Dakwaan Anwar tentang Altantuya, pembelian kapal selam dan jet pejuang sudah terjawab dan semua orang boleh memilih untuk menerimanya atau terus dibuai dengan imaginasi kotor Anwar.
Cakap-cakap tentang Najib ada skandal dengan Altantuya hingga melahirkan anak, sudah terjawab apabila DNA budak tu disahkan adalah DNA mamat mongol.
Ujian DNA sahkan anak Altantuya anak dengan bekas suami rakyat Mongolia
KUALA LUMPUR 23 April — Ujian DNA terhadap anak ketiga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh di negara ini, mengesahkan anak itu adalah hasil perkahwinan model berkenaan dengan bekas suaminya, seorang lelaki warga Mongolia.
Menurut sumber polis, pengesahan itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya anak lelaki Altantuya itu, yang dikenali sebagai Altanshagai Munkhtulga, 4, adalah hasil hubungan sulit wanita itu dengan seorang rakyat Malaysia.
“Ia sudah disahkan melalui ujian DNA, kanak-kanak itu adalah anak yang sah daripada perkahwinan Altantuya dengan seorang lelaki warga Mongolia,” katanya di sini hari ini.
Konsulat Kehormat Mongolia di sini, Datuk Syed Abdul Rahman Al- Habshi ketika dihubungi hari ini berkata, pada Mac lalu, satu pasukan polis Malaysia telah pergi ke Mongolia untuk mengambil sampel DNA anak Altantuya dan hasil analisisnya memang mengesahkan bahawa anak itu tiada hubungan dengan rakyat Malaysia.
“Dari dulu kami sudah beritahu bahawa kanak-kanak itu adalah hasil perkahwinan Altantuya dengan bekas suaminya, saya harap perkara ini tidak dibesar-besarkan lagi,” katanya.
Dipetik daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm
Cakap-cakap tentang pembelian kapal selam dan jet pejuang sudah dijawab dengan jelas. Bezanya jawapan tentang semua dakwaan Anwar itu tidaklah dilakukan secara melalak melaung dikhalayak ramai seperti Anwar.
"Tiada komisen beli Scorpene, Sukhoi
Oleh HAMDEN RAMLI
KUALA LUMPUR 26 April – Kontrak pembelian kapal selam Scorpene untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibuat secara rundingan terus selaras dengan tatacara perolehan kerajaan tanpa membabitkan pembayaran komisen kepada mana-mana pihak.
Kementerian Pertahanan hari ini menjelaskan, tuduhan bahawa ada pihak tertentu menerima komisen daripada pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas.
“Rundingan perolehan dijalankan mengikut Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga.
“Rujukan juga dibuat kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mendapat kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut."
Dipetik daripada
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
Sekarang Anwar mengulangi semula kenyataannya hendak mendedahkan skandal peribadi Najib. Amboiii!, nak dedahkan skandal peribadi orang la pulakkk. Peribadi kita macam mana pulakk?
"Faktor Penyumbang Kekalahan PKRDipetik daripada
(3) Faktor Anwar
Anwar mempunyai sejarah yang berwarna-warni dalam politik. Walaupun sesetengah pihak melihat dia sebagai aset, namun Anwar boleh menjadi liabiliti kepada PKR.
Sementara anak-anak muda yang baru meminati politik seronok mendengar retorik Anwar mengenai penyelewengan, mereka yang sudah lama dalam politik (terutama sekali yang pernah bersama-sama Anwar sewaktu beliau dalam UMNO) hanya menjuihkan bibir kepada ucapannya. Mereka tahu sangat apa yang dilakukannya sewaktu berkuasa dulu."
http://analisismalaysia.blogspot.com/2007/04/ijok-juga-keputusan-yang-diduga.html
Najib sudah menjawab dengan menegaskan "Saya tidak terlibat, Allah menjadi saksi". Anwar pula kata itu bukan jawapan yang bertanggungjawab.
"Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO turut kesal dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus-terusan menggunakan strategi serangan peribadi untuk memalukan dirinya.
Tegasnya, beliau juga boleh menggunakan kaedah yang sama untuk membongkar segala rahsia peribadi pemimpin pembangkang tersebut.
“Kalau saya hendak bongkar saya pun boleh buat macam itu tetapi saya tidak mahu kerana memikirkan dia mempunyai isteri dan anak.
“Jika nak lawan lawanlah, jangan sentuh soal peribadi, kita pun boleh bongkar rahsia,” katanya"
Semua orang sudah saksikan.... bagaimana Anwar melalak dikhalayak dengan segala dakwaannya. Najib sudah memberikan jawapan yang jelas, cuma tidaklah melalak macam Anwar. Jawapan yang bagaimana lagi Anwar inginkan?
Maka, marilah kita sama-sama tunggu, skandal peribadi Najib yang hendak Anwar dedahkan.
p/s.... dah lama dengar tapi tak juga dedah!
No comments:
Post a Comment