Tuesday, November 27, 2007

Siapa lantik Anwar jadi Ketua Parti Pembangkang?

Parti pembangkang telah menyelesaikan hampir 90 peratus agihan kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum akan datang, kecuali beberapa isu mengenai tuntutan bertindih.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rundingan antara parti itu dengan PAS dan DAP telah diadakan.

Antara kawasan yang sudah pasti ialah kerusi Parlimen Tanjong di Pulau Pinang telah diberikan kepada DAP dan Permatang Pauh juga di Pulau Pinang untuk PKR, katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mengenai jentera pilihan raya PKR hari Ahad.

Agak lucu rasanya bila Anwar Ibrahim bercakap seolah-olah dia menjadi ketua/pengerusi parti-parti pembangkang.

Rasa lucu itu berdasarkan apa yang saya rasa dan fikir..... siapalah sebenarnya Anwar Ibrahim bagi DAP dan PAS, atau pun... apalah sangat parti keADILan bagi kedua-dua parti pembangkang yang dominan di negara ini.

Rasa lucu itu ditambah lagi dengan hakikat bahawa apa yang didakwa sebagai 'Barisan Altenatif (BA)' sebenarnya tidak pernah wujud. Wujudnya BA hanyalah sekadar retorik yang sudah diketahui umum, cuma mereka 'buat-buat' tak faham sahaja!

Berbalik kepada kisah 'pembahagian kerusi' oleh parti pembangkang..... apalah yang hendak dibanggakan dengan 'keputusan rundingan'..... Antara kawasan yang sudah pasti ialah kerusi Parlimen Tanjong di Pulau Pinang telah diberikan kepada DAP dan Permatang Pauh juga di Pulau Pinang untuk PKR

Tak payah runding pun tak apa, kerana kerusi-kerusi seperti itu sudah menjadi tapak parti pembangkang sedia ada.

Dan yang paling lucu ialah.... “tuntutan bertindih oleh PAS, DAP dan PKR kepada satu-satu kerusi.”

Sebab itulah saya bertanya, Siapa lantik Anwar jadi Ketua Parti Pembangkang? Bila ada tuntutan bertindih, maknanya PAS DAP dan PKR sebenarnya bukanlah dalam satu gabungan parti yang mantap.

Antara PAS, DAP dan PKR parti mana yang sebenarnya menjadi induk? Jika antara ketiga-tiga parti ini tiada yang menjadi parti induk bermakna tidak ada ketua/pengerusi bagi BA sebagai satu pasukan.

Ini bermakna... antara ketiga-tiga parti itu, tak akan ada 'sesiapa yang hendak dengar keputusan sesiapa' kerana masing-masing masih kekal dengan ketua masing-masing.

Perkiraan mudah.... BA memang satu barisan yang mengarut dan khayalan untuk menjadi penyedap cakap sahaja.

Akhirnya...... mungkinkah kita boleh meletakkan harapan kepada BA yang caca-merba ini?

......................................................................................
p/s
DAP dan PAS hanya hendak tumpang kerajinan dan kepakaran Anwar Ibrahim untuk menghimpunkan pengikut-pengikutnya di jalanraya. Tidak mungkin DAP dan PAS akan menggadaikan kekuatan mereka kepada Anwar atau PKR bila pilihanraya berlangsung nanti.

1 comment:

Anonymous said...

KAU YANG LANTIK ANUAR JADI KETUA PEMBANGKANG