Sunday, March 30, 2008

Sudah terhantuk baru.........

Akui silap abai kempen secara siber

KUALA LUMPUR 25 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui kesilapan besarnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ialah mengabaikan kempen secara siber dalam Internet yang telah digunakan sepenuhnya oleh parti- parti pembangkang.

‘‘Kita telah melakukan kesilapan serius kerana menganggapnya tidak penting dan kita ingat yang penting ialah akhbar dan televisyen.

‘‘Tetapi generasi muda membaca blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

‘‘Kita pastinya telah tewas dalam perang Internet, perang siber. Saya telah melihat keputusan pilihan raya dan wujud keperluan untuk berubah,’’ kata Abdullah semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Abdullah mencatat prestasi terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Parti pembangkang, yang tidak mendapat layanan di media arus perdana, menggunakan kempen secara dalam talian menerusi blog, laman web berita dan SMS menerusi telefon bimbit.

Dalam konteks ini, Abdullah berkata, kerajaan BN bersedia untuk melakukan perubahan dan memberi maklum balas secara berkesan serta memperkasa golongan muda di negara ini.

‘‘Ia adalah sesuatu yang memedihkan, namun ia berlaku tepat pada masanya, bukan sesuatu yang sudah terlambat,’’ kata beliau.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang tidak jumud atau terkurung dalam dogmatisme.

‘‘BN adalah kerajaan yang praktikal, yang lebih daripada bersedia untuk mendengar suara rakyat. Paling utama, ia adalah kerajaan yang bersedia untuk berubah dan menangani kebimbangan serta aduan rakyat,’’ ujar beliau.

Beliau berkata, kerajaan BN bersedia berubah dan memiliki keupayaan untuk berubah serta yakin untuk berjaya, seterusnya mencapai wawasan sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

8 comments:

Budak Baghuh said...

'Situasi BN sekarang berbahaya' (kata Tun)

PUTRAJAYA 7 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Barisan Nasional (BN) mengambil serius tentang kemungkinan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan dalam masa terdekat.

Nota: Jika dahulu Anwar Ibrahim dan pembangkang yang bermain dengan perang saraf ini sebelum sidang parlimen bermula. Ketika itu Tun hanya mendiamkan diri kerana takut perkara ini benar-benar berlaku dan jika ianya berlaku ianya akan memberikan padah yang buruk kepada Tun yang tidak kita perlu jelaskan.

Tun sebenarnya yakin perkara ini tidak akan berlaku dan itulah sebabnya beliau pula yang bermain dengan perang saraf ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa BN sekarang ada sebuah parti yang lemah , disebaliknya keadaan adalah berbeza kerana jika kita lihat pada perjalanan sidang Parlimen , ahli parlimen BN begitu kukuh dan bersatu.

Keadaan ini yang membuat Tun tidak senang dan cuba memecahkan keutuhan ahli parlimen yang kukuh bersatu ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pada mulanya beliau mengabaikan tentang kemungkinan tersebut tetapi setelah meneliti situasi yang ada, keadaan sekarang begitu berbahaya.''Saya fikir ini ada kemungkinan (pertukaran kerajaan) yang tidak boleh kita abaikan.''Pada masa ini, ahli-ahli politik menunjukkan minat tentang berapa banyak yang boleh mereka peroleh dan mereka tidak betul-betul berminat untuk berkhidmat kepada negara,'' katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Nota:

Bukan Tun abaikan selama ini, Tun sebenarnya risau jika ini benar berlaku .Tun berani berbicara pasal ini kerana yakin ini tidak akan berlaku lagi dan telah nampak akan kekuatan ahli BN,Tun mungkin terlambat untuk membicarakan hal sebegini dan seolah-olah Tun bercakap diluar pemikiran beliau yang matang dan kebelakangan ini, Tun banyak menyalahkan UMNO dan BN , semua yang bersama BN dilihatnya sebagai salah dan tidak baik. Apa sebenarnya yang Tun mahukan kita tidak dapat pastikan lagi. Agak keterlaluan jika Tun menuduh ahli politik tidak berminat untuk berkhidmat kepada negara. Apakah Tun mahu mengatakan bahawa hanya beliau sahaja yang berminat untuk berkhidmat kepada negara. Tun sepatutnya berihat dan tidak perlu lagi berkhidmat kepada negara , Tun juga sepatutnya sedang berihat dan tidak perlu mencampuri urusan kerajaan lagi kerana kita ada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta ahli-ahli kebinet telah diamanahkan untuk menguruskan negara.

Jelas Dr. Mahathir lagi , desakan untuk melompat parti timbul apabila tidak wujud lagi kesetiaan kepada parti dan sesetengah pihak yang merasakan mereka tidak mendapat apa-apa sekarang mempunyai peluang mendapat jawatan penting dalam kerajaan baru.Ditanya adakah perkara tersebut dirasakan satu kebimbangan besar baginya, beliau berkata, sekiranya tindakan lompat parti itu berlaku, negara ini akan mengalami lebih banyak konflik.Mengenai ahli-ahli Parlimen yang mungkin melompat parti, Dr. Mahathir berkata, UMNO dan parti komponen utama dalam BN seperti MIC dan MCA mempunyai akar umbinya di Semenanjung tetapi keadaan berbeza di Sabah dan Sarawak.'Walaupun UMNO ada di Sabah, ia tidak sama di sini (Semenanjung), mereka pernah ada USNO dan Pairin Kitingan dulu juga pernah mendapat sokongan daripada orang-orang ini.''Jadi, bolehkah kita yakin yang mereka akan terus memberikan kesetiaan yang kuat kepada UMNO, saya tidak fikir begitu,'' katanya.

Nota:

Tun sebenarnya tidak perlu bimbang dengan apa yang sedsang bergolak sekarang , kerana semuanya telah berjalan dengan baik dan lancar. Pak Lah dan Najib tahu apa yang mereka lakukan. Tun tidak perlu bimbang kerana mereka ini juga sayangkan UMNO dan BN juga, dan tidak mungkin akan meleppaskan kerajaan ini dengan begitu mudah sekali. Kalau Tun hanya duduk diam dan tidak mencampuri urusan kedua kepimpina tertinggi ini Insyaalah , kita akan kembali kukuh dan kuat kembali. Cukuplah sudah apa yang telah Tun lakukan sebelum ini,Rakyat sudah mula bosan dengan cara dan tingkah Tun yang sedaya upaya mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan Timbalan beliau.

Kata Tun lagi "Malah, beliau berkata, terdapat beberapa ahli Parlimen di Semenanjung yang jika mereka fikir boleh mendapat sesuatu daripada kerajaan baru, kumpulan tersebut juga bersedia melompat parti''Ini terutama apabila dirasakan jika berbuat demikian, mereka akan dapat terus berada dalam kerajaan,'' katanya.Kata beliau, keadaan tersebut berbeza berbanding dahulu ketika BN memiliki majoriti lebih dua pertiga.Katanya, ketika itu tidak timbul masalah kemungkinan ahli-ahli Parlimen melompat parti kerana BN dan jika terdapat parti komponen berpaling tadah sekali pun, mereka tidak mampu menubuhkan kerajaan.''Berbeza sekarang apabila melompat dan sertai kerajaan lain, mereka tidak akan mengalami apa-apa kerugian malah boleh mewujudkan permainan politik,'' katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir membidas larangan kepada bahagian UMNO untuk mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) dan menyifatkannya ia sebagai suatu yang tidak demokratik.''Itulah UMNO yang ada sekarang, ini bukan UMNO yang sebenar (berbeza), pada zaman saya dahulu UMNO melaksanakan kempen untuk menentang saya tetapi mereka tidak dihalang.''Sekarang kita tidak boleh bercakap tentang apa yang kerajaan tidak suka,'' katanya.

Sambil memberikan contoh, Dr. Mahathir berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, beliau ada menyatakan hasrat ingin bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu-isu semasa atas rasa keprihatinannya tentang apa yang berlaku dalam UMNO.''Dia (Najib) kata dia akan datang jumpa saya tetapi perlu mendapat kebenaran dahulu daripada Perdana Menteri. Rupanya dia tidak mendapat kebenaran, jadi, sampai sekarang dia tidak berjumpa saya ''Ini sungguh teruk apabila Perdana Menteri tidak mempercayai timbalannya.

Pada zaman saya, saya mempercayai timbalan saya sehinggalah dia melakukan sesuatu yang pelik,'' katanya.Menurut Dr. Mahathir, UMNO perlu membenarkan EGM di bahagian-bahagian bagi membolehkan ahli-ahli parti membuat perubahan ke atas peraturan kuota 30 peratus bagi membolehkan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti dilaksanakan.''Jika tidak dapat mengubah syarat kuota tersebut, dengan sikap ketua-ketua bahagian sekarang, tidak ada satu bahagian pun yang akan mencalonkan orang lain kecuali Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).''Jadi, jika tidak ada 60 bahagian UMNO yang mencalonkan sesiapa kecuali Pak Lah, maka pada Disember ini, beliau akan menang tanpa bertanding... (kerana) orang sungguh takut dan amalan cium tangan telah bermula,'' katanya.

Nota:

Jelas disini Tun telah mula menghidu akan sokongan pemimpin UMNO kepada Pak Lah kian kuat dan kebimbangan beliau kemungkinan sesiapa sahaja yang bertanding untuk menentang Presiden atau Timbalan Presiden tidak akan mendapat pencalonan telah jelas terbayang di mata beliau dan kebimbangan inilah yang membuat Tun cuba untuk membuat satu 'Spin' dalam perang saraf beliau untuk menunjukkan bahawa UMNO itu lemah.Sebaiknya Tun berihat sahaja dan biarlah generasi baru ini mengendalikan UMNO.Yang berada di belakang Tun sekarang boleh di kira - Khir Toyo , Fuad Zakarsi , Muhiyuddin , Syed Ali Al Habshee dan juga anak beliau Mukhriz. Tengku Li .

Tun gagal melebarkan pengaruhnya setelah Pak Lah dan Najib bercantum kukuh. Sepatutnya jika Najib enggan bertemu dengan Tun, Tun fahamlah kenapa Najib tidak mahu bertemu dengan Tun, langkah Najib itu bertepatan kerana nawaitu Tun untuk bertemu dengan Najib bukjannya membawa kebaikan tetapi akan menyulitkan Najib. Kalau Tun terus mahu berpolitik , tubuh lah parti baru kerana ahli UMNO sekarang mahu menumpukan kepada pemulihan UMNO dan menumpukan kepada tugasan harian.

Mereka tidak mampu untuk berpolitik setiap hari kerana mereka bukannya rakyat yang telah pencen yang banyak masa untuk berpolitik sepanjang minit dan sepanjang jam.Insyaalah BN dan UMNO dalam proses pemulihan dan kami tak perlu ubat yang tidak ketentuan yang dibawa oleh tenguk Li yang jiwanya kacau mahu menjadi presiden parti dan PM.

www.kpmu.net

AIDC said...

Salam

Untuk mengenali siapakah Anwar, harap luangkan masa tonton video2 ni…

Video 5
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew

Video 3
http://www.youtube.com/watch?v=mrNv44WoJck&feature=related

sumber : http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

AIDC said...

Salam

Siapa taja Anwar PRU 12 ?

Video 6- Siapa taja Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA

Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew


Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Panglima Perang Cyber said...

salam perjuangan blogger pejuang alif ba ta...

mari kita gempurrrrrr !

Anonymous said...

sudah tiada entry baru? mana pegi tuan rumah? tgh berjimat cermat ke?

UMNO PARTI PENJARA said...

Sesat di hutan, balik ke pangkal jalan :-)



Suara Baru Pemuda ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

UMNO PARTI PENJARA said...
This comment has been removed by the author.
UMNO PARTI PENJARA said...
This comment has been removed by the author.