk melaksanakan ECER.

Menyentuh tentang peruntukan yang mencecah RM112 bilion untuk ECER, RM177 bilion lagi untuk Koridor Utara dan RM47.6 bilion lagi di Wilayah Pembangunan Iskandar, rakyat menjadi sedikit kagum dengan jumlahnya.

Semakin hairan mereka apabila duit yang diisytiharkan ini boleh menjangkau Rancangan Malaysia ke 9, 10 dan boleh pergi sejauh RMK sebelas.

Apapun, jika duit ini memang ada dan tidak menjadi masalah, maka kita perlu mengucapkan sebesar-besar syukur. Alhamdulillah, syabas.

Secara mudahnya... Nik Aziz seperti tidak percaya tentang kemampuan Kerajaan Pusat untuk menyediakan peruntukan bagi menjayakan projek tersebut.

Barangkali apa yang dirancang oleh Kerajaan Pusat itu umpama lirik lagu... "tak tercapai di akal muuuu...."

Memang "tak tercapai di akal muuuu...." sungguhlah kerana Nik Aziz hanya membandingkannya dengan 'Projek Kambing Jamnapari' dan 'Kelantan Koridor Depu'

Kesian Nik Aziz... kerana dalam ucapannya dimajlis bersejarah itu memperlihatkan dengan jelas, dia tidak faham pun apa yang akan berlaku 10 hingga 20 tahun akan datang di Kelantan.

Dan akhirnya dia hanya berbangga dengan slogan kosong mereka selama ini 'Membangun Bersama Islam' yang dizahirkan dengan membina beberapa tiang yang diletakkan rehal Al-Quran di Kota Baru, Bandar Raya Islam yang pertama di dunia!
Anak Cina memetik selasih
Anyam rotan dibuat timba
Tiada yang indah dalam berkasih
Mimpikan bulan jatuh ke riba
Demikianlah antara pantun Nik Aziz..... rupa-rupanya orang kuat parti 'bulan' ini sendiri pun hanya mampu 'bermimpikan' bulan jatuh ke riba!

...................................................................................................
p/s
Biarkanlah orang parti 'bulan' terus 'bermimpi' bulan jatuh ke riba.... walaupun 'bulan' itu hanya indah dipandang dari jauh sahaja, tapi kalau tengok dekat.... huuuu!
Biarkan....! biarkan....!

No comments: