Thursday, November 30, 2006

Dikir Barat vs Orghe Kelate


Kepada Orghe Dale,

Semua orang boleh baca komen Orghe Dale pasal cerita Dikir Barat Di Balai Islam. Terima Kasih kepada Orghe Dale kerana memberi respon kepada cerita itu. So.... apa cerita seterusnya?

Dikir Barat seni hiburan warisan yang bukan lagi menjadi milik orang Kelantan semata-mata. Dikir Barat sudah diterima sebagai seni hiburan oleh sesiapa sahaja. Popularnya dari Perlis sampailah ke Sabah. Buktinya Johan Festival Dikir Barat Pemuda UMNO Malaysia ialah dari Sabah.

Bila sebut persembahan dikir barat, tak lebih orghe Kelate yang lebih maklum macam mana situasi persembahannya. Dikir barat dipersembahkan di atas pentas, selalunya sebagai acara selingan majlis rasmi. Dikir barat juga dipersembahkan umpama konsert walaupun selalunya hanyalah di bawah khemah dan kawasannya dipagar dengan plastik. Paling-paling tidak pun di atas wakaf bila anak-anak muda berkumpul. Semua orang tau apa cerita di sebalik persembahan dikir barat. Walaupun saya 'Orghe Luar' tapi 'cerita-cerita' tentang dikir barat ni tau lah jugak, kalau tak tengok sendiri pun... dengar cakap-cakap. Tapi tak pernah la lagi beli tiket tengok 'konsert' dikir barat yang berpagar dengan plastik tu.

Maksud saya dengan 'orghe Kelate yang lebih maklum' dengan persembahan dikir barat tu tak payah la saya ulas apa-apa, kerana mudoh cakapnya, siapa yang minat dengan dikir, asal saja ada persembahan dikir maka mereka akan datang, sanggup bawa tikar dan hampar atas rumput, heret sekali anak-beranok. Tak kira tua atau muda, tak kira pakai songkok atau pakai kopiah!

Balik semula kepada cerita "Dikir Barat Di Balai Islam?" yang saya tulis itu saya cuma hendak tekankan beberapa perkara saja. Cuba bayangkan kalau puak-puak UMNO yang buat dikir di Balai Islam..... apa agaknya puak-puak PAS akan kata? Kalau Orghe Dale kata sekurang-kurangnya di Kelantan (maksudnya kerajaan negeri) ada Kod Etika Persembahan Hiburan yang begitu dan begini!... saya cuma nak kata semua orang yang menganjurkan persembahan dikir barat di Kelantan akan menggunakan Kod Etika yang sama, kerana Kod Etika itu untuk semua orang di Kelantan. Then soal kalau UMNO buat dikir barat, bolehkah dijamin 'halal'? Soalan yang sama tentu juga boleh tujukan kepada PAS bila buat dikir barat. Mugo sama-sama gunakan Kod Etika yang sama. Sebab itulah saya katakan, "tak lebih orghe Kelate' yang lebih maklum pasal persembahan dikir barat. Maka antara "orghe luar" dengan "orghe dale" sama-sama tau jawapannya.

Kod Etika Persembahan...... bila sebut kod etika persembahan, tak kira di mana-manapun dalam negara kita ni sudah ada kod etika persembahan, bab ni boleh tanya dengan Kementerian Penerangan la kot!. Tentunya bila sebut pasal kod etika persembahan, akan disenaraikan perkara-perkara yang 'baik-baik' belaka. Soalnya kod etika itu dipatuhi atau tidak itu saja. Mungkin kod etika persembahan di kelantan lebih baik berbanding kod etika persembahan Kementerian Penerangan, sekali lagi soalnya kod etika itu dipatuhi atau tidak. Sebab itulah kita selalu baca dalam surat khabar tentang pelanggaran kod etika persembahan, kerana selagi nama 'manusia' tidak 'mugo' maklum saja lahh. Maka sekali lagi antara "orghe luar" dengan "orghe dale" sama-sama tau jawapannya.

Then untuk akhirnya.... tak kisahlah kalau 'orhe dale' penyokong UMNO atau PAS atau tak sokong mana-mana. Saya cuma nak kata, selagi atas dunia ni, maka...... tiada yang mutlak!

No comments: