Tuesday, June 12, 2007

Dewan 'Pengundi Hantu'

BERITA TERGEMPAR!

Kenyataan Ketua Pengundi Hantu Kelantan......

Dewan Ulama pertahan diri

KOTA BHARU 3 Jun – Dewan Ulama Pas yang dilemparkan kritikan pedas oleh beberapa perwakilan semasa perbahasan dalam Muktamar Tahunan Pas Kali ke-53 semalam, hari ini mempertahankan bahawa ia tidak sesekali bersikap jumud dan memencilkan diri.

Ketuanya yang baru, Datuk Mohamed Daud menegaskan, golongan ulama Pas tidak pernah sesekali bersikap sedemikian sehingga berada dalam lingkungan kepompong sendiri seperti yang didakwa.

Menurutnya, mereka memainkan peranan melakukan perubahan dan pendekatan baru yang turut diterjemahkan dalam pentadbiran kerajaan Kelantan sejajar dengan keupayaannya yang tidak boleh disamakan dengan golongan profesional atau aktivis lain.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Ke-53 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), di sini hari ini.

Semalam, semasa perbahasan, beberapa perwakilan melemparkan kritikan terhadap Dewan itu kerana dikatakan tidak berperanan mencelikkan rakyat ketika berdepan dengan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan umat Islam.

Mohamed berkata, dari segi politik misalnya, Dewan Ulama tidak membantah peletakan calon wanita jika ia bersesuaian dari segi masa dan keadaan seperti diamalkan sekarang dan dari segi pelaksanaan konsep ‘tahalluf’ atau kerjasama dengan parti politik lain.

Malah katanya, Dewan Ulama juga berperanan dalam menetapkan pendapat tentang isu-isu tertentu terutama yang melibatkan hal ehwal bagi kerajaan yang diperintah oleh Pas.

‘‘Sebagai contoh, Dewan Ulama sedang menyiapkan kertas kajian berhubung soal perpindahan pengundi dalam usaha mempertahankan kemenangan di Kelantan seperti mana di zaman Saidina Omar yang memindahkan tentera di Iraq untuk memperkuatkan kedudukan tentera Islam di Mesir.

‘‘Selain itu, kita juga sedang siapkan kertas kajian untuk dicadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan bagi memberi cuti kepada wanita yang kematian suami sepanjang empat bulan 10 hari idahnya.

‘‘Sebenarnya banyak lagi usaha yang kita lakukan dalam berkaitan isu semasa dan dalam melihat kepada perkara-perkara ini ulama tidak pernah jumud sebaliknya terbuka dalam meneliti dari pelbagai mazhab,” ujarnya. Sementara itu, Mohamed menegaskan golongan ulama dalam Pas tetap bersedia untuk membimbing golongan muda dalam parti itu.

‘‘Apa pun, Insya-Allah apa yang mereka (Pemuda) boleh buat, dia buat dan apa yang kita (ulama) boleh buat kita buat. Kita sama-samalah berusaha sebab matlamat kita sama untuk memperjuangkan Pas,” jelasnya.

Dalam pada itu, berhubung isu pelabelan ulama dan profesional yang turut menjadi salah satu opik utama pada muktamar kali ini, Mohamed menegaskan golongan ulama dan profesional telah lama wujud dan terjalin secara erat.

Beliau berkata, kedua-dua golongan baik ulama mahu pun profesional mempunyai kepentingan masing-masing yang tidak boleh dinafikan.

‘‘Ulama memang arif dalam hal berkaitan dengan hukum-hakam, tetapi kalau nak suruh buat jambatan, kita tentulah tidak tahu, kenalah cari profesional kerana itu kerja dia.

‘‘Benda ini tidak ada apa yang hendak diperbesarkan kerana dalam sejarah Rasulullah sendiri telah wujud dua golongan dan ia berjalan dalam keadaan saling memerlukan bagi gerakan Islam,'' katanya

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 4 Jun 2007


p/s

‘‘Sebagai contoh, Dewan Ulama sedang menyiapkan kertas kajian berhubung soal perpindahan pengundi dalam usaha mempertahankan kemenangan di Kelantan..............

nak pindahkan pengundi?.......... patutla banyak sangat pengundi hantu. Rupanya puok-puok ni bapok hantu!
Nampak macam terdesak sangat je..... terasa panas ke menjelang PRU akan datang?

1 comment:

Anonymous said...

Apa2pun,kalau PAS memang ada pengundi hantu buat lah bantahan dengan SPR.kat terengganu ada juga kes,tapi sampai sekarang tak dengar cerita pun yang UMNO buat bantahan kepada SPR..

nak tanya...kalau UMNO perintah kelantan,siapa yang akan jadi menteri besar?