Wednesday, September 12, 2007

Ghanu tiba-tiba gempar!

Bulan lepas tiga kali aku ke Terangganu atas urusan kerja. Awal bulan berada di Sri Malaysia Marang 4 hari kerana mengadakan kursus di sana.

Minggu berikutnya ke Terangganu lagi kerana menghadiri Seminar di Grand Continental dan malamnya terus dengan mesyuarat tertutup DUN Jelawat.

Minggu akhir sebelum sambutan hari merdeka aku berada di Sri Malaysia Kuala Terangganu pula kerana bermesyuarat dan serentak dengan kursus yang berlangsung di situ dan juga di YT Midtown dan Sri Malaysia Marang.

Kebetulan pula ada ekspo pertanian di pantai Batu Burok.... sempat la juga ronda-ronda & makan-makan.

Aku memang suka kalau menghadiri kursus atau apa-apa sahaja di Terangganu. Bila ke sana aku biasanya lebih suka memandu sendirian. Memandu ikut jalan pantai sambil relex-relax.

Bila berada di Terangganu.... terasa tumpang bangga dengan perubahan yang begitu ketara sejak kejatuhan kerajaan PAS yang dilaknati oleh Allah kerana keangkuhan mereka.

"Walau pun berbagai bentuk analisa, ulasan dan dakwaan atas kekalahan PAS dalam pilihanraya yang lalu, tidak ada seorang pun pemimpin dan ahli-ahli PAS yang terfikir bahawa kekalahan mereka kerana ketentuan Allah!
Aku pernah menulis tentang itu dan bagi aku, kesimpulan mudah ialah, kekalahan kerajaan PAS adalah kerana apabila mereka memerintah, mereka menjadi manusia yang rakus dan seperti orang yang sedang mengamuk untuk membalas dendam. Suka atau tidak suka.... memang ternyata ketika itu.... perwatakan Hj. Hadi yang sebenar terpancar. Kerakusan dan kesombongan kerajaan PAS yang diberi kesempatan memerintah Terangganu atas ketentuan Allah akhirnya dimusnahkan oleh ketentuan Allah juga!"


Apabila 'Gelombang Biru' melanda Terangganu, keadaan kelihatan kembali pulih dan Terangganu kembali tenang. Dalam tempoh beberapa tahun ini..... suka atau tidak suka, pemimpin dan ahli-ahli PAS memang tidak dapat menandingi apa yang sedang berlaku semenjak Dato' Idris Jusoh menerajui kepimpinan negeri.

PAS akhirnya kembali kepada aktiviti asal mereka...... buat ceramah sana, sini... mulakan ucapan dengan nama Allah, kemudian terus tekan minyak.... sumpah orang tu tak betul, orang ni zalim, hok tu jahat.... hok tu yahudi, disulami dengan laungan 'takbir', lepas tu hulur kopiah... minta sedekah, lepas tu balik tidur!

Setelah beberapa kali berulang-alik ke Terangganu... memang ada bercadang hendak menulis sedikit tentang Terangganu. Niatnya hendak menulis tentang 'billbord' yang ada di Terangganu dan di Kelantan. Tapi kerana kesibukan kerja... terpaksa tangguh dulu.

Tup... tup.... Terangganu yang tenang dan ceria keluar dengan kisah yang menggemparkan di Pantai Batu Burok!

Waduh.... hebatnya PAS Terangganu!

Kejadian pada malam itu memang mencatat sejarah, demikianlah ulasan penulis-penulis di Harakah. Memang bersejarah sungguh kerana sudah lama tak mendengar atau menyaksikan kisah-kisah seperti ini. Kali terakhir rasanya yang agak panas sikit ialah peristiwa di Kampung Bujal. Heboh PAS kata kerajaan BN robohkan masjid... walaupun Masjid Kampung Bujal tetap tersergam!

Memang lama sungguh Terangganu tenang. 'Ketenangan' itu rupanya sangat dicemburui oleh PAS. Sepanjang dua tiga tahun ini sebenarnya.... PAS di Terangganu seperti kapal karam... tenggelam ghaib dilanda gelombang biru.

Haji Hadi pun masih terkial-kial hendak memperbaiki kedudukannya sebagai pemimpin PAS. Mujurlah tak ada siapa lagi yang hendak mencabarnya di kerusi Presiden, kalau tidak... dengan dia pun ghaib, itu pun setelah dua kali Mukthmar PAS.... Hj. Hadi tetap 'kepanasan' di kerusi Presiden.

Kejadian di Batu Burok... walau apa pun alasannya, walau apapun ulasannya, walau apapun dakwaannya.... bagi aku, ia tidak lebih daripada 'gimik' PAS sahaja. Kalau tidak kerana 'kegemparan' yang mereka cipta itu... PAS di Terangganu memang akan terus tenggelam ghaib umpama batu yang dilemparkan ke laut!

No comments: