Tuesday, November 20, 2007

Mengapa 'KUNING'... Siapa cuba lagakan siapa?

Jangan lagakan rakyat dengan raja ?

Demikian seruan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Soalnya siapa nak lagakan siapa?

Persoalannya siapa memperguna dan menyalahgunakan institusi raja?

Bila dah tersepit Hadi cuba halakan tingkah laku buruk kepada orang lain. Memang perangai Presiden Pas yang ‘gila kuasa’ dan “hilang arah’ semakin terserlah.

Apakah Hadi masih dibuai mimpi indah dengan kelunakan pujukan dan janji manis raja demonstrasi, Anwar Ibrahim?

Image

Hadi membuat kenyataan, PAS menyeru agar jangan ada mana-mana pihak cuba melaga-lagakan di antara rakyat jelata dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin, Raja-raja Melayu atau pihak istana.

Dalam kenyataan yang disampaikan kepada Harakahdaily semalan Hadi menegaskan, parti itu tidak pernah sekali-kali mengeluarkan kenyataan bahawa pihak istana khasnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terlibat dalam apa bentuk sekalipun, dalam menjayakan perhimpunan aman anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November lalu.

Dia juga cuba menafikan dan mengatakan PAS tidak pernah dan tidak akan sekali-kali memperjudi atau menggadaikan kesetiaannya kepada Raja dan Negara.

Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman masyarakat sivil, iaitu rakyat Malaysia yang bangun menuntut hak mereka bagi memulihkan sistem pilihan raya, iaitu tonggak amalan demokrasi negara yang terbukti semakin tercemar dan tempang.

Hadi cuba menegakkan benang basah, dengan mengatakan melalui gabungan Bersih, PAS bersama-sama 60 NGO dan parti-parti politik yang lain telah turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpun secara aman dan menyerahkan memorandum tuntutan atas nama Bersih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keyakinan bahawa baginda adalah payung dan pelindung rakyat dalam keadaan rakyat mula mencurigai sistem pilihan raya yang dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR).

Jangan main sendiwaralah Hadi. Jangan cakap berbelit-belit.

Sebab itu Musyridul Am, Datuk Naik Aziz Nik Mat tidak ‘menghalalkan’ perhimpunan ini dan sehingga ke saat akhir beliau tidak menyebut menyokong tindakan bersih ini.

Apa lagi bagi Nik Aziz, beliau tahu orang macam Mohamad Sabu, Anwar dan ramai lagi yang mendakwa diri mereka bersih sebenarnya tidak bersih.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara tidak pernah memperkenankan atau menyokong mana-mana pihak yang menganjurkan atau terbabit dalam perhimpunan haram di ibu negara, 10 November lalu.

Macam ni ke pemimpin Islam ? Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan, menyatakan Seri Paduka kesal kerana beberapa pihak tertentu mendakwa perhimpunan itu mendapat perkenan dan sokongan baginda serta Istana Negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan perhimpunan Bersih itu bertujuan memerangkap institusi raja-raja ke kancah politik parti pembangkang.

Sehubungan itu katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS,Dato' Kamarudin Jaffar Isnin lepas, bermaksud bahawa Bersih telah terlebih dahulu menerima perkenan daripada baginda untuk menyerahkan memorandum rakyat jelata itu ke Istana Negara pada hari Sabtu berkenaan.

Beliau menegaskan, PAS tidak pernah mendakwa yang baginda terbabit dalam Perhimpunan Aman Bersih itu atau baginda bersetuju di atas kandungan memorandum Bersih.

Hadi mahu kata apa lagi apabila pekong telah terbuka.

Hadi hanya boleh cakap bagi pihak Bersih bahawa dia berlapang dada atas apa sahaja tindakan yang bakal baginda ambil terhadap memorandum tersebut.

Ismail Zahari, Kampung Baru.

Email dari http://www.guanodemo.net
http://www.guanodemo.net/index.php?option=com_content&task=view&id=163&Itemid=110


No comments: