Monday, May 7, 2007

PAS curiga terhadap Anwar Ibrahim


Artikel yang tersiar di Harakah Daily hari ini merupakan antara beberapa artikel yang membuktikan bahawa PAS sangat mencurigai Anwar Ibrahim. Mencurigai Anwar Ibrahim bermaksud PAS tidak sebulu dengan PKR.

Sudah tidak dapat disangkal lagi kempen pilihanraya Ijok baru-baru ini telah membuka tembelang perhubungan yang berpura-pura anggota BA.

Buatlah penafian yang bagaimana sekali pun, keluarkanlah hujah paling bernas sekali pun.... jangan fikir orang terlalu tolol untuk memahami bahawa antara PAS + PKR + DAP = BA, bukannya Barisan Altenatif tetapi mereka adalah Barisan Alasan, yang saling mencurigai dan tidak boleh diharap.

Implikasi bila Anwar marahkan Khairy
Sayuti Omar
Sun | May 06, 07 | 05:13:04 PM

Antara seribu kejadian dan peristiwa di Ijok yang paling menarik ialah apabila Anwar Ibrahim menyerang dan Mohd membelasah Khairy Jamaluddin.

Walaupun serangan itu bersifat politik dan perlu dinilai dari sudut politik, ia tetap mengejutkan. Selama ini Anwar tidak pernah menyerang atau mengatakan Khairy seteruk itu.

Kalau pun beliau menyebut tentang Khairy tetapi masih berlapik dan sipi-sipi saja. Tetapi serangan malam terakhir kempen pilihan raya Ijok itu berlainan.

Nampak bersungguh. Malam-malam sebelumnya tidak ada kedengaran yang Anwar membelasah atau menyerang Khairy maupun bapa mertuanya Abdullah Badawi (Pak Lah). Apa yang menjadi sasaran ialah Najib Razak saja


Dipetikdaripada
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7566&Itemid=

Kalau sebelum ini Harakah Daily telah menyiarkan artikel yang mendedahkan sebab-sebab PKR kalah di Ijok, artikel kali ini telah mengsahkan bahawa PAS tidak berpuas hati dengan tindak tanduk sahabat sebantalnya dalam BA.

Tidak dapat dinafikan juga, kerana kecurigaan itulah maka PAS membiarkan Anwar Ibrahim dengan bininya terkial-kial berkempen siang dan malam.

Pemimpin PAS yang datang ke Ijok hanyalah sekadar 'jalan-jalan cari makan' sahaja. Sekadar nak tunjuk muka atau pun sekadar berpura-pura......

PAS memang amat berkecil hati dengan PKR kerana tidak menyokong 'idea paling bernas' Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, supaya memulaukan atau memboikot pilihanraya seperti yang mereka lakukan di Batu Talam.

Perbuatan PKR itu telah menghina seluruh ahli parti PAS kerana idea Timbalan Presiden mereka diperlecehkan.

Lalu PAS membalasnya dengan meninggalkan PKR berkempen sendirian, dan mereka sibuk berij'timak di Taman Rehlah, Kelantan.

Respon kepada artikel ini juga cukup jelas menggambarkan betapa kini PAS telah memandang PKR dengan kecurigaan yang tidak dapat disangkal lagi.
Komen oleh (1) pembaca Sekilas ikan di laut
Dihantar oleh Pemuda Bani Leman, on 07-05-2007 11:45

Sebenarnya Khairy dan Anuar dah lama kenal.Dulu kan Khairy ABIM.Orang Pas kena pastikan betul2 bahawa Anuar ni boleh dipercayai atau pun tidak.Jangan korbankan prinsip perjuangan semata2 untuk menang pilihanraya.Buat apa menang kalau Allah tak redha.Lebih baik kalah asalkan Allah Redha.

Dalam pilihanraya akan datang.... sekiranya PAS dan PKR mengatakan mereka adalah anggota Barisan Altenatif yang mesti dipilih oleh rakyat. Percayalah.... itu hanyalah sandiwara bertaraf kedai kopi sahaja. Saya tidak fikir rakyat begitu tolol untuk memahami sandiwara yang dilakonkan di atas pentas ceramah mereka itu.

No comments: