Sudah banyak kali berita bekas pemilik tanah kawasan Wakaf Che Yeh ni tersiar dalam akhbar. Khabarnya hari ini sudah genap sebulan janji terbaru Nik Aziz untuk menyelesaikan masalah itu tidak tertunai lagi. Maka buat kali keempat pemilik-pemilik tanah tersebut berarak ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, nak bertanya khabar. Dan sekali lagi juga mereka hanya sekadar dilayan di luar pejabat sahaja.
Apa cerita sebenarnya..... siapa yang tipu siapa dalam kes ini. Barangkali Nik Aziz kena 'khaba' jangan sampai di ditipu oleh pegawai-pegawainya sendiri.
Cerita Nik Aziz yang tak 'khaba' dia kena tipu oleh pegawai-pegawai atau orang-orang yang berkepentingan dalam kerajaan negeri, memang sudah lama kedengaran. Cerita bagaimana kelulusan kawasan balak yang Nik Aziz luluskan 'sekian ekar' tapi kemudiannya ada yang tambah angkanya supaya jadi makin luas, sudah lama kita dengar. Cuma cerita-cerita itu berjaya disembunyikan dengan jayanya. Nik Aziz mungkin 'betul' orangnya, tapi orang hok selepas dia tu belum tentu lagi!
Dalam kes tanah Wakaf Che Yeh ini juga dengar-dengarnya ada cerita yang cuba disembunyikan, terutamanya kepada Nik Aziz. Tapi tidak mustahil juga kalau Nik Aziz memang sudah sedia maklum pun, tapi buat-buat tak tahu je!
Khabarnya.... punca segala masalahnya ialah, cubaan kerajaan negeri atau pegawai-pegawai kerajaan negeri atau orang yang berkepentingan dalam kerajaan negeri untuk mengaut untung atas angin. Khabarnya kerajaan negeri cuba sedaya upaya untuk membuat penilaian harga tanah semurah yang mungkin, jauh lebih murah daripada harga tanah dipasaran masa kini. Akibatnya pemilik-pemilik tanah tidak berpuas hati, kerana mereka kena tipu 'atas darat' oleh kerajaan negeri.
Cakap mudahnya.... kerajaaan beli semula tanah tersebut dengan harga murah dan kemudian menjualnya semula dengan harga yang mahal...... kira ambil untung atas angin la. Sebab itulah pemilik tanah tidak berpuas hati dan membantah. Barangkali Nik Aziz sendiri lebih tau macam mana permainan ini berlangsung, kerana kes seperti ini bukan pertama kali mereka lakukan. Urusannya kelihatan betul dan sah di atas kertas, tapi tidak bermaruah sebagai kerajaan yang dipimpin oleh ulamak... apabila menindas rakyat secara halus.
**************************************************************
p/s
Kes di atas sama sahaja dengan bagaimana wujudnya sebuah kompleks membeli belah yang besar di Kota Bharu. Sekali tengok memang nampak pembangunan yang begitu pesat berlaku di bandar Kota Bharu, dimanakah moral sebuah kerajaan jika hanya boleh berbangga melihat bangunan yang tersergam, tetapi dalam masa yang sama tanah milik melayu terjual / tergadai atau dijual / digadai oleh kerajaan sendiri?
Khabarnya entah berapa ribu 'sumbangan' diterima oleh PAS supaya tanah-tanah yang bernilai tinggi di bandar Kota Bharu boleh dibangunkan oleh syarikat-syarikat besar. Tak hairanlah sekarang ini kita dapat lihat setiap jajahan di Kelantan, PAS mampu membina bangunan sendiri, sekurang-kurangnya 4 tingkat. Anda fikir PAS bina bangunan itu hasil wang derma ahli.... emmm! kena fikir sekali lagi la kot.
PAS tak pernah lagi minta derma untuk membina bangunan, kerana mereka sudah mempunyai sumber kewangan yang mudah. Kita sama-sama tengok berapa banyak lagi tanah yang akan diambil alih oleh kerajaan negeri dan kemudianya dijual kepada syarikat-syarikat yang boleh memberi 'sumbangan' kepada PAS. Yang kaya PAS, yang kayap kerajaan negeri.... fikir-fikirkanlah.
Tuesday, February 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
" Dimanakah moral sebuah kerajaan jika hanya boleh berbangga melihat bangunan yang tersergam, tetapi dalam masa yang sama tanah milik melayu terjual / tergadai atau dijual / digadai oleh kerajaan sendiri? "
Malangnya UMNO pun sama.
Telunjuk lurus, kelingking berkait.
Bahkan jauh lebih professional dalam bab begitu berbanding PAS yang silap mereka, cuma bersifat sedikit kekampungan berbanding UMNO.
Johor adalah contoh terbaik.
An obvious extension of Singapore both current, and in the making.
Bukan soal pasir yang patut di "kecoh" kan sebenarnya, tapi soal pemilikan bumi Johor itu sendiri. Banyak lagi. Ah, malas lah nak sebut.
Politik orang Melayu langsung tak pernah nak matang.
Malang.
Maybe " ketelusan " from both sides, is the best cure ?
Bukan Nik Aziz yang tipu.
Tapi kita yang menipu diri sendiri.
Kenapa ? Tak percaya ?
Post a Comment