Sunday, May 6, 2007

Boikot Pilihanraya - Idea gila Nasharuddin yang hendak dilupakan

Ibarat lagu kumpulan Kopratasa.... "masihkah kau ingat.....?" Tentunya kita masih ingat berita yang 'KONONNYA' telah menggemparkan seluruh negara apa bila orang kuat PAS, dengan lantangnya mengumumkan bahawa PAS akan memulaukan pilihanraya kecil Batu Talam.

Sepanjang tempoh kempen di sana Nasharuddin terus mengemukakan hujah-hujahnya mengapa pilihan itu di buat. Segala macam ulasan, teori, hujah dan pendapat telah dikemukakan dan terpahat di Harakah Daily serta para blogger mereka.

Semua pemimpin PAS yang berada 'di bawah' Nasharuddin seperti Husam turut mengaminkan apa sahaja yang di katakan oleh orang paling berkuasa dalam parti PAS masa kini.

Haji Hadi selaku Presiden PAS tak sempat hendak kata apa-apa dan akhirnya terpaksa 'angguk kepala' terhadap apa yang telah disemburkan oleh Nasharuddin.

Orghe tuo yang ada di Kelantan jugo, tak denn nok hambat puok-puok mudo tu, akhirnya Nik Aziz juga tak boleh nak kata apa-apa lagi.

Pas, Keadilan pulau pilihan raya 28 Januari ini

RAUB 10 Jan. – Pas dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengambil keputusan memulau pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam di Raub pada 28 Januari ini.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa ketika membacakan pengisytiharan itu di Markas Pas Cawangan Sega dekat sini malam ini, mendakwa terdapat enam k

epincangan dalam sistem pilihan raya dan Suruhanjaya Piliha

nraya (SPR) sehingga memaksa dua parti berkenaan memulaukan pilihan raya tersebut.

‘‘Dengan itu kami, Barisan Alternatif sebulat suara menolak dan memboikot penyertaan dalam pilihan raya kecil Dun Batu Talam,’’ katanya.

Perisytiharan yang diedarkan kepada media itu ditandatangan

i oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Keadilan, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, Abdul Hadi dalam ucapan selepas pengisytiharan itu berkata, penyertaan Pas dalam pilihan raya umum akan datang bergantung kepada senario pol

itik ketika itu.

Dipetik daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0111&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_04.htm&arc=hive


Idea gila jadi bahan ketawa rakan.

Walaupun tindakan PAS itu jelas hanyalah cubaan untuk menutup kelemahan mereka. PAS dengan sombongnya menafikan sesuatu yang amat nyata. Akhirnya seluruh ahli PAS berada dalam kebingungan.

Dengan kehendak Allah, tiada siapa yang menyangka tidak lama kemudian, berturut-turut dua pilihanraya kecil terpaksa diadakan.

Suka atau tidak suka, PAS mesti menerima apa yang berlaku adalah ujian Allah, kerana keangkuhan mereka di muka bumi.

PAS cuba untuk meneruskan 'idea gila' mereka di Manchap dan di Ijok. Malangnya, 'rakan barisan retorik' mereka tidaklah segila yang mereka sangkakan. Idea PAS itu sudah menjadi idea 'haprak' tahap maksimum.

Terkapai-kalailah PAS dengan dongengan yang telah mereka cipta. Rakan BA mereka sendiri mentertawakan 'idea paling bernas' daripada seorang Timbalan Presiden parti.

Kalau rakan-rakan mereka sendiri menjadikan idea PAS itu hanya sekadar 'lawak' kedai kopi, maka apa salahnya kalau kita tumpang ketawakan mereka.

Pilihanraya kecil di Manchap dan di Ijok telah pun berlalu. Kesemua pilihanraya kecil yang berlaku tahun ini dimenangi oleh BN dengan jayanya.


Idea gila yang hendak dilupakan.

Suka atau tidak suka, PAS mesti mengakui bahawa idea mereka untuk memulau atau memboikot pilihanraya adalah idea paling 'gila' yang pernah kedengaran.

Dalam sibuk-sibuk kempen pilihanraya kecil di Ijok, PAS telah mengadakan Ij'timak yang khusus untuk menghadapi pilihanraya.

Memang patutlah kalau keADILan merasakan mereka telah dipermainkan oleh PAS, kerana semasa mereka sibuk berkempen, PAS pula sibuk berij'timak di Kelantan.

Dan yang paling lawak sekali, orang yang sebelum ini beriya-iya dengan idea boikot pilihanraya telah menjilat ludahnya serta ludah puak-puak dia sendiri, dengan segala macam idea untuk menghadapi pilihanraya.

Timbalan Presiden Kemuka Tiga Saranan Pertahan PAS Di Kelantan

Kota Bharu, 30 Apr - Hampir 30 ribu orang yang terdiri dari petugas jentera pilihan raya dan para penyokong PAS berhimpun di Taman Rehlah, Semerak Pasir Puteh Kelantan semalam dalam program Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan. Kehadiran yang diluar jangkaan pihak urusetia menggambarkan komitmen dan kesepaduan petugas dan penyokong parti di semua peringkat bagi sama-sama mempertahankan Kerajaan Islam di Kelantan.

Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan ini diadakan bagi mengumpulkan semua jentera dan pendokong parti dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS sewaktu berucap merasmikan Ijtimak tersebut telah membuat penegasan bahawa Kerajaan PAS Kelantan mesti dipertahankan demi Islam dan di atas janji untuk mempertahankan Islam. Beliau menegaskan lagi bahawa, mempertahankan Kerajaan Islam di Kelantan merupakan satu janji dan taat setia kita kepada Islam dan himpunan pada hari ini mestilah disusuli dengan gerak kerja. Tambah beliau lagi, matlamat utama ialah sama ada mencapai kemenangan atau syahid di jalan Allah.

Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan pada kali ini bertemakan 'Bersatu Pertahankan Kerajaan Kita'. Tema ini akan kekal menjadi moto utama dalam usaha PAS Kelantan mengekalkan kemenangan PAS di Kelantan dan seterusnya mencapai kemenangan majoriti 2/3 kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.

Dipetik daripada http://kelantan.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=35&Itemid=0


Pendek kata..... Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, memang manusia yang tak reti malu. Belum sempat apa-apa, dia sudah melupakan semua 'kegemparan' yang telah dia lakukan.

Ahli-ahli PAS yang hadir juga 'pura-pura' melupakan segala kata-kata Nasharuddin sebelum ini.

Dan seperti biasa..... semua ahli PAS yang hadir ke Ij'timak pilihanraya itu bertakbir sambil menjilat ludah-ludah mereka sendiri.


p/s

Nasharuddin memang manusia putar alam!.... dan orang-orang PAS jangan lupa, bahawa dia dan kuncu-kuncunya sudah meletakkan PAS sebagai parti yang dilihat seperti parti putar alam (walaupun kenyataan, memang pun mereka parti putar alam sejak dulu lagi)

Telah berulang kali saya menulis.... saya sokong PAS boikot pilihan raya, hehehehe!


No comments: