Monday, April 30, 2007

Kito jadi MB sekak-sekak orghe nok!


Nik Aziz tired, but not of polls


30 April, 2007

PASIR PUTEH: Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat plans to contest in the next general election. "In fact, I also want to continue as Kelantan menteri besar, as long as the party wants me to serve in the post. I can still discharge my duties and responsibilities as menteri besar as my health permits it," said the Cempaka assemblyman, putting a stop to quit rumours because of his failing health.

Yesterday, Nik Aziz, Pas spiritual adviser, arrived with a walking stick to close a one-day election convention organised by Kelantan Pas at Taman Rehlah in Pantai Bisikan Bayu.

Addressing the participants, he said he was feeling tired after having given speeches at three ceramah before arriving at the event.

He had to be assisted by party members to leave the stage.

Insisting that he enjoyed good support from the Kelantan people, he was confident Pas would form the next state government.

"There is no reason why I should not contest or, for that matter, lead the state. If the party wants me to continue to hold the post, then I will."




© Copyright 2007 The New Straits Times Press (M) Berhad. All rights reserved.


PAS sangat bergantung kepada Nik Aziz sebenarnya. Ketokohan Nik Aziz sebagai ikon PAS memang tidak dapat disangkal. PAS memang tidak boleh berharap kepada Haji Hadi kerana perwatakan mereka berdua sangat jauh berbeza.

Jatuhnya kerajaan PAS di Terangganu sebenarnya akibat perwatakan Haji Hadi yang gelojoh dan kelihatan bertindak ala samseng yang mahu membalas dendam! Imej Haji Hadi sudah rosak di Terangganu dan juga di seluruh negara, dan PAS akan bertambah parah jika Haji Hadi terus bertindak sedemikian rupa.

Malangnya PAS hanya memiliki dua orang tokoh sahaja sekarang ini. Pemimpin lain dilihat sebagai barisan yang masih muda. Mereka tidak mungkin akan mengambil alih kepimpinan dalam tempoh yang terdekat ini. Jika dua orang tua itu 'dilangkah' pemimpin- pemimpin muda PAS itu akan dilihat sebagai kurang ajar dan akan mengundang krisis.

Haji Hadi dan Nik Aziz sebenarnya tidak lebih sekadar MOSKOT PAS sahaja. Sudah di ketahui umum PAS sudah dikuasai barisan kepimpinan baru, cuma mereka belum melakukan 'sentuhan terakhir' untuk menguasai PAS sepenuhnya.

Begitulah senario yang berlaku di Kelantan. Yang tersuratnya Nik Aziz adalah MB Kelantan, yang tersiratnya.... tugas Nik Aziz hanyalah sekadar menyampaikan kuliah-kuliah dan berceramah sahaja. Urusan pentadbiran negeri dikuasai oleh Husam, Takiyuddin dan kuncu-kuncu mereka. Tambahan pula kesihatannya tidak mengizinkannya untuk mentadbir sebuah kerajaan.

Sebab itulah Nik Aziz selalunya agak ketinggalan dan lambat untuk membuat kenyataan, kerana dia perlu bertanya kepada Husam dahulu. Contohnya isu Lojing.... Nik Aziz terkebil-kebil bila ditanya oleh para pemberita, kemudian dia hanya mampu membuat kenyataan bahawa isu itu sengaja dihebohkan oleh UMNO kerana pilihanraya sudah dekat. Dalam isu Lojing, saya sudah beberapa kali menulis..... jangan tanya Nik Aziz, kerana hanya Husam lebih mengetahuinya!


Suka atau tidak suka...... PAS terpaksa akui bahawa Nik Aziz sahaja satu-satunya tokoh yang tinggal sebagai lambang kekuatan PAS. Haji Hadi sudah tidak boleh diharapkan lagi, kerana sikapnya yang kurang ajar di Terangganu.

Berbanding dengan UMNO...... barisan kepimpinannya sudah jelas. Pada bila-bila masa sahaja kepimpinan boleh bertukar tanpa menjejaskan kekuatan parti.

Barisan kepimpinan PAS masih tidak berani untuk keluar daripada bayang-banyang Nik Aziz. Maka, PAS akan terpaksa terus mengheret Nik Aziz, walaupun dia sebenarnya sudah "tak cekakk benar doh!"

Saturday, April 28, 2007

Anwar - baik punya gelek.... amaaa!





p/s
Apa kata juri....

"Awak kena belajar lagi menari..... kena gali lagi!" hehehe!

"Dari dulu sampai sekarang duk macam tu je skil menari yang awak pandai"

Dah tak sakit tulang belakang ke?

******************************

Pandangan juri undangan yang dipetik daripada komen blog Anwar Ibrahim

ali allah ditta May 2nd, 2007 12:00 pm

Assalaamualaikum Saudara Anwar, Ramai berpendapat bahawa Ijok sebagai the last nail of the coffin dalam karier politik saudara. Tetapi,bagi saya ia adalah permulaan perjuangan saudara sejak balik dari Sungai Buloh.

Saya berpendapat,saudara sepatutnya tidak begitu agresif menyerang peribadi penyamun2 gomen,kerana perbuatan itu, and that to me doesnt buy votes,past by-elections proved it right.

Saya rasa saudara harus tone down sikit dan concentrate atas agenda alternatif anda dan be more realistic. Sungguhpun,masalah2 rasuah dan salahguna kuasa berleluasa,tapi aliran pemikiran rakyat jelata masih tidak pada tahap itu.Malah rakyat jelata menjadikan caci hamun pemimpin pembangkang sebagai satu means of escapism mereka.Akhirnya bukan kawaq2 gomen dijadikan bahan ketawa,tetapi pembangkang dilihat macam katun Tom & Jerry melepaskan geram masing2.

Saudara sepatut come up with an action plan,meluahkan apa saja saudara boleh buat jika diberi peluang untuk memerintah.Gunakanlah pelbagai multimedia yang canggih seperti powerpoint,LCD untuk tayang kepada umum on what saudara can do untuk rakyat dan negara. Setakat memaki hamun penyamun2 gomen never helps and if saudara still harps on stail begini, saudara is just like another PAS or DAP character.

Maaflah,mungkin bahasa saya agak kasar,but thats how I see. Anggaplah kekalahan di Ijok itu satu pengajaran bagi saudara,PKR & pembangkang umumnya. Saya tetap berpegang kepada apa yang saudara katakan, “Usah Bicara Soal Perjuangan Jika Takut Akan Risikonya”.

So lets take the risk…. cheers.


Khalid 'badut' PKR - lawak paling bersejarah!


BERITA TERKINI: Calon Barisan Nasional (BN) K. Parthiban mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 1850 undi. Parthiban, 39, bekas guru dan Setiausaha MIC Tanjung Karang, Selangor memperoleh 5,884 undi manakala Abdul Khalid, 61, tokoh korporat dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad memperoleh 4,034 undi....... 8:50pm

Saya mengikuti perkembangan Pilihanraya Kecil Ijok dari jauh sahaja. Sekadar membaca berita-berita di akhbar dan juga segala macam cerita daripada blogger.

Berbagai cerita, berbagai laporan, berbagai tuduhan dapat dilihat dan didengar sepanjang kempen pilihanraya kecil terakhir ini.

Saya juga tidak bercadang untuk menulis apa-apa tentang pilihanraya Ijok. Tetapi...... tetapiiiiiii, saya teringin juga untuk memuatkan sedikit tulisan tentang Ijok, kerana rasanya apa yang berlaku ini adalah 'lawak paling bersejarah'

Gambar dipetik daripada
http://pilihanrayakini.blogspot.com/2007/04/khalid-sendiri-sokong-bn.html

Klip video yang muncul dalam berita di TV semalam, memang lawak sungguh., dan 'badutnya' adalah calon PKR sendiri.

Lawak yang paling 'bersejarah' ini memperlihatkan betapa bercelarunya Khalid sebagai calon PKR, sehingga menutup kempennya dengan mengumumkan supaya pengundi 'menyokong calon BN'

Entah apa yang sedang bermain di kepala Khalid sehingga begitu sekali 'tersasul' yang saya lihat sudah bertaraf tahap 'sasau'.

Khalid sudah mengsahkan dirinya adalah 'badut' yang layak diketawakan.

Maka....... saya juga hendak tumpang ketawa, hahahahahaha!

***********************************
p/s

Bukan setakat Khalid saja rasanya yang patut di ketawakan, malahan semua pemimpin PKR yang ada di atas pentas ketika itu juga adalah pemimpin bertaraf 'badut' yang memang layak diketawakan.


Boikot Pilihanraya - Apa sebenarnya pendirian PAS?


Sewaktu Pilihanraya Kecil di Batu Talam, Raub baru-baru ini..... negara 'kononnya' dikejutkan dengan tindakan PAS yang memboikot pilihanraya kecil itu. Berbagai-bagai alasan yang mereka katakan, walaupun semua alasan mereka itu sebenarnya hanyalah cubaan untuk menutup ketidak mampuan mereka untuk menyaingi BN.

Bila BN kata (juga saya kata dan orang ramai kata....) tindakan boikot itu hanyalah alasan PAS, kerana mereka sedar peluang untuk menang adalah begitu tipis sekali.

Semua pemimpin PAS bermati-matian menafikannya dengan mengatakan sistem pilihanraya di negara kita tidak telus dan berpihak kepada parti pemerintah, maka PAS memboikot pilihanraya itu selagi SPR tidak memperbaiki/membersihkan sistem pilihanraya yang PAS dakwa tidak telus.

Walau apa pun hujah PAS.... semua orang tahu bahawa PAS sebenarnya membuat pilihan untuk tidak mengaibkan diri sendiri dengan menempah kekalahan jika bertanding di Raub.

Tindakan PAS memboikot pilihanraya kecil di Batu Talam, Raub itu saya ibaratkan seperti seorang pemuda yang membeli tiket keretapi tetapi tidak menaikinya dan kemudian mendakwa dia telah berjaya menipu keretapi itu....

Baca di sini
- http://siapanakjawab.blogspot.com/2007/01/padan-muka-aku.html

Saya juga pernah katakan.... kalau PAS benar-benar hendak boikot pilihanraya, apa kata kalau Nik Aziz bubarkan DUN Kelantan supaya pilihanraya negeri dapat diadakan, dan kemudian bolehlah PAS umumkan bahawa mereka akan memboikot pilihanraya itu. Kalau itu berlaku..... memang kita semua boleh angkat 'tabik' kepada PAS sambil dalam hati kata.... 'memang gila diorang ni!"

Belum reda kisah di Raub.... muncul satu lagi pilihanraya kecil di Manchap. Dalam situasi kempen pilihanraya kecil di Manchap...... Pilihanraya kecil Ijok pula terpaksa dijalankan.

PAS cuba untuk membawa kisah boikot pilihanraya..... malangnya mereka tidak mampu untuk mempengaruhi DAP dan PKR untuk menerima idea boikot pilihanraya.

Kecelaruan itu jelas menggambarkan PAS + DAP + PKR = Barisan Altenatif tidak boleh dijadikan tempat rakyat bergantung dan meletakkan kepercayaan. BA yang mereka katakan sebagai satu barisan lebih baik berbanding BN, memang hanyalah sekadar mimpi dan retorik hubungan parti politik yang memualkan.

Idea 'boikot' PAS ditertawakan oleh rakan BA mereka sendiri. Kalau rakan sendiri pun tak boleh menerima idea itu, bagaimana pula dengan orang lain. Maka tidak salah rasanya kalau BN turut mentertawakan idea PAS itu (saya pun nak tumpang ketawa... hahahahaha!)

Di Manchap.... rakan BA PAS, DAP bertanding dan kemudiannya kalah!
Di Ijok..... PKR bertanding, keputusannya.... tunggu malam ni!

Tindakan DAP dan PKR yang membelakangi idea boikot pilihanraya PAS itu sebenarnya sudah jelas memberikan gambaran bahawa idea PAS itu sebenarnya 'idea gila'. Malangnya PAS tidak sedar DAP dan PKR mentertawakan idea gila mereka itu, kerana PAS memang parti yang tak sedar diri!

Gambar dipetik daripada
http://sarungkeris.wordpress.com/2007/04/12/pas-tanggung-malu-kena-main-boikot-pilihanraya/


p/s

Jom sokong PAS boikot pilihanraya............. Takbirrrrr
(dan kemudian kita ketawakan mereka........hahahahahaha!)


Boikot Pilihanraya - Apa sebenarnya pendirian PAS?

Boikot Pilihanraya : Siapa Yang Sedang Diperbodohkan?
Posted on Monday, April 16 @ 18:05:24 MYT


Sdr Editor!

Barisan Nasional (BN) awal-awal lagi telah mengisytiharkan bahawa calon dari MIC akan terus diletakkan sebagai calonnya pada pilihanraya kecil Ijok yang akan berlangsung pada 28 April ini.

Pembangkang juga seperti sudah mencapai kata putus untuk memberi laluan kepada calon dari Parti Keadilan untuk beradu nasib. Ini juga membuktikan agenda boikot pembangkang terutama Keadilan cukup sekadar di Batu Talam sahaja.

Jelas pada Parti Keadilan berasakan mereka ada peluang untuk kalau tidak menang pun boleh menjadikan Ijok sebagai medan untuk mereka melepas geram.

Dalam semua keadaan sudah pasti tinggal Pas sahaja yang terus berada dalam kekeliruan. Pas keliru untuk memilih rakan atau menjaga maruahnya.

Parti Keadilan yang mempelopori tindakan boikot di Batu Talam nampaknya sudah jauh ke depan.

Mereka bukan sahaja di peringkat pertimbangan sama ada mahu meneruskan pemboikotan atau tidak malah sudah ke tahap untuk memilih siapa di kalangan pemimpin mereka untuk diletakkan sebagai calon di Ijok.

Kini tinggal Pas sahaja yang terus pening kepala. Ternyata tindakannya yang termakan dengan hasutan Parti Keadilan untuk memboikot pilihanraya telah memakan diri.

Malah sehingga kini, Pas seperti bergelut dengan kemelut dalaman mereka ekoran pendapat yang berlawanan antara satu sama lain.

Jika mengikut kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Pas masih terikat dengan keputusannya memboikot pilihanraya sebagai membantah kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam mengendalikan pilihanraya yang adil dan bebas

Namun kenyataan Hadi itu bertentangan sama sekali dengan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa yang berkata parti itu akan membantu calon Parti Keadilan di Ijok.

Manakala Naib Presiden Pas, yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali pula mengumumkan pihaknya akan hanya membantu Pari Keadilan di Ijok sekiranya, Bendahari Agung Parti Keadilan, Tan Sri Khalid Ibrahim dipilih sebagai calonnya.

Sementara Pemuda Pas menerusi Ketuanya, Salahuddin Ayub membuat pendirian jelas bahawa Pemda Pas akan memboikot pilihanraya kecik Ijok.

Ternyata dalam permainan politik di kalangan parti pembangkang Pas sudah terjerat dengan tindakan kurang bijak pemimpin mereka yang terpedaya dengan hasutan Parti Keadilan.

Nampaknya jika sebelum ini Pas seperti berjaya mempergunakan Parti Keadilan untuk kepentingan politik mereka jelas dengan kehadiran Anwar Ibrahim kali ini Pas pula terperangkap dengan taktik licik Penasihat Parti Keadilan itu.

Sudah pasti pilihanraya kecil Ijon bukan sahaja satu ujian besar buat Parti Keadilan untuk membuktikan kekuatan mereka malah Pas juga berdepan dengan ujian untuk melihat sejauh mana kebijaksanaan pemimpin mereka merencana strategi bagi berdepan pilihanraya umum akan datang.

Pemimpin Pas seharusnya membuat pertimbangan atau satu keputusan yang tepat kerana sebarang tindakan kurang cerdik mereka bukan sahaja akan memperlihatkan parti itu sedang diperbodohkan tetapi akan memberi kesan kepada ahli dan juga penyokong mereka.

Shah Putera


Dipetik daripada Laman Web Pemuda UMNO Malaysia

http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=6464


Friday, April 27, 2007

Lojing - Husam hendak tipu siapa lagi?

Lojing - Saya hendak tutup kisah Lojing dengan memaparkan petikan-petikan berita daripada akhbar, kerana selepas tersiarnya tiga berita ini, kerajaaan Kelantan memang sudah tak mampu hendak kata apa-apa lagi. Harakah sebagai lidah rasmi mereka juga sudah tidak menyiarkan apa-apa lagi berita tentang Lojing. Maklumlah, isu Lojing sudah mencalar kewibawaan Kerajaan Kelantan!


Petikan Akhbar 16 April 2007



Kelantan mengaku belum warta Lojing

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad dan Wan Faizal Ismayatim

Kerajaan negeri mahu lakukan secara berperingkat


KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan mengaku belum mewartakan kawasan tanah tinggi Lojing sebagai hutan simpan seperti ditetapkan Majlis Tanah Negara.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata kerajaan negeri bercadang berbuat demikian, tetapi mengambil masa serta perlu dilakukan secara berperingkat.

“Kerajaan negeri faham tanah tinggi Lojing perlu diwartakan sebagai hutan simpan. Saranan Timbalan Perdana Menteri memang kita ambil kira, cuma perlu dilakukan secara berperingkat.

“Sebab itu, kita ada Jawatankuasa Pembangunan Tanah Tinggi Lojing yang berbincang mengenainya dan perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak terlebih dulu,” katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu semua kawasan tadahan air diwartakan mengikut ketetapan Majlis Tanah Negara bagi mengelak kegiatan pembalakan secara rakus sehingga menjejaskan kawasan hutan simpan.

Dalam isu berkaitan, Ahmad menafikan mengeluarkan kenyataan atau arahan supaya pegawai Jabatan Perhutanan negeri tidak memberi maklumat berhubung isu pembalakan dan pembukaan tanah di Lojing.

“Saya tidak buat apa-apa surat mengenainya. Surat dari mana, itu saya pun tak tahu. Sebarang arahan berkaitan kepentingan kerajaan negeri dikeluarkan hasil mesyuarat Exco.

“Saya menafikan sebarang surat dikeluarkan berhubung arahan itu daripada pejabat saya. Saya sendiri tidak pernah mengeluarkan surat atau arahan kepada Jabatan Perhutanan.

“Jika surat itu dikeluarkan pihak lain, saya tak tahu. Saya juga tidak tahu sama ada sebarang surat dikeluarkan Pejabat Menteri Besar kerana bukan di bawah saya,” katanya.

Kelmarin, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, dilaporkan mendakwa Kerajaan Kelantan mengeluarkan surat mengarahkan Jabatan Perhutanan tidak memberi sebarang maklumat mengenai Lojing.

BH/16 April 2007


Petikan Akhbar 17 April 2007


Menteri ada bukti Kelantan beri arahan

Oleh Amirullah Andi Nur

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azmi Khalid semalam mendakwa kerajaan Kelantan berbohong berhubung surat yang mengarahkan Jabatan Perhutanan supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di Tanah Tinggi Lojing.


Malah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang mempunyai surat arahan berkenaan, sedia mendedahkan kepada umum sekiranya kerajaan Kelantan enggan mengaku mengeluarkan arahan berkenaan.

“Nasihat saya pada pihak berkenaan supaya memeriksa (pengeluaran surat itu) dengan pejabat Menteri Besar Kelantan, sebab kalau saya dedahkan, ia mungkin akan memalukan mereka.

“Sekarang, saya beri peluang sekali lagi (untuk menarik balik kenyataan awal),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Antarabangsa Ke-2 Institusi dan Pertubuhan Akademik Yang Terbabit Dalam Pendidikan serta Latihan Keselamatanbio di Hotel Corus, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menafikan mengeluarkan surat arahan itu kepada Jabatan Perhutanan.

Kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di Tanah Tinggi Lojing yang menjadi kawasan tadahan hujan mendapat kritikan pelbagai pihak kerana boleh menjejaskan alam semula jadi yang penting kepada ekologi setempat.

Azmi berkata, kerajaan Pas Kelantan harus bercakap benar sejajar prinsip (berteraskan Islam) yang diamalkan selama ini.

“Hari ini (semalam), Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan akan berjumpa saya bagi membincangkan isu itu atas nasihat kerajaan negeri. Saya sukacita untuk menjalin kerjasama dengan mereka,” katanya.

Ditanya sekiranya kerajaan Kelantan terus enggan menarik balik penafian itu, Azmi berkata: “Kalau saya dedahkan, lagi malu. Jangan tunggu sehingga saya tunjukkan semua kepada umum.”

Mengenai siasatan membabitkan kementerian berhubung isu itu, Azmi berkata, laporan mengenainya sudah siap.

Beliau mengesahkan Tanah Tinggi Lojing tidak pernah diwartakan mengikut sebarang akta, sekali gus menyukarkan tindakan perundangan.

“Tindakan yang boleh diambil membabitkan aspek alam sekitar kerana tiga syarikat pembalakan gagal membuat permohonan penilaian kesan alam sekitar,” katanya.

BH/17 April 2007


Petikan Akhbar 18 April 2007



Pas akui arah isu Lojing ‘dirahsia’

Oleh Wan Faizal Ismayatim

KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, semalam mengakui Pejabat Menteri Besar ada mengeluarkan arahan kepada Jabatan Perhutanan negeri supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai pembalakan di Lojing.


Katanya, beliau baru diberitahu mengenai surat itu oleh pejabat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta berpeluang membaca surat arahan itu, semalam.

“Saya mengakui surat arahan itu dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Besar. Saya (sebelum ini) tidak menyedarinya kerana berpandukan kepada keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

"Bagaimanapun, saya ingin menjelaskan yang saya tidak pernah terbabit mengeluarkan arahan seperti itu kepada Jabatan Perhutanan negeri," katanya kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid berkata beliau akan mendedahkan surat arahan daripada Kerajaan Kelantan yang melarang Jabatan Perhutanan negeri memberi maklumat berhubung isu pembalakan dan penerokaan di Tanah Tinggi Lojing.

Berikutan itu, Azmi meminta Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah dan Wilayah negeri menarik balik kenyataan kelmarin bahawa kerajaan negeri itu tidak pernah mengeluarkan arahan kepada jabatan berkenaan.

Menjelaskan kekeliruan itu, Ahmad berkata, surat berkenaan sebenarnya bukan bermaksud menghalang atau mengarahkan secara mutlak Pengarah Jabatan Perhutanan negeri untuk tidak memberi maklumat kepada Kerajaan Pusat.

"Arahan itu dikeluarkan supaya tiada sebarang maklumat diberikan kepada kementeriannya berhubung isu Lojing. Tapi, surat itu bermaksud segala perkara berkaitan hal ehwal hutan di negeri ini perlu terlebih dulu mendapatkan kebenaran Menteri Besar,” katanya.

"Kita bukan berniat untuk menghalang maklumat itu dikeluarkan. Surat itu membabitkan perkara yang berkaitan hutan di seluruh negeri dan bukan Lojing semata-mata,” katanya.

BH/18 April 2007



Petikan Akhbar 20 April 2007



Pemilik 3 syarikat konsesi Lojing orang sama

MACHANG 20 April – Kerajaan Kelantan pimpinan PAS jelas membelakangi rakyat negeri ini dengan meluluskan tanah seluas 1,200 hektar kepada warga asing untuk kegiatan pertanian di Lojing, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah.

Bagaimanapun Sazmi berkata, ini amat berbeza ketika Kelantan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1985 di mana sebahagian tanah di kawasan Lojing diluluskan kepada agensi-agensi milik kerajaan negeri seperti Yayasan Islam Kelantan (YIK) termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Tindakan memberi konsesi itu seolah-olah mahu menggadaikan sebahagian besar tanah di kawasan Lojing kepada warga asing, katanya.

“Apa yang dipersoalkan kenapa tanah yang diluluskan kepada tiga syarikat itu dimiliki orang yang sama, dua warga Singapura dan dua rakyat Johor,” katanya kepada Bernama selepas menziarahi seorang penduduk yang sakit di Banggol Judah di sini hari ini.

Keempat-empat mereka mempunyai nama dalam ketiga-tiga syarikat yang diberi konsesi, masing-masing seluas 400 hektar pada September 2006 selama 66 tahun, katanya.

Sazmi berkata, beliau mendapat tahu mengenainya apabila membuat semakan dengan Pendaftar Syarikat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, sekiranya dakwaan beliau itu tidak betul kerajaan negeri hendaklah mengemukakan bukti sebaliknya.

Sazmi juga berkata, rakyat Kelantan terutama yang tinggal di kuala-kuala Sungai Kelantan akan turut menerima kesan buruk pada musim tengkujuh akan datang berikutan kesan pembalakan yang tidak terkawal di kawasan Hulu Kelantan.

– Bernama

...............................................

p/s

Lojing......... jangan tanya Nik Aziz, kerana hanya Husam sahaja yang mengetahui apa yang dia lakukan di sana. Pendek kata..... "kena tipu ke Husam belakooo!


Sunday, April 15, 2007

BA.... barisan parti 'biskut'


PAS + DAP + keADILan = BA..... Barisan Altenatif atau Barisan Alasan?

Macam mana hendak meletakkan harapan kepada 'barisan' yang tidak mempunyai pendirian ini? Sekejap nak boikot, sekejap nak bertanding...... yang mana satu nak pegang ni? Jangan la jadi macam 'biskut'!

Tapi kalau biskut senang pulak.... tentu sedap dicicah dengan kopi!





Pilihanraya kecil yang berlangsung tahun ini sudah memberikan peluang yang secukupnya kepada BN dan BA.

Di pihak BN, semua pilihanraya kecil diharungi dengan pemaufakatan sebuah barisan yang jitu dan boleh diharapkan..... calon UMNO sudah.... calon MCA baru selesai dan kini calon MIC pula.

Di pihak BA pun juga sudah diberikan peluang.... calon PAS boikot.... calon DAP gagal dan kini calon keADILan pula.

Wahhh..... sungguh menarik nampaknya situasi pilihanraya kecil tahun ini!

Tetapi yang jelasnya..... BA hingga kini masih terkial-kial untuk membuktikan ikatan 'barisan' mereka. Walaupun mereka tak akan mengakuinya... tetapi janganlah berfikiran bahawa rakyat begitu sekali bodohnya hinggakan tak mampu untuk melihat 'kepura-puraan' mereka sebagai satu 'barisan'

............................................

p/s
Hoiiiii!..... kalau nak boikot, boikot je laaa...... tak payah la banyak cerita pulakkk!

Buat kesekian kalinya...... jom boikot pilihanrayaaaa! Takbirrrrrrr!

Saturday, April 14, 2007

Solat Hajat.... kena tengok dulu apa hajatnya!

KHABAR TERKINI...... Berita jam 8 TV3 malam ini memberikan khabar gembira bahawa kehilangan Yin sudah berakhir. Alhamdulillah, khabarnya Yin sudah ditemui di Sentul. Tidak sia-sialah usaha semua yang terlibat, dan tidak lupa juga berkat doa seluruh masyarakat yang sudah berminggu-minggu mengadakan solat hajat di merata-rata tempat. (Tak payah kena tunggu solat hajat Nik Aziz...... sebab antara solat hajat Nik Aziz dengan solat hajat orang lain 'serupa' sahaja)

Semoga kisah Yin menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa......... 8:30 PM



Sejak kehilangan Yin disiarkan di berita jam 8:00 TV3, saya tumpang rasa simpati terhadap keluarga ini. Walaupun soal kehilangan Yin merupakan sesuatu sangat mendukacitakan. Beberapa malam yang berikutnya kita melihat bagaimana banyak pihak cuba membantu untuk mencari dan mengesan Yin, tetapi kekadang saya terfikir juga, macam manalah budak ni boleh terlepas tanpa disedari oleh ibu bapanya sebegitu sekali. Bila melihat rakaman CCTV yang dipercayai menunjukkan imej Yin keluar dari bangunan SOGO, seorang diri.... tentunya sungguh menghairankan. Begitu asyiknya kedua ibu bapa ini membeli belah hingga tidak menyedari anak mereka sudah tidak ada dalam 'lingkungan' perhatian mereka.

Tanpa berniat hendak menyalahkan sesiapa..... tetapi tentunya, punca asalnya ialah kecuaian ibu bapa Yin sendiri. Simpati.... simpati jugakk.... tetapi saya rasa ibu bapa Yin juga harus disiasat daripada sudut 'kecuaian' ibu bapa melindungi anak-anak mereka. Melihat rakaman terakhir yang dipercayai Yin sedang berjalan keluar dari bangunan SOGO, tentu ada ramai yang boleh mengingati kejadian itu. Kecualilah tahap 'perihatin' masyarakat kita sekarang ini sudah ke tahap sifar. Saya fikir.... kalau melihat seorang kanak-kanak yang terpinga-pinga di luar pintu masuk pusat membeli belah seperti itu, tentu akan mendatangkan kehairanan. Dan yang paling menghairankan sekali.... hingga begitu sekali ibu bapa Yin tidak menyedari kehilangan anak mereka!

Semua orang simpati dengan kejadian ini.... dan ramai yang telah mengerakkan usaha untuk mengesan Yin. Pelbagai cara telah dilakukan, dan tentunya semua yang terlibat tidak mempunyai niat "ada udang di sebalik batu" Apa yang kita doakan juga semoga Yin selamat dan dapat ditemukan semula dengan keluarganya.

Memanglah solat hajat merupakan salah satu usaha yang boleh kita lakukan, tetapi rasanya ada sesuatu yang tidak kena hinggakan ibu bapa Yin berhajat untuk berjumpa Nik Aziz supaya melakukan 'solat hajat'. Mungkin kenyataan ini hanyalah 'permainan bahasa' oleh pengarang berita Harakah Daily sahaja, tetapi jika betul itu kenyataan ibu bapa Yin.... hemmmmm! tak mengapalah, teruskanlah niat tu. Cuma sekali lagi saya nak katakan, kalau ada terlintas bahawa sembahyang hajat yang dilakukan oleh Nik Aziz ada 'kelebihan' .... kena betulkan la dulu barangkali niat tu!

.......................................................
p/s
Teringat bagaimana suatu ketika dulu Nik Aziz mengadakan sembahyang hajat di stadium dan berdoa supaya 'membutakan' mata pengundi supaya tidak melihat lambang dacing, sebaliknya hanya melihat lambang bulan sahaja.
Sejak itu saya tak pernah lagi ikut sembahyang hajat di masjid, kalau saya tak tahu apa tujuan sembahyang hajat itu diadakan!

Saturday, April 7, 2007

Lojing - Apa lagi nak kata?

Kerajaan Kelantan hendak salahkan siapa lagi? Semuanya salah orang lain belaka......

Setelah senyap seketika, nampaknya berita tentang Lojing kembali dipaparkan di Harakah Daily. Tapi seperti biasa, apa yang ditulis hanyalah cerita yang sama taraf dengan perbualan di kedai kopi. Tentu kita maklum macam mana keadaannya bila bercakap sesuatu yang berkaitan dengan politik di kedai kopi..... Kalau diperhatikan memang itulah 'stail' penulisan mereka yang berada di Harakah. Jarang sangat dapat membaca sesuatu yang bernas daripada lidah rasmi PAS ini.

Saya tak berapa kisah sangat dengan apa yang mereka tulis seperti berita di atas.... cumanya saya tertarik dengan komen-komen pembaca tentang berita-berita 'kedai kopi' seperti ini. Para penghantar komen itu tentunya mereka yang saya gelar 'berkarat hijau', kalau tidak jangan haraplah komen ada akan tersiar. Saya pernah beberapa kali cuba menghantar komen.... saja nak cuba, dan memang kena delete la komen saya tu, walaupun saya tak gunakan bahasa seperti puak-puak dia ni...

Ini ialah komen kepada berita di atas. Cuba lihat bahasa yang mereka gunakan...... emmm, inilah bahasa orang yang sikit pun tak merasa malu dengan serban atau kopiah yang mereka pakai. Dan dengan bangganya pula Harakah memaparkan di akhbar mereka. Saya cuma nak kata.... 'puak-puak ni bila bekecekkk.... serupo laaa Tuhe tu saing dia, serupo tak apoo jah!" (puak-puak ni, bila bercakap.... macamlah Tuhan tu kawan dia, macam tak apa jeeee!)

p/s
Dalam blog saya ini ada beberapa komen yang saya terima.... dan saya tetap siarkannya tanpa tapisan dan kalau sempat saya balas.

Khas kepada Hamzah Alsabahani...... kerajaan Kelantan serahkan kepada siapa agaknya tanah luas-luas kat Lojing tu untuk tanam sayur?


Wednesday, April 4, 2007

Lojing - Nik Aziz kata...."tanya orang lain"

Selepas peristiwa kerajaan Kelantan dimurkai oleh Sultan Kelantan, nampaknya semua yang berada di saf pimpinan negeri seperti terkunci mulut. Jika sebelum ini mereka (terutamanya Husam) ghairah untuk menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan sangat ikhlas dan jujur, sesuai dengan imej negeri pimpinan ulamak yang mempunyai satu-satunya bandar yang diberi nama "Bandaraya Islam" di dunia. Apabila isu Lojing dibangkitkan, kepimpinan negeri cuba untuk menutup kisah Lojing dengan mengatakan, soal pencurian balak dan kemusnahan alam sekitar berlaku juga di negeri-negeri lain. Pada awalnya cubaan mereka itu kelihatan telah menarik perhatian ramai.

Seperti yang telah saya katakan, kalau isu balak atau kemusnahan alam sekitar yang dibangkitkan, kerajaan negeri Kelantan akan sentiasa mempunyai 'jawapan' dan 'senjata' untuk menyerang balas. Sekali lagi saya hendak tegaskan bahawa isu Lojing bukanlah perkara yang berkaitan dengan balak atau kemusnahan alam sekitar semata-mata. Ada sesuatu yang lebih besar sebenarnya yang berlaku di sana, dan itulah yang cuba dilindungi oleh kerajaan Kelantan daripada diperkatakan oleh umum.

Kerajaan Kelantan bersungguh-sungguh cuba mengatakan bahawa mereka tidak bersalah, dan cuba untuk meletakkan kesalahan itu kepada kerajaan Pusat, melalui kementerian dan jabatan-jabatan yang terlibat. Saya seperti biasa menunggu berita jam 8 TV3, untuk melihat kalau-kalau ada kenyataan baru oleh kerajaan Kelantan. Jika semalam, kita dapat melihat bagaimana Husam melarikan diri dan enggan membuat sebarang kenyataan bila ditanya para pemberita, hari ini pula orang nombor 1 dalam pimpinan Kelantan juga kelu tak terkata apa-apa, hanya mampu berkata "huh! tanya orang orang lain"

Saya sudah beberapa kali mengatakan.... dalam isu Lojing, jangan tanya Nik Aziz, kerana dia tidak tahu apa-apa. Nik Aziz tak tahu apa yang sebenarnya Husam lakukan di sana. Pendek kata, Nik Aziz memang selama ini dok kena pelawok sokmo ko puak-puak tu. Nik Aziz hanya pakai tanda tangan je apa-apa kertas kerja yang di hulur oleh puak-puak tu! Nik Aziz memang tidak bersalah dalam hal ini, kerana dia tak tahu pun apa yang berlaku di Lojing atau pun apa yang bakal berlaku akibat aktiviti-aktiviti puak-puak dio ni yang dikepalai oleh Husam.

Sejak awal isu ini dibangkitkan Nik Aziz memang tidak mempunyai jawapan..... dia hanya mampu mendakwa, hal ini adalah cubaan kerajaan Pusat untuk menjatuhkan maruah mereka sahaja kerana pilihanraya sudah dekat. Kenyataan umum begitu sahaja yang mampu dikeluarkan oleh seorang Menteri Besar, tanpa ada apa-apa jawapan yang jitu untuk mematahkan apa juga dakwaan tentang isu Lojing. Kalau setakat kata..... "ini semua dibangkitkan kerana pilihanraya dah dekat", tak payah tanya Menteri Besar pun tak apa!........ semua orang PAS akan kata macam tu!

Soalnya... kalau betul sekali pun dakwaan mereka bahawa isu Lojing ditimbulkan kerana pilihanraya dah dekat, adakah penggondolan yang berlaku di Lojing tidak berlaku. Sampai hari ini, kerajaan negeri tidak dapat membuktikan bahawa gambar-gambar yang ditunjukkan oleh TV3 adalah palsu. Maknanya apa yang dapat kita lihat di TV3 baru-baru ini adalah kenyataan! dan dakwaaan ini hanyalah permainan kerajaan Pusat menjelang pilihanraya, tentu tidak dapat menyelamatkan Lojing.

Dahulu juga saya pernah berkata, "Husam ni kalau cakap lebih-lebih, nanti tercabut serban Nik Aziz!" Dan minggu ini memanglah minggu yang memeritkan bagi Nik Aziz. Ini semua adalah angkara Husam yang kelihatan bermaharaja lela di Kelantan. Husam sudah menconteng arang ke muka Nik Aziz dan menabur najis kepada 'kesucian' kerajaan pimpinan ulamak di Kelantan.

Melihat berita TV3 malam ini, kelihatan jelas Nik Aziz nampak 'serabut' dan dahi berkerut. Kesian orang tua tu!.....harap-harap dia tak masuk wad kerana kes ini. Ingatlah.... kalau sesuatu yang buruk berlaku kepada Nik Aziz, Husamlah orang yang patut dipersalahkan!

Tuesday, April 3, 2007

Lojing - Husam belum jumpa jalan baru!

Selepas maruah kerajaan 'pimpinan ulamak' di Kelantan merudum ketahap maksimum, ekoran 'teguran' Sultan Kelantan beberapa hari yang lalu, nampaknya Husam dan kuncu-kuncunya masih belum menjumpai 'AJAX' untuk mencuci arang (kalau tidak pun tahi) yang telah mereka palitkan ke muka Nik Aziz yang zuhud dan luhur. Masalahnya 'kotoran' yang telah mereka simbahkan bukan 'calang-calang anak'..... gerenti tak boleh nak dicuci dengan Ajax Fabuloso! Malam ini (berita jam 8 TV3) jelas sekali dapat dilihat bagaimana Husam terkial-kial melarikan diri apabila diserbu para pemberita. Seperti yang sudah saya katakan... apa-apa sahaja yang berlaku di Lojing, jangan tanya Nik Aziz, kerana Husam sahaja yang lebih mengetahuinya.... mugo kijoan dio belako!

Malam tadi juga Timbalan Perdana Menteri buat pertama kali memberi ulasan.... 'jika ada sesiapa yang melakukan kesalahan, dakwalah mereka, kerana sudah tentu dalam isu Lojing sudah tentu ada yang mempunyai kepentingan dan mendapat untung" Husam juga sebelum ini, dalam cubaannya untuk melepaskan diri telah membuat kenyataan supaya 'jangan lindungi sesiapa sahaja'. Sebelum peristiwa kenyataan murka Sultan Kelantan, Husam telah melancarkan serangan supaya isu Lojing kelihatan bukan kesalahan kerajaan negeri. JAS dan segala macam lagi jabatan dikatakan yang bertanggung jawab. Apa yang berlaku merupakan hasil pendedahan JAS lah ni.... pasal ada pemimpin negeri yang macam Husamlah maka hal-hal yang begini terjadi. JAS sudah menjalankan tugas mereka. Soalnya demo yang perintoh negeri ni lagu mano?....... mugo demo la yang rghatohhh Lojing jadi sampa lagu tuhh!

Telah saya katakan dalam tulisan saya yang lalu..... Husam telah berjaya membina perangkap supaya semua orang bercakap pasal balak. Selama beberapa hari, bila semua dah 'mabuk' pasal cerita balak, Husam pun dengan selamba menaburkan 'tuba' dengan harapan semua yang telah 'pening-pening lalat' dengan cerita balak terus senyap. Cubaan Husam dan kerajaan Kelantan untuk membuktikan bahawa semua lesen pembalakan telah dibekukan pada awalnya kelihatan seperti 'tuba' yang cukup hebat untuk melenyapkan segala serangan berkaitan isu Lojing. Malangnya..... perangkap yang Husam sediakan sudah bocor... maka 'tuba' tahap cap tengkorak itu tidak mampu untuk membunuh mereka yang 'mabuk' tadi. Husam tidak sedar, bahawa bukan semuanya jadi 'mabuk' dengan cerita balak yang cuba digempar-gemparkan. Dan tentunya 'tuba' yang Husam gunakan tidak mampu untuk melalikan Sultan Kelantan.... daulat tuanku!

Isu penebangan balak di Lojing bukanlah sesuatu yang menggusarkan Husam atau kerajaan Kelantan, kerana isu balak ini berlaku di mana-mana sahaja. Dan itulah yang cuba ditunjukkan oleh Husam, juga semua suku sakat dia telah menulis tentang isu balak di Kedah, Pahang atau di mana-mana sahaja, kerana bila bercakap tentang balak, memang ada banyak 'penyakit'nya. Sebab itulah Husam sedaya upaya berusaha supaya semua orang bercakap tentang balak. Bila semua sudah bercakap tentang balak, Husam pun mulakan permainan acuan PAS..... serang semula dengan cerita yang sama, dan kemudian boleh salahkan orang lain.

Saya telah sebut sebelum ini, bahawa isu balak hanyalah isu sampingan sahaja atau isu luaran sahaja. Husam akan terus memastikan supaya semua orang bercakap tentang balak dan kemusnahan alam sekitar. Selagi itu yang diperkatakan, Husam akan sentiasa ada jawapannya..... Sedapat mungkin Husam tidak akan menyebut tentang isu yang lebih besar di Lojing. Isunya ialah..... penyerahan tanah dalam jumlah yang luar biasa kepada beberapa syarikat untuk dijadikan ladang sayur dan lain-lain. Syarikat-syarikat ini bukan yang jenis tanam sayur atas batas macam di Bachok. Syarikat-syarikat ini bukannya yang jenis jual sayur di pasar borong Wakaf Che Yeh!

Dalam tulisan saya yang lepas, telah saya sebut bagaimana kaitannya tentang penyerahan tanah oleh kerajaan Kelantan kepada syarikat-syarikat ini dengan penebangan balak. Yang sebenarnya inilah juga yang membezakan isu balak di negeri-negeri lain dengan isu balak di Kelantan. Kalau di negeri lain, balak dicuri secara haram oleh tauke balak dan meraka akan lari bila ada pihak berkuasa.... ibarat pencuri dengan polis. Bezanya di Kelantan... balak dicuri secara 'halal' dan pihak berkuasa tidak boleh mendakwa mereka sebagai mencuri, kerana mereka bukannya 'mencuri' dalam erti kata yang sebenarnya. Pencurian mereka dihalalkan oleh kerajaan negeri Kelantan atas dasar untuk membuka tanah bagi dijadikan ladang sayur (bukan kebun sayur, kerana keluasanya 'luarbiasa) Inilah antara permainan yang dilakukan oleh Husam.

Berbalik kepada penyerahan tanah secara besar-besar oleh kerajaan negeri kepada beberapa syarikat tadi, inilah isu yang sebenarnya di Lojing dan Husam setakat ini memang sangat berjaya untuk melindungi cerita ini. Sama-sama kita lihat sehingga bila Husam dapat menutup lubang berkaitan apa yang dilakukannya atau apa yang telah kerajaan negeri tanda tangani dengan syarikat-syarikat yang mendapat tanah di Lojing dalam jumlah yang dikatakan 'luarbiasa' sebagaimana Dato Sazmi katakan sebelum ini. Husam memang bijak dan licik mengalihkan perhatian orang kepada cerita 'balak' tetapi jangan pula fikir orang lain bodoh belakooo!


Lojing - Bacalah dengan hati dan minda

Rencana

Leraikan kekeliruan di Lojing

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB (WARTAWAN UTUSAN)

TIDAK sebagaimana selalu, wajah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agak mencuka Rabu lalu, ketika berdepan dengan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim.

Bayangan rasa tidak senang dengan apa yang terpapar berhubung Lojing sukar untuk disembunyikan lagi, seperti sukarnya untuk menutup luasnya wajah buruk tanah tinggi itu yang giat diteroka.

Kawasan itu yang dibiarkan gondol atas apa sahaja alasan pembangunan sehingga mengancam alam sekitar yang indah itu yang turut memanaskan suhu politik dan memalitkan lumpur pada pentadbiran negeri.

Gambar-gambar yang dirakam di sekitar kawasan tanah tinggi itu sememangnya cukup melukakan perasaan mereka yang menghargai dan mencintai alam sekitar dan barangkali perasaan Nik Abdul Aziz sendiri walaupun tidak diluahkan.

Tanah tinggi Lojing terletak dalam jajahan Gua Musang bersempadan dengan Pahang (Cameron Highlands) dan Perak dengan kawasan ketinggian lebih 1,400 meter meliputi seluas 32,000 hektar serta suhu sekitar 16 celsius.

Difahamkan kawasan seluas 22,000 hektar yang diluluskan kepada 22 syarikat kerajaan negeri, swasta dan lain-lain untuk pertanian, rekreasi dan ekopelancongan, dengan sumber pembalakan di kawasan terbabit dianggarkan RM250 juta.

Isu pembalakan haram dan penerokaan dan pembalakan yang tidak terkawal di kawasan itu kembali memuncak beberapa hari lalu kerana keadaan kemusnahan alam sekitar dilaporkan semakin parah.

Kebimbangan terhadap kemusnahan Lojing sudah lama diperkatakan, bibit-bibit awal telah bermula kira-kira sedekad lalu dan sememangnya disedari oleh kerajaan negeri sehingga Nik Abdul Aziz turut meninjau ke kawasan yang mencetuskan isu itu.

Beberapa langkah tindakan diumumkan termasuk kawalan dan tindakan tegas yang akan diambil namun ia berulang lagi kini dalam jumlah yang cukup besar seolah-olah, balak, suatu sumber kekayaan itu perlu dihabiskan segera kini.

Sultan sendiri menyedari gejala yang membimbangkan itu dan akhirnya menegur kerajaan negeri semalam dan mengingatkan bahawa sumber alam ini tidak dibiarkan musnah oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mencari keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan kesan yang bakal menimpa.

Siapakah pihak-pihak tertentu yang dimaksudkan oleh baginda yang dengan mudah membelakangkan segala syarat dan peraturan, menutup pandangan pihak berkuasa negeri?

Baginda bertitah kegagalan menguruskan sumber hutan secara mapan akan menyebabkan generasi akan datang berhadapan dengan pelbagai risiko bencana berpunca daripada kesilapan kerajaan.

Kerajaan negeri tidak harus melepas tanggungjawab dengan hanya menuding kesalahan kepada pihak lain berhubung isu penggondolan tanah tinggi Lojing yang bakal memusnahkan khazanah alam, sumber kekayaan masa depan negeri.

Pada masa yang sama, dalam jawapan awalnya ia seakan cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa ia suatu isu yang sengaja diadakan-adakan untuk menjejaskan kepimpinan negeri dan parti menjelang pilihan raya yang semakin hampir.

Tentunya dengan merujuk keikhlasan pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar membuat pendedahan dan betapa masalah alam sekitar di negeri-negeri lain yang dikatakan jauh lebih besar tetapi tidak begitu diperbesarkan oleh Kerajaan Pusat dan media.

‘‘Mereka akan menjawab di negeri lain ada juga penyakit macam ini. Menyatakan orang lain turut bermasalah tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi, tanpa berbincang dan bertindak mengatasinya,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa.

Tentunya, isu penggondolan puncak bukit dan gunung, penebangan balak secara meluas dengan sungai yang tercemar sebagaimana yang dipaparkan oleh media beberapa hari lalu bukanlah suatu yang direka-reka.

‘‘Mereka (pimpinan kerajaan) patut mengambil usaha untuk pergi melihat dan bukan keluarkan kenyataan secara politik dengan memanipulasikan jawapan terhadap pendedahan dan kebimbangan yang dilontarkan oleh pelbagai pihak,” ujarnya.

Nik Abdul Aziz ketika mengulas berkata, pihak kerajaan sepatutnya mempersoalkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) tentang peranannya sebelum mempersoalkan sikap kerajaan negeri.

Beliau menafikan kerajaan pimpinannya bersikap ambil mudah terhadap soal penerokaan tanah di kawasan berkenaan dengan merujuk kepada beberapa tindakan telah diambil terhadap syarikat-syarikat yang melanggar syarat.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa yang diberi kepercayaan memikul tanggungjawab besar oleh Nik Abdul Aziz pula berkata, kebanyakan tanah yang diserahkan kepada pelbagai pihak diluluskan semasa kerajaan Barisan Nasional.

Malah Husam dilaporkan berkata, dalam isu ini kerajaan negeri seolah-

olah ditikam dari belakang oleh agensi-

agensi penguat kuasa berhubung pembangunan dan pembalakan di Lojing yang selama ini memberi gambaran bahawa keadaan adalah terkawal.

Tentunya timbul persoalan, sejauh mana pula kepekaan kerajaan negeri dan Husam sendiri yang menyifatkan dirinya sebagai pro-conservationsit jika wajah terbaru Lojing tidak didedahkan.

Apakah asasnya juga masalah yang berbangkit kini dikaitkan dengan sebahagian kelulusan tanah yang dibuat oleh kerajaan Narisan Nasional dulu.

‘‘Jika ia berlaku 20 tahun lalu, adakah logik kegondolan masih berlaku di situ. Ini bukan waktunya untuk mempersoalkan siapa yang meluluskan dan kepada siapa diberikan, tetapi apa yang berlaku sekarang di bawah kerajaan yang dikatakan bertanggungjawab.

‘‘Ada kawasan yang baru sahaja balak dikeluarkan, jika ia untuk tanaman sayuran tentunya di kawasan agak landai dan perlu digondolkan tetapi perlulah dengan keluasan yang terhad dan bukannya beratus sehingga beribu hektar.

‘‘Kawasan kecerunan melebihi 25 darjah turut digondolkan hingga ke puncak bukit atau gunung untuk tanaman apa? Semua ini tidak akan berlaku jika kerajaan negeri mampu menguruskan alam sekitar dengan baik melalui garis panduan yang ditetapkan dan dipertahankan,” ujar Annuar.

Masalah lojing sememangnya cukup besar dari segi kepentingan rakyat, negeri dan alam sekitar, malah cukup besarnya juga bagi masa depan politik kerajaan negeri dan barisan kepimpinannya.

Mendedahkan alasan demi alasan hanya akan menyebabkan masyarakat keliru terhadap nilai alam sekitar Lojing, permata yang tidak ternilai bagi masa depan negeri dan rakyat.

Lojing perlu diselamatkan sebelum keadaan sudah cukup terlewat sehingga sumber kekyaaan negeri ini pada masa depan lenyap apabila ia tidak lagi punyai nilai dari segi pelancongan, alam sekitar dan sumber air.

Dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 3 April 2007

Monday, April 2, 2007

Lojing - Hiburan selingan

Mari kita berhenti seketika untuk pesanan penaja. Lawak ini dibawakan oleh....... hehehe!

cynical cynic wrote:

This whole thing was actually a misunderstanding between tokeh balak and PAS leaders. The PAS government never gave permission for the company to cut the timber. Anyway, below is the transcript of the whole conversation

Tokeh Balak: Apa khabar tuan haji

Nik Aziz: Baik, baik, silo duduk.. rumoh sayo ni tak seberapo sangat. Tapi rumoh sayo soghe jah cat hijau kat kampung nih. ha ha ha

Tokeh balak: Tuan haji, saya..... ini hali datang mao mintak lesen potong balak

Nik Aziz: Ghapo mu sebut? Sayo ni makin tuo telingo sayo ni kurghe dengar.

Tokeh balak: (loudly) potong balak! mau pegi LOGGING! LOGGING!

Nik Aziz: Oooo mu nok gi LOJING. Hah apo lagi, gi lah, buat ghapo sayo nak haleee. Kat Kelate ni semua orghe nok gi mano pun buleh

Tokeh Balak: Betul ka ini macam Tuan Haji? Ohh terima kasih saya pigi logging sekarang

Nik Aziz: Hoh la... gi, gi. Mu nok naik kereto gi Lojing tu moolek sikit. Jange bawok laju laju nanti aksiden

Conclusion:
The name Tanah tinggi Lojing should be changed to 'Tanah tinggi NO LOJING'
29/03 22:00:04

p/s
hahahaha.......... ada jugak yang sempat buat lawak di tengah-tengah kehangatan isu Lojing.


Lojing - Husam berjaya pusing cerita

Awal bulan lalu..... secara tiba-tiba muncul laporan berita jam 8 di TV3 tentang kegiatan pemusnahan hutan di tanah tinggi Lojing. Laporan itu berikutan tinjauan udara oleh setiausaha parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sazmi Miah bersama pemberita TV3. Bila melihat gambar yang ditunjukkan oleh TV3, memang agak mengejutkan kerana jelas puncak-puncak bukit di tanah tinggi itu memang sudah licin. Sebahagiannya pula sudah siap dibina ladang-ladang sayur, manakala sebahagiannya lagi sedang 'diproses' untuk dijadikan ladang sayur-sayuran.

Dato’ Sazmi Miah membuat kenyataan tentang rasa hairan beliau, bagaimana kerajaan Kelantan boleh meluluskan dan menyerahkan kawasan (tanah) kepada beberapa syarikat untuk dijadikan ladang sayur-sayuran secara besar-besaran. Syarikat-syarikat tersebut diberikan tanah dengan keluasan yang 'luar biasa', demikianlah dakwaan beliau. Pembukaan ladang-ladang sayuran oleh syarikat-syarikat itu, menyebabkan tanah tinggi Lojing 'licin' dan 'bersih', kerana memanglah itu yang perlu dilakukan kalau hendak menanam sayur atau apa-apa sahaja.

Lupakan dahulu soal itu......

Seperti yang dijangka..... berita itu memaksa kerajaaan Kelantan mengadakan mesyuarat tergempar. Nik Aziz pun nampaknya kelihatan seperti orang yang baru terjaga daripada tidur. Apabila diasak oleh para wartawan, tentang berita kemusnahan Lojing, nampak benar Nik Aziz terkebil-kebil tak tau nak kata apa. Mungkin juga Nik Aziz belum bersedia dengan jawapan yang sepatutnya untuk melindungi apa yang sebenarnya berlaku di sana. Husam Musa yang berada di sebelah beliau cepat-cepat 'cover' dengan memberikan jawapan yang sudah menjadi acuan pemimpin PAS selama ini, iaitu..... letakkan kesalahan pada orang lain. Emmm.... sudah 15 tahun memerintah Kelantan, masih begitu lagi caranya, masih lagi hendak salahkan kerajaan dahulu (UMNO). Husam dengan selamba berkata.... "sebahagian kawasan itu (lojing) diluluskan oleh kerajaan dahulu", itulah yang sempat didengar daripada sedutan berita TV3. Nik Aziz kemudiannya hanya mampu membuat kenyataan bahawa, laporan itu adalah cubaan untuk memalukan dan menggugat kedudukan kerajaan Kelantan.

Hari-hari berikutnya, berita panas ini terus dibincangkan hingga dibawa ke persidangan Parlimen, dan kerajaan Kelantan terkial-kial untuk mencari jalan melepaskan diri. Barangkali Husam Musa dan kuncu-kuncunya tak nyenyak tidur untuk mencari jalan bagaimana hendak meredakan bahang laporan kemusnahan Lojing. Setelah selamat daripada serangan para pemberita sehari selepas laporan kemusnahan Lojing di paparkan di TV3, Husam berjaya memikirkan jalan untuk melindungi apa yang telah mereka lakukan.

Tindakan awal Husam ialah dengan membesarkan bahawa kemunculan berita itu adalah berniat untuk memalukan kerajaan Kelantan sahaja. Dengan mudah beliau mendakwa Sazmi Miah mempunyai niat politik, kerana dia adalah seorang ahli politik. Husam barangkali lupa bahawa dia juga seorang ahli politik! Nik Aziz juga ahli politik.... Husam antara lain berkata,

“Tidak berbangkit orang tertentu yang dilindungi kerajaan negeri meneroka tanah tersebut. Kita pun tidak tahu di mana gambar yang ditunjukkan dalam televisyen yang nampak gondol itu dirakam,” ujarnya. Lagi pun tambah beliau semasa Setiausaha Parlimen terbabit dan JAS membuat pemantauan, mereka tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan. Ditanya mengapa Sazmi Miah sering kali membangkitkan isu yang sama, Husam berkata, pemimpin itu orang politik iaitu anggota parlimen Machang. Beliau difahamkan pengaruh Sazmi di Machang terjejas selepas ramai ahli Umno menyertai PAS kebelakangan ini. Ini termasuk pada 21 Mac lalu seramai 89 bekas ahli dan penyokong Umno di Dun Temangan menyertai PAS. Harakah Online 29 Mac 2007

Lihatlah bagaimana liciknya Husam sebagai seorang ahli politik! Dalam pada itu dengan selamba juga Husam cuba mengatakan bahawa gambar yang ditunjukkan oleh TV3 itu adalah palsu atau kecek mudohnyoo.... Husam nak kata TV3 ambil gambar di tempat lain bukan gambar Lojing.

Husam kemudiannya berjaya menukar cerita tentang penyerahan tanah untuk dijadikan ladang sayur kepada beberapa syarikat kepada berita kemusnahan hutan akibat penebangan balak. Dia berjaya untuk menampilkan bahawa isu kemusnahan hutan itu adalah akibat penebangan balak. Apabila semua orang kemudiannya bercakap tentang 'balak' maka berjayalah langkah pertama Husam. Kemudian dengan mudahnya Husam menonjolkan bahawa kerajaan negeri amat jujur dan tidak bersalah, dengan berkata.... "
Kita tegaskan lesen pembalakan telah dibekukan sejak awal Mac 2006". Bijakkan!..... sunguh bijak dan licik. Setakat itu, Husam telah berjaya untuk melepaskan kerajaan Kelantan daripada kemelut Lojing.

Sekarang Husam telah berjaya menyelamatkan maruah kerajaan Kelantan.... dan Nik Aziz dapat tidur lena. Malangnya tidur lena mereka tidak lama kerana kemudiannya tidur mereka dikejutkan pula oleh 'kemurkaan' Sultan Kelantan semasa menyampaikan titah ucapan sepena Hari Keputeraan baginda semalam. Cuba bayangkan bagaimana rasanya seorang Menteri Besar ditegur oleh sultan di dalam majlis rasmi. Dimakah agaknya maruah kerajaan 'pimpinan ulamak'? Sekarang adakah Nik Aziz hendak katakan bahawa 'teguran' Sultan Kelantan itu juga hanyalah sebagai cubaan untuk memalukan dan menggugat kerajaan yang dipimpinnya. Apa pula Husam nak kata..... adakah Husam nak kata bahawa Sultan Kelantan juga seorang ahli politik?

Lojing - Sultan Kelantan Murka

Kerajaan negeri Kelantan terpukul teruk..... KO apabila Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra 'menegur' kepincangan yang berlaku dalam urusan pentadbiran negeri, terutamanya isu penggondolan tanah tinggi Lojing. Apabila sultan 'menegur', maknanya baginda murka. Demikianlah apa yang berlaku di Kelantan sekarang ini. Baginda Sultan Kelantan menyampaikan rasa kecewa semasa menyampaikan titah ucapan semasa majlis pengurniaan pingat sempena ulang tahun keputeraannya ke-57 di Istana Balai Besar. Majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Besar dan seluruh pimpinan negeri.


Sejak beberapa hari yang lalu, berita tentang tanah tinggi Lojing tersebar dan sangat mengejutkan. Kerajaan negeri cuba untuk menafikan dan memberi pelbagai alasan seperti biasa. Amalan yang biasa mereka lakukan ialah dengan mengatakan bukan mereka yang bertanggungjawab dan cuba untuk meletakkan masalah ini kepada Kerajaan Pusat.


gambar dipetik daripada Berita Harian, 2 April 2004
Kerajaan Negeri mengatakan bahawa lesen pembalakan telah dibekukan. Memanglah lesen pembalakan telah dibekukan, tetapi apa yang berlaku ialah 'pencurian' balak secara halus dengan meluluskan pembukaan tanah untuk tujuan pertanian secara besar-besaran. Berlandaskan atas tujuan untuk membuka tanah pertanian, maka kawasan lojing 'dibersihkan'. Maklumlah bila nak buka kawasan pertanian...... nak tanam sayur, tanam buah-buahan atau apa saja, tentulah kawasan itu terpaksa dibersihkan. Maka untuk tujuan itu tentulah pokok yang besar (balak) mesti ditebang dahulu. Inilah yang saya katakan 'pencurian' balak secara halus yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan (atau mungkin oleh beberapa orang dalam kerajaan Negeri)

Kerajaan Negeri cuba untuk menutup kerosakan yang telah mereka lakukan dengan mengatakan mereka telah membatalkan lesen kawasan pembalakan. Memanglah lesen pembalakan tidak diberikan lagi, tetapi mereka bijak mencari jalan untuk mendapatkan balak tanpa mengeluarkan lesen kawasan balak. Malangnya mereka tidak terfikir orang lain tidaklah sebodoh itu untuk ditipu.

Apa yang berlaku di Lojing ialah penyerahan tanah secara besar-besar kepada beberapa syarikat dengan berselindung disebalik tujuan untuk membuka kebun sayur. Bagi tujuan itu maka habislah balak 'terpaksa' ditebang. Bila begitu keadaannya.... kemana perginya balak-balak yang telah ditebang itu. Bila balak sudah ditebang.... tak kanlah nak biarkan begitu saja... Persoalannya siapa yang jual balak tu, dan masuk poket siapa? Barangkali Husam tahu ke mana perginya pitih hasil jual balak yang ditebang secara haram tetapi telah 'dihalalkan oleh kerajaan Kelantan dengan cara yang cukup licik. Nik Aziz pun barangkali tahu tapi buat-buat tak tahu! Atau mungkin juga Nik Aziz tak tahu..... kerana Nik Aziz memang kena tipu sokmo oleh puak-puak dia jugoooo! Kalau begitu keadaannya..... kesian Nik Aziz, terkebil-kebil apabila dimurkai oleh Sultan Kelantan.