Friday, June 1, 2007

Muktamar PAS.... semakin meriah dengan perebutan jawatan.


Nak pilih siapa?









2 calon tanding Timbalan Presiden, 5 Naib Presiden
KOTA BHARU, 30 Mei (Hrkh) - Jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar kali ini menyaksikan lima calon menawarkan diri, di mana dua daripadanya merupakan penyandang jawatan itu.

[Sila layari www.harakahdaily.net/muktamar/ untuk laporan semasa muktamar]

Mereka iaitu Dato' Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu, manakala tiga muka baru pula ialah Ustaz Ahmad Awang (Ketua Penerangan PAS Pusat), Dr Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya Johor) dan Haji Mahfuz Omar (AJK PAS Pusat).

Pencalonan bagi jawatan itu pada peringkat awalnya seramai 16 dicalonkan, bagaimanapun 11 daripadanya menarik diri.

Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan di antara Ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan Ustaz Harun Taib (Ketua Dewan Ulama PAS Pusat). Jawatan Presiden PAS pula tiada pertandingan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Azizah Khatib Mat pula dicabar Ustazah Nuridah Salleh (Ketua Muslimat Wilayah Persekutuan); timbalannya, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dicabar Wan Hasrina Wan Hassan (Ketua Muslimat Selangor).

dipetik daripada Harakah Daily


Hasrat untuk menghadiri Muktamar PAS sekali lagi terbantut. Minggu ini aku menjelajah kawasan utara Malaysia kerana memenuhi impian permaisuriku untuk bergelar siswazah.

Tetapi sebenarnya hasrat untuk menghadiri Muktamar PAS itu bukanlah penting sangat. Apa yang berlaku di PUTIK boleh diketahui dengan sekelip mata sahaja.

Samalah dengan tidak pentingnya untuk menghadiri Muktamar PAS itu bagi aku..... Muktamar PAS itu sendiri sebenarnya bukan sesuatu yang penting bagi aku.... hehehe!

Walaupun begitu, Muktamar kali ini masih ada sesuatu yang menarik!..... apa yang menariknya?

Muktamar kali ini mengulangi kemeriahan 'perebutan' jawatan dalam kepimpinan PAS. Setelah kejayaan 'operasi pembersihan orghe-orghe tuo' dalam pemilihan dahulu, Muktamar kali ini merupakan tempoh pengesahan kerja-kerja pengambil alihan kepimpinan PAS daripada pemimpin-pemimpin tua.

Dan seperti yang dijangka..... kemeriahan perebutan jawatan juga terus mewarnai muktamar kali ini. Nik Aziz dan Hj. Hadi pun sudah tidak mampu lagi untuk membendung senario yang berlaku ini.

Sebagai jalan mudah.... pemimpin tua PAS dua orang tu, terpaksa akur dengan keghairahan anak didik mereka merebut jawatan.

Hj. Hadi hanya mampu berkata,
"Jadi adanya profesional dan ulama dalam PAS bukan perkara baru. Bahkan kita bukan sahaja bersetuju kedua-dua golongan itu berada dalam PAS, malahan kita mahu mengekalkan mereka seperti sebelum ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di JKR 10.

Apa lagi yang mampu di katakan Hj. Hadi? Kedudukan dia sebagai Presiden Parti pun belum tentu dapat dipertahankan sekiranya ada pertandingan.

Semua orang tahu, Hj. Hadi 'keseorangan' dalam barisan kepimpinan PAS. Maka... dalam dia buat kenyataan,
".........malahan kita mahu mengekalkan mereka seperti sebelum ini" orang kuatnya dari Terangganu dicagarkan untuk menumbangkan 'anak muda' yang telah menconteng arang terhadap 'kesinambungan' pimpinan 'serban' dalam PAS.

Bergegarlah sekuat mana sekali pun ucapan dan hujah perwakilan dalam Muktamar kali ini, itu semua tidak penting! (yang itu kita boleh dengar bila-bila masa dalam ceramah-ceramah PAS)

Apa yang paling penting ialah.... mampukah bekas ketua Dewan Ulamak PAS memecahkan tembok yang sudah dibina oleh barisan 'orghe-orghe mudo' yang mengelilingi Hj. Hadi?

Kita tunggu keputusannya esok!


Pertandingan tidak timbulkan perpecahan - Harun
MACHANG, 31 Mei (Hrkh) – Ketika parti-parti kompenan Barisan Nasional (BN) mengelakkan daripada mengadakan perhimpunan agung pemilihan tahun ini, sebaliknya PAS dan Parti Keadilan Rakyat tetap meneruskan agenda tersebut.

PAS dan KeADILan yakin tidak wujud perpecahan dalam parti biar pun ia amat ditakuti Umno, ketika persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 tidak lama lagi.

Itulah juga falsafah yang dipegang Dato' Harun Taib apabila menerima pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan sempena berlangsungnya muktamar PAS Pusat kali ke-53, bermula esok.

Baginya soal perpecahan dalam parti tidak wujud biar pun ketika saat-saat menghadapi pilihan raya umum ke-12 tidak lama lagi.

"Saya rasa tidak timbul soal perpecahan dalam parti bagi menghadapi pilihan raya umum sekarang. Jentera parti sudah lama bersiap sedia menghadapi pilihan raya.
dipetik daripada Harakah Daily


Memang sedap mendengar kenyataan Harun Taib bahawa dia bukan hendak bertanding tetapi hanya sebagai menerima pencalonanan!...... emmm, macam berbelit pulak rasanya ayat Harun Taib ni, macamlah orang tak faham dengan realiti yang berlaku.

Situasi itu tidak perlu diulas..... cukup dengan membaca komen-komen terhadap petikan berita itu!

Komen oleh (6) Pembaca

Jangan main sedap cakap
Dihantar oleh Mat Ping, on 01-06-2007 00:33
Saya berharap jangan main sedap cakap kononnya tidak ujud perpecahan. Kami dapat hidu kumpulan harun taib memang amat tidak senang dengan ust nasa. Kalau gila kuasa lebih baik jangan duduk dalam PAS.
Kepimpinan ulama 2
Dihantar oleh Tak memihak, on 31-05-2007 18:44
Saya sokong sangat kenyataan ini.. "Harapnya memang tak ada perpecahan
tetapi saya amat yakin sekiranya Ustaz Nasharuddin tewas, PAS akan menjadi kurang menarik kepada golongan muda dan profesional."
kepimpinan ulama
Dihantar oleh kubu gajah, on 31-05-2007 17:39
Sewajarnya Ustaz Harun Taib kekal di Dewan Ulama dan biarkan Ustaz Nasharuddin Isa kekal sebagai Timbalan Presiden. PAS memerlukan semua orang, ulama dan profesional. Jika sudah ada platform untuk menyumbang, teruskan di platform tersebut dan jangan ada cantas-mencantas. Sekiranya ada perbezaan pendekatan, pemimpin patut tahu bila mereka patut menggunakan kaedah syura. Harapnya memang tak ada perpecahan
tetapi saya amat yakin sekiranya Ustaz Nasharuddin tewas, PAS akan menjadi kurang menarik kepada golongan muda dan profesional.
Pendapat dari Riyadh Arab Saudi
Dihantar oleh Ahli PAS Riyadh, on 31-05-2007 14:52
Benar PAS tidak akan berpecah kerana pertandingan tetapi UNDI PAS dalam PRU akan pecah & rosak kalau Ustaz Harun menang. Seharusnya beliau duduk terus dalam Dewan Ulama".... kami di Riyadh melihat dari cyber...
Mungkin ada sesuatu..
Dihantar oleh murtadza, on 31-05-2007 17:06
"Mungkin ada sesuatu yang mereka perlu. Saya tidak boleh hendak cakap.. kena tanya mereka," katanya sambil ketawa kecil. Dapat ditafsirkan di sini bhw Harun Taib tidak menyenangi gaya terbuka golongan ulama muda/professional dalam PAS. Beliau lebih cenderung utk mengekalkan 'approach' atau cara konservatif di dalam PAS. Hairan dengan sikap segelintir kita yang cukup susah untuk keluar dari kotak pemikiran yang amat merugikan Islam sendiri.
sesuatu
Dihantar oleh askarsepoi, on 31-05-2007 11:05
saya pun nampak mungkin ada sesuatu yang baik dengan pencalonan Ust. Harun. Disebalik keinginan ramai supaya timbalan presiden org yg lebih muda , kehadiran Ust Harun sebagai timbalan presiden mungkin boleh memberi impak baik untuk PRU12, at least untuk kuasai negeri timur dan utara.. mgkn ada buah fikiran 'org lama' yang baik untuk tarik undi 'org lama'.. lagipun bukan lama pun ..


p/s
komen-komen yang dikirim oleh pembaca Harakah Daily adalah kesimpulan dan realiti. Memang sedap membaca tulisan pengarang Harakah Daily, tetapi kenyataan yang sebenarnya hanya dapat dikutip daripada tulisan ringkas pembaca mereka!

No comments: